Friday, March 14, 2014

TAUHID INI

Ketauhidan berbicara
Biar sampai berdetik “ingatan”
Biar sampai kebersamaan “dirasai”
Biar sampai wajahNya “dipandang”

NOTA-NOTA PENDEK TENGKU DAENG MAWELLE

1). “Mencari keredhaan manusia adalah puncak pengharapan yang tidak boleh digapai. Dan mencari keredhaan Allah adalah puncak pengharapan yang tidak boleh ditinggalkan. Maka tinggalkanlah segala apa yang tidak boleh untuk digapai. Dan raihlah segala apa yang tidak boleh untuk ditinggalkan”. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu "Aku sudah merasakan semua kepahitan hidup, Dan yang paling pahit sekali ada berharap kepada manusia."

AL-ITIRAF

Sebuah pengakuan, Syair Doa Abu Nawas. Syair Doa ni dari ketika saya kecil lagi saya sudah dengar dan hafal. Bagi saya syair ini adalah satu syair doa yang menyentuh qalbu dan mampu mengeluarkan air mata seseorang. Siapa sebenarnya yang menciptakan syair doa sebuah pengakuan ini? 

MALAM YANG LEBIH BAIK

Jika ditanyakan padaku apakah ada malam yang lebih baik selain malam Lailatul Qadar? Maka jawabku “Ya, sudah pasti ada!” 

PENYAKIT AIN

Penyakit AIN bukanlah satu mitos ataupun rekaan. Kalau kena penyakit ni pergilah hospital manapun, doktor pun jadi bingung. Kalau kena kat bayi, bayi jadi kurus, menyusu taknak dan asyik menangis je. Dan penyakit AIN ni boleh membuatkan seseorang itu MATI. Yang paling berpotensi terkena penyakit ini adalah bayi. 

MASJID CORDOVA ANDALUSIA

BERSYAHADAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

Pada tiap-tiap pagi hari lafazkan dua kalimah syahadah sebanyak 3 kali:

اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

TARBIYAH PUASA DAN LAILATUL QADAR

Puasa adalah medan peperangan bagi kita semua menghadapi musuh tersembunyi didalam diri kita iaitu "Nafsu". Puasa bertindak mentarbiyah hati agar menundukkan nafsu keakuan iaitu berhala terbesar yang menghijab keberadaan Allah dari hati setiap insan. 

HAKIKAT LAILATUL QADAR

Kebanyakan dari kita bila sebut sahaja malam lailatul qadar, yang mereka ingat hanya keajaiban pada bulan Ramadan. Seumpama air perigi kering akan menjadi penuh (melimpah). Pokok kayu kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi dan macam-macam lagi perkara pelik-pelik dan sebagainya. Sedangkan intisari daripada maksud lailatul qadar itu, sebenarnya adalah bermaksud, “Dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah s.w.t”.

KALIMAT TAUHID-LAA ILAHA ILLALLAH

(لااله الأالله محمد رسول الله)

(ل ا ا ل ه ا ل ا ا ل ل ه م ح م د ر س و ل ا ل ل ه)

Bagi mereka yang mahu berfikir. Kalimat Tauhid/Syahadat mengandungi 24 huruf yang boleh dikaitkan dengan 24 jam sehari. Kalimat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang dan malam selama 24 jam (Bermula kita bangun sehingga tidur) setiap hari.