1). “Mencari keredhaan manusia adalah puncak pengharapan yang tidak boleh digapai. Dan mencari keredhaan Allah adalah puncak pengharapan yang tidak boleh ditinggalkan. Maka tinggalkanlah segala apa yang tidak boleh untuk digapai. Dan raihlah segala apa yang tidak boleh untuk ditinggalkan”. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu "Aku sudah merasakan semua kepahitan hidup, Dan yang paling pahit sekali ada berharap kepada manusia."
2). Zikir yang “mati” ialah zikir yang hanya disebut pada lisan dan faham pada akal, kerana keduanya (lidah dan akal) akan hancur binasa di dalam kubur. Zikir yang “kekal hidup” dan tiada mati ialah zikir Ihsan atau Makrifat atau Syuhud yang berada pada rohani, kerana tiada akan hancur walau di dalam kubur. Ia tetap hidup di Alam Barzakh dan Akhirat kerana sifat rohani tiada mati, malah zikir Syuhud atau Makrifatnya akan semakin hidup, terang dan penuh nikmat. Berusahalah memindahkan zikir dari yang mati kepada zikir yang hidup. Daripada tauhid yang mati kepada tauhid yang hidup. Daripada tauhid hafalan akal kepada tauhid yang hidup menyaksikan Allah dalam jiwa. Orang yang benar hidup zikir syuhudnya (Ihsan atau menyaksikan Allah) akan merasai tenang dalam kehidupan kerana ia sentiasa menyaksikan DiriNya jua disebalik wajah-wajah kehidupan. Jika diberi nikmat tidak menjadi sombong dan jika diberi musibah tidak menjadi orang yang lemah dan melampau sedih hingga putus asa.
3). ”Bunga tiruan lebih mendapat pasaran daripada bunga yang asli. Ramai yang menyanggah ilmu yang bercorak rohani, kerana terpengaruh dengan persekitaran yang bercorak fantasi. Pembangunan fizikal lebih meluas dibicarakan berbanding pembinaan iman dan makrifat."
4). ”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
5). Jika jalan ini dipandang gila oleh manusia, Daku rela berjalan seorang diri. Biarlah orang memandang daku gila, Asalkan gilaku itu hanya kepada Allah.
6). “Batu yang bergolek tidak akan dikotori lumut namun apabila batu itu diam terikat di tanah, maka lumut akan penuh mengotorinya. Begitulah apabila hati terikat pada 'tanah' nafsu, maka hatinya akan diselaputi kekotoran lumut hitam hingga terpadam cahaya hatinya.”
7). Ketika Maulana Rumi Ditanya, "Wahai Maulana Rumi, Musik apakah yang dilarang dalam Islam?" Kemudian ia menjawab, "Bunyi dari sudu yang bersentuh dengan pinggan yang dimainkan oleh orang kaya, Dan didengari oleh orang miskin serta orang yang kelaparan."
8). Roh ketika belum masuk ke dalam jasad, Ianya amat arif akan hakikat nafi dan isbat, Namun apabila diberikan jasad dia terhijab dengan jasad tanah tersebut. Sehingga apabila dia mendengar dia sandarkan pendengaran itu pada telinganya di sinilah berlakunya "syirik jali”. Apabila pada iktikadnya dia meyakini bahawa telinga yang menyebabkan dia mendengar bukan Allah. Na'uzu biLLah min dzalik. Maka nafi dan isbat di sini ialah dengan dia menafikan "bukan telinganya yang mendengar melainkan Allah yang memperdengarkan."
9). ”Tatkala Sakaratul Maut, Lidah Keras Ke Lelangit, Hanya Manusia Terpilih Dapat Menuturkan Kalimah Tauhid "La Ilaha Ilallah" Dengan Lancar Dan Sempurna. Walaupun begitu, Jika Tidak Dapat Menyebut Kalimah Nafi Dan Isbat Dengan Sempurna Di Hujung Hayat, Dapat Sebut Kalimah Isbat Yakni Lafzu Jalalah (Allah, Allah) Sahaja Pun Sudah Cukup Baik Dan Beruntung. Oleh Kerana Itu Banyakkanlah Berzikir Allah Allah Allah Sebanyak-banyaknya, Baik Di Lisan Mahupun Qalbi." Moga Allah Ta'ala Merahmati Kita Semua Dengan Mengurniakan Khusnul Khatimah Kepada Kita Yang Lemah Dan Hina. Allahumma AMIN.
10). Berhati-hati dengan musuhmu iblis yang tiada mudah melepaskan dirimu. Jika dengan jalan kejahatan dia tidak dapat menggodamu, maka dia akan mendorongmu pada jalan kebaikkan dan dengannya dia akan bawa dirimu pada perasaan kemuliaan diri, riak dan kemegahan diri dengan amal-amalmu dan ilmu yang kau ada. Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.
11). ”Ketika Majnun sedang asyik mengejar Layla, Majnun secara tidak sedar dan tidak tersengaja berjalan di hadapan orang-orang yang sedang solat. Setelah selesai mereka solat, Salah Seorang makmum berdiri dan menjerit menegur Majnun: “Hoii Majnun!, Apakah kau sudah gila, berjalan dihadapan kami yang sedang solat?!” Majnun menjawab “Kaulah yang sudah gila, Menghadap Tuhan tapi masih melihat ku, Sedangkan aku melihat Layla tapi tidak melihatmu solat!”. Info: Majnun bermaksud: Lelaki Gila.
12). ”Apabila nafsu mula merajai, Diri semakin tunduk pada duniawi, Hanyut dalam fatamorgana, Terlena dalam igauan, Terpenjara dalam khayalan, Terkunci dalam rantai kehidupan. Hati dibiar kering, Tiada insani di jiwa, Ke imanakah iman yang telah diberi?, Di mana hilangnya taqwa yang telah dibajai? Terkubur sepi kasih dan cinta! Lantera Agung terus menyala, Mengalir hidayah pada pilihan-NYA, Ketika itulah cinta-NYA menyeru, Buat yang di pilih dan terpilih Menggapai CINTA-NYA. Ketenangan hati meresapi jasad, Kedamaian jiwa menyelubungi diri, Menyemai cinta dalam Keagungan-NYA, Mendakap kasih dalam Ke-Maha-Esa-An DIA. Bersatu hamba dengan tuannya. Menikmati keindahan CINTA.”
13). Pengasas Seni Silat Bangau Putih iaitu Che Nan Bin Mehad (Guru Utama) atau lebih dikenali sebagai (Pak Jang Nan) Yang Menetap Di Sik Kedah. Pertubuhan Seni Silat Bangau Putih ini telah disatukan daripada 7 jenis persilatan seperti Seni Silat Gayung Garuda, Seni Silat Gayung Fatani, Seni Silat Helang Putih, Seni Silat Pulut, Seni Silat Kuntau Jawa, Seni Silat Gayung Pusaka dan Seni Bela Diri Tomoy. Beliau Berkata Asal Silat Itu Cuma Dua Kaki Dua Tangan. Mana-mana Silat Itu Sama. Dua Kaki Dua Tangan Satu Kepala Menjadi (Panca Lima) Anggota Utama Dalam Persilatan. Tinggal Pengolahnya Saja Yang Membuatkan Ianya Berbeza. Apabila Panca Anggota Tubuh Ini Diolah Dengan Panca Indera (Rasa) Maka Ianya Akan Meningkatkan Lagi Kualitinya, yakni Bercampur Dengan Kebatinan. Allahyarham Pramlee Pernah Berkata ", “Ilmu silat itu adalah ilmu kebatinan, jika ilmu silat tanpa ilmu kebatinan ia hanyalah senaman biasa.”
14). ”Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, Maka kehidupan di dalamnya akan berakhir. Tetapi. Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, Maka satu kehidupan baru akan bermula”. Segalanya bermula daripada dalam diri kamu. Lihatlah ke dalam diri dan kamu akan menemukan diri mu yang sejati.
15). Adapun puasa hakikat ialah menjaga hati dari mencintai selain Allah SWT dan menjaga rasa (sirr) agar tidak mencintai musyahadah pada selain Allah SWT. Sirr itu berasal dari cahaya Allah, Sehingga tidak mungkin condong kepada sesuatu selain Allah SWT. Baginya, Di dunia ini mahupun di akhirat, Tidak ada yang dicintai, diingini, dan dicari selain Allah. Jika hati dan sirr terjatuh untuk mencintai selain Allah, Maka batallah puasa hakikatnya dan ia harus melakukan qadha dengan kembali mencintai Allah SWT dan menemui-Nya. Pahala dari puasa hakikat ini adalah bertemu dengan Allah SWT. Sesuai firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi, "Puasa itu bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
16). Pernah satu ketika Rasulullah saw sedang masuk rumah, Sayyidah Khadijah Radhiyallahu Anhu saat itu sedang menyusui Sayyidah Fatimah Az-Zahra dan Rasulullah melihat air susunya berwarna putih bercampur darah kerana Sayyidah Khadijah belum makan beberapa hari (kerana Sayyidah Khadijah tidak makan kecuali Rasulullah makan). Rasulullah pun terus memeluk Sayyidah Khadijah dan berkata: “Wahai Khadijah, adakah kau menyesal mempunyai suami sepertiku? Sayyidah Khadijah pun menjawab: “Ya Habibi, Ya Rasulullah, demi Allah aku tidak pernah menyesal sedikitpun, bahkan nanti jika aku wafat dan engkau tidak mempunyai biaya untuk berdakwah, maka bongkarlah kuburku, ambillah tulang belulangku, dan rakitlah menjadi perahu dan jadikanlah kenderaanmu.
17). Demi Allah Yang Maha Pengampun, Setiap orang yang pernah mengumpatku sama ada di belakang mahupun di depan, aku Memaafkannya. Tak ada gunanya apabila saudara se-Islamku diazab disebabkan diriku. Bagaimana aku ingin bertemu Rasullullah Sallahu Alayhi Wasallam di akhirat kelak sedangkan ada saudara se-agamaku yang diazab kerana aku tidak memaafkannya. Sedangkan Rasullullah Sallahu Alayhi Wasallam sangat sayang kepada ummatnya.
18). Kekasih-Allah itu ibarat "Cahaya". Jika ia berada di kejauhan, Kelihatan sekali terangnya. Namun jika cahaya itu didekatkan ke mata, Mata kita akan silau dan tidak dapat melihatnya dengan jelas. Semakin dekat cahaya itu kemata, Maka kita akan semakin buta tidak dapat melihatnya. Engkau dapat melihat Cahaya Kewalian pada diri seseorang yang jauh darimu. Namun engkau tidak dapat melihat cahaya Kewalian yang memancar dari diri orang-orang yang terdekat denganmu. Melainkan Sesama Kekasih Allah. Mereka mengenali antara 1 sama lain Secara zahir mahupun Batin.
19). Sesungguhnya Zikir Lisan adalah martabat Syariat, Zikir Qalbi martabat Tarekat. Kedua martabat ini adalah pintu kepada Hakikat dan Makrifat. Maka jangan terhijab dengan banyaknya zikir lisan dan qalbi kerana ia bukannya lagi hakikat yang dimaksudkan, Teruskan berzikir dan munajat serta pasrah pada Allah, Sehingga Allah membuka padamu zikir hakikat dan zikir makrifat yang tiada lagi padanya huruf dan suara. Hanya cahaya syuhudiah yang memandang pada sifatNYA dan pada Dzat Ahadiah sehingga asyik, fana dan baqa. Maka zikir Hakikat dan Makrifat itulah yang difirman oleh Allah: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar- Ra’d: 28)
20). ”Kamu jangan merasa rendah diri kerana menempuh jalan yang benar, walaupun sedikit orang yang menempuhnya. Dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya”. Setiap hari kita berdoa dalam solat Ya Allah tunjukkan jalan yang lurus, Tetapi kau masih lagi tidak mengenal diri mu sendiri. Bagaimana kau ingin melalui jalan yang Haq sedangkan Tuhan mu saja kau tidak kenal. Ya Allah Ya Tuhan Kami tunjukkan-lah kami jalan yang Haq, Iaitu jalan hamba-hamba-Mu yang Engkau Redhai.
21). Mata itu adalah pancaindera yang mana adalah pinjaman dari ALLAH. Dimana kita sebagai manusia, menggunakan nikmat itu sebagai iman kita yang berasaskan sifat 20 seperti yang telah diperkatakan sebagai asas yang wajib kamu pegang. Untuk mengenali diri, Harus lah kamu bertauhidkan kepada sifat 20 tersebut. Berpegang kepada makna dan perlakuan, menggunakannya ke arah kebaikan, itu lah yang menunjukkan IMAN mu. Dalam MATA, ada MATA dan dalam mata itu ada lagi MATA. Yang melihat itu kamu, yang terlihat itu diri kamu, dan yang memberi penglihatan itu adalah TUHAN mu!
22). Mata itu adalah pancaindera yang mana adalah pinjaman dari ALLAH. Dimana kita sebagai manusia, menggunakan nikmat itu sebagai iman kita yang berasaskan sifat 20 seperti yang telah diperkatakan sebagai asas yang wajib kamu pegang. Untuk mengenali diri, Harus lah kamu bertauhidkan kepada sifat 20 tersebut. Berpegang kepada makna dan perlakuan, menggunakannya ke arah kebaikan, itu lah yang menunjukkan IMAN mu. Dalam MATA, ada MATA dan dalam mata itu ada lagi MATA. Yang melihat itu kamu, yang terlihat itu diri kamu, dan yang memberi penglihatan itu adalah TUHAN mu!
23). Wahai para perindu Allah! Janganlah engkau beribadah mencari dzauk, kasyaf, karamah dan lainnya, ia akan menjadi hijab dan tertipu dengan Syaitan. Beribadahlah mencari hakikat Tauhid, Carilah wajah Tuhanmu melalui renungan pada diri. Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan diriNya. Beribadahlah dengan muraqabah yakni mengintai wajahNya. Tanpa kamu temui wajahNya, Kamu tetap hamba yang lalai, Ibadahmu hanya pada rupa zahir tetapi tiada rupa batin. Engkau hanya akan menemui wajahNya dengan jalan tafakur sehingga fana (binasa) dirimu. Apabila fana dirimu, Maka nyatalah Tuhanmu. Sesungguhnya kita tiada sifat. Sesiapa yang merasai memiliki sifat, Maka mereka syirik khafi dan terjatuh dalam Qadariah. Apa yang ada pada kita hanya di PER.. sahaja. Iaitu diperlihatkan, diperdengarkan, dipersuarakan, diperilmukan, diperqudratkan, diperiradahkan, dan diperhidupkan sekadar had dan masa yang dikehendaki dengan sifat Ar RahmanNya.
24). “Seringlah merenung bahawa hakikatnya anda tidak bersama siapapun. Anda hanya bersama Allah Subhanahu wa Taala. Dialah yang Maha setia sejak kita belum lahir, sendiri di alam rahim, hanya Allah yang bersama kita. Lalu kita hidup pun selalu bersamaNya dan Allah menamakan diriNya Maha Dekat. Jelas sudah, Dialah yang paling dekat dari semua yang dekat pada kita. Namun kita sering terhijab dan lupa akan hal itu.”
25). “Angan-angan selain Allah itu akan mematikan zikrullah dalam hati dan mengeruhkan akalmu daripada berhadap kepada Allah. Orang yang menyembah Allah kerana menuntut sesuatu selain Allah, dirinya tidak akan mampu untuk dekat dengan Allah walaupun sedikit. Bahkan dirinya akan bertambah jauh dengan Allah.”
26). Imam Asy-Syafie rah, apabila beliau berjalan di kawasan orang ramai, beliau menutup telinganya sebelah, jika beliau tidak menutupnya apabila beliau sampai ke rumahnya, beliau dapat menghafal setiap patah perkataan yang di ucapkan oleh orang ramai tersebut. Daya hafalan Imam Asy-Syafie rah sangat luar biasa beliau telah menghafal lebih sejuta hadith.
27). Ketahuilah,ada satu amalan walaupun hatimu lalai sekalipun, ia tetap membawa diri mu menyambung dengan Allah, Amalan itu adalah SELAWAT, Justeru itu perbanyakkan selawat jika diri mu belum dapat menyambung melalui RASA (Muraqabah) dan SYUHUD (Musyahadah) kepada ALLAH, masa amat sebentar didunia ini, Jangan jadikan pulang mu kepada Allah dalam keadaan diri mu kosong tanpa ada amal, perbanyakkan SELAWAT kerana ia adalah penyelamat diri mu diakhir zaman ini. Banyakkan selawat atas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya.. dengannya kamu akan memiliki cahaya (Nur) yang membuka pintu Ketauhidan Ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu.
28). Zahir Insan Memandang Jasmani
Batin Insan Merenung Rohani
Syariat Menutup Zahir Hakiki
Hakikat Terkandung Batin Sirrusirri
Akal Membuka Fikiran Dalam Tafakkur
Hati Terpendam Perasaan Bersyukur
Fakeh ILmu Memahami Setiap Ukur
Asal Usul Dikenali Sehingga Tersungkur
Cahaya ALLAH Dari Pandangan Zahir
Cahaya Ahad Tersembunyi Batin Fakir
Insan Adam Sarung Untuk Berfikir
Bagi Mengenal Akan ALLAH Yang Hadir
Mengenal Diri Sebenar Diri
Amat Penting Untuk Jalan Kembali
Fana' Menjadi Fakir Abdi
Cinta Sempurna Itulah Diri Hakiki.
29). Piramid Milik Nabi Sulaiman Di Tanah MELAYU Adalah Gedung Emas Baginda Yang Dijaga Oleh Para Makhluk Ghaib, Dahulu Nabi Sulaiman Pernah Memerintahkan Para Jin Untuk Mengambil Emas Dari Gunung Ophir atau Gunung Ledang Untuk Membina Istana. Pihak British Berjaya Memecahkan Kod Lokasi Gedung Emas Nabi Sulaiman. Justeru Itu Mereka Datang Menjajah Tanah MELAYU Demi Untuk Mencari Gedung Simpanan Emas Nabi Sulaiman. Dan Apa Yang Menariknya Penjaga Kunci Emas Bagi Gedung Itu Adalah Sultan Abdul Samad Dan Dengan Emas Itulah Sultan Abdul Samad Membiayai Pihak British Untuk Pembangunan Kuala Lumpur iaitu Membuat Dataran Merdeka, Masjid Jamek, Rel Kereta Api Dan Banyak Lagi. Mereka Sentiasa Ingin Berbaik Dengan Sultan Abdul Samad Untuk Mengorek Rahsia Lokasi Gedung Emas Tersebut. Sehingga Kini Lokasi Itu Menjadi Rahsia, Ianya Mungkin Tidak Akan Terlihat Dengan Mata Kasar Kerana Yang Menjaganya Adalah Para Jin Suruhan Nabi Sulaiman.
30). Pendekar Terdahulu Mempunyai Ilmu Kebatinan Yang Tinggi, Setiap Ilmu Yang Diamalkan Selalunya Akan Menjadi, Sebab Apa? Salah satu nya. Sebab Mereka Menjaga Pemakanan. Mereka Bercucuk Tanam Sendiri, Ikan Tangkap Sendiri, Haiwan Ternakan Bela Sendiri, Sayur Tanam Sendiri. Ilmu Yang Diperturunkan Sehingga Hari Ini Masih Ada, Dan Masih Diamalkan, Tapi Ramai Yang Tidak Menjadi, Sebab Apa? Sebab kita hari ini KFC pun makan, MCD pun Bedal.
31). Petua MELAYU Dulu: Ilmu yang hanya kena ingat. Ada satu amalan Guru dulu-dulu kalau kena kunci, terkunci, nak buka kunci, apa-apa kuncian lah. Setelah berusaha tak berjaya buka kunci, langkah seterusnya tenangkan diri. Ingat wahdaniah, takpayah sebut takpa. Masa ingat tu kenalah serentak mengalir penghuraian perkara sifat wahdaniah tu seperti dalam sifat 20. Hembuslah kuncian tu. Kalu tak dapat hembus, cukup hanya pandang.
32). NAFAS ITU BERLIAN MAKNAWI BILA TARIKAN DAN HEMBUSAN NAFAS TIDAK DIIKUTI DENGAN ZIKIR, SEMUA JADI SIA-SIA BELAKA. Nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini. Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, Jika nafas seorang hamba tenang, Maka ia memberi kesan pada ruhnya.Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Tuhannya.
33). Nak bagi gerak hidup. Dapat merasa. Jangan di ajar murid hafal ‘buah’ yang disusun. Nanti mereka beku dalam ‘baku’. Ajar mereka rasa kemudian melapih. Ajar mereka umpan. Ajar mereka curi. Mereka empang. Ajar mereka perjatuh. Berilah mereka cangkul, jangan diberi beras. Jika berdiri haruslah sedia. Belum kena sudah terasa. Rahsia pada musuh. Senjata pada kita. Asal gerak pasti pukul. Asal ruang itulah peluang. Diam bisu jiwa mengenang. Terkenang mengingatkan tentang ‘rasa’. ‘Rasa’ yang datang atas pelayaran yang panjang menuju-Nya. Maka tiadalah satu ‘gerak’ pun tanpa ‘gerak-Nya’ dan tiadalah satu ‘rasa’ pun tanpa ‘rasa-Nya’. Bergeraklah kita pada rasa dan merasalah kita pada gerak. GERAK BERGERAK TERGERAK DIGERAKKAN. Hakikatnya adalah dalam Taalluq Qudrat dan Iradat Allah. Ianya adalah GERAK HIDUP.
34). ISTIGHFAR membersihkan segala Kotoran dan Ke-Egoan diri. Apabila sudah bersih, dikuatkan tautan rohani dengan RASULULLAH saw melalui SELAWAT. Kemudian barulah masuk ke dalam "WILAYAH ALLAH" dengan zikir "LAA ILAAHA ILLALLAH" atau zikir Ismu Dzat "ALLAH" dalam hati sebanyak-banyaknya hingga asyik dan lebur 'segalanya dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah', dalam bentuk "Rasa" (muraqabah) dan "Pandang" (musyahadah)...
35). Sebenarnya ujian yang Allah berikan kepadanya, Bukan sekadar untuk dirinya, akan tetapi untuk kita sekali, Allah takdirkan kita untuk jumpa orang yang kurang upaya untuk menguji kita, adakah kita akan memberi pertolongan tidak kira dari segi tenaga ataupun wang. Allah membukakan jalan kebaikan kepada kita dengan bersedekah ataupun menolong orang yang susah. Sebab itu di dalam kehidupan kita, Kita pasti akan terjumpa dengan orang-orang yang susah dan kurang upaya. So apa lagi yang berdekatan tu rebutlah pahala ini untuk membantu beliau dengan membeli minyak yang beliau jual. Jika ingin pahala lebih berikan dia sedikit wang sebagai hadiah bukan kerana kesian padanya tetapi kerana kegigihannya dalam mencari rezeki walaupun kurang upaya. La hawla Wala Quwwata Illah Billah.
36). Syeikh Imam Al-Ghazali Rahimahullah Ta'ala pernah berkata, ”Satu suap yang kita masukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membangunkan seribu Masjid Jami'. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik dari berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas. Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, Maka ia mempunyai cahaya matahari yang terang benderang. Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan kepada orang lapar.
37). Jika waktu telah memasuki hari khamis malam, maka para malaikat turun dari langit dengan membawa pena yang terbuat dari emas dan juga lembaran-lembaran yang terbuat dari perak. Mulai hari khamis malam itu, hingga terbenamnya matahari di hari Jumaat, para malaikat tersebut tidak menulis apapun diatas lembaran-lembaran yang terbuat dari perak dan bertintakan emas itu kecuali amalan bacaan SELAWAT kita kepada Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. (Imam Abu Abdillah Ja'far Ash- Shadiq rah)
38). Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.
39). Ketika Sepanyol dan Amerika berperang dengan pahlawan-pahlawan sulu atau Moro, Perkara paling mereka takuti dan akan cuba elakkan adalah "Close Combat" ketika akil baligh lagi Bangsa Sulu atauMoro pada zaman dahulu sudah dilatih asas bermain senjata dan tempur senjata termasuk tempur tanpa senjata dalam seni bela "Kuntau". Bangsa ini bukanlah bangsa pengganas seperti yang dihebahkan tetapi mereka ini adalah pejuang Islam mempertahankan bangsa dan tanah air seperti mana pejuang-pejuang MELAYU dahulu yang menentang British tetapi dianggap penderhaka. Semangat juang pahlawan sulu ataumoro mempertahankan agama, bangsa dan pulau mereka amat luar biasa kerana sudah beratus tahun mereka berjuang demi mempertahankan pulau mereka.
40). Kesombongan menyebabkan seseorang mengingkari atau sukar menerima kebenaran kerana beranggapan yang menyampaikan kebenaran tersebut berasal dari seseorang yang lebih rendah darinya. Terimalah kebenaran dari siapapun bahkan dari seorang anak kecil sekalipun.
41). Makanan Nafsul Muthmainnah adalah "DIAM", Makanan Nafsun Nathiqah adalah "PERKATAAN". ILMU MAKRIFAT tidak akan mampu diwakili oleh Kata-kata, Sebab itu manusia memerlukan 1 ketenangan iaitu "DIAM" agar dapat memahami ke dalam diri BATIN yang paling dalam. "DIAM" dan "TENANG" adalah bahasa Tuhan, Segala yang lain adalah terjemahan yang buruk.
42). Kalau nak isi air, perlulah guna bekas yang boleh menakung air itu, kalau bekas berlubang manakan dapat nikmat airnya itu.. Kalau nak makan nasi perlulah pinggannya, sekurang-kurangnya daun pisang atau tempurung sebelah, takkan nak isi dalam helmet, tempayan, tong sampah atau pun baldi cuci baju. Alkisahnya begitulah lumrah dan keperluan dalam perjalanan kehidupan.. biar zahir berjodoh dgn batinnya yang tepat, Biar sireh bertemu uratnya, Biar pinang lurus belahnya. Bab kita mengisi ilmu pasti zahirnya dalam jasad dan otak, Batinnya dalam hati dan akal, Bukan di kepala lutut atau dipangkal lidah. Apatah lagi dalam lubang hidung.
43). ”Apabila kalian masuk rumah seseorang jadilah kalian seorang yang buta dan apabila kalian keluar daripadanya maka jadilah kalian seorang yang bisu”. Mata jangan duk melilau pandang sana sini, Jangan buat macam rumah sendiri berjalan ke sana-sini sesuka hati, Bila ternampak atau terdengar aib tuan dan ahli rumah, abaikan saja, Jangan satg keluar dari rumah bercerita sana-sini tentang rumah orang, tentang aib orang. Sama sama kita jaga kemuliaan saudara yang kita ziarah dan kunjungi. Biarlah ilmu sebukit pun, Asalkan adab segunung.
44). Abu Darda’ Radhiyallahu ‘Anhu mengatakan, “Tiga perkara yang aku cintai sementara manusia lain membencinya, Pertama "Kemiskinan", Kedua "Sakit" dan Ketiga "Kematian". Aku mencintai "Kemiskinan" kerana menimbulkan rasa "Tawadhu" kepada Rabb-ku, Aku mencintai "Kematian" kerana kerinduan ku kepada Rabb-ku, Dan aku Mencintai "Sakit" kerana ianya penghapus kesalahan-kesalahanku kepada Rabb-ku”.
45). Keimanan yang kukuh dan lurus merupakan kunci pintu dalam Mengenal Diri Sendiri. Makrifatullah atau Mengenal Allah merupakan Hakikat kehidupan untuk Mengenal Penciptanya dan mengetahui Hakikat Diri Sendiri. Dengan Mengenal Allah akan tumbuh dalam Kalbu Mahabatullah atau cinta terhadap Allah, kemudian sentiasa mengharapkan rahmat Allah Akhirnya bersatu antara Cinta, rindu dan redha dalam Maqam pengabdian yang Sempurna. Membersihkan Hati di atas permaidani kemuliaan Ilahi melalui Iman Islam Tauhid Makrifat dan Ihsan akan memancarkan Sinar Makrifat. Hati dan Nafsu menjadi tunduk kerana mendapat bimbingan ke arah kebenaran. Biasan Cahaya Zuhud, Sabar, Syukur dan Tawakal memenuhi relung Kalbu menyimpan bekal AQIDAH yang Murni dalam menghadapi kehidupan Abadi. Nilai kehambaan Insan tersimpuh di bawah hamparan kekuasaan Allah dalam keadaan hina tak bermaya.
46). Setiap kali bila ada berlakunya kematian tiba-tiba ataumengejut, Ramai orang yang terkejut, Ramai diantara kita yang tak menyangka, Tapi sedarkah kita siapa yang sebenarnya paling terkejut? Adakah Ibu Bapa si mati?, Adakah Anak-anaknya? Dan Keluarga ataupun sahabat handai? Yang pasti ianya Bukan kita, Tetapi si mati itulah yang paling terkejut kerana baru sahaja melihat malaikat maut...(Lebih menakutkan jika kita mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat). Semoga semua muslim di dunia ini mati dalam keadaan yang baik belaka. Ingat pesan Nabi kita, Perbanyakkan mengingati MATI. Banyakkan menangis kerana Allah dan Rasulullah daripada gelak ketawa kerana hal keduniaan. Sungguh menghairankan kita masih banyak bergelak tawa berbanding menangis di atas sejadah kita sedangkan Maut itu sentiasa dekat dengan kita.
47). Walau dengan siapapun kau berguru, Walau apapun ilmu kau selami, Kalau guru tu tinggalkan syariat ataupun dia tidak menekankan bab syariat, kalau dia kata tak perlu solat kalau dah kenal Allah, Maka lebih baik kau tinggalkan guru itu sebelum kau pun terpedaya dengan Syaitan! Ramai anak muda hari ini yang terpedaya pasal tak mula dari bawah, Kalau nak daki gunung kau kena mendaki dari bawah, Melalui liku-liku, Batu-batuan, Segala halangan kau kena lalui dan hadapi untuk sampai ke puncak, Bagi pecah semua lemak, bagi basah lencun dengan peluh, Bagi lenguh kaki, Bila dah sampai puncak baru lah terasa NIKMAT pendakian. Barulah terasa segala usaha penat lelah berbaloi.
48). Pintu rumah Tradisional Kelantan biasanya mempunyai pemegang atautombol yang diperbuat daripada tembaga. Motif bunga diterapkan pada pembuatan pemegang ini. Pintu kayu juga diukir bagi melengkapkan kesenian dan kecantikan senibinanya. Kayu pilihan untuk membuat pintu tentunya kayu chengal. Dengan ketebalan tidak sampai satu inci, dengan saiz 15 kaki lebar x 70 kaki tinggi, tentunya chengal yg cukup matang dan tua digunakan bagi mengelakkan kerosakan pintu. Bahagian atas pintu juga biasanya dibuat gunungan. Rumah orang biasa hanya buatan gunungan tanpa ukiran. Manakala istana atau rumah bangsawan akan diukir gunungannya. Sungguh indah dan berseni rumah MELAYU.
49). IHSAN ADALAH KESEMPURNAAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Bersabda Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam: Ihsan itu ialah, "Kamu sembah Allah seolah kamu melihatNya atau kamu merasai Allah melihat dirimu” (Riwayat Muslim). Syaikh Ahmad al Fathani menyebut dalam kitab FARIDATUL FARAID: "Tiada sempurna agama seseorang tanpa memiliki Ihsan”. Memiliki Ihsan adalah wajib kerana ia kesempurnaan pada agama dan ASWJ. Ihsan adalah pancaran cahaya hati yang terpendam dalam qalbi. Penyucian jiwa adalah diperlukan untuk membuka cahaya Ihsan yang membawa seseorang itu kepada makrifat dalam rasa (muraqabah) dan pandang (musyahadah). Oleh kerana agak sukar mendapatkan murrabi yang benar dizaman ini, sebaiknya seorang itu memperbanyakkan selawat agar beroleh keselamatan dan mencahayakan hati. Perbanyakkan ibadah, amal kebaikan dan sentiasa menghidupkan hati dengan kalimah Allah setiap detik. Ia perlu mendidik diri agar mengiktikadkan segala apa yang dilihat, didengar dan setiap langkah adalah dari Allah.
50). Ilmu makrifat itu adalah bertujuan mengenal dan menyatakan Allah, Supaya Allah itu nyata senyata-nayatanya!. Bukan bertujuan mencari Allah. Kenapa masih ingin mencari Allah?, Tidakkah Allah itu Nyata pada sekalian yang Nyata !. Bukankah Allah itu hampir dan Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Jadi mengapa masih sibuk mencari yang nyata. Apakah lagi yang hendak dicari sesuatu yang sedia terhidang didepan mata!. Seumpama cincin sudah lekat dijari, Apakah masih mahu mencari?. Cari itu, adalah barang, perkara atau benda yang hilang. Bilamana barang yang tidak hilang, buat apa hendak dicari?. Allah itu bukan barang untuk dicari. Allah tidak hilang, Allah tidak tersorok dan Allah tidak terhijab, terlindung atau tertutup oleh sebarang hijab. Allah itu terang, jelas dan nyata lebih terang, lebih terang daripada yang terang, lebih jelas dan lebih nyata dari cahaya matahari. Kenapa perlu dicari dan kenapa perlu mencari?. Buangkan saja sifat mata itu.
51). Istighfarlah untuk dirimu dan untuk kedua orang tuamu sama ada mereka masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Jika mereka (ibu bapa) masih hidup, istighfarmu akan menjadikan mereka diampunkan dosa dosanya oleh Allah. Adapun jika mereka telah meninggal dunia, istighfarmu akan menaikkan darjat mereka sekiranya di neraka, Allah masukkan mereka ke dalam syurga. Dan sekiranya mereka di dalam syurga, maka Allah naikkan mereka ke tingkatan syurga yang lebih tinggi. Ini kita dapat fahami melalui hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu” (HR Ahmad).
52). ANTARA SEBAB MAKANAN DAN MINUMAN HALAL JADI MUDARAT. Mengunakan bekas tak bersih. Tangan tak dibasuh dengan bersih. Makanan dan minuman terdedah. Makan minum lebih had. Itu antara yang doktor serta pakar pemakanan bagitau. Tapi sebenarnya selepas yang diatas tu ada lagi yang kita tak perasan tapi sering duk buat. Makan minum tak baca Bismillah. Sebelum makan kita dah minta penyakit. Contohnya: Sebelum makan daging kambing kita duk kata boleh naik darah tinggi. Sebelum minum kopi kita duk kata kena darah tinggi dan tak boleh tidur. Terlajak masin pun kata darah tinggi. Makan yang manis kata kena kencing manis. Makan beberapa jenis buah kata kena penyakit angin. Kuasa niat letak pada syarah perkataan dari hadis qudsi 'Aku mengikuti sangkaan hambaKu’
53). Janganlah engkau beribadah mencari dzauk, kasyaf, karamah dan lainnya, ia akan menjadi hijab yang akan membuatkan kalian tertipu dengan Syaitan. Beribadahlah mencari hakikat Tauhid, Carilah wajah Tuhanmu melalui renungan pada diri. Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan diriNya.. Beribadahlah dengan muraqabah yakni mengintai wajahNya. Tanpa kamu temui wajahNya, Kamu tetap hamba yang lalai, Ibadahmu hanya pada rupa zahir tetapi tiada rupa batin. Engkau hanya akan menemui wajahNya dengan jalan tafakur sehingga fana (binasa) dirimu. Apabila fana dirimu, Maka nyatalah Tuhanmu. Sesungguhnya kita tiada sifat. Sesiapa yang merasai memiliki sifat, Maka mereka syirik khafi dan terjatuh dalam Qadariah. Apa yang ada pada kita hanya di PER.. sahaja. Iaitu diperlihatkan, diperdengarkan, dipersuarakan, diperilmukan, diperqudratkan, diperiradahkan, dan diperhidupkan sekadar had dan masa yang dikehendaki dengan sifat Ar RahmanNya.
TENGKU DAENG MAWELLE
Alhamdulillah....Mohon izin untuk copypast
ReplyDeleteSilakan tuan...
Delete