Friday, March 14, 2014

MALAM YANG LEBIH BAIK

Jika ditanyakan padaku apakah ada malam yang lebih baik selain malam Lailatul Qadar? Maka jawabku “Ya, sudah pasti ada!” 

Malam yang paling mulia, malam yang paling berkah, malam yang paling dirahmati dan malam yang paling agung adalah “malam kelahiran Nabi Muhammad S.A.W”.

Malam lahirnya seorang insan paling mulia, insan yang paling sempurna, insan yang paling baik akhlaknya, malam lahirnya kekasih Allah, insan yang menjadi penghulu segala manusia, penghulu segala Nabi dan Para Rasul. 

Dengan adanya Nabi Muhammad S.A.W di muka bumi, Allah mengurniakan malam Lailatul Qadar, malam Lailatul Qadar anugerah kepada seluruh ummat Islam, dedangkan malam kelahiran Baginda Nabi S.A.W adalah anugerah kepada seluruh manusia dan seluruh alam. 

Jika malam Lailatul Qadar adalah malam turunnya Al-Quran, manakala malamnya kelahirannya Baginda Nabi S.A.W adalah asbab turunnya Al-Quran, Baginda umpama Al-Quran yang berjalan di atas muka bumi. Ke mana tempat perginya Baginda Nabi, tempat itu pasti mendapat rahmat dan berkat Allah S.W.T. 

"Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam ke atas cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, penawar bagi segala perkara yang lain, kunci bagi segala pintu, iaitu penghulu kami, Nabi Muhammad yang terpilih, juga selawat dan salam ke atas keluarga Baginda yang suci, para sahabatnya yang baik, dengan sebanyak nikmat-nikmat Allah dan kelebihanNya. 

Limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad sebanyak bilangan orang yang berselawat ke atasnya. Limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad sepertimana Engkau suka untuk berselawat ke atasnya. Limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad sepertimana Engkau perintahkan kami supaya berselawat ke atasnya. Limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad seperti yang sepatutnya selawat itu diucapkan ke atasnya”.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment