Tuesday, April 19, 2016

ANTARA DUA SABAR

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menyeru agar kita bersabar dengan cara yang baik. Firman Allah: “Bersabarlah dengan cara yang sebaiknya” (Al-Maarij:5). Melalui ayat ini Allah menyatakan bahawa sabar itu baik dan indah. Lihatlah bagaimana Nabi Yaakub menyatakan kesabarannya terhadap segala apa yang dialami adalah baik. "Bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya". (Yusuf: 18). Melalui sifat sabar yang dinyatakan ini, kita boleh membahagikan sabar kepada 2 bahagian:

SYARAT MUJTAHID

Berkata Imam Al-Syafii, sebagaimana disebutkan  oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih [1/59]:

لَا يَحِلُّ لِأَحَدٍ أَنْ يُفْتِيَ فِي دِينِ اللَّهِ إلَّا رَجُلًا عَارِفًا بِكِتَابِ اللَّهِ بِنَاسِخِهِ وَمَنْسُوخِهِ ، وَمُحْكَمِهِ وَمُتَشَابِهِهِ ، وَتَأْوِيلِهِ وَتَنْزِيلِهِ ، وَمَكِّيِّهِ وَمَدَنِيِّهِ ، وَمَا أُرِيدَ بِهِ ، وَيَكُونُ بَعْدَ ذَلِكَ بَصِيرًا بِحَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَبِالنَّاسِخِ وَالْمَنْسُوخِ ، وَيَعْرِفُ مِنْ الْحَدِيثِ مِثْلَ مَا عَرَفَ مِنْ الْقُرْآنِ ، وَيَكُونُ بَصِيرًا بِاللُّغَةِ ، بَصِيرًا بِالشِّعْرِ وَمَا يَحْتَاجُ إلَيْهِ لِلسُّنَّةِ وَالْقُرْآنِ ، وَيَسْتَعْمِلُ هَذَا مَعَ الْإِنْصَافِ ، وَيَكُونُ بَعْدَ هَذَا مُشْرِفًا عَلَى اخْتِلَافِ أَهْلِ الْأَمْصَارِ ، وَتَكُونُ لَهُ قَرِيحَةٌ بَعْدَ هَذَا ، فَإِذَا كَانَ هَكَذَا فَلَهُ أَنْ يَتَكَلَّمَ وَيُفْتِيَ فِي الْحَلَالِ وَالْحَرَامِ ، وَإِذَا لَمْ يَكُنْ هَكَذَا فَلَيْسَ لَهُ أَنْ يُفْتِيَ .

ANTARA HARAPAN DAN JERITAN JENAZAH

Hadis riwayat Abi Said al Khudri berkata, Rasulullah SAW bersabda; "bila jenazah diletakkan,  maka para lelaki pun memikul jenazah itu di atas bahu-bahu mereka. Jika jenazah itu orang yang soleh, dia berkata; "hantar aku segera,  hantar aku segera". (ke kubur). Tetapi jika jenazah itu bukan orang yang soleh,  berkata dia kepada ahli keluarganya; "celakanya!  Kemana kamu hendak bawa jenazah ini? Suaranya didengari semua benda kecuali manusia sahaja (yang tidak mendengarnya). Sekiranya manusia mendengar suara itu, nescaya mereka akan jatuh pengsan". Kata syeikh; "kena berubah (kena insaf) hidayat kena cari. Tidak boleh tunggu hidayat datang. Seperti makanan kena cari bila lapar, kalau tak cari makanan, akan matilah kita kelaparan".

INSAN ITU SULTAN, HATI ISTANA KOTANYA

Hati upama kubu pertahanan yang sangat besar dan sangat kukuh. Setiap saat dan ketika, kubu sebegini sentiasa mempertahankan pemiliknya daripada serangan musuh,  di samping itu juga menangkat tuannya membawa pelbagai persembahan ufti ketaatan berupa amal soleh kepada Allah SWT, Raja segala raja menguasai segala alam semesta. 

DUA TANDA CINTA DAN BENCI ALLAH SWT KEPADA KITA

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksaKu. Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya. Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, sehingga ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’ (Imam Al-Ghazali dalam Al-Mahabbah). 

PENGENALAN TASAWWUF

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal perkataan tasawwuf: Asal perkataan tasawwuf seolah-olah begitu hampir dengan kalimah sofa, yasfu, yang membawa maksud bersih. (18) Perkataan ini dilihat hampir kerana jika dikaji daripada segi maksud dan istilah, tasawuf bertujuan untuk membersihkan batin. Justeru, makna perkataan ini bertepatan dengan kehidupan seorang ahli tasawuf atau ahli sufi yang sentiasa membersihkan diri daripada segala kekotoran batin dan membersihkan diri selain daripada Allah S.W.T. 

KALAMULLAH

Firman Allah :

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (QS. Al Kahfi: 49).

BERAT MENUNAIKAN SOLAT SUBUH

Umat akhir zaman sia-siakan solat. SOLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadilat dan ganjaran pahalanya amat besar. Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh. Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan. Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w

KHIDMAT SEORANG MURID

Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid ni, Kita juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia, jangan tunggu disuruh. Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin.

25 TANDA2 SIFAT SOMBONG

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.