Tuesday, April 19, 2016

DUA TANDA CINTA DAN BENCI ALLAH SWT KEPADA KITA

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksaKu. Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya. Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, sehingga ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’ (Imam Al-Ghazali dalam Al-Mahabbah). 

2). TAWADHU IMAM GHAZALI

Ibn Sam'aani menceritakan, “Aku telah melihat dalam tulisan Imam Al Ghazali yang dihantar kepada Ahmad bin Salamah di Mosul antara petikan drp tulisannya: ”Ada pun tugas memberikan peringatan itu, aku lihat diriku tidak berkelayakan utk tugas2 sebegitu,  kerana memberikan peringatan itu upama zakat yang nisab nya ada lah diri sendiri yang sudah pun mempunyai peringatan yang cukup. Sesiapa yang tidak mempunyai nisab yang mencukupi,  bagaimana mungkin dia boleh mengeluarkan zakat. Seseorang yang dirinya tidak ditutupi pakaian,; mana mungkin dia boleh memberikan pakaian utk org lain. Dan bila masanya bayang menjadi lurus sedang objeknya bengkok. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s: “Ambil lah peringatan untuk diri mu,  setelah diri mu betul mendapat mengambil peringatan, maka sampaikanlah peringatan itu kepada semua manusia. Jika tidak, hendaklah kamu malu kepada Ku”.

3). KEHANCURAN UMMAT

Hancurnya Umat Islam kerana Perbuatan Mereka sendiri

حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ كِلَاهُمَا عَنْ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ وَاللَّفْظُ لِقُتَيْبَةَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيَّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : .. وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي أَنْ لَا يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا يُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ رَبِّي قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ وَإِنِّي أَعْطَيْتُكَ لِأُمَّتِكَ أَنْ لَا أُهْلِكَهُمْ بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا أُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ يَسْتَبِيحُ بَيْضَتَهُمْ وَلَوْ اجْتَمَعَ عَلَيْهِمْ مَنْ بِأَقْطَارِهَا أَوْ قَالَ مَنْ بَيْنَ أَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَيَسْبِي بَعْضُهُمْ بَعْضًا

“Sesungguhnya aku sudah memohom kepada Tuhan-ku untuk umatku. Janganlah Dia membinasakan mereka dengan kebuluran yang bermaharajalela, jangan menundukan mereka kepada musuh dari luar kelompok mereka yang menodai kedaulatan mereka. Sesungguhnya Tuhan-ku berfirman: wahai Muhammad sungguh jika Aku telah menetapkan suatu ketetapan, maka ia tidak dapat ditolak. Aku berikan kepadamu untuk umatmu agar mereka tidak dibinasakan oleh kebuluran  yang bermaharajalela dan agar mereka tidak dikuasai oleh musuh dari luar mereka yang akan menodai kedaulatan mereka, sekalipun musuh itu berkumpul dari seluruh penjuru dunia, kecuali  sebahagian dari mereka yang akan membinasakan sebagian yang lain dan mereka saling menawan satu sama lain”. (HR Muslim:5144).

No comments:

Post a Comment