Tuesday, January 12, 2016

LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Siapa sangka? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kg Sungai Pusu Gombak! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha’uddin, 2 pensyarah UIAM yang berasal dari Iraq. Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang MH 17. Siapa pula tahu, al-Marhum Tuan Guru Datok Dr. Harun Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat. Jarak antara dua lokasi ini beribu batu jauhnya.

PARA PENGHUNI LANGIT 1 HINGGA 7 YANG JARANG DIKETAHUI

Isra’ mi’raj adalah peristiwa yang diluar nalar manusia, terutama nalar orang jahiliyyah pada jaman nabi. Pada malam itu Rasul di mengalami perjalanan dari Masjidil Harom ke Masjidil Aqso di Palestina, dan dari Masjidil Aqso ke Sidratil Muntaha di Langit ke 7. Ketika perjalanan mulia tersebut, Nabi SAW mengendarai hewan bersayap serta berukuran besar, badannya bahkan melebihi keledai, berwarna putih dan panjang. Hewan ini disebut sebagai Buraaq dan satu langkahnya mampu menempuh jarak amat jauh dalam sekejap sampai sejuta mata memandang. Dan dalam perjalanan inilah Nabi Muhammad melewati tujuh tingkatlangit kemudian bertemu para penghuninya di setiap tingkatanlangit. Inilah para penghuni langitke 1 hingga ke 7. Berikut ini penghuni langit 1 sampai 7 yang ditemui oleh Rasul, yaitu:

NASIHAT IBNU ATHA'ILLAH AS SAKANDARI

Kata Ibnu ‘Atha’illah As Sakandari:

من تاب ظفِر، ومن لم يتب خسِر.

Terjemahan: “Siapa yang bertaubat menang, dan siapa yang tidak bertaubat kecundang."

كثير من أنفق الدنانير والدراهم، ولكن من أنفق الدمع قليل.

Terjemahan: “Ramai yang menafkahkan dinar dan dirham, tapi yang menafkahkan air mata sedikit."

LAHIRKAN SEMULA BAYI MAKNAWIMU SEBELUM MATIMU, ITULAH AMANAH ALLAH BAGIMU

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah SULTANUL atau QUTUBUL AULIA’ yakni Penghulu segala Wali wali Allah, maka wajarlah kita dalam mencari JALAN PULANG menjadikan beliau sebagai salah satu SUMBER rujukan dalam perjalanan kerohanian kita. Disini disertakan beberapa petikan dari kitab “SIRRUR ASRAR” karangan beliau. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menamakan kandungan itu sebagai TIFLUL MA’ANI atau BAYI MAKNAWI dan menjelaskan bahawa istilah itu merujuk kepada RUH SUCI didalam diri yang disebutnya sebagai RUH AL-QUDSI yang dilantik sebagai Khalifah Allah yang diamanah untuk membimbing kegelapan jasad kepada Allah sebelum dipanggil pulang, sebagai ujian bagi menyempurnakan janji yang pernah termeterai dengan Penciptanya. Inilah antara petikan-petikan tersebut:

SEBUAH HADIS RIWAYAT MUSLIM

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang pertama kali diadili pada Hari Kiamat adalah seseorang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya: “Apa yang kamu lakukan dengannya?"

AWALUDIN

Ketahuilah, tujuan pencipta alam ini menjadikan kita adalah semata-mata untuk diriNya dikenal sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Aku khazanah yang tersembunyi maka Aku suka dikenali oleh sebab itu Aku jadikan makhluk agar ia mengenaliKu.” Kemudian Ia jadikan Nur Muhammad selaku makhluk pertama yang dijadikanNya dan dari Nur Muhammad itu dijadikanNya alam semesta ini. Maka wujudlah dunia ini dan segala makhluk lain didalamnya termasuklah kita yakni manusia. Awal-awal bangsa manusia yang dijadikan ialah seorang lelaki yakni Adam didalam syurga yang jasadnya berasal daripada tanah bumi manakala rohnya terus berasal daripada Nur Muhammad. Didalam syurga, Adam telah pun mengenali penciptanya malah bentuk kejadian Adam adalah mengikut wajah penciptaNya. Kemudian manusia kedua yang dijadikan ialah seorang perempuan yakni Hawa yang jasadnya dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam manakala rohnya terus berasal daripada Nur Muhammad. 

KISAH ABU YAZID AL BUSHTAMI BERBAKTI KEPADA IBUNYA

Setelah tiba waktunya, si ibu menghantar Abu Yazid ke Masjid. Abu Yazid mempelajari al Quran. Pada suatu hari gurunya menjelaskan erti sepotong ayat dari Surah Al Lukman yang berbunyi: “Berterimakasihlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapa kamu”. Ayat ini sangat mengentarkan hati Abu Yazid. Abu Yazid meletakkan batu tulisannya dan berkata kepada Gurunya:  “Izinkan saya pulang, ada yang perlu hamba katakan kepada ibuku.”

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAYANG ALLAH, BEKAS ALLAH DAN SIFAT ALLAH?

Yang dimaksudkan bayang, bekas dan sifat Allah itu adalah merujuk kepada makhlok. Makhloklah bayang Allah, makloklah bekas Allah dan makhloklah yang dikatakan sifat-sifat Allah. Dengan cara memandang dan melihat bekas-bekas Allah pada sifat makhlok, Allah itu akan dapat dilihat dan dapat dipandang oleh pandangan mata. Termasuklah dengan cara melihat kepada diri kita sendiri. Maksud melihat itu, bukan melihat dengan mata zahir tapi ianya hendaklah dilihat dengan menggunakan mata batin, iaitu melalui pandangan mata hati.

SIFAT KAUM SUFI DAN SIAPA MEREKA?

Syekh Abu Nashr as-Sarraj rah berkata: Adapun sifat sifat kaum Sufi dan siapa sebenarnya mereka, adalah sebagaimana yang pernah dijawab oleh Abdul Wahid bin Zaid – sebagaimana yang pernah saya terima – dimana ia adalah salah seorang yang sangat dekat dengan Hasan al-Bashri – rah – ketika ditanya, “Siapakah kaum Sufi itu menurut Anda?” Ia menjawab, “Adalah mereka yang menggunakan akalnya tatkala ditimpa kesedihan dan selalu menetapinya dengan hati nurani, selalu berpegang teguh pada Tuannya (Allah) dari kejelekan nafsunya. Maka merekalah kaum Sufi.”

SARANAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Manam B. Mohammad 

Al-Qur’an dan hadis menyebut tentang persoalan zikir dengan menyentuh pelbagai aspek dan kaitan. Antaranya menyentuh tentang perintah dan galakan melakukan zikir, kelebihan zikir, hakikat zikir, kaifiyyat melakukan zikir, waktu keutamaan melakukan zikir, hubungan zikir dengan perkara-perkara lain, kesan dan faedah zikir, golongan ahli zikir dan sebagainya lagi. Antara perkara yang disebut tentang zikir ini ialah suruhan supaya memperbanyakkan dhikrullah. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang menyuruh supaya memperbanyakkan zikir. Antaranya ialah firman Allah: