Manusia tidak lebih dari binatang yang berakal, dalam bahasa arab, kalimah Natiq dari akar kata Nutq bermakna kemampuan berkata-kata, berfikir. Tanpa "Natiq" manusia dan haiwan bagaikan "sama" tetapi tiada serupa. Manusia yang sama seperti haiwan, ataukah haiwan yang sama seperti manusia? Keduanya memang sama saja tanpa “Natiq". Haiwan makan, manusia juga makan, malah terkadang manusia memakan haiwan dan sebaliknya. Haiwan kawin, manusia juga kawin untuk berkembang biak menambah keturunan. Haiwan punya organ tubuh, seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan kaki, manusia juga mempunyainya.
Sunday, January 24, 2016
HUDHURUL QALB
Penyertaan hati atau hudhurul qalb adalah tumpuan perhatian terhadap apa yang diucapkan atau dilakukan dan hati tidak 'menerawang' ke arah lain. Penuh kesedaran tentang apa yang diucapkan dan semua gerak yang dilakukan dalam solat. Fikiran tidak melayang ke tempat lain, fikiran hanya tertumpu kepada perbuatan dan apa yang diucapkan saja. Apabila semuanya terpusat pada solat maka ini bermakna hati batin telah menyertai solat dari awal sampai memberi salam. Penyebab dari hudhurul qalb ialah himmah (perhatian yang sepenuhnya dan tekad kuat untuk mencapai suatu cita-cita yang tinggi). Hati akan selalu mengikut himmah.Datangnya himmah hanya pada tempat-tempat yang diberikan sepenuh perhatian.
RINDU ALLAH SEPANJANG HAYAT
Orang-orang yang menolak kewujudan cinta Allah, sudah pastilah mereka menolak kewujudan rindu Allah. Hal ini kerana cinta adalah pintu kepada rumah rindu, kulit luar kepada buah rindu, tangga kepada tingkat rindu, dan jalan ke lebuhraya rindu. Sebenarnya cinta dan rindu Allah memang ada. Bukti-bukti kewujudan cinta dan rindu ini jelas terdapat pada ayat-ayat Al-Quran, hadith-hadith, kata-kata ulama dan hujah-hujah akal. Apa pun yang kita cinta/suka, akan kita rindui sekiranya ia tidak ada di hadapan kita, atau ketika tidak kita perolehi. Rindu itu akan hilang apabila yang kita rindui itu sudah ada dengan kita. Yang kita rindui pastinya kita terharap-harap, tercari-cari, tertunggu-tunggu, tersebut-sebut dan terkenang-kenang. Semua ini disebut asyik.
ASAS AJARAN TAREKAT
Hakikatnya jumlah tarekat itu tidak terbatas banyaknya kerana tarekat atau jalan kepada Tuhan itu sebanyak jiwa hamba Allah. Asas ajarannya juga tidak terbilang pula, kerana ada yang akan melalui jalan zikir, jalan muraqabah, jalan ketenangan hati, jalan pelaksanaan segala ibadah seperti solat, puasa, haji dan jihad, jalan melalui kekayaan seperti mengeluarkan zakat dan membiayai amal kebajikan, jalan membersihkan jiwa dari kebimbangan dunia dan kethama’an hawa nafsu seperti khalawat dan mengurangi tidur, mengurangi makan minum, semuanya itu tidak dapat dicapai dengan meninggalkan syari'at dan sunnah Nabi s.a.w.
IKUTILAH RASULULLAH S.A.W (AKHLAK MUHAMMADI)
Al Hasan ibn Ali r.a bercerita: Saya bertanya bapa saudara saya Hindun ibn Abi Halah r.a yang berkeahlian dalam meriwayatkan sifat Rasulullah s.a.w: "Ceritakanlah kepada saya cara Rasulullah s.a.w berbicara." Beliau berkata: "Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sentiasa bersedih (kerana menyaksikan kebesaran Tuhannya dan takut kepadaNya bukan kerana dunia). Baginda s.a.w selalu berfikir (tentang kemaslahatan hamba-hamba Allah dan keadaan mereka pada hari Akhirat) bahkan hampir tidak sempat berehat. Baginda s.a.w lebih banyak berdiam, Baginda s.a.w tidak suka berbicara mengenai perkara yang tidak perlu. Baginda s.a.w membuka dan menutup perbicaraannya dengan menyebut nama Allah. Perbicaraannya padat dengan makna sekalipun ringkas, kata-katanya jelas, tiada yang sia-sia atau berlebih-lebihan dan tiada pula yang kurang difahami.
NUR ALA NUR (TAFSIR AL-JAILANI)
اَللّٰهُ نُوْرُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ۭ مَثَلُ نُوْرِهٖ كَمِشْكٰوةٍ فِيْهَا مِصْبَاحٌ ۭ اَلْمِصْبَاحُ فِيْ زُجَاجَةٍ ۭ اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُّوْقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُوْنَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَّلَا
غَرْبِيَّةٍ ۙ يَّكَادُ زَيْتُهَا يُضِيْۗءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۭ نُوْرٌ عَلٰي نُوْرٍ ۭ يَهْدِي اللّٰهُ لِنُوْرِهٖ مَنْ يَّشَاۗءُ ۭ وَيَضْرِبُ اللّٰهُ الْاَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۭ وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ 35ۙ
Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
KETIKA MENGHADAP ILAHI
Berkata Ibnu Arabi: Berwuduklah dengan air yang ghaib, Sekiranya engkau punya sirr, Jika tiada bertayammumlah dengan tanah dan batu. Kehadapankan seorang imam, Solatlah zuhur di awal asar, Inilah solat para Aulia al-'Arifin terhadap tuhannya, Sekiranya engkau salah seorang daripada mereka, Maka siramkanlah daratan dengan lautan...
ADAB BAGI AHLI TAREKAT
Imam al-Ghazali mengatakan adab adalah melatih diri secara zahir dan batin untuk mencapai kesucian untuk menjadi sufi. Menurut al-Ghazali ada dua tingkatan adab:
1. Adab Khidmat: Iaitu fana dari memandang ibadatnya dan memandang ibadat yang diperbuatnya dapat terlaksana semata-mata berkat izin dan anugerah Allah SWT kepadanya.
HAJI KE MEKAH DAN HAJI ROHANI KE HAKIKAT HATI
Pekerjaan haji menurut syariat ialah mengunjungi ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat berhubung dengan ibadat haji: memakai ihram – dua helai kain yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka’abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan solat dua rakaat berhampiran dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila semua ini dilakukan pekerjaan hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat kecacatan pada pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
TALQIN DAN BAI’AT
Talqin itu peringatan guru kepada murid, sedang bai’at yang juga dinamakan ahad adalah sanggup dan setia murid di hadapan gurunya untuk mengamalkan dan mengerjakan segala kebajikan yang diperintahkannya. Banyak hadis yang menerangkan kejadian Nabi mengambil ahad pada waktu membai’atkan sahabat-sahabatnya. Diriwayatkan oleh Ahmad r.a. dan Tabrani r.a.bahawa Rasulullah SAW, pernah mentalqinkan sahabat-sahabatnya secara berombongan atau perseorangan. Talqin berombongan pernah diceritakan oleh Syaddad bin Aus r.a: “Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi SAW, Nabi SAW berkata: “Apakah ada diantaramu orang asing? maka jawab saya: “Tidak ada”
Subscribe to:
Posts (Atom)