Sunday, January 24, 2016

KETIKA MENGHADAP ILAHI

Berkata Ibnu Arabi: Berwuduklah dengan air yang ghaib, Sekiranya engkau punya sirr, Jika tiada bertayammumlah dengan tanah dan batu. Kehadapankan seorang imam, Solatlah zuhur di awal asar, Inilah solat para Aulia al-'Arifin terhadap tuhannya, Sekiranya engkau salah seorang daripada mereka, Maka siramkanlah daratan dengan lautan...

Bermaksud: Sekiranya engkau tidak mampu untuk toharah yang Asli, iaitu bersih (hati) daripada hadas (ingatan makhluk), maka (tayammumlah) tumpukanlah ibadat yang zahir,  Kehadapankan syariat @ guru mursyid dan tarbiyah di hadapanmu, yang sebelum itu menuntutmu untuk mengenalinya,  Jamakkan (himpunkan) zahir syariat dengan hakikat... Itulah solat para Aulia dan Arifin sekiranya engkau salah seorang daripada mereka, maka siramlah (daratan) zahirmu dengan (lautan) hakikat batin mu. Seseorang yang tersimpan dalam hatinya sirr yang ghaib akan terzahir pada luarannya. Berwuduk dengan air mutlak akan suci anggota zahir daripada hadas zahir... Berwuduk dengan air ghaib akan bersih hati daripada ingatan dan kecintaan yang lain daripada Allah…

Berapa ramai yang sudah selesai wuduk untuk syarat sahnya solat namun hati masih lalai ketika solat!!!

لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ.....43 النساء

Janganlah engkau hampiri (lakukan) solat dalam keadaan engkau mabuk, sehinggalah engkau mengetahui apa yang engkau lafazkan (ketika solat)… Ahli awam berasa sudah mengikut perintah kerana tidak minum arak sebelum solat sebagaimana asbabun nuzul ayat.  Ahli khawas merasai sentiasa berdosa dan melanggar larangan Allah... Ketika solat mengadap Allah hati masih mabuk dalam mencintai dunia dan segala kebesarannya. (Tuan Guru Haji Md Nasir asy-Syazuli).

No comments:

Post a Comment