Talqin itu peringatan guru kepada murid, sedang bai’at yang juga dinamakan ahad adalah sanggup dan setia murid di hadapan gurunya untuk mengamalkan dan mengerjakan segala kebajikan yang diperintahkannya. Banyak hadis yang menerangkan kejadian Nabi mengambil ahad pada waktu membai’atkan sahabat-sahabatnya. Diriwayatkan oleh Ahmad r.a. dan Tabrani r.a.bahawa Rasulullah SAW, pernah mentalqinkan sahabat-sahabatnya secara berombongan atau perseorangan. Talqin berombongan pernah diceritakan oleh Syaddad bin Aus r.a: “Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi SAW, Nabi SAW berkata: “Apakah ada diantaramu orang asing? maka jawab saya: “Tidak ada”
Lalu Rasulullah menyuruh menutup pintu dan berkata: “Angkat tanganmu dan ucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH”. Seterusnya beliau berkata: “Segala puji bagi Allah wahai Tuhanku, Engkau telah mengutus aku dengan kalimah ini dan Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan engkau tidak sekali-sekali menyalahi janji”. Kemudian Baginda berkata pula: “Belumkah aku memberikan khabar gembira kepadamu bahawa Allah telah mengampuni bagimu semua?” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w: “Tidak ada segolongan manusia pun yang berkumpul dan melakukan zikrullah dengan tidak ada niat lain melainkan untuk Tuhan semata-mata, kecuali nanti akan datang suara dari langit. Bangkitlah kamu semua, kamu sudah diampuni dosamu dan sudah ditukar kejahatannya yang lampau dengan kebajikan”. Oleh kerana itu Tuhan berfirman: “Maka bergembiralah kamu dengan bai’atmu, yang telah kamu lakukan itu adalah kejayaan yang agung (QS At-Taubah: 11 )”.
Tentang bai’at perseorangan pernah diceritakan oleh Yusup Al Kurani r.a. dan teman-temannya dengan sannad yang sah: “Bahawa Sayyidina Ali r.a bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah tunjukilah aku jalan yang sependek-pendeknya kepada Allah dan yang semudah-mudahnya dan paling utama dapat ditempuh oleh hambanya pada sisi Allah?”. Maka bersabdalah Rasulullah: “Hendaknya kamu lakukan zikrullah yang kekal (zikir dawam) dan ucapan yang paling utama pernah ku lakukan dan dilakukan oleh Nabi-Nabi sebelum aku yaitu LAA ILAAHA ILLALLAH. Jika di timbang tujuh petala langit dan bumi dalam satu timbangan dan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAH dalam satu timbangan lainnya maka akan berat kalimat LAA ILAAHA ILLALLAH dalam daun timbangan yang lain”.
Kemudian baginda berkata: “Wahai ‘Ali, tidak akan datang kiamat di atas muka bumi ini masih ada orang yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH”. Sayyidina ‘Ali berkata: “Bagaimana carannya aku berzikir itu ya Rasulullah?”. Nabi menjawab: “Pejamkan kedua matamu dan dengar aku mengucapkan tiga kali, kemudian engkau mengucapkan tiga kali pula sedangkan aku mendengarkan. Maka berkatalah Rasulullah LAA ILAAHA ILLALLAH tiga kali, sedangkan kedua matanya dipejamkan dan suaranya dikeraskan, serta ‘Ali mendengarkannya. Kemudian Ali mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH tiga kali dan Nabi mendengarkannya”.
Demikian cara talqin zikir yang disampaikan oleh Ali bin Abi Thalib r.a yang kemudian diterangkan bahawa talqin zikir hati yang bersifat batiniyah dilakukan dengan isbat tidak dengan nafi, yaitu dengan lafaz isim zat seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Al Quran: “Katakanlah “Allah” kemudian tinggalkan sifat mereka bermain-main didalam kesesatan (QS Al-An’aam:91). Nabi memperingatkan Sayyidina Ali r.a: “Wahai Ali pejamkan kedua matamu katupkan bibirmu dan lipatkan lidahmu lalu sebutkan: Allah, Allah.” Inilah cara yang pernah dipelajari dan diambil oleh Sayyidina Abu Bakar r.a. secara rahsia (mengisi perasaan) daripada Nabi dan inilah zikir yang boleh terhujam teguh sampai kedalam hati.
Kerana inilah Nabi memuji Sayyidina Abu Bakar r.a bukan kerana banyak puasa dan solat, tetapi kerana sesuatu yang terhujam dalam hatinya. Firman Allah dalam Al Quran “Dan mereka yang mempunyai iman yang teguh serta tetap tenang hatinya dengan zikrullah, bukankah zikrullah itu menenangkan dan menenteramkan hati? (QS Ar-Ra’du:2 )”.
Jalan atau Tareqat yang kedua macam ini tentang zikir jahar dan khafi adalah pokok daripada seluruh TAREQAT, kemudian tersiarlah dalam perinciannya dengan kurnia Tuhan Yang Maha Murah. Dlm Sunan al-Tirmidzi, Abu Sa'id al-Khudri r.a juga berkata, Rasulullah s.a.w ditanya: “Yg mana satu hamba paling tinggi darjatnya di sisi Allah Ta'ala pada hari kiamat?” Baginda Nabi menjawab, "Org2 yg banyak berzikir kpd Allah”. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, walaupun daripada orang yg berperang di jalan Allah?” Baginda menjawab, "Walaupun dia menebaskan pedangnya kepada orang2 kafir dan musyrik sehingga pedangnya patah dan berlumuran darah, orang2 yg berzikir kepada Allah tetap lebih tinggi drpdnya”. (Sunan al-Tirmidzi, hadis No. 3703 - Bab keagungan zikir Rasulullah s.a.w).
Dan dlm Sunan al-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah, Abu Darda' r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahu kalian mengenai amalan terbaik dan paling murni di sisi Tuhan dan paling tinggi darjatnya di kalangan kalian, ia lebih baik daripada bersedekah emas dan perak, dan lebih baik utk kalian daripada bertemu musuh lalu kalian memutuskan lehernya?” Mereka menjawab, "Ya kami mahu." Baginda menjawab, "Iaitu Zikir kpd Allah!” Al-Hakim Abu Abdillah dlm kitabnya, al-Mustadrak 'Ala al-Sahihain, mengatakan, "Hadis ini memiliki sanad sahih”. (Sunan al-Tirmidzi hadis No. 3704, Ibnu Majah No. 3922). (Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattariyah).
No comments:
Post a Comment