Hakikatnya jumlah tarekat itu tidak terbatas banyaknya kerana tarekat atau jalan kepada Tuhan itu sebanyak jiwa hamba Allah. Asas ajarannya juga tidak terbilang pula, kerana ada yang akan melalui jalan zikir, jalan muraqabah, jalan ketenangan hati, jalan pelaksanaan segala ibadah seperti solat, puasa, haji dan jihad, jalan melalui kekayaan seperti mengeluarkan zakat dan membiayai amal kebajikan, jalan membersihkan jiwa dari kebimbangan dunia dan kethama’an hawa nafsu seperti khalawat dan mengurangi tidur, mengurangi makan minum, semuanya itu tidak dapat dicapai dengan meninggalkan syari'at dan sunnah Nabi s.a.w.
Ajaran tarekat secara umum berkaitan erat dengan tujuan yang hendak dicapainya. Prof. H. Abubakar Aceh menyebutkan bahwasanya ajaran setiap tarekat secara umum ada lima iaitu :
1. Menuntut ilmu untuk dilaksanakan sebagai perintah Tuhan.
2. Mendampingi guru dan teman setarekat untuk meneladani.
3. Meninggalkan rukhsah dan ta’wil untuk kesungguhan.
4. Mengisi semua waktu dengan doa dan wirid
5. Mengekangi hawa nafsu daripada berniat ialah untuk keselamatan.
Tarekat berupaya untuk mengendalikan nafsu tercela (madzmumah) dan melatih nafsu terpuji (mahmudah) untuk mendekatkan diri sedekat-dekatnya kepada Allah SWT. Namun demikian untuk mencapai kedekatan kepada Allah SWT itu, para pengamal tarekat harus menempuh jalan yang panjang. Rumusan mengenai tahap-tahap perjalanan rohani itu antara satu tarekat tertentu terkadang juga merupakan gabungan dari dua atau lebih ajaran unsur tarekat. Dan secara garis besar, perjalanan panjang rohani itu dirumuskan dengan tiga tahap iaitu takhalli, tahalli, dan tajalli. Namun demikian, perjalanan rohani yang dirumuskan oleh para Sufi sebenarnya sangat kompleks dan bervariasi.
Pelajaran tasawuf dalam Islam meliputi pendidikan kerohanian dan pendidikan budi pekerti yang menurut istilah tasawuf disebut "Ilmu Muamalah" (tata cara hidup masyarakat) serta latihan kerohanian dengan beribadah dan mencintai Tuhan dengan memancarkan nur dan untuk memperoleh ilham. Pada bahagian inilah dinamakan tarekat. WAllahu a'lam.
No comments:
Post a Comment