Imam al-Ghazali mengatakan adab adalah melatih diri secara zahir dan batin untuk mencapai kesucian untuk menjadi sufi. Menurut al-Ghazali ada dua tingkatan adab:
1. Adab Khidmat: Iaitu fana dari memandang ibadatnya dan memandang ibadat yang diperbuatnya dapat terlaksana semata-mata berkat izin dan anugerah Allah SWT kepadanya.
2. Adab Ahli Hadratul Uluhiyah: Iaitu adab orang yang sudah dekat dengan Allah. Adab mereka ini dilakukan sepenuhnya mengikuti adab Rasulullah SAW lahir dan batin. Abu Nasr Al-Sarraj Al-Tusi mengadakan ada tiga tingkatan manusia dalam melaksanakan adab iaitu :
a). Adab Dunia: Adab mereka pada umumnya adalah kemahiran berbicara, menghafal ilmu pengetahuan dan membuat syair-syair arab.
b). Adab Ahli Agama: Melatih mental dan anggota, memelihara aturan hukum agama dan meninggalkan syahwat.
3. Adab Ahli Khususiah: Adab mereka pada umumnya adalah membersihkan hati, memelihara waktu, sedikit saja menuruti suara hati sendiri, amat beradab ketika meminta, ingat kepada Allah SWT sepanjang waktu dan selalu berdaya upaya agar dekat kepada Allah SWT.
Berdasarkan huraian di atas adab merupakan hal yang utama di dalam menjalani kehidupan di dunia khusunya di dalam tasawuf. Dalam tasawuf, adab kepada guru mursyid adalah sesuatu yang utama dan asas, kerana hampir seluruh pengajaran tasawuf itu berisi tantang pembinaan akhlak manusia menjadi akhlak yang baik, menjadi akhlak yang mulia sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Seorang murid harus selalu merendahkan diri di depan guru, harus melayani gurunya dengan sebaik-baiknya.
Syeikh Abu Yazid al-Busthami terkenal dengan ketinggian hadapnya. Setiap hari selama bertahun-tahun Beliau menjadi khadam melayani gurunya sekaligus mendengarkan nasihat-nasihat yang diberikan gurunya. Suatu hari gurunya menyuruh Abu Yazid membuang sampah ke jendela. “Buang sampah ini ke jendela”, dengan bingung Abu Yazid berkata, “Jendela yang mana guru?” “Bertahun-tahun engkau bersamaku, tidakkah engkau tahu kalau di belakangmu itu ada jendela”
Abu Yazid menjawab, “Guru, bagaimana aku boleh melihat jendela, setiap hari pandanganku hanya kepadamu semata, tidak ada lain yang ku lihat”. Begitulah adab Syeikh Abu Yazid Al-Busthami kepada gurunya, bertahun-tahun beliau tidak pernah memalingkan pandangan dari gurunya, siang malam yang diingat hanyalah gurunya, lalu bagaimana dengan kita yang selalu dengan bangga menyebut diri sebagai murid seorang Sayyidi Syeikh? (Madrasah as-Saidiyyah).
No comments:
Post a Comment