Tuesday, January 5, 2016

AKIBAT MENOLAK SUNNATULLAH

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahaja di dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia. Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetap dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

MENATA HATI MENGGAPAI REDHA ALLAH

Manisnya hawa nafsu yang ada dalam hati, adalah penyakit yang sulit disembuhkan. Hati itu tempat bertahtanya Iman dan Makrifatnya keyakinan. Dan semua ini adalah ubat bagi penyakit yang di akibatkan oleh hawa nafsu dan syahwat.  Hawa nafsu dan syahwat badani termasuk penyakit hati yg menghinggapi manusia. Apabila hawa nafsu itu telah masuk dan menusuk hati, maka rusaklah hati. Dan apabila dibiar kan saja ia akan membusuk dan sukar untuk disembuhkan. 

BUKTI MANUSIA TIDAK PUNYAI APA-APA

Betulkah manusia yang merasakan dia memiliki itu benar-benar ia memiliki? Kerana adanya benda-benda yang ia miliki itu adalah melalui usahanya. Kalau dia tidak memiliki, apa pula buktinya? Mari bersama-sama memecahkan persoalan-persoalan tersebut. Moga-moga diizinkan Allah SWT sesuai dengan tajuk yang sedang diperkatakan ini. Kebiasaannya dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia selalu mengatakan, “Ini harta saya, ini kebun saya, ini estet saya, ini kenderaan saya” dan lain-lain lagi.

KENAPA MOHON PERTOLONGAN ALLAH UNTUK BERSABAR

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 45 yang bermaksud: Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya perkara ini sangat berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta tolonglah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita supaya kita meminta pertolongan kepada-Nya, supaya kita boleh bersabar.

HIKMAH SETIAP KEJADIAN DARI ALLAH

Mari kita kita melihat apakah hikmah setiap kejadian yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita yang semuanya datang dari Tuhan untuk kita meningkatkan lagi rasa-rasa kehambaan dan rasa-rasa berTuhankan Allah supaya kita mendapat manafaat di sebalik kejadian, peristiwa dan perlakuan.

PANDANGAN DAN PENDENGARAN YANG MEROSAKKAN HATI

"Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.” Telah sepakat orang-orang kita mengatakan: “Dari mata turun ke hati.” Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati. Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram), maka hati kita akan bersalut kejahatan dan kemungkaran itu. Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar ialah hati yang gelap pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi takut pada Allah, malah hilang cinta dan rindu pada Allah SWT.

TOKKU PULAU MANIS: PENSYARAH HIKAM PERTAMA ALAM MELAYU

Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Syeikh Abdul Malik adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Kerajaan Temir. Pada tahun 1650, Shaikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah S.A.W.

AJARAN TASAWWUF AL JUNAID AL BAGHDADI

Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan, “Seorang Sufi tidak seharusnya hanya berdiam diri di Masjid dan berzikir saja tanpa bekerja untuk nafkahnya. Sehingga untuk menjalankan kehidupannya orang tersebut menggantungkan diri hanya pada pemberian orang lain. Sifat-sifat seperti itu sangatlah tercela. Kerana sekali pun ia Sufi, ia harus tetap bekerja keras untuk menampung kehidupannya sehari-hari. Di mana jika sudah mendapat nafkah, diharapkan membelanjakannya di jalan Allah SWT.”

SUDAH KENAL ALLAH?

Diperingkat Pengajian: “Kalau kita ini benar mahu mengikut sunah Rasul, sewajarnya kita mesti bertemu Allah dalam keadaan nyata seperti Muhammad ketika meniti sidratul muntaha. Musa sewaktu berada di lembah Thuwa dan Ibrahim. Inilah sunnah yg sebenar yaitu mengenali hakikat penciptaan kita dimuka bumi Allah selaku KHALIFAH FIL ARDH. Bukan (hanya) kita akan jumpa Allah bila hari kiamat nanti, sedangkan Allah selalu saja bersama kita (baik dalam keadaan apa pun). Rujuk surah Albaqarah ayat 186. Hanya kita sahaja yg tidak bersama dgn Al-Rahman.

KEMBALI ASAL SEMULA

Kita ini semuanya berasal dari Allah, maka kembalilah kepada Allah, bukan ke Syurga atau Neraka, bak kata-kata bijak pandai “dari asal balik ke asal, dari tanah balik ke tanah”. Kalau difikir-fikirkan kita pun hairan kerana ramai sangat yang hendak balik ke Syurga, dan tidak seorang pun yang ingin pergi ke Neraka. Pelik, kenapa pelik? .. kerana kita bukan berasal dari Syurga, tetapi berasal dari Allah maka kembalilah kepada Allah.