Tuesday, January 5, 2016

KEMBALI ASAL SEMULA

Kita ini semuanya berasal dari Allah, maka kembalilah kepada Allah, bukan ke Syurga atau Neraka, bak kata-kata bijak pandai “dari asal balik ke asal, dari tanah balik ke tanah”. Kalau difikir-fikirkan kita pun hairan kerana ramai sangat yang hendak balik ke Syurga, dan tidak seorang pun yang ingin pergi ke Neraka. Pelik, kenapa pelik? .. kerana kita bukan berasal dari Syurga, tetapi berasal dari Allah maka kembalilah kepada Allah.

Apabila berlaku kematian, kita sering mendengar orang berkata, “Sesungguhnya kami datang dari Allah maka kepada Allah kami kembali”, tetapi apa yang diucapkan di lisan tidak sama apa yang tersemat di hati, hati bermaksud masuklah ke dalam Syurga Firdaus, nikmatilah kesenangan-kesenangan yang terdapat di dalam Syurga.

Kita harus memperbetulkan matlamat, kita berasal dari Allah maka kembalilah semuanya kepada Allah, semuanya zahir dan batin. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jangan satu pun yang tertinggal, termasuk diri yang batin … semua pembatasan.

Semuanya kembali kepadaNya. Apabila kesedaran ini telah diperolehi, maka itu bagi Orang Sufi disebut “Maqam laa Maqam” (Maqam yang tiada Maqam).

Dengan itu, kembalilah kepada Alllah semasa hidup lagi di dunia, jangan tunggu setelah jasad dimasukkan ke dalam kubur, baru ingin ketemu dengan Allah. WAllahu’alam.

No comments:

Post a Comment