Monday, August 15, 2016

ILMU EMPAT SEGI

Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Empat perkataan itu tidak asing bagi mereka yg sedang menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut. Secara kasarnya, empat kata tersebut adalah pecahan besar Ilmu Islam. Keempat-empat ilmu tersebut adalah Fardhu bagi tiap-tiap manusia. 

APA ITU RISALAH NUR?

RISALAH NUR adalah argumen yang luar biasa dan tafsir yang sangat berharga terhadap Al-Qur’an al-Karim. Ia juga merupakan sebuah kilatan yang memukau dari kemukjizatan maknawi Al-Qur’an, setetes dari samudera Al-Qur’an, secercah cahaya dari surya Al-Qur’an, sebuah hakikat yang terilhami dari khazanah ilmu hakikat. Risalah Nur juga merupakan terjemahan maknawi yang bersumber dari limpahan makna Al-Qur’an. 

BINGKISAN 9 KALIMAT RISALAH AN NUR (RISALAH NUR)

Kalimat2 Kecil merupakan Kitab Karangan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi. Buku kecil ini menjadi salah satu dari siri Koleksi Risalah An-Nur, antara risalah2 hasil dari kalam dan penulisan Syeikh Badiuzzaman sendiri. Syeikh Badiuzzaman Said Nursi berasal dari Turki, tempat yg pernah menjadi pusat pentadbiran kegemilangan Khalifah Islam, iaitu zaman Khalifah Uthmaniyyah. Tempat ini juga pernah dikuasai oleh tentera Rum dan Rasulullah saw sendiri menjanjikan bahawa kota ini akan dibuka oleh sebaik-baik Raja dan sebaik-baik Tentera. Tempat ini jugalah yg menjadi tempat kejatuhan Khalifah Islam apabila Mustafa Kamal At-tatturk meletakkan jawatan sbg Khalifah, seterusnya, menggelapkan terus zaman Khalifah Islam.

APAKAH MAKSUD YANG DIKATAKAN "BARANG SIAPA KENAL DIRINYA MAKA KENALLAH TUHANNYA"

SALAH satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah swt. Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. 

CARA MENCAPAI TASAWWUF

MENURUT Imam al-Ghazali, setiap Maqam Agama itu seperti Taubat, Sabar, Syukur, Redha, Tawakkal dan sebagainya, adalah terdiri dari 3 perkara iaitu:

1) ILMU
2) AMAL 
3) HAL (Nur)

JAZBAH & MAJZUB

JAZBAH ialah satu tarikan rohani yang akan menjadikan seseorang (MAJZUB) sampai kepada tahap Hakikat seterusnya Makrifat kepada Allah Ta'ala dalam tempoh yang singkat berbanding manusia lain. Ia seperti seseorang yang mendaki gunung menuju puncak dengan bantuan tali yg ditarik dari atas puncak. 

PANDANGAN IMAM AL GHAZALI TENTANG WAHDATUL WUJUD

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali ra berbicara tentang maksud 'Wahdatul-Wujud' menjelaskan: Setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan Kekuasaan Allah s.w.t.).Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dgn selainnya (iaitu dgn hakikat Allah swt ), bukan dgn dirinya sendiri. Oleh yg demikian, tiada yg hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah swt Yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yg berdiri dgn diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dgn kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain dPDNya adalah batil (pada hakikatnya).

IBNU ARABI: TASAWUF ADALAH AKHLAK MULIA

Banyak definisi ttg Tasawuf dibuat para ahli, tapi bagi Ibn Arabi, Tasawuf berarti (proses) mengaktualkan potensi akhlak Allah yg ada di dlm diri kita, dan menjadikannya akhlak kita (AL-TAKHALLUQ BI AKHLAQ ALLAH). Sebuah definisi yg ringkas dan simple, tapi di baliknya terkandung pemikiran yang sangat mendalam. 

KUNCI PEMBUKA HIJAB ITU INGAT KEPADA ALLAH

Kunci Keramat untuk membuka hijab kepada Allah adalah dengan “Tidak ingat kepada selain Allah”. Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka hijab Zulmat hati menuju Cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa kepada makhluk! Cara untuk lupa kepada sifat makhluk itu, adalah dengan mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah! Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor. Dgn cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah akan datang sendiri. Ingat kepada Allah itu, setelah ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhluk. Selagi ingat makhluk, ingat dunia dan ingat alam benda, selagi itulah Allah tidak akan dapat kira ingat.

MATIKAN DIRIMU SEBELUM MATI

Maka ‘MATI YANG PERTAMA’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yg berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dgn menyaksi kan kebesaran iaitu Sifat Jalal dan JamalNya dan KesucianNya. Maka 'Mati Diri Sebelum Mati' itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu Rohaniah jua. Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Roh).  Dan pulangkan wujud Roh pada hakikatnya kpd Wujud Yang Qadim.