Monday, August 15, 2016

MATIKAN DIRIMU SEBELUM MATI

Maka ‘MATI YANG PERTAMA’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yg berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dgn menyaksi kan kebesaran iaitu Sifat Jalal dan JamalNya dan KesucianNya. Maka 'Mati Diri Sebelum Mati' itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu Rohaniah jua. Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Roh).  Dan pulangkan wujud Roh pada hakikatnya kpd Wujud Yang Qadim. 

Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘Mikraj’ iaitu ‘MEMATIKAN DIRI PERINGKAT KEDUA' yang dinamakan 'Mati Maknawi', iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘Ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam Alam Kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua. MATI PADA PERINGKAT KETIGA adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dgn kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Faqir, Dhaif, Lemah dan Hina’. Dinaikkan ‘Tanafas’ hingga ditempatkannya dgn sempurna di ‘Nufus’ dgn melihat pada matahati itu dari Allah, dgn Allah dan utk Allah.

Dari Allah mengerakkan Rohaniah, dari Rohaniah mengerakkan Al-Hayat, dari Al-Hayat mengerakkan Nafas, dari Nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yg mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada qosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya: “Dan tiadalah yg melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yg melontar…” .

No comments:

Post a Comment