Monday, August 15, 2016

PANDANGAN IMAM AL GHAZALI TENTANG WAHDATUL WUJUD

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali ra berbicara tentang maksud 'Wahdatul-Wujud' menjelaskan: Setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan Kekuasaan Allah s.w.t.).Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dgn selainnya (iaitu dgn hakikat Allah swt ), bukan dgn dirinya sendiri. Oleh yg demikian, tiada yg hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah swt Yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yg berdiri dgn diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dgn kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain dPDNya adalah batil (pada hakikatnya).

Imam Al-Ghazali ra berkata lagi tentang penyaksian Wahdatul-Wujud dalam pandangan Para Sufi (Al-Ihya' tajuk As-Syauq): "Sesiapa yang kuat pandangan matahatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah swt. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak fokus kepada yang lain-ini hal Fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah swt. 

Dia mengetahui perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan2nya kalau tanpaNya. Sesungguhnya Wujud itu milik Allah swt semata-mata, yang mana denganNya sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki (iaitu Allah swt)…" 


No comments:

Post a Comment