Kunci Keramat untuk membuka hijab kepada Allah adalah dengan “Tidak ingat kepada selain Allah”. Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka hijab Zulmat hati menuju Cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa kepada makhluk! Cara untuk lupa kepada sifat makhluk itu, adalah dengan mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah! Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor. Dgn cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah akan datang sendiri. Ingat kepada Allah itu, setelah ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhluk. Selagi ingat makhluk, ingat dunia dan ingat alam benda, selagi itulah Allah tidak akan dapat kira ingat.
Setelah putusnya ingatan kita terhadap makhluk/diri, di situlah baru Wajah Allah dapat kita lihat, pandang, tengok dan dapat kita ingat dgn jelas terang lagi nyata. Ingat atau zikir kpd Allah itu, hendaklah sebagai mana berzikirnya makhluk2 lain. Ingat / zikir kepada Allah bukan sahaja makhluk manusia! Malahan semua makhluk berzikir dan bertasbih kepada Allah.Tandanya makhluk lain di alam ini berzikir kepada Allah, adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat taatnya kepada perintah dan ketetapan yg telah Allah tetapkan. Tanda ingat dan tanda berzikirnya makhluk alam kpd Allah itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari bumi ke langit. Tak ada bulan, bintang yang lari atau tergelincir dari paksi pusingan galaksinya. Sifat patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir dan ingatnya makhluk alam kpd Allah.
Tanda ingatnya kita kepada Allah itu, hendaklah juga sebagaimana ingatnya makhluk lain, iaitu dengan percaya, yakin, taat dan patuh kepada ketetapan Allah. Berzikirnya makhluk alam kepada Allah itu, bukan dengan cara sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhluk alam itu, adalah dengan menggunakan cara atau kaedahnya sendiri, iaitu dengan cara pasrah, berserah dan terserah kepada Allah, atas segala ketetapan Azali Allah. Itulah cara atau kaedahnya berzikir, ingat dan bertasbihnya makhluk alam kepada Allah Ta'ala .
Seandainya kita sebagai makhluk manusia, boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam semesta kpd Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan zikir kita disisi Allah. Sayangnya kebanyakkan dari kita ingatkan/zikir Allah itu, hanya setakat lafasan bibir yg selalu berdusta dan mungkir. Amalan zikir/ingat kepada Allah itu, adalah amalan yang teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan, tidak seperti payahnya mengamalkan amalan2 lain.Sayangnya dikeranakan terlalu mudah dan terlampau senangnya kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan kebanyakkan dari kita lupa untuk mengamalkannya. Inilah yang dikatakan HIJAB.
CARA BERSERAH DIRI:
1. Sedar akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.
2. Tanya dan soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu?
3. Tentukan jawapannya wujud Allah.
4. Tanda dan bukti penyerahan diterima, sudah tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang,
dirasa, dinikmati.
5. Sehingga yang memandang, yang merasa yang menikmati wujud itu Allah sendiri.
Bagi mereka2 yang mengenal, ingat kepada Allah itu sudah cukup tercantum, cukup lengkap, cukup terkumpul, cukup terungkap dan cukup terucap dengan hanya melihat alam. Dengan hanya melihat dan memandang kepada kejadian alam sekeliling dan dengan hanya melihat kepada kejadian alam dirinya sendiri, ianya sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari berzikir, sungguh pun ucapan zikirnya tidak terlafaz melalui bibir mulut. Dengan hanya melihat alam baginya sudah lebih dari memadai untuk dijadikan tujuan bagi ingat kepada Allah. Wajah Allah itu sudah cukup termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajah sekalian alam semesta. Itulah tanda terbuka hijab.
Dengan hanya melihat dalil atau dengan hanya melihat bayang (wajah kita), kita sudah dapat mengenal dan dapat mengingati tuan yang empunya bayang (tuan yang empunya wajah). Tuan yang empunya bayang itu tidak perlu menzahirkan dirinya sebagaimana rupa bentuk wajahnya yang asal, cukup dengan hanya memperlihat dan menzahirkan dirinya melalui bayang wajahnya sahaja, sudah memadai dan sudah lebih dari cukup, bagi mereka2 yang mengenal Allah. Biarpun melalui bayang wajahnya, kita akan tetap dapat mengenal Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya, Wajah Allah yang hakiki itu, terzahir beserta dengan wajah makhluk! Bagi yang nampak makhluk, maka nampaklah Allah! Wajah Allah itu dimana-mana.
Sebagaimana firman "Barang kemana engkau mengadap, disitulah wajah Aku." Bayang dengan empunya bayang itu sebenarnya satu (sama). Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat. Sungguhpun nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya! Perkara nafi dengan isbat itu, tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh berpisah. Barang siapa memisahkan antara nafi dan isbat, itulah sejahil2 umat Muhammad. Seumpama samanya antara bulat air dengan bulatnya pembentung. Cuba kita tilik diri kita sendiri dihadapan cermin besar. Apakah sama tuan yang menilik dengan tuan yang ditilik!.
Pernahkah wajah kita itu, berbeza dari yang tergambar di dalam cermin? atau bayangan rupa paras kita yang di dalam cermin itu berbeza dari wajah kita yang asal? Jika jawapannya memihak kepada tidak, yakinlah dan percayalah, bahawa Allah itu sama dengan wajahNya. Manakala wajah Allah itu, itulah makhlukNya! Dengan syarat kita dan selain dari Allah sudah binasa, tidak ada, lenyap (fanafillah diganti dengan baqa'billah).
Jika masih rasa ada kita dan selain dari Allah itu, baru berada pada tahap ilmu. Jika kita terhenti pada melihat makhluk, pandangan kepada Allah akan terlepas. Manakala jika kita terhenti pada melihat Allah, akan terbatal, terpadam dan terbinasalah pula pandangan terhadap makhluk. Pilihlah mana satu pandangan yang menjadi pilihan kita.
No comments:
Post a Comment