Kalimat2 Kecil merupakan Kitab Karangan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi. Buku kecil ini menjadi salah satu dari siri Koleksi Risalah An-Nur, antara risalah2 hasil dari kalam dan penulisan Syeikh Badiuzzaman sendiri. Syeikh Badiuzzaman Said Nursi berasal dari Turki, tempat yg pernah menjadi pusat pentadbiran kegemilangan Khalifah Islam, iaitu zaman Khalifah Uthmaniyyah. Tempat ini juga pernah dikuasai oleh tentera Rum dan Rasulullah saw sendiri menjanjikan bahawa kota ini akan dibuka oleh sebaik-baik Raja dan sebaik-baik Tentera. Tempat ini jugalah yg menjadi tempat kejatuhan Khalifah Islam apabila Mustafa Kamal At-tatturk meletakkan jawatan sbg Khalifah, seterusnya, menggelapkan terus zaman Khalifah Islam.
Risalah ini adalah salah satu daripada 600,000 risalah yang dikarang oleh beliau. Ianya membincangkan mengenai Sembilan Kalimat Kecil yang dijadikan sebagai penguat dirinya sendiri, disamping itu, penguat kepada penyebaran dakwah para pelajarnya. Ini kerana salah seorang dari pelajarnya telah meminta nasihat dari beliau. Lalu beliau memberikan Sembilan Kalimat ini kepada pelajarnya. Kalimat-kalimat tersebut ialah:
Kalimat pertama:
“بسم الله”
Kalimah ini merupakan kalimah pertama ketika awal kita memulakan setiap sesuatu. Kalimah yang bermaksud “Dengan nama Allah” ini mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat, dan berkahnya tidak akan pernah hilang selagi mana lafaz ini dituturkan oleh si pengembara di padang pasir dunia.
Kalimat Kedua:
“بسم الله الرحمن الرحيم الذين يؤمنون بالغيب”
Kalimat ini diumpamakan seperti 2 orang pengembara yang bermusafir ke padang pasir. Seorang memiliki sikap yg pesimis, dan seorang lagi memiliki sikap yang positif. Apabila kedua-kedua keluar mengembara, seorang yang pesimis melihat padang pasir seolah-olah tidak elok dan suatu musibah dimatanya, begitu juga seorang yang positif melihat padang pasir suatu tempat yang sangat indah. Begitulah kita, umpama seorang pengembara, dan padang pasir itu seumpama dunia.
Kalimat Ketiga:
“بسم الله الرحمن الرحيم يا ايها الناس اعبدوا ربكم”
Dua orang tentera yang melalui jalan yang berbeza. Di kanan memerlukan kekuatan fizikal, namun mentalnya tenang. Sebaliknya di kiri tidak mahu menanggung kekuatan fizikal, justeru itu di sepanjang perjalanan, dia dihantui perasaan khuatir kerana keengganan nyata. Dibimbangi ada musibah yang menimpa. Lalu di penghujung jalan, tentera yang melalui lorong kiri dihukum kerana tidak mahu mengikuti undang-undang ketenteraan. Begitulah kita sebagai hamba di bumi Allah SWT. Perlu ikut segala perintah yang Allah tetapkan, jangan enggan, nescaya hati kita akan tenang meskipun bebanan itu berat.
Kalimat Keempat:
“بسم الله الرحمن الرحيم الصلاة عماد الدين”
‘Solat itu tiang Agama’. Solat itu satu kelapangan besar kepada jiwa, hati dan akal. Solat tidak memerlu kan pergerakan fizikal yang besar. Bahkan dengan niat yang baik, dan betul, seluruh amal yang dilakukan oleh orang yang solat akan menjadi satu ibadah untuk akhirat. Justeru, dia mampu menjadikan seluruh usianya sebagai modal untuk mencapai keuntungan akhirat. Bahkan dengan solat dia telah menjadikan usianya yang fana kekal abadi di akhirat.
Kalimat Kelima:
“بسم الله الرحمن الرحيم ان الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون”
"Sesungguhnya Allah bersama org2 yg bertakwa dan org2 yg berusaha memperbaiki amalannya”.
“Apakah engkau masih perlu bukti? Perhatikanlah binatang yang paling lemah dan bodoh seperti ulat-ulat dalam buah juga ikan-ikan di lautan. Mereka diberi Allah makanan dlm keadaan yg paling baik. Makhluk yg paling lemah dan sensitif seperti anak2 haiwan memakan rezeki yg paling baik”. (Surah An-Nahl:128)
Kalimat Keenam:
“بسم الله الرحمن الرحيم ان الله اشترى من المؤمنين انفسهم واموالهم بان لهم الجنة”
“Seluruh harta benda yang kita miliki suatu saat akan kita lepas dari kita, akan lenyap dan hilang. Adakah satu cara untuk membuatnya kekal abadi?”. “Disaat manusia berkata begitu, tiba-tiba terdengar suara Al-Quran bergema di seluruh cakerawala melalui ayat di atas, “Ya, ada, malah ada satu cara yang bagus.”
Pertanyaannya: “Apakah cara itu?”
Jawapannya: "Menjual amanah itu kepada pemilik asalnya."
Kalimat Ketujuh:
“آمنت بالله واليوم الاخر”
Masih adakah tersisa pada orang yang dengan seluruh kelemahannya menyandarkan diri kpd penguasa alam yg memiliki perintah ‘kun fayakun’? Ketika menghadapi musibah yg paling menakutkan, dia mengucapkan ‘Innalillahiwainnailaihirojiun’, seraya bergantung sepenuhnya kepada Tuhan Maha Penyayang agar memberinya ketenangan hati.
Kalimat Kelapan:
”بسم الله الرحمن الرحيم الله لا اله الا هو الحى القيوم “
Allah, tiada ada Tuhan yang yang berhak disembah melainkan Dia, yang hidup kekal, lagi terus-menerus mengurus makhluknya.” (Surah Ali Imran:2)
Kalimat Kesembilan:
“بسم الله الرحمن الرحيم فسبحان الله حين تمسون وحين تصبحون وله الحمد فى السموات والارض وعشيا وحين تصبحون وحين تظهرون”
Maka bertasbihlah kpd Allah ketika engkau di waktu ptg dan engkau di waktu pagi. Dan baginyalah segala puji di langit dan di bumi serta di waktu kamu berada di petang hari, ketika kamu berada di waktu Zuhur.”
Perbincangan ini dirangkumkan kepada 4 noktah utama, iaitu:
1) Makna Solat
2) Makna sebenar ibadat
3) Hasil yang diperolehi dari solat dan ibadat
4) Kepentingan masa
Inilah antara 9 Kalimat yang dibincangkan oleh Sheikh Badiuzzaman Said Nursi dengan pelbagai huraian yang sangat menarik dalam penulisannya. Semua huraian bagi setiap apa yang dibincangkan dalam risalah ini mengutarakan pelbagai contoh yang sangat menarik, seterusnya membawa para pembaca menyelami alam pembacaannya. Inilah yang menjadi pencetus kepada para pembaca untuk berfikir dan memahami Islam dengan cara kreatif sebagaimana yang dibawa oleh mujaddid ummah ini. (Madsarah Sayyidatina Aisyah, Unit Pengetahuan dan Penyelidikan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu, Republik Arab Mesir (PMRAM)).
No comments:
Post a Comment