Saturday, January 10, 2015

BAYAN MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/97). Maulana memulakan bayan dengan mengalukan semua karkun lama yang datang dari Malaysia dan mendoakan mereka yang telah dipilih itu diterima oleh Allah s.w.t. Seterusnya Maulana menyatakan karkun lama itu adalah mewakili negeri2 mereka dan karkun2 di negeri mereka sedang menanti sesuatu yang akan dibawa pulang dan disampaikan kepada mereka. Amalan yg dibuat ini mengikut Maulana adalah mirip yang dibuat oleh sahabat Nabi di zaman Rasulullah s.a.w di mana para sahabat telah datang untuk bersohbat dengan Rasullullah. Maulana menasihatkan semua karkun lama yang hadir perlu satu fikir dan jangan berpecah. Fikir yang perlu dibawa ialah bagaimana kebesaran dakwah Rasulullah s.a.w dapat dihayati oleh semua karkun. Beliau mengingatkan karkun lama jangan terperangkap dengan tarikan bazar di luar Masjid Banglawali. Suasana dakwah di Nizamuddin skrg terbentuk adalah hasil pengorbanan dan susah payah org2 lama seperti Maulana Ilyas, Maulana Yusuf dan Maulana Inamul Hassan. 

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(nizamuddin -  06/09/98).  Bila manusia buat usaha ke atas benda, maka benda itu akan menjadi berharga. Sbg contohnya apb manusia membuat usaha ke  atas tanah maka di atasnya akan didirikan bangunan dan rumah. Manusia menganggap itulah kemajuan. Ttpi sebaliknya apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, berbagai keburukan akan keluar dari diri manusia. Oleh itu nabi2 didtgkan kemuka alam utk membuat usaha ke atas diri manusia. Nabi2 tidak membuat usaha keatas benda. Apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, manusia tidak mengenal makrifat Allah. 

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t telah memberi amalan dakwah kpd umat ini. Umat ini ialah umat dakwah. Umat sebelum ini adalah umat amal. Allah s.w.t telah limpah kurniakan kpd umat ini amalan dakwah di dunia ini iaitu menyeru manusia kpd agama Allah s.w.t dan mereka buat usaha iman. Mereka akan dakwah dan buat kerja iman. Allah s.w.t berfirman, “….ukhrijatlinnas….”, “kamu adalah sebaik2 umat dikeluarkan utk faedah sekelian manusia”. Kamu dilahirkan utk berkhidmat kpd manusia. Kamu bukanlah dijadikan utk diri kamu, anak-isteri kamu, perut kamu semata2 ttpi utk berkhidmat pada seluruh manusia. Memberi makan adalah tggjwb kamu, memberi pakaian adalah tggjwb kamu, membantu org yg perlu adalah tggjwb kamu, memberitahu org jln yg lurus adalah tggjwb kamu, membantu org2 yg ditimpa musibah adalah tgjwb kamu, membantu org lain, menerima tetamu juga adalah tggjwb kamu. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/1999). Tuan2 yg mulia. Kita digalakkan dtg awal utk solat, duduk di saf pertama, dekat dgn imam, luruskan barisan dan berdiri rapat2. Dlm bayan begitu juga, kita cuba duduk depan dan duduk rapat2 kerana limpah kurnia dpd Allah s.w.t akan dtg dgn kadar iman yg ada dlm kehidupan kita. Skrg, sunnah belum lagi diamalkan, kita masih duduk jauh2. Minta tuan2 semua duduk rapat2 lagi. Jgn duduk jauh2. Jgn tinggal langsung tmpt kosong di depan kita. Memanglah suara akan sampai ttpi sunnah masih lagi tertinggal. Sebenarnya pembesar suara ini menghapuskan sunnah. Duduk jauh2 menghapuskan sunnah. Dia fikir dia boleh dengar. Kalau tidak ada pembesar suara, semua ada keinginan dan keredhaan utk dtg dekat2 utk dengar apa yg dikatakan ttpi bila ada pembesar suara, semua org fikir duduk jauh pun tidak mengapa. 

BAYAN MAULANA TARIQ JAMIL

Saudara2ku, sempurnakanlah ibadah kalian. Lalu, sempurnakanlah akhlak kalian. Jika kalian berakhlak baik, maka angin Islam akan bertiup. Jadilah org yg berguna bagi org lain. Salah seorg sahabat bertanya kpd Rasulullah,“Ya Rasulullah, aku ingin menjadi org yg terbaik di antara yg lain.” Rasulullah saw. bersabda “Sempurnakan akhlakmu maka kau akan menjadi yg terbaik di antara org2.” Salah seorg sahabat bertanya kpd Rasulullah “Ya Rasulullah, aku ingin tetap teguh dlm imanku dan aku berharap dpt memenuhinya.” Rasulullah saw. bersabda “Sempurnakan akhlaqmu, maka imanmu akan lengkap.” Jadi saudara2ku, kita melihat banyak org yg solat dan puasa, banyak yg memakai serban dan berjanggut lebat, tapi kita jarang menemukan org2 yg berakhlak baik. 

BAYAN ZOHOR MAULANA TARIQ JAMIL

(05/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Allah swt berfirman, “kamu adalah sebaik2 umat”, iaitu umat yg paling afdal. Nabi Musa bertanya kpd Allah, “adakah umat yg terlebih afdal dari umat aku, yg Engkau telah naungi dgn awan dan telah memberi makanan Manna & Salwa dari syurga”. Allah berfirman kpd Musa a.s bermaksud, “ketahui lah umat akhir zaman adalah umat yg lebih afzal dari umatmu, ketinggiannya dikalangan umat2 yg lain spt ketinggianKu dikalangan ciptaan2Ku”. Allah berfirman, “kamu adalah sebaik2 umat yg telah dikeluarkan utk menyeru manusia kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Seblm umat ini lahir, Allah s.w.t gunakan kalimah ‘past tense’ (iaitu sudah pasti) umat ini umat terbaik. 

BAYAN MAULANA SYAMIM

(16/04/2014 - sri petaling) - point. Utk buat kerja nabi–semata-mata pilihan Allah dan kurniaan Allah. Sesiapa yg Allah buka hakikat usaha ini–mereka akan korbankan segala-galanya utk kerja ini. Allah bagi hakikat usaha pd 124,000 para nabi. Allah bagi hakikat usaha pd Nabi s.a.w. Allah bagi hakikat usaha pd para sahabat. Akhir zaman, kurun ke 15 – Allah bagi hakikat usaha pd maulana ilyas rah. Walaupun maulana ilyas telah dpt hakikat usaha ini tapi beliau kata 1/100 pun tak dpt nak terangkan usaha ini pd kamu semua. Maulana Yusuf dan Maulana Umar pernah kata – dimana seluruh akal manusia berakhir, barulah bermula kerja ambia a.s. Dimana berakhir kerja seluruh ambia – disitulah bermulanya kerja nabi s.a.w. Kena selalu memohon dan merayu pd Allah  - semoga Allah buka hakikat usaha ini pd kita. Pada zaman ini, Allah tak buka hakikat kerja ini pd semua org. Allah hanya akan buka hakikat usaha ini pd org yg ada yakin pd kudrat ghaib Allah. Kerja ini tidak bergantung pd harta, kemajuan, majoriti, kebijaksanaan dan kemampuan. Kerja ini bergantung pd kudrat Allah yg ghaib. 

NASIHAT MAULANA SYAMIM

(27/04/2014 – sri petaling - Ijtimak KL). Berapa ramai yg hadir ijtimak? 17,000. Jika dibandingkan dgn 51 halaqah – bilangan 17,000 ni sangat sedikit. Kalau usaha dijalankan dari rumah ke rumah dan jumpa setiap individu, paling kurang yg patut hadir ialah 50,000 org. Maksud dari ummumi ijtimak ialah utk bagi dakwah pd setiap org islam. Kalau dakwah kita tak sampai pd satu pun org islam mungkin kita akan ditangkap di akhirat nanti. Utk ijtimak yg akan dtg (KL2) mulakan usaha drp sekarang. Ijtimak adalah nama bagi 2 bentuk usaha. Satu ialah usaha sebelum ijtimak, ini merupakan ruh ijtimak. Satu lagi ialah usaha slps ijtimak, ini ialah perhiasan ijtimak. Kalau satu ijtimak dpt dibuat mengikut cara yg dikehendaki iaitu setiap org dtg dgn fikir, setiap org dtg dgn jasbah utk keluar di jln Allah, dtg utk buat pengorbanan utk agama, maka satu ijtimak telah cukup utk jadi asbab hidayat seluruh alam.

BAYAN MAGHRIB MAULANA SYAMIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 03/09/1999). Tuan-tuan yg mulia. Allah s.w.t dgn kemurahanNya dan kekurniaanNya telah pun keluarkan kita, saya dan tuan-tuan, dpd kesibukan masing2 dan dtg ke markaz yg diberkati ini. Tidak ada satu org pun dpd kita dtg dgn sendiri, semua kita dtg dgn taufiq dari Allah s.w.t. Di tempat kita masing2 masih ramai lagi saudara2 kita yg jauh lebih baik dpd kita, yg bagi pengorbanan dari setiap bahagian, mereka yg lebih baik dpd kita dari segi ilmunya, dari segi hartanya, ttpi Allah s.w.t tidak beri taufiq pada mereka. Sebaliknya Allah s.w.t beri taufiq pada kita. Kedtgan kita ke sini bukan utk menunjukkan apa2 kehebatan. Kita telah hebahkan bahawa semua boleh dtg ke sini, tetapi kesempurnaan dan kehebatan yg sebenarnya ialah bila Allah s.w.t telah qabul kita, telah terima kita. Allah s.w.t akan terima mereka yg ada kebesaran tempat usaha tersebut, kebesaran usaha itu sendiri, yg sempurnakan amal2nya samada amal infradi atau amal ijtimai dan bersedia utk tunaikan keperluan2 tersebut, maka Allah s.w.t akan biarkan dia dengan sifat2 qabuliyah, dan terima dia untuk usaha ini. Sebanyak mana besarnya satu-satu tempat itu, maka sebanyak itulah kehalusan yg perlu kita jaga di tempat tersebut. 

BAYAN ZOHOR MAULANA SYAMIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/2000).  Tuan2 yg mulia. Semoga kedtgan tuan2 ke sini diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya sesiapa yg dikehendaki oleh Allah s.w.t utk dipilih utk maksud agama, diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t, utk dimajukan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri dia kefahaman agama. Ini merupakan satu anugerah Allah s.w.t, satu ehsan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah pilih kita utk maksud kerja ini, kerja yg Allah s.w.t telah berikan kpd ambiya a.s. kerja yg mana Allah s.w.t telah beri dn memilih ambiya a.s utk melaku kannya, Allah s.w.t telah kurniakan pada kita hari ini. Cubalah kita fikirkan keadaan diri kita ini, sebelum dipilih oleh Allah s.w.t utk menjlnkan kerja ini, di mana kita berada ketika itu, apakah perkara2 yg telah kita lakukan ketika itu. Dlm dosa apakah kita telah bergelumang ketika itu, cuba kita fikirkan. Allah s.w.t dgn ehsanNya, dan kasih sayangNya telah pilih kita dan membawa kita ke dlm usaha ini. Kalaulah kita menghargai kerja ini, kita menilai kerja ini, maka Allah s.w.t akan buat keputusan sebagaimana Allah s.w.t telah buat terhadap para ambiya a.s. Bantuan yg mana Allah s.w.t telah beri pada mrk, bantuan spt itu Allah s.w.t akan beri kpd kita juga. Khazanah Allah yg mana Allah telah bukakan pada mrk, Allah akan bukakan pada kita. Apa yg Allah telah buat pada ambiya a.s, Allah akan buat juga kpd kita kerana kita mengambil berat, menilai dan menjlnkan kerja agama Allah s.w.t.