(05/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Allah swt berfirman, “kamu adalah sebaik2 umat”, iaitu umat yg paling afdal. Nabi Musa bertanya kpd Allah, “adakah umat yg terlebih afdal dari umat aku, yg Engkau telah naungi dgn awan dan telah memberi makanan Manna & Salwa dari syurga”. Allah berfirman kpd Musa a.s bermaksud, “ketahui lah umat akhir zaman adalah umat yg lebih afzal dari umatmu, ketinggiannya dikalangan umat2 yg lain spt ketinggianKu dikalangan ciptaan2Ku”. Allah berfirman, “kamu adalah sebaik2 umat yg telah dikeluarkan utk menyeru manusia kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Seblm umat ini lahir, Allah s.w.t gunakan kalimah ‘past tense’ (iaitu sudah pasti) umat ini umat terbaik.
Spt mana Allah swt berfirman, “Inna ak’toina kalkauthar” maksudnya Allah akan memberi telaga Kauthar kpd Nabi s.a.w di mana ia sudah pasti Allah akan menzahirkan telaga kauthar kpd Nabi s.a.w dlm kehidupan akhirat kelak. Allah menggunakan perkataan ukhrijat (dikeluarkan). Lafaz yg Allah swt gunakan iaitu Aku sendiri Robb, Aku menjemput kamu keluar dari rumah utk keluar ke jlnKu. Dgn itu bagaimana tingginya kita di sisi Allah swt. Seterusnya Allah swt telah berfirman dlm berbagai2 ayat lagi utk menunjukkan kemulian umat ini. Allah swt sebenarnya yg menjemput kita dan mengeluarkan kita ke jlnNya. Umat terdahulu taubatnya diterima dgn dihukum bunuh, ttpi umat ini sebanyak dosa yg dia buat, dgn beristighfar Allah swt ampunkan semua dosa2nya.
Tuan2 yg mulia. Allah swt berfirman, “Al-Quran utk petunjuk kepada manusia” dan kita dikeluarkan kpd seluruh manusia”. Kita sebenarnya bertggjwb bukan hanya utk kampung kita shj atau negara kita shj bahkan utk segala manusia di seluruh alam. ‘Linnas’, safar umat ini adalah di seluruh alam di utara, di selatan, di barat, di tanah Arab dan bukan tanah Arab dan bahkan bergerak di seluruh alam. Dlm masa 80 tahun, sahabat2 membuat usaha dakwah ¾ dunia dtg kpd Islam. Tuan2 yg mulia. Kita perlu bergerak ke seluruh alam menyeru manusia kpd kebaikan, ‘takmuru nabil makruf’, Ibnu Abbas r.a mengatakan ‘takmuru nabil makruf’ ialah menyeru manusia kpd ‘Lailahaillallah’. Kita perlu membawa manusia kpd mentauhidkan Allah swt. Sesungguhnya Allah swt maha rahman atau maha pemurah dan kemurahan Allah swt tidak terbalas. Allah maha memberi nikmat kpd manusia atau makhlukNya spt memberi udara, cahaya, air, buah2an, sayuran tanpa meminta upah atau bayaran. Allah swt maha rahim atau maha penyayang, dan kasih sayang Allah tiada had.
1). Allah adalah Al Malik atau Raja segala Raja.
2). Allah swt adalah Al Qudus atau maha suci.
3). Allah swt adalah As Salam atau maha memberi sejahtera dimana kesejahteraan umat ini dan makhluk ini hanya di tangan Allah. Askar, polis, pengawal peribadi, tidak boleh memberi kesejahteraan org lain dan kesejahteraan mereka hanya dlm genggaman Allah.
4). Allah adalah Al Mukminun yang mengurniakan keamanan.
5). Allah adalah Al Muhaiminu atau yang maha mulia.
6). Allah adalah Al Aziz atau yang maha perkasa. Kemuliaan hanya milikNya dan yang gagah perkasa juga adalah Dia, tiada kuasa didunia dan seisinya yang boleh setanding keperkasaan Allah.
7). Allah swt adalah Al Jabar atau maha kuasa.
8). Allah adalah Al Mutakabbiru dan yang memiliki segala keagungan.
9). Allah adalah Al Khalik atau yang maha pencipta dan Allah swt cipta maklukNya tanpa missal.
10). Allah adalah Al Baariu atau yang mengadakan.
11). Allah adalah Al Mushawiru dan yang membentuk rupa.
12). Allah adalah Al Ghaffaar atau maha pengampun dan pengampunan Allah tiada had.
13). Allah adalah Al Qahaar atau maha mengalahkan.
14). Allah maha pemberi atau Al Wahhaab.
15). Allah maha pemberi rezeki atau Al Razzaaq. Pemberian rezeki Allah swt Allah tiada had. Dlm khazanah Allah ada padi, gandum, buah2an, berbagai jenis makanan. Dlm simpanan khazanah rezeki 16).
16). Allah swt tidak kehabisan hingga hari kiamat.
17). Allah swt maha mengetahui atau Al Alim dan pengetahuan Allah maha sempurna, ilmu dunia dan ilmu akhirat yang diberikan kepada semua manusia dari manusia pertama iaitu nabi Adam a.s hingga bayi yang terakhir dilahirkan pada hari kiamat adalah seperti setitis air manakala ilmu Allah swt spt lautan.
18). Allah yang menyempitkan, Al Qaabidhu.
19). Allah yang melapangkan, Al Baasithu.
20). Allah yang merendahkan, Al Khaafidu.
21). Allah yang meninggikan, Arrafiu.
22). Allah yang memulia kan, Al Mui’zzu.
23). Allah adalah maha mendengar, Assamiiu dan pendengaran Allah swt maha luas.
24). Allah swt maha melihat atau, Al Bashiru dan penglihatan Allah maha sempurna.
25). Allah swt adalah Al Hakamu yg meluluskan hukum dan hukuman Allah swt maha adil, seadil2nya atau Al Adlu.
26). Allah yang maha lemah lembut atau Al Latiff.
27). Allah swt adalah Al Khabir atau yang maha mengetahui.
28). Allah swt adalah Al Halim atau yang maha penyantun.
29). Allah swt adalah Al Azim atau maha besar.
30). Allah swt adalah maha pengampun, Al Ghafuur.
31). Allah swt adalah Al Syakuur atau maha pemberi.
32). Allah swt adalah Al A’liiu atau maha tinggi.
33). Allah swt adalah Al Kabiir atau maha besar.
34). Allah swt adalah Al Hafiidz atau maha pemelihara.
35). Allah swt adalah Al Muqiitu atau maha pembahagi.
36). Allah swt adalah Al Hasiib atau maha pengira.
37). Allah swt adalah Al Jaliil atau maha agung.
38). Allah swt adalah Al Karim atau maha pengurnia.
39). Allah swt adalah Al Raqiib atau maha pengawas.
40). Allah swt adalah Al Mujiib atau maha menjawab.
41). Allah swt adalah Al Waasiu atau maha luas.
42). Allah swt adalah Al Hakiim atau maha bijaksana.
43). Allah swt adalah Al Waduud atau maha pengasih.
44). Allah swt adalah Al Majiid atau maha mulia.
45). Allah swt adalah Al Baai’isu atau yang membangkitkan.
46). Allah swt adalah Al Haq atau yang benar.
47). Allahlah yang maha pencipta, Al Mubdii.
48). Allah yang menghidupkan, Al Muhyii.
49). Allah swt adalah Al Mumiit atau yang mematikan.
50). Allah itu Al Haiyu atau yang hidup selama lamanya.
51). Allah itu Al Qaiyuum atau yang berdiri sendiri.
52). Allah itu Al Waajid atau yang mempunyai kesempurnaan.
53). Allahlah yang maha mulia, Al Maajid.
54). Allah swt lah Al Waahid atau yang maha esa.
Allah yg menjadikan semua yg berada di bawah dan di atas bumi. Semua pemilik alam ini hanyalah Allah swt. Siang dan malam adalah milik Allah swt. Apa yg ada di alam ini milik Allah swt. Tiada sesuatu yg seumpama Allah swt. Tiada penyelamat melainkan Allah swt. Tiada pemelihara, yg mencipta, yg memulia kan, yg menggagalkan, yg menjayakan melainkan Allah swt. Kita perlu beritahu seluruh manusia diseluruh alam bahawa semua keperluan manusia dan seluruh makhluk hanya dipenuhi oleh Allah swt. Kita perlu beritahu seluruh manusia, kamu perlu tunduk kpd Allah swt. Org yg menyeru manusia kpd Allah swt di belakangnya ada kekuatan Allah swt. Sesungguhnya tiada umat umat lain sebelum kita yg dikurniakan oleh Allah swt utk menyeru manusia kepada Laillahaillallah yg begitu berat sekali. Jika tujuh lapis bumi seisinya yg mengandungi gunung ganang, matahari, bulan, bintang, seluruh bangunan di seluruh alam ini dan bumi serta kandungan yg ada didlmnya di letakkan dlm satu dacing yg sangat besar dan sebelah dacing lagi di letakkan kalimah Laillahaillallah, nescaya kalimah itu lebih berat lagi.
Tuan2 yg mulia. Kita adalah adalah penyeru kpd usaha Rasullullah saw. Kita perlu iklankan kpd seluruh manusia, hanya satu jalan sahaja iaitu jalan kehidupan Nabi saw. Kita yg menyeru manusia kepada kehidupan Nabi saw akan sampai ke tempat yg ditujui. Allah bersumpah dlm Surah Yasin dgn nyawa dan akhlak Nabi saw bahawa sesiapa yg mengikut cara nabi akan dpt kejayaan. Nabi saw adalah nabi kpd rasul2 yg lain. Semua makhluk mengakui kerasulan Nabi saw. Rasullullah saw berdoa, “Ya Allah utk Musa, Engkau panggil sbg Kalammullah, utk Ibrahim Engkau panggil Khalillullah, utk Nabi Isa Engkau panggil Ruhullah, utk Sulaiman Engkau beri Kerajaan, utk Daud Engkau beri suara yg merdu dan utk aku Engkau beri apa Ya Allah?”. Allah berfirman, “tidak disebut nama Aku kecuali nama engkau Ya Muhammad disebut disamping nama Aku”. Allah berfirman, “org yg awal dan yg akhir yg tidak mengikut cara Nabi saw semuanya ditolak.”
Utk keselamatan mrk semua manusia perlu mengikuti cara Nabi saw. Kebaikan kesemuanya dikunci oleh Allah kecuali cara Nabi saw. Utk kemuliaan di dunia, manusia perlu melakukan amal cara Nabi saw. Utk membuka khazanah Allah perlu cara Nabi saw. Org yg mengikut cara Nabi saw akan mendpt kejayaan yg sebenar. Seorang Badwi bertanya, “adakah kami perlu tinggalkan agama datuk nenek moyang kami dan ikut agama yg kamu bawa Ya Muhamad? Adakah Rom dan Parsi akan jatuh kpd Islam? Bilakah org mati akan hidup semula?”. Nabi saw esok dlm kehidupan akhirat akan pegang tangan Badwi itu dan ingatkan perkara yg dicakapkan semasa di dunia dahulu. Org yg dipegang tangannya oleh Nabi saw, dia tidak akan lepaskan org itu selagi dia tidak dimasukkan ke dlm syurga. Oleh itu kita hari ini perlu pegang sungguh2 kerja Nabi saw sbg kerja kita dan bergerak ke seluruh alam.
Tuan2 yg mulia. Rasulullah saw telah membawa kehidupan yg sempurna. Dlm kehidupan Nabi saw Allah swt beri kejayaan dunia dan akhirat. Dlm kehidupan Nabi ada ibadat iaitu solat. Umat dahulu ada 2 kali solat dlm satu hari. Umat ini diberi 5 kali solat dlm sehari semlm. Org yg sujud dlm solat sebenarnya sujud ke kaki Allah. Org yg bersolat di masjid, bukan solat, sebenar nya dia menziarahi Allah di rumah2Nya. Solat sebenarnya menziarahi dan bertemu Allah. Akhlak kita hari ini adalah akhlak Intiqam (tindak balas). Org maki kita, kita maki balik. Allah swt hendakkan kita berakhlak cara Nabi saw, iaitu memaafkan kesalahan org yg menyusahkan dan menzalimi kita. Kita hendaklah berdoa pada Allah, “Ya Allah berilah akhlak Nabi kpd saya”.
Tuan2 yg mulia. Kita perlu usaha di setiap rumah perlu ada halaqah taalim, halqah zikir kpd Allah. Seseorg yg takut kpd Allah swt hanya sebesar kepala lalat, Allah swt akan redha ke atas org itu. Kita perlu wujudkan jazbah utk mewujudkan amal2 masjid di rumah kita dan rumah setiap org Islam. Pada masa skrg kita telah gunakan diri, harta kita mengikut kesukaan kita. Oleh itu kita perlu bertaubat dan gunakan harta dan diri kita mengikut keinginan Allah. Kita telah menyimpang dari jln yg telah Allah swt perintahkan. Org yg bertaubat, Allah tukarkan amalan buruknya kpd amalan kebaikan.
Kita perlu bertaubat krn kita tidak bersungguh2 dlm membuat usaha dakwah Nabi saw. Esok dlm kehidupan akhirat org yg keluar ke jln Allah swt, org itu akan dimasukan ke dlm syurga Firdaus, dan Allah memberi kemulian, mukanya shj akan bercahaya dgn gilang gemilang. Dlm syurga ada bidadari yg bernama Ainul Mardiah. Jika dia berjalan, 70,000 khadam mengikutnya. Bila dia menjeling org yg hidup akan mati. Dia memakai 70 lapis pakaian, rambutnya sampai ke kaki. Dia berkata “aku adalah utk org yg menyeru manusia kpd ma’ruf dan mencegah kpd mungkar, aku akan dinikahkan kpd org yg membuat usaha dakwah”.
No comments:
Post a Comment