Saturday, January 10, 2015

BAYAN ZOHOR MAULANA SYAMIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/2000).  Tuan2 yg mulia. Semoga kedtgan tuan2 ke sini diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya sesiapa yg dikehendaki oleh Allah s.w.t utk dipilih utk maksud agama, diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t, utk dimajukan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri dia kefahaman agama. Ini merupakan satu anugerah Allah s.w.t, satu ehsan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah pilih kita utk maksud kerja ini, kerja yg Allah s.w.t telah berikan kpd ambiya a.s. kerja yg mana Allah s.w.t telah beri dn memilih ambiya a.s utk melaku kannya, Allah s.w.t telah kurniakan pada kita hari ini. Cubalah kita fikirkan keadaan diri kita ini, sebelum dipilih oleh Allah s.w.t utk menjlnkan kerja ini, di mana kita berada ketika itu, apakah perkara2 yg telah kita lakukan ketika itu. Dlm dosa apakah kita telah bergelumang ketika itu, cuba kita fikirkan. Allah s.w.t dgn ehsanNya, dan kasih sayangNya telah pilih kita dan membawa kita ke dlm usaha ini. Kalaulah kita menghargai kerja ini, kita menilai kerja ini, maka Allah s.w.t akan buat keputusan sebagaimana Allah s.w.t telah buat terhadap para ambiya a.s. Bantuan yg mana Allah s.w.t telah beri pada mrk, bantuan spt itu Allah s.w.t akan beri kpd kita juga. Khazanah Allah yg mana Allah telah bukakan pada mrk, Allah akan bukakan pada kita. Apa yg Allah telah buat pada ambiya a.s, Allah akan buat juga kpd kita kerana kita mengambil berat, menilai dan menjlnkan kerja agama Allah s.w.t.

Kita hendaklah menjalankan kerja ini dengan penuh yakin bahawa sesungguhnya janji Allah s.w.t terhadap kerja ini adalah hak/benar. Bantuan Allah s.w.t terhadap kerja ini adalah benar. Dgn yakin yg penuh seperti ini hendaklah kita berjalan selangkah demi selangkah dlm menjalankan kerja ini. Kita hendaklah faham ini adalah kerja para ambiya a.s, kerja kpd ketua kpd semua ambiya a.s, ini bukan kerja Nizamuddin. Apabila kita faham dan terima kerja ini sbg kerja para ambiya dan juga penghulu kpd semua ambiya a.s, maka kita dengan mudah dapat menjalankan kerja ini. 

Pertama sekali kita hendaklah ada kebesaran kerja ini, lebih banyak kebesaran kerja ini dlm hati kita, maka lagi mudah bagi kita menunaikan sebarang takazah yg dibentangkan. Apakah yang dimaksudkan dgn menghargai/menilai kerja ini? Hadzratji rah. telah beritahu maksudnya lebih kurang, menghargai kerja ini ialah kita sedia mengorbankan diri dan harta kita atas takazah kerja ini. Kalau kita sedia korbankan diri dan harta kita atas takazah agama ini, Allah s.w.t akan kurniakan mengikut kebesaranNya kpd kita. Jgnlah kita lihat apa yg telah kita berikan, yang kita berikan sebenarnya tiada apa2. Kita belanjakan diri kita dan harta kita utk maksud kerja ini, utk takazah kerja ini dan kita tidak akan lihat apa yg telah kita berikan. Tidak ada apa2 yg telah kita berikan jika dibandingkan dgn apa yg ada di dlm khazanah Allah s.w.t. Apb kita sediakan diri kita, kita memberikan pengorbanan diri dan harta kita utk takazah kerja ini maka telah mula wujud hubungan antara kita dga khazanah Allah s.w.t.

Apabila Allah s.w.t mula memberi, Allah s.w.t akan memberi bertentangan dgn kefahaman kita. Allah s.w.t akan memberi bertentangan dgn kuasa zahiriah. Bila kekuatan kita telah sampai kpd penghujung, maka sebenarnya dpd sana bermulanya kekuatan, kehebatan Allah s.w.t. Dlm peperangan Badar, Allah s.w.t telah membantu para sahabat bertentangan dgn kekuatan zahiriah. Seorg sahabat yg kecil, telah berjumpa dgn nabi s.a.w, dia telah cerita bagaimana bapa saudara nabi, Abbas r.a telah diikat. Dia kata, “Saya telah mengikat Abbas r.a, dia adalah seorg yg tinggi dan berbadan besar serta tegap”. Maka nabi s.a.w telah beritahu, “Sesungguhnya kamu tidak mengikat Abbas, yg mengikat dia sebenarnya ialah malaikat yg Allah s.w.t telah turunkan dpd langit”. 

Beginilah Allah s.w.t telah bantu para sahabat apabila mrk berkorban utk maksud agama, Allah s.w.t telah bantu mereka dlm peperangan Badar bertentangan dgn kekuatan zahir yg ada. Begitu juga kita hari ini, kalau kita bangun, korbankan diri kita, korbankan harta kita untuk maksud takazah agama Allah s.w.t, utk menghidupkan sunnah nabi s.a.w yg penuh dgn nur, maka Allah s.w.t juga akan bantu kita sebagaimana Allah s.w.t telah bantu mereka. Usaha ini adalah usaha asbab utk tersebarnya agama Allah s.w.t. Sebenarnya yg akan sebarkan bukanlah usaha kita ttpi Allah s.w.t. Allah s.w.t yg akan sebarkan ttpi usaha ini telah dijadikan sbg asbab. Sptmana hari ini, kita makan, ia jadi asbab yg mana melalui asbab ini menghilangkan lapar kita, yg mengenyangkan perut kita ialah Allah s.w.t. Begitu juga usaha yg kita buat hari ini, sebenarnya darjah kedudukannya hanya asbab shj, asbab utk tersebar agama Allah s.w.t. Sebenarnya yg menyebarkan agama Allah s.w.t ini ialah Allah s.w.t. Kalau kita bersedia maka Allah s.w.t jadikan kita sebagai asbab utk menyebarkan agama Allah s.w.t.

Sambil menjalankan kerja ini kita mesti sentiasa memandang kpd rabbul asbab iaitu Allah s.w.t, kita melihat kpd Allah s.w.t. Dlm menjlnkan kerja ini, kalaulah kita alihkan pandangan kita pada asbab maka dari saat itu akan terputuslah kita dpd bantuan Allah s.w.t. Kita jlnkan kerja ini dan kita tidak akan melihat pada asbab tetapi kita melihat pada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah tunjukkan pada kita melalui kehidupan sahabat dlm peperangan Hunain bagaimana bantuan Allah s.w.t terlepas dari umat apabila mereka tidak lihat lagi kpd Allah ttpi melihat kpd asbab, itupun perkara itu hanya berlaku dikalangan beberapa org ansar yg muda2, hanya beberapa org sahaja yg fikir. 

Org Islam ketika itu 12,000 dan menghadapi musuh seramai 4,000. Ada sebahagian dpd mrk fikir dlm peperangan ini kita akan menang dgn mudah krn dlm peperangan Badar bilangan kita sedikit telah berjaya mengalahkan tentera musuh yang begitu ramai. Hari ini dengan mudah kita akan mencapai kemenangan. Yakin telah beralih dpd Allah s.w.t kepada bilangan maka ketika itu bantuan Allah telah tercabut dari umat ini. dalam peperangan itu 4,000 telah menyebabkan 12,000 kelam-kabut dan lari dari medan pertempuran. Hanya nabi s.a.w dan 11 org sahabat shj yg tinggal, yg lain semua telah lari, sehingga nabi telah panggil bapa saudaranya Abbas r.a dan minta dia iklankan, “Mana kamu wahai org2 ansar, aku adalah seorg rasul Allah dan aku ini bukanlah pendusta, aku ini adalah dari bani Abdul Mutalib, dtglah kamu”, dia mula menyeru, bila seru begini maka 88 org telah kembali. 

Jumlahnya menjadi 100 org (88+11+nabi) dan nabi s.a.w telah ambil sedikit pasir dan baca doa dan lontar dan Allah s.w.t telah masukkan pasir ke dlm mata 4,000 musuh. Bantuan Allah telah dtg semula kepada umat ini. Ini satu pengajaran bagi umat ini, apabila pandangan kita beralih dpd Allah kpd asbab maka pada saat dan ketika itu bantuan Allah akan terjauh dpd kita. Dlm menjlnkan kerja ini, kita selalu cerita tawakal kpd Allah s.w.t. Maulana kata tawakal paling rendah ialah kita tidak ada apa benda pun dan kita serah kpd Allah s.w.t ttpi sebenarnya tawakal yg hakiki adalah semua asbab ada dgn kita ttpi kita tidak terkesan dgn asbab ini, kita tidak melihat asbab ttpi ketika itu kita melihat Allah s.w.t. Apa yg dibuat oleh nabi s.a.w itu bukanlah sebenarnya dibuat oleh nabi, bukan nabi yg buat, ttpi Allah s.w.t yg buat melalui amalan nabi. Mana2 para ambiya a.s, amalan mrk ini, bukan mrk yg buat ttpi Allah s.w.t yg buat atas amalan mrk. Jln bagi Musa a.s ini bukan nabi Musa a.s yg buat ttpi Allah s.w.t yg telah buat atas amal nabi Musa a.s. Begitu juga tertib utk setiap nabi, mrk mendpt bantuan dpd Allah s.w.t sehingga kiamat. Siapa shj seorg hamba yg bangun menjlnkan kerja atas agama Allah s.w.t, maka sesungguhnya Allah s.w.t akan bantu dan Allah s.w.t akan sentiasa ada bersama2 dgnnya. Sbb itu mrk yg menjlnkan kerja ini hendaklah sentiasa melihat keburukan dan kelemahan diri sendiri, jgn kita lihat pada kelemahan dan keburukan org lain.

Kalau kita melihat kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri maka kerja akan meningkat, Allah s.w.t akan bawa perubahan dlm kehidupan kita, Allah s.w.t akan mula terima kita dan kalau kita mula melihat keburukan org lain maka ikhlas akan terkeluar dpd diri kita. Dlm korban kita kena lihat mereka yg buat pengorbanan lebih besar dpd kita, kita lihat para ambiya a.s, kita lihat para sahabat, kita lihat nabi s.a.w. Bila kita melihat pengorbanan mereka ini maka kita sendiri akan berasa malu akan apa yg telah kita buat, kita tidak akan rasa bangga dgn apa yg telah kita berikan. Utk itu, dlm menjalankan kerja ini, sambil kita korban, kita perlu lihat pengorbanan yg telah dibuat oleh mereka2 yg terdahulu dpd kita, maka insyaAllah, Allah s.w.t akan majukan kita. Dlm menjalankan kerja ini apb kesusahan dtg, musibah menimpa kita atau kita jatuh sakit, kita akan lihat kehidupan nabi dan juga kehidupan para sahabat. Apb kita melihat kesusahan yg dialami oleh mrk, maka dgn sendirinya kepayahan dan kesusahan yg kita lalui itu akan lenyap dpd kita. Dlm musibah ini, Allah s.w.t menerima mrk yg buat usaha agama dan Allah majukan usaha agama, sebaliknya dlm kesenangan dan kemudahan agama dimatikan/diruntuhkan. Sbb itu Allah s.w.t letakkan nabi2 dan para sahabat dlm kesusahan, dlm keadaan2 tertentu. Melalui keadaan2 tertentu ini, Allah s.w.t membentuk diri mrk. Allah membentuk sifat dalaman mrk, Allah membentuk yakin, takwa, tawakal dan sabar dlm diri mrk. Melalui kesusahan inilah Allah akan sebarkan agama dan bentuk diri kita.

Sebab itulah kita azam insya Allah, kita semua akan belajar buat kerja ini dalam semua keadaan. Nabi telah didik para sahabat sehingga tidak ada seorang pun sahabat yang tidak menerima panggilan berkorban di jalan Allah s.w.t dalam semua keadaan. Apa keadaan berlaku pun, bila seruan keluar di jalan Allah s.w.t diberikan, mereka tidak akan memberi keuzuran, mereka akan sedia. Ketika diseru untuk keluar di jalan Allah s.w.t atau semasa berada di jln Allah s.w.t, bila timbul keuzuran ini, sebenarnya ini bukanlah merupakan keuzuran, ini sebenarnya merupakan penyakit yang mana dalam keadaan ini kalau kita tinggal di belakang dan tidak keluar, maka penyakit ini tidak akan sembuh dan ia akan menjadi bertambah tenat. Sebab itu, kita kena belajar dalam keadaan seperti itu kita kena keluar di jalan Allah s.w.t supaya penyakit ini dpt disembuhkan. Sbb itu kita ini diminta bangun atas pengorbanan. Membuat sesuatu bertentangan dengan keadaan yang telah kita lihat. Bertentangan dengan ehwal yang datang kepada kita, supaya apa? Supaya kita dapat meningkat dan supaya penyakit dalam diri kita ini dapat diperbaiki supaya kita hampir dengan Allah s.w.t. Ini satu kerja yang sangat besar, org tua-tua kita di sini, harapan mereka begitu besar kepada kita. 

Untuk itulah kita semua kena bangun dan menjalankan kerja ini dgn mujahadah, dengan penuh pengorbanan, dengan niat untuk tambahkan korban kita, dengan mesyuarat, dengan niat untuk perbaiki diri, maka Allah akan terima kita dan akan meningkatkan kita dalam usaha atas agama. Kita bukanlah hendak menjalankan kerja ini di negara kita sahaja tetapi kita kena jadikan seluruh alam sebagai medan usaha kita. Allah s.w.t telah letakkan begitu banyak kemampuan dlm diri tuan2, satu golongan yg begitu terpelajar dan mempunyai kemampuan yg mana susah hendak dikumpulkan di tempat lain, Allah s.w.t telah kumpulkan tuan2 atas maksud kerja ini dan Allah s.w.t akan mengambil kerja dpd kita. Bumi bagi usaha ini, tanah yang sebenar bagi usaha ini ialah org2 miskin, org2 biasa kerana mereka ini org2 yang mudah, mereka tidak ada rancangan yg besar2 dan dalam diri mereka ini ada satu sifat untuk patuh dengan mudah apa yang kita cakap, mereka akan sedia utk ikut. Sebab itulah hari ini, kita kena belajar bagaimana kita dpt buat usaha di kalangan org2 biasa, org2 miskin, org2 awam dan bila Allah terima kerja kita di kalangan mereka, Allah s.w.t akan memilih mereka dan menggunakan mereka atas maksud agama, dgn mudah mereka akan patuh. Kita semua jlnkanlah kerja ini dgn tertib bagaimana yg telah diterangkan kpd kita. Kalau kita menjlnkan kerja ini dgn tertib, dgn ijtimai’yat, dgn mesyuarat, maka Allah s.w.t akan mengambil kerja dpd kita, Allah s.w.t akan terima kita, Allah s.wt akan tingkatkan kerja ini. 

Tuan-tuan yg mulia. Kerja kita nampak semakin hari semakin besar, semakin maju sebab ramai org telah mula dtg mengambil kerja ini. Ini bukan ukurannya. Ukuran sebenar ttg majunya kerja ini, meningkatnya kerja ini, adalah apabila hati kita bersatu dan wujud kasih sayang dikalangan kita. Bila hati bersatu dan wujud kasih sayang maka bantuan Allah s.w.t akan dtg pada kita. Kalau kita buat kerja ini, ramai org dtg ttpi hati tidak bersatu, kasih sayang tidak ada maka bantuan Allah akan terjauh dpd kita. Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yg tidak baik. Perbezaan pendapat ini sebenarnya akan menarik rahmat Allah s.w.t. Kita tidak mahu perbezaan pendapat ini menyebabkan timbul pula perbezaan dlm hati kita. Hati berbeza dan kita tidak dpt hendak terima maka ini tidak perlu ada. Sebenarnya apa yg kita mahu ialah perbezaan pendapat ialah sesuatu yg dpt menarik rahmat Allah, tidak mendtgkan perbezaan dlm hati. 

Bila kita ada perbezaan pendapat ttpi tidak ada perbezaan dlm hati kita, maka Allah akan buka kemudahan bagi kerja ini. Kalau perbezaan pendapat menghasilkan perbezaan pendapat dalam hati, hati tidak bersatu maka azab Allah akan dtg. Tidak mengapa kita berbeza pendapat sebelum keputusan dibuat ttpi setelah keputusan dibuat hati kita bersatu dan pendapat kita satu, kerja yg kita buat satu, maka ketika itu bantuan Allah s.w.t akan dtg kpd kita. Hendaklah kita ikram sesama kita, hendaklah kita memuliakan antara kita dan hendaklah kita menghargai antara kita. 3 sifat ini kita ikram, kita mulia dan kita menghargai antara kita, lagi banyak sifat ini ada, maka lagi banyak Allah akan mengambil kerja dpd kita dan juga rakan2 kita.

Bukanlah perkara yg besar bila kita dpt jaga kita punya amalan infradi, zikir, dsbnya, dpt buat gasht, keluar 40 hari, 4 bulan, ini bukanlah maksud yg asal. Maksud yg asal ialah bagaimana kerja kita ini, lebih ramai rakan2 kita dpt dibangunkan atas kerja ini. Inilah sebenarnya yg kita mahu. Satu, kita sendiri keluar di jalan Allah s.w.t, utk maksud diri kita sendiri dan kedua, kita mahu sediakan org lain utk mengambil kerja ini. Inilah 2 kerja yg kita kena buat. Kita keluar di jln Allah s.w.t utk diri kita sendiri dan kita mahu bangun kan lebih ramai lagi org yg akan menjlnkan kerja ini. Hanya utk keluar, utk diri sendiri, habiskan amalan kita, ini bukanlah perkara yg besar, ttpi perkara yg besar, yg penting, asalnya ialah kita menyediakan org lain, kita pujuk org lain, kita mengajak orang lain, kita bangunkan orang lain atas kerja ini. Sebab itu dikatakan orang yang paling mulia, yang paling baik ialah yang mana Allah gunakan dia sebagai asbab hidayat untuk orang lain. Nabi s.a.w telah beritahu kepada Ali r.a, “Kalaulah dengan usaha kamu, satu orang manusia dapat hidayat, maka itu lebih baik bagi kamu dpd dunia dan segala apa yg terkandung di dlmnya”. Siapa yg Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat? Mereka yg menjalankan kerja ini dgn sifat taat dlm dirinya. Kita mahu dlm semua keadaan kita ada sifat taat, samada perkara itu bertentangan dgn kemahuan kita atau bertepatan dgn kemahuan kita, masih lagi patuh pada org tggjwb di tempat kita, di kawasan kita, di negeri kita, di negara kita, maka org spt inilah Allah akan jadikan sbg asbab hidayat. Dlm semua keadaan, dia ada sifat taat. Kasih sayang adalah pintu kpd ketaatan dan ketaatan adalah pintu kpd hidayat. Apabila kamu taat, kamu akan dpt hidayat. Ini maksud dpd Al-Quran.

Inilah apa yg kita hendak wujudkan dlm kerja ini iaitu utk dptkan sifat taat. Bagaimana sifat taat ini akan dtg? Bagaimana sifat patuh ini akan dtg? Lagi banyak kita cuba wujudkan sifat ini, Allah akan terima kita. Sbb itulah dlm kerja ini, fikir kita hendaklah satu, taat kita, semua adalah satu, semua org mahu fikir ke arah satu perkara yg sama. Apabila semua org membuat kerja ini, membuat pengorbanan, dgn sifat taat spt ini, Allah s.w.t akan mengambil kerja dpd kita. Apabila keputusan dibuat, maka ketika itu, semua org punya pendapat menjadi sama, semua org punya fikir utk membuat sesuatu jadi sama. Maka begini, sifat taat spt ini, Allah akan mengambil kerja dpd kita. Perkara yg pertama dlm usaha agama ini ialah utk memperbaiki yakin. Kedua, melalui usaha ini, kita mahu menukar mahul/suasana. Bila suasana dpt ditukar, diubah, maka mengamalkan agama akan jadi mudah. Bila yakin yg tidak betul dibinasakan dpd hati kita, maka barulah Allah s.w.t akan hancurkan perkara2 zahir batil di luar kita, Allah akan hancurkan. Kerja kita adalah utk mengeluarkan yakin tidak betul, batil dpd hati kita, dan kerja Allah, tggjwb Allah, ialah menghancurkan kebatilan di luar. Kita keluarkan kebatilan dpd hati kita, Allah s.w.t akan hancurkan batil di luar, itu tggjwb Allah, kerja Allah.

Hari ini, kita keluar membuat kerja utk membuat perkara ini, utk mengeluarkan kebatilan dpd hati kita, utk mengeluarkan dpd hati kita segala macam kebesaran, kebesaran kedudukan, kebesaran kekuasaan, kebesaran kebendaan, wanita dsbnya, kebesaran ini kita belum keluarkan dpd hati kita. Batil tidak dibinasakan dgn batil, ttpi batil dibinasakan dgn hak. Apabila dtgnya hak, maka batil akan binasa. Dimana hak ini akan dtg? Iaitu ke dlm hati2 manusia, masukkan yakin yg betul, inilah sebenarnya hak, apabila ini berlaku, Allah s.w.t sendiri akan hancurkan kebatilan. Bilakah kebatilan akan binasa dpd hati kita ini, bila hari ini, kita dgn penuh mujahadah, keluar di jln Allah s.w.t, dgn korban kita keluar di jalan Allah s.w.t, kita menghadapi kepayahan di jalan Allah s.w.t, melalui inilah sebenarnya Allah s.w.t akan binasakan kebatilan dalam hati kita. Rasulullah s.a.w tidak bangunkan sahabat atas asas dunia, tetapi atas asas akhirat. Atas asas inilah nabi s.a.w telah bangunkan sahabat. 

Mereka tidak diajak kepada kelebihan/kebesaran dunia, tetapi mereka diajak kepada kebesaran akhirat, diceritakan tentang kehidupan selepas mati, kita akan berdiri depan Allah s.w.t, tentang kudrat Allah s.w.t, tentang khazanah Allah s.w.t. Maka begitu juga kita hari ini, bila kita menjalankan kerja dengan asas ini, barulah batil akan hancur dpd hati kita. Kenapa hari ini jadi masalah dalam kerja ini? Kerana hari ini kita menjalan kan kerja ini dengan meletakkan dunia depan kita, dgn meletakkan kebendaan depan kita, sbb itu bila berlaku satu keadaan, suasana, kita tinggalkan kerja agama. kita mesti berdiri atas maksud ini, dan juga mendirikan kawan2 kita, sahabat2 kita, rakan2 kita atas maksud ini, kita menjalankan kerja ini bukan untuk melihat natijah/hasil kita dalam kehidupan dunia, tetapi untuk melihat hasilnya dlm kehidupan akhirat.

Mereka yang mahu melihat hasil di dunia, kalau dia dapat pun, dia akan tinggalkan kerja ini, kalau tidak dapat pun, dia akan tinggalkan kerja ini. Kita jalankan kerja ini bukanlah untuk berkat, bukan untuk sawab/pahala, ttpi kerja ini dibuat dengan satu maksud yg sgt penting, sangat besar. Maksud apa? Bagaimana agama yang dibawa oleh nabi s.a.w akan hidup di seluruh alam. Melalui usaha ini, Allah akan wujudkan/hidupkan perkara2 fardhu, perkara2 faraid, perkara2 wajib, Allah s.w.t akan hidupkan agama yg sempurna. Atas maksud inilah sebenarnya kita menjalankan kerja ini. Bukan untuk keberkatan atau ganjaran. Kita mesti yakin dengan janji Allah s.w.t, apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t itu, kita mesti yakin. Bila kita buat sesuatu amalan itu dengan yakin kepada janji Allah s.w.t, ini sebenarnya tanda ikhlas. Kalau kita membuat untuk dapatkan apa yang dijanjikan, itu sebenarnya kita buat untuk kepentingan diri kita. Maknanya, kita buat kerja ini dgn yakin atas janji Allah s.w.t, itulah ikhlas. Kalau kita buat utk mendapatkan apa yang dijanjikan, itu yang kita hendak dapat, maka itu sebenarnya kita buat utk kepentingan diri kita sendiri, utk kemahuan kita. Kita membuat amalan ini sebenarnya untuk menyukakan Allah s.w.t, untuk sukakan siapa? Untuk sukakan Allah, untuk dapatkan keredhaan Allah s.w.t, bukan untuk menagih janji yang Allah bagi. 

Kita yakin atas janji Allah, dan kita buat amalan itu, untuk menyukakan Allah s.w.t, contoh: melalui solat dhuha, dijanjikan keberkatan, ini kita buat bukanlah maknanya kita buat utk dapat keberkatan itu, kita buat sebenarnya untuk menyukakan Allah s.w.t, keberkatan itu dgn sendirinya akan datang sebab ia telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Roh bagi kerja ini adalah keikhlasan, bila ada keikhlasan, barulah Allah s.w.t akan satukan hati kita. Kalau tidak ada keikhlasan, masing2 ada kepentingan diri dia sendiri, maka hati akan pecah belah. Kalau keikhlasan tidak ada, maka rasa kepentingan diri akan dtg dlm diri kita. Akan keluar dari dlm kita, macam2 keinginan, saya orang lama, saya patut dijadikan syura, saya patut dihantar ke sana, saya patut begini, saya patut diikram, dimuliakan, sifat ini akan dtg, sbb tiada keikhlasan. Tetapi satu org yg ada keikhlasan, semua ini, dia tidak akan fikir, org panggil dia utk makan atau tidak, samada dia ini org lama, dilantik jadi syura atau tidak, ada org tanya khabar atau tidak, semua tidak ada. Sbb apa? Dia buat semata2 utk menyukakan Allah s.w.t. Buat semata2 krn Allah. Sifat mcm ini, Allah akan pilih dia.

Kita jalankan kerja ini dgn ikhlas dan istiqkhlas, maka Allah s.w.t akan kekalkan kita dlm kerja ini. Kalau kita buat kerja ini dan juga melihat satu macam kebesaran dan kemuliaan dalam kerja2 lain, maka syaitan akan tipu kita. Dia akan keluarkan kita daripada kerja ini, dia akan letak kita dalam kerja2 yang lain dan kita dgn sendirinya akan terkeluar daripda usaha atas agama. Sebab itu, untuk kita tetap dalam kerja ini dan menjalankan kerja ini sehingga maut, kita hendaklah melihat kehidupan para sahabat. Para sahabat r.a., untuk maksud kerja ini, mereka tidak memahami harta sebagai harta mereka, mereka tidak melihat nyawa mereka sebagai nyawa mereka sendiri. Mereka sanggup korbankan kemuliaan mereka, sanggup mengorbankan mereka punya kaum keluarga, sanggup mengorbankan mereka punya negeri, maka Allah telah mengambil mereka atas kerja ini, sebab mereka tidak melihat semua ini lagi. 

Khabab r.a telah diletakkan di atas bara api, kita tahu kisah dia, darah dan lemak yang keluar daripada badan dia telah padamkan bara api, dalam macam ini punya kesusahan, bila dia dapat peluang, dia akan bangun, dia akan jalankan dakwah, dia akan menyeru manusia kepada Allah s.w.t, bila nabi s.a.w lalu berhampiran dgn Khabab r.a, nabi beritahu, “Wahai Khabab, bersabarlah, sesungguhnya syurga itu begitu hampir bagi kamu”. Nabi s.a.w telah ceritakan pada mereka janji2, bukan janji2 dunia, tetapi janji2 dalam kehidupan akhirat. Abu Zar Ghifari r.a, baru sahaja terima iman, baru sahaja mengucap kalimah, dia telah pergi berdiri di depan musuh2 Islam, dgn suara yg lantang, dia telah baca kalimah ini. Dia dipukul dan diselamat kan oleh Abbas r.a katanya, “Dia ini daripada kabilah Ghifar, kalau kamu bunuh dia, nanti kamu hendak pergi berniaga, lalu tempat dia, susah”. Mereka lepaskan dia. Hari kedua, dpt peluang, pergi lagi, dakwah lagi. Kenapa? Kerana bagi dia, nyawa sendiri pun tidak dihargai, tidak kisah, nyawa sanggup dikorbankan, tidak kisah dgn harta dia, tidak kisah dgn kampung halaman dia, dlm semua keadaan, dia sanggup untuk korban, yg paling penting bagi dia ialah bagaimana kalimah Allah ini akan tersebar ke seluruh alam.

Nabi s.a.w telah bangunkan setiap sahabat atas kerja ini dan ada satu perasaan dlm diri mereka, mereka ini bukan lagi kepunyaan keluarga mereka, bukan lagi kepunyaan kaum kerabat, kepunyaan negeri, kampung mereka, ttpi sebenarnya mereka kepunyaan Allah dan Rasul. Begitu juga kita hari ini, kita bukan kepunyaan keluarga atau tempat kita ttpi kita sebenarnya adalah kepunyaan Allah dan Rasul s.a.w. Kalau dgn semangat spt ini kita menjalankan kerja ini, Allah akan zahirkan kudratNya atas kita. Hari ini kita menjalankan kerja ini, di mana ada kesusahan, di mana ada mujahadah, di situ kita hantar org lain, tempat di mana ada ikram, tempat di mana ada kerehatan, ada kesenangan, kita hantar diri kita. Walhal semangat asal kerja ini adalah di mana terdapat kepayahan, kesusahan, mujahadah, di situ kita akan letakkan diri kita sendiri. Tempat di mana ada kesenangan, di mana ada kerehatan, ikram, di situ kita hantar sahabat2 kita yang lain. Hari ini, bila sifat mujahadah ini telah hilang dpd diri kita, maka roh agama akan hilang. 

Bila tidak ada sifat susah payah, maka agama akan binasa. Bila sifat berehat, bersenang-lenang ini datang dalam diri kita, maka dengan ini agama tidak akan tersebar di seluruh dunia, ia akan tersekat, penyebaran agama akan tersekat. Dgn sifat mujahadah inilah, hari ini, kita hendak berjln atas muka bumi ini, maka Allah akan sebarkan agama. Melalui sifat mujahadah ini, bila kita berjln, maka agama akan mula hidup dlm kehidupan kita. Allah akan sebarkan agama di semua tmpt. Semoga Allah kurniakan sifat mujahadah ini kpd kita. Amin. Kita buatlah niat, kita akan keluar 40 hari dan 4 bln, dgn sifat mujahadah. Lagi besar azam kita, bergantung kpd kebesaran azam kita ini, Allah s.w.t akan buat keputusan. Alhamdulillah, laporan kerja tuan2 telah dtg, moga Allah terima, ada baik sedikit dpd dahulu, ttpi kita mahu fikir hari ini, bgmn dgn kerja ini kita boleh meningkat lagi dan keazaman kita mestilah keazaman yg besar2 niat yg besar. Mengikut niat yg besar azam yg besar yg kita buat, Allah s.w.t akan buat keputusan. Kita bukan hanya hendak buat kerja dlm negara kita sahaja, kita mahu buat kerja di semua tmpt2 yg lain, negara2 yg berhampiran dgn negara kita dan juga kita mahu jadikan medan kerja ini di seluruh alam. Kita kumpul mengikut markaz dan kita buat azam yg besar2, bgmn kerja kita skrg yg kita laporkan, dpt ditingkatkan. Ada ½ jam lagi seblm azan, dlm masa ½ jam ini, kita duduk dan kita fikir azam kita.

No comments:

Post a Comment