Saturday, January 10, 2015

NASIHAT MAULANA SYAMIM

(27/04/2014 – sri petaling - Ijtimak KL). Berapa ramai yg hadir ijtimak? 17,000. Jika dibandingkan dgn 51 halaqah – bilangan 17,000 ni sangat sedikit. Kalau usaha dijalankan dari rumah ke rumah dan jumpa setiap individu, paling kurang yg patut hadir ialah 50,000 org. Maksud dari ummumi ijtimak ialah utk bagi dakwah pd setiap org islam. Kalau dakwah kita tak sampai pd satu pun org islam mungkin kita akan ditangkap di akhirat nanti. Utk ijtimak yg akan dtg (KL2) mulakan usaha drp sekarang. Ijtimak adalah nama bagi 2 bentuk usaha. Satu ialah usaha sebelum ijtimak, ini merupakan ruh ijtimak. Satu lagi ialah usaha slps ijtimak, ini ialah perhiasan ijtimak. Kalau satu ijtimak dpt dibuat mengikut cara yg dikehendaki iaitu setiap org dtg dgn fikir, setiap org dtg dgn jasbah utk keluar di jln Allah, dtg utk buat pengorbanan utk agama, maka satu ijtimak telah cukup utk jadi asbab hidayat seluruh alam.

Kita kena jadikan ijtimak kita sebagai ijtimak contoh. Kuala Lumpur adalah jantung bagi seluruh malaysia. Kuala Lumpur ada hubungan dgn setiap bandar, setiap kpg, setiap kawasan di seluruh malaysia. Usaha utk bentuk suasana di KL ni supaya setiap org yg dtg, balik bawa hidayat. Tak kira atas maksud apa dia dtg ke KL ni, bila balik kpg bawa hidayat. Sebagaimana nabi s.a.w telah bentuk suasana madinah. Usahakan KL ni jadi suasana macam madinah. Bukannya susah. Mulakan usaha secara jemaah masjid maka Allah akan wujudkan suasana tersebut. Org KL adalah org yg pandai, bijak, yg faham, yg terima apa yg diberitahu. Ini kelebihan org KL. Tuan-tuan kena buat usaha supaya KL jadi contoh utk seluruh alam. Buat usaha adalah t/jawab kita, yg akan jadikan adalah t/jawab Allah. kita kena fikir atas perkara ini. Maulana gembira dgn ijtimak ini. Semoga Allah terima. Jemaah keluar lebih drp apa yg diharapkan. 

Semoga Allah wujudakan antara tuan2 kasih sayang. Semoga Allah hilangkan drp hati kita perselisihan. Kalau buat usaha tanpa satu hati, kebatilan akan tersebar. Kalau buat usaha dgn kasih sayang, satu hati maka hak akan tersebar. Kebatilan akan masuk melalui perpecahan hati. Hak akan tersebar dgn satu hati dan bantu membantu. Syaitan akan wujudkan perpecahan dikalangan rakan seusaha. Syaitan akan buang rasa kasih sayang drp hati. Syaitan akan kata kita buat usaha kerana Allah. Kita kena lawan syaitan. Kita buat usaha kerana Allah, oleh itu kita juga kena berkasih sayang juga krn Allah. Sebagaimana penting buat kerja, juga penting berkasih sayang. Sebagaimana kita kasih pd nabi, kita juga kena kasih pd usaha nabi. Kalau tak kasih pd usaha nabi, dia tak akan dpt hidayat. Kita kena taat pd allah, taat pd nabi, taat pd org t/jawab. Baru usaha akan hidup. Tidak ada yg besar antara kita. Yg besar hanya Allah dan rasul. 

Kalau Allah jadikan seseorg itu org t/jawab, kita kena taat pd dia samada kita suka atau tak suka pd dia. Syaitan akan kata, kamu org lama, org yg banyak buat korban, banyak buat usaha, tapi kamu tak dilantik sbg syura. Syaitan letak dlm hati kita perpecahan. Kita kena jawab pd syaitan, dgn ehsan Allah, Allah tak pilih aku jadi syura tapi aku akan buat kerja lebih dari syura. Khalid al walid, begitu banyak buat usaha, negara demi negara telah dibuka. Masa pemerintahan umar r.a telah turunkan dia drp jawatan. Khalid al walid begitu digeruni, disanjungi, kalau nak, dia boleh minta semua sahabat2 dia memihak pada dia. Tapi dia tak buat mcm tu. Dia terus terima perletakan jawatan tersebut, dia terus berbait dgn amir baru dilantik. Sebanyak mana usaha dan kerja yg saya buat semasa jadi amir, maka saya akan buat usaha lebih lagi sbg makmum. Banyak kerja telah dpt dilakukan. 

Oleh itu, kita buat usaha dgn satu hati dan kasih sayang samada kita dikalangan syura atau pun tidak. Semoga Allah ambil kerja dpd kita. Syura bukan satu kedudukan. Sesiapa shj yg buat usaha, buat usaha, buat usaha, buat pengorbanan hingga sampai satu tahap, dia rasa aku dah layak jadi syura, mulai dari saat itu dia jatuh dari pandangan Allah. kemuliaan yg besar ialah kita dpt buat kerja Allah. walaupun satu org tu syura tapi tak buat kerja, pd pandangan Allah dia tidak dikasihi oleh Allah. sebaliknya satu org yg bukan syura tapi buat kerja, dia dikasihi oleh Allah s.w.t. Semua akan buat kerja sungguh2?  

Jgn buat usaha dgn tengok org. Org ni buat ke tak buat. Kita buat kerja utk Allah dan utk redha Allah. Kita hanya akan tengok nabi dan kerja nabi. Kita akan terus menerus tambahkan pengorbanan. Allah akan jadikan pengorbanan tuan-tuan hidayat utk negara dan seluruh alam. Allah akan wujudkan perasaan kasih sayang dlm setiap hati manusia. Syaitan nak pecah belahkan kita. Syaitan nak wujudkan dlm hati kita ujub dan takabbur. Utk ijtimak akan dtg (KL2), tuan-tuan kena tingkatkan usaha 10 kali ganda. Macam mana nak buat 10X ganda? Setiap jemaah masjid jadikan masjid pusat usaha. Ada beberapa hari sahaja lagi utk ijtimak KL2. siang hari pergi kerja, balik terus ke masjid masing2. mesyuarat macam mana nak buat usaha, pergi setiap rumah, jumpa setiap org. bahagi-bahagikan rumah pd setiap rakan seusaha. Sediakan setiap org utk keluar 40H, 4B dan jemput dtg ke ijtimak. Mulai esok semua iktikaf di masjid, doa, buat usaha, siang pergi kerja, malam balik terus ke masjid. 3 bentuk usaha kena buat. Buat usaha atas org2 baru. 

Org2 lama yg tak aktif, jumpa mereka dan pegang kaki mereka. Pujuk rayu mereka dan gunakan mereka semula utk usaha ini. Dgn sebab tuan saya dpt usaha ini, sebab tuan tak buat usaha, ramai org tengok tuan, bila musibah dtg akan jatuh atas kepala tuan juga. Satu org lama, kita dpt aktifkan balik, lebih baik drp kita usaha atas 1000 org baru. Satu org lama tak buat usaha jadi penghalang kpd ribuan org utk dtg kpd usaha ini. Kita semua kena fikir dan doa pd Allah s.w.t. Semua karkun 4B adalah modal kita yg paling besar. Mereka adalah kakitangan dlm kerja ini. Gunakan mereka dlm usaha jemaah masjid bersama kita. InsyaAllah ijtimak KL2, akan jadi 10X ganda lebih besar dan jemaah akan keluar 2-3 kali ganda lebih banyak. Semua akan buat? Siapa tak nak buat? Semoga Allah terima tuan-tuan.

Tuan2 adalah nyawa dan ruh dlm usaha kami. Tuan2 adlh kakitangan kami. Tuan2 teruskan buat pengorbanan dan sebarkan kalimah ke seluruh alam. Buat usaha dgn tengok nabi. Sebanyak mana nabi telah menangis utk umat. Sebanyak mana kerisauan nabi utk umat. Demi Allah, dgn doa nabi lah umat ni selamat. Kalau nak dpt doa nabi kena buat spt mana nabi tlh buat utk umat. Semoga Allah terima dan bantu. Semoga Allah lahirkan dari keturunan tuan2 dai. semoga Allah kurniakan pd tuan2 cintakan nabi, cintakan usaha nabi dan cinta pd org buat usaha nabi. Kalau saya salah cakap dan menyakiti hati tuan2, saya minta maaf. Saya ckp keras sikit sbb saya anggap tuan2 sebhgan drp keluarga saya. Maafkan saya. Kita buat usaha dgn sentiasa maaf memaafkan maka kita akan jadi org dikasihi Allah. 

No comments:

Post a Comment