Saturday, January 10, 2015

BAYAN MAULANA SYAMIM

(16/04/2014 - sri petaling) - point. Utk buat kerja nabi–semata-mata pilihan Allah dan kurniaan Allah. Sesiapa yg Allah buka hakikat usaha ini–mereka akan korbankan segala-galanya utk kerja ini. Allah bagi hakikat usaha pd 124,000 para nabi. Allah bagi hakikat usaha pd Nabi s.a.w. Allah bagi hakikat usaha pd para sahabat. Akhir zaman, kurun ke 15 – Allah bagi hakikat usaha pd maulana ilyas rah. Walaupun maulana ilyas telah dpt hakikat usaha ini tapi beliau kata 1/100 pun tak dpt nak terangkan usaha ini pd kamu semua. Maulana Yusuf dan Maulana Umar pernah kata – dimana seluruh akal manusia berakhir, barulah bermula kerja ambia a.s. Dimana berakhir kerja seluruh ambia – disitulah bermulanya kerja nabi s.a.w. Kena selalu memohon dan merayu pd Allah  - semoga Allah buka hakikat usaha ini pd kita. Pada zaman ini, Allah tak buka hakikat kerja ini pd semua org. Allah hanya akan buka hakikat usaha ini pd org yg ada yakin pd kudrat ghaib Allah. Kerja ini tidak bergantung pd harta, kemajuan, majoriti, kebijaksanaan dan kemampuan. Kerja ini bergantung pd kudrat Allah yg ghaib. 

Sesiapa yg ada keyakinan pd kudrat ghaib Allah, Allah akan ambil kerja drp dia dan keturunannya dan jadi asbab utk seluruh dunia. Usaha ini begitu mudah – org yg buta huruf dan tak ada pelajaran pun boleh buat. Org mewat tak pandai kalimah pun buat dakwah. Org mewat kata “saya tak tahu kalimah, ajar saya kalimah” –ini adalah dakwah sempurna. Allah bina iman. Nusrah Allah telah bersama dia. Usaha ini mudah umpama mudahnya baca quran. Tapi utk faham quran kena ada 15 cabang ilmu. Kena ada kehidupan sahabat. Kena ada kehidupan nabi. Barulah Allah bagi kefahaman quran. Jgn sekali2 nak faham usaha ini–ramai yg sesat. Tugas kita ialah jlnkan usaha ini–dgn mujahadah dan pengorbanan-Allah akan buka hati dan bagi kefahaman usaha ini pd dia. Usaha ini penuh dgn istiqdat. Satu kuasa yg begitu dahsyat. Allah yg akan bina istiqdat  (kemampuan dan kebolehan). Cth : umar r.a tak reti gembala unta pun. Tapi bila buat kerja nabi Allah bagi istiqdat. Sehingga boleh tadbir 4 penjuru alam. Berkat usaha agama. Sesiapa yg ambil usaha ini sungguh2, Allah bagi istiqdat. Cth : Allah ambil kerja dari maulana ilyas. Mulakan usaha di mewat. Org islam tenggelam dlm kehidupan hindu. Tiada apa2 kebaikan di sana. 

Allah sebarkan usaha di seluruh dunia melalui org mewat. Allah nak tunjuk kekuasaan dan kehebatan dlm usaha nabi. Hidayat tersebar seluruh alam. Sesiapa sahaja yg ambil usaha ini, Allah akan cemerlang dan gemilangkan dia. Mentaliti org2 india pd org2 mewat sama spt mentaliti org2 quraish pd Umar r.a. Kalau keldai khattab masuk islam boleh percaya tapi kalau anak lelaki khattab masuk islam jangan percaya. Tetapi selepas menerima islam–sekiranya ada nabi lagi selepas nabi s.a.w, maka umar akan jadi nabi. Dlm quran ada 14 tempat keinginan Allah bertepatan dgn syor umar r.a. Org2 delhi akan menutup pintu kota delhi supaya org mewat tak boleh masuk. Maulana Ilyas telah buat usaha–dlm masa beberapa tahun setiap rumah org mewat ada alim dan hafiz dan org mewat telah pergi ke seluruh dunia. pd zaman maulana yusuf, org mewat telah gadai periuk belanga utk bagi makan jemaah2 yg dtg. jgn jadikan usaha ini sekadar utk dpt pahala dan berkat. jadikan usaha ini maksud–baru hidayat akan tersebar. oleh itu, setiap kita kena buat niat–tetap buat usaha walaupun kita sendirian–Allah bantu dan dtgkan kawan utk buat usaha bersama kita. 

Ingat Usaha ini adalah usaha Allah dan rasul, usaha ini bukan usaha kita, kita kena yakin dgn kerja ini–ini adalah kerja para nabi dan ini adalah kerja penutup nabi2. sesiapa yg jlnkan usaha ini akan jadi asbab hidayat. usaha ini adalah tggjwb setiap org islam lelaki dan wanita. setiap umat kena pergi ke seluruh dunia dan jadi asbab hidayat. Allah dtgkan nabi dari kaum quraish–bukan dari keturunan yahudi dan nasrani. Oleh itu, mereka jadi keras kepala. Bila menentang nabi, Allah hina mereka walaupun mereka dari keturunan nabi. Sahabat2 pula dari keturunan musyrik–Allah jadikan mereka asbab hidayat seluruh dunia. Buat usaha dgn ikhlas dan ikut mesyuarat dan Allah akan bentuk salahiah (kemampuan & kebolehan). Bila ikut mesyuarat, keinginan nafsu ditekan, dtg sifat taat. Bila dpt taufik utk taat, pintu hidayat telah terbuka. Setiap org berhajat pd mesyuarat, sesiapa yg ikut mesyuarat, Allah ambil kerja drp dia. Jgn jadikan mesyuarat senda gurau–maknanya bila dah putus tapi tak hirau. 

Yakinlah bila dah putus–ia dtg dari Allah. Walaupun tak ada kemampuan dan kebolehan–dah putus kena buat. Kuasa utk buat diberi oleh Allah. Menafaat mesyuarat paling besar, sekiranya berlaku kesalahan, dgn berkat mesyuarat, Allah ampunkan. Tidak ada mana2 amalan umat ini, hanya amalan mesyuarat dpt menzahirkan kemampuan umat ini. Walaupun nabi terima wahyu, nabi masih bermesyuarat dgn sahabat. Org yg merdekakan diri dia drp mesyuarat, maka syaitan akan jadi sahabat dia. Satu org yg hendak keluar di jln Allah, tapi diputuskan dlm mesyuarat utk duduk rumah, maka dia akan dpt ganjaran org keluar di jln allah.  Manakala org yg keluar tanpa mesyuarat, walaupun telah bermujahadah dan bergerak seluruh negara, dia sesat dan bawa org lain kpd kesesatan. Ijtimak dah dekat, tggjwb kita ialah pergi setiap rumah, jumpa setiap lelaki akil baligh, gerakkan usaha di marhallah. kita jlnkan tugas, tapi yg keluarkan Allah. Jgn cuai dlm menunaikan tggjwb, takut nanti kita akan ditangkap di padang mahsyar. Setiap umat adalah zumindar, bertggjwb ke atas seluruh umat. Mulai hari ini kita iktikaf dimasjid sehingga ijtimak. Keluarkan jemaah secara masjid.

No comments:

Post a Comment