Friday, January 22, 2016

DIRI YANG TERHIJAB

Al-Haq (Allah s.w.t) tidak terhijab oleh sesuatu apa pun, sebaliknya kamulah yang terhijab dari melihat kepada-Nya. Jika Allah s.w.t dihijab boleh sesuatu tentu sesuatu itu dapat menutup Allah s.w.t. Jika ada sesuatu yang menutup Allah s.w.t bermakna wujudnya dapat dikurung oleh sesuatu. Sesuatu yang mengurung adalah lebih berkuasa dari yang dikurung, sedangkan Allah s.w.t berkuasa atas semua hamba-Nya dan atas segala sesuatu (Sheikh Ibn Athaillah as Sakandari).

BAHAYA MENYENDIRI

Menyendiri bagi seorang murid dari gurunya adalah bagaikan racun yg mematikan nya. Seorang murid menyangka dirinya sudah mencapai darjat kesempurnaan. "Oleh itu lebih baik aku menyendiri," dia berkata didalam hatinya. Maka pergilah dia mengasingkan dirinya di suatu tempat dan berada di situ dalam jangka masa yang lama, jauh dari pengetahuan gurunya. Setiap malam dia bermimpi ada beberapa orang yang datang membawa seekor unta kepadanya dan berkata : “Kami akan menghantarmu ke syurga.” 

PRINSIP-PRINSIP TAREKAT

Tarekat adalah satu kaedah atau satu aliran atau madrasah mujahadah golongan sufiyyah yang teratur, tersusun dan terpimpin yang membolehkan seseorang mencapai darjat ihsan. Tarekat bukanlah hanya dhikrullah sahaja seperti yang difahami oleh setengah orang. Tarekat sebagai satu madrasah mujahadah tentulah mempunyai berbagai prinsip. Berbagai prinsip tarekat mesti dijaga dan dipenuhi sebaik-baiknya oleh seorang salik atau murid. Jika seseorang murid hanya rajin berzikir, tetapi tidak mahu memenuhi kehendak prinsip-prinsip tarekat tidak akan berjaya. Berikut adalah prinsip-prinsip tarekat:

BICARA KETUHANAN

Di antara sifat mu duhai hamba Allah ialah buta, engkau adalah buta jika engkau celik nescaya engkau akan dapat melihat nama-Nya az-Zahir tetapi engkau sekarang tiada melihat melainkan yang dizahirkan. Di manakah nyatanya al-Haq jika selain-Nya lebih kuat nyatanya daripada Diri-Nya pada penglihatan hamba. Maha suci Allah dari ditutupi kenyataan-Nya oleh sebarang tabir. Sesungguhnya sifat manusiawimu telah menguasai mu lalu menyebabkan diri mu buta sedangkan engkau mempunyai penglihatan ia menjadi demikian kerana engkau menisbahkan hak penglihatan pada dirimu sendiri.

PEMBERSIHAN JIWA UNTUK MENCAPAI MAKRIFAT

Wahai Anak-anakku Sekalian, Untuk membolehkan dirimu terbang ke alam makrifat, kamu perlu bermujahadah dengan melepaskan diri kamu dari kegelapan selubung jasad ini, kerana ia menyebabkan kamu kelam dan lupa, menyebabkan kamu menjadi lemah dan jahil. Roh kamu dimasukkan ke dalamnya ketika sempurna ciptaannya. Firman Allah SWT, “Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya Roh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". Jasad mengandungi empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin. Ia bersifat haiwani dengan naluri berkehendak kepada makan-minum, tidur, syahwat dan bersukaria. 

KEKELIRUAN TENTANG WAHDATUL WUJUD

Ramai orang yang menuduh sesat fahaman wahdatul-wujud ini kerana kejahilan mereka dalam menyatakan bahawa, wahdatul-wujud menafikan ithnaniyat al-wujud (dua jenis kewujudan, iaitu kewujudan Allah s.w.t. yang qadim dan kewujudan makhluk yang bersifat baharu). Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk [al-mumkinat]. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baharu itu merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. kerana wujud makhluk bukanlah dengan diri mereka dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil (terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t. Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain.

TIADA YANG SEMPURNA KECUALI ALLAH

Maka dari itu Kitab diturunkan melalui para Rasul, Dan apapun yg tertulis dalam kitab menjadi Risalah, apa2 yg disampaikan hingga kemaujudan dlm realita kehidupan. Syariat itulah yg menuntut suatu proses, "memeluk Islam" , Penyempurnaan yg menuju kesempurnaan. TDK ADA yg Sempurna kecuali pada Kesempurnaan itu sendiri,.. Hingga fitnah zaman ini menghantam kehidupan dlm risalah, Diluar Syariat menjadi Bid'ah tanpa upaya proses menuju kesempurnaan dlm Islam yg mesti diyakini hasil dari tujuannya, bahkan untk sekedar pemahaman hukum Bid'ah itu sendiri. BETAPA menjadi kerdil syariat ini, Jika pengungkapan setiap hukum hanya sebatas klaim sempurna. 

DUNIA MENURUT TAFSIRAN SUFI

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يٰمُوسَىٰ } * { قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ } * { قَالَ أَلْقِهَا يٰمُوسَىٰ } * { فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ } * { قَالَ خُذْهَا وَلاَ تَخَفْ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا ٱلأُولَىٰ

USUL TASAWUF

Usul atau asas ilmu tasawuf itu 5 perkara (Menurut Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi di dalam kitabnya yang berjudul "Tanwirul Qulub" & Sidi Ahmad Zarruq dalam Risalah Tasawufnya):

WUJUD YANG DIWUJUD DIKERANAKAN ALLAH

Lillahi Ta’ala maknanya “kerana Allah Ta’ala”. Dalam sifat 20 Allah Ta’ala kita faham dan yakin bahawa Allah itu Wujud (ada). Tidak mungkin atau mustahil Allah Ta’ala itu ‘Adam (tidak ada). Maka kita diwujudkan KERANA Allah swt yang mewujudkan. Allah itu Qiyamuhi Binafsihi (Berdiri dengan sendirinya). Mustahil Allah Ta’ala itu iftiqoorullah (Berhajat/perlu) pada makhlukNya. Maka berdiri KERANA Allah swt.