Friday, January 22, 2016

DUNIA MENURUT TAFSIRAN SUFI

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يٰمُوسَىٰ } * { قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ } * { قَالَ أَلْقِهَا يٰمُوسَىٰ } * { فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ } * { قَالَ خُذْهَا وَلاَ تَخَفْ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا ٱلأُولَىٰ

"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?". Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”. Allah Taala berfiman, "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa! Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar." Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.” (QS. Ta Ha: Ayat 17-21)

Tafsir isyari sufi Ibnu Ajibah huraian menarik buat ahli salik…

الإشارة: يقال للفقير: وما تلك بيمينك أيها الفقير؟ فيقول: هي دنياي أعتمد عليها في معاشي وقيام أموري، وأُنفق منها على عيالي، ولي فيها حوائج أخرى؛ من الزينة والتصدق وفعل الخير، فيقال له: ألقها من يدك أيها الفقير، واخرج عنها، أو أخرجها من قلبك إن تيسر ذلك مع الغيبة عنها، فألقاها وخرج عنها، فيلقيها، فإذا هي حية كانت تلدغه وتسعى في هلاكه وهو لا يشعر. فلما تمكن من اليقين، وحصل على غاية التمكين، قيل له: خذها ولا تخف منها، حيث رفضت الأسباب، وعرفت مسبب الأسباب، فاستوى عندك وجودها وعدمها، ومنعها وإعطاؤها، سنعيدها سيرتها الأولى، تأخذ منها مأربك، وتخدمك ولا تخدمها. يقول الله تعالى: " يا دنياي، اخدمي من خدمني، وأتعبي من خدمك

Dikatakan kepada faqir (ahli tasawuf) apakah di tangan mu wahai faqir (sufi / salik). Maka jawabnya ; ia duniaku untuk aku bersandar dalam hidupku dan menunaikan hajatku, dan untuk nafkah keluargaku, dan aku perlukannya utk hajat-hajat yang lain... seperti perhiasan untuk sedekah juga kebaikan yang lain... 

Maka dikatakan kepdanya ; buangkan daripada tanganmu wahai faqir (sufi / salik), keluarlah darinya @ keluarkan dari hatimu. Sekiranya engkau mampu lakukannya... 

Maka ahli sufi / salik buangkan dan keluar darinya, tiba-tiba kelihatan seperti ular yang bisa yang boleh membinasakan (hatinya) tanpa disedari... Apabila hatinya sudah kuat dan kukuh dengan yakin kepada Allah maka diperintahkan kepadanya ; Ambillah kembali jangan takut lagi... benda yang kau buang sebelum ini.. engkau telah kenal Allah yang mendatangkan asbab (rezki), telah sama di hatimu ada harta @ tiada... Di beri nikmat @ tidak, ambillah maka dunia akan berkhidmat kepadamu dan kamu akan menggunakannya dengan baik.. 

Firman Allah: wahai dunia khidmatlah kepada hamba yang berkhidmat kepada-Ku dan letihkan orang yang menjadi khadam mu. (Tn Guru Hj Md Nasir asy-Syazuliyah).

No comments:

Post a Comment