Friday, January 22, 2016

PRINSIP-PRINSIP TAREKAT

Tarekat adalah satu kaedah atau satu aliran atau madrasah mujahadah golongan sufiyyah yang teratur, tersusun dan terpimpin yang membolehkan seseorang mencapai darjat ihsan. Tarekat bukanlah hanya dhikrullah sahaja seperti yang difahami oleh setengah orang. Tarekat sebagai satu madrasah mujahadah tentulah mempunyai berbagai prinsip. Berbagai prinsip tarekat mesti dijaga dan dipenuhi sebaik-baiknya oleh seorang salik atau murid. Jika seseorang murid hanya rajin berzikir, tetapi tidak mahu memenuhi kehendak prinsip-prinsip tarekat tidak akan berjaya. Berikut adalah prinsip-prinsip tarekat:

1. SYEIKH MURSYID
2. BAI’AH DAN TALQIN
3. SUHBAH
4. ZIKRULLAH DAN TAFAKKUR
5. ‘UZLAH DAN KHALWAT
6. MENJAGA ADAB
7. HIMMAH YANG TINGGI
8. TAQWA
9. MENCARI ILMU
10. BERPEGANG KEPADA SUMBER HUKUM
11. KAWAN-KAWAN SEPERGURUAN

Syeikh Mursyid: Syeikh juga menjadi saluran sampainya limpahan syafa’at dan barakah dari cahaya Nubuwwah Rasullullah (s.a.w). Dr. Abd al-Halim al-Mahmud pernah menegaskan pentingnya syeikh mursyid dalam kitabnya, Majmu’ al-Munqidh Min al-Dalal dengan katanya yang bermaksud: “Syarat penting yang mesti ada dalam tarekat tasawuf ialah kesan rohani atau dengan kata yang lebih tepat lagi ialah sufaat dan barakah. Barakah dan sufaat itu tidak akan ada kecuali dengan adanya wasitah (perantaraan) seorang syeikh yang mempunyai silsilah bersambung hingga sampai kepada Rasulullah (s.a.w). tanpa barakah tersebut seseorang yang belajar dan beramal dengan tasawuf tidak akan dapat apa-apa walaupun darjatnya yang terendah” (Tulisan: TG Dr Hj Jahid Sidek al-Khalidi).

No comments:

Post a Comment