Menyendiri bagi seorang murid dari gurunya adalah bagaikan racun yg mematikan nya. Seorang murid menyangka dirinya sudah mencapai darjat kesempurnaan. "Oleh itu lebih baik aku menyendiri," dia berkata didalam hatinya. Maka pergilah dia mengasingkan dirinya di suatu tempat dan berada di situ dalam jangka masa yang lama, jauh dari pengetahuan gurunya. Setiap malam dia bermimpi ada beberapa orang yang datang membawa seekor unta kepadanya dan berkata : “Kami akan menghantarmu ke syurga.”
Maka naiklah dia ke atas punggung unta dan mereka berangkat ke sebuah tempat yang indah dan nyaman, penuh dengan manusia yang gagah dan tampan. Makanan-makanan yang lazat dan anak-anak kecil bermain di gigi sungai. Dia tinggal di situ sehingga terbit fajar, kemudian dia jatuh dari tidur dan tersedar bahawa dia masih berada di dalam biliknya. Disebabkan pengalaman ini, dia menjadi bangga dan angkuh. “Setiap malam aku menziarahi syurga.” Dia berkata dengan bangga memuji dirinya sendiri.

Maka terdengarlah kisah anak muridnya oleh Syeikh Abul Qasim Al-Junaid salah seorang tokoh sufi meninggal tahun 298H. Syeikh Al-Junaid mendatangi anak muridnya dan bertanyakan keadaan yang dialami oleh muridnya. Pesan Syeikh Abul Qasim al-Junaid : "...malam nanti apabila engkau dihantarkan ke sana, ucapkanlah" :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah”
Malam itu seperti biasa, murid Syeikh Al-Junaid dihantar ke tempat tersebut. Dalam hatinya dia tidak yakin terhadap perkataan Syeikh Junaid, tetapi ketika sampai di tempat itu, sekadar acuh tidak acuh dan mencuba-cuba dia mengucapkan : “سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ” [Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah.....]
Sekelip mata orang-orang yang berada di situ meraung-raung kesakitan dan bertempiaran lari. Kemudian terlihatlah olehnya bahawa tempat itu merupakan tempat pembuangan sampah dan berselerakkan tulang-tulang ternakan. Setelah menyedari kekeliruan dan tipuan syaitan ketasnya, si murid lantas bergabung kembali dalam halaqah-halaqah zikir dan ilmu yang dipimpin oleh gurunya.
Sedarlah dia bahawa menyendiri bagi seorang murid adalah bagaikan racun yang mematikan. Begitulah kisah seorang murid yang merasakan sudah cukup berilmu tanpa izin memisahkan dirinya dari majlis-majlis ilmu pimpinan gurunya. (Al-faqir ilAllah : al-mukminun - Madrasah as-Saidiyyah).
No comments:
Post a Comment