Wednesday, January 20, 2016

TAUHID KEPADA ALLAH ADALAH TUNJANG UTAMA KEHIDUPAN MANUSIA

TAUHID bermaksud mengakui kewujudan dan keesaan Allah SWT dengan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis. Pengakuan ini merangkumi kepercayaan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota badan. Dalam al-Quran ada banyak ayat yang menjelaskan mengenai paradigma tauhid ini. Antaranya ialah seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya” (Surah al-Ikhlas ayat 1-4). 

BERCAKAP BENAR BIAR PUN PAHIT

Apakah yang menjadi punca kepada hati seseorang yang sentiasa tidak jujur? Anas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus (lebih dahulu) hatinya. Dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. Yang menjadi punca kepada hati seseorang yang tidak lurus adalah daripada lidahnya”. Umat Islam perlu bermuhasabah diri dengan sentiasa bersikap jujur. Setiap orang sama ada sedar atau tidak, mungkin ada masanya tidak bercakap benar. Jadi bagaimanakah untuk kita meluruskan lidah untuk sentiasa bercakap benar? Rasulullah SAW menjelaskan perkara itu dalam sabda Baginda: "Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata: Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok." (Riwayat at-Tirmizi)

SAHIHKAH HADIS FATWA HATI

Salam Alaikum. Saya ada soalan berkenaan Hadits 27 drpd Arba'in Nawawi. Dari Wabishah bin Ma’bad radhiAllahuanhu dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan? Saya menjawab: Ya. Beliau bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya. (Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan).

WASIAT ABAH GURU SEKUMPUL

Salah satu pesan Abah Guru Sekumpul adalah tentang 'karamah', yakni agar kita jangan sampai tertipu dengan segala keanehan dan keunikan. Kerana bagaimanapun juga karamah adalah anugerah murni pemberian Allah, bukan suatu keahlian atau skill. Kerana itu jangan pernah berfikir atau berniat untuk mendapatkan karamah dengan melakukan ibadah atau wirid-wirid. Dan karamah yang paling mulia dan tinggi nilainya adalah istiqamah di jalan Allah itu sendiri. Kalau ada orang mengaku sendiri punya karamah tapi salatnya tidak keruan, maka itu bukan karamah akan tetapi itu lanjuran dari Allah dan itu datangnya dari syaitan.

KHIDIR DAN MUSA DALAM PERSPEKTIF SUFI

Kisah berguru Nabi Musa kepada Nabi Khidir akan menjadi pedoman dan rujukan bagi segenap manusia yang ingin menempuh jalan kepada Allah SWT lewat bimbingan seorang Guru yang paham Agama secara zahir dan batin. Ilmu apa lagi yang harus diajarkan Khidir kepada Musa, sedangkan Musa adalah seorang utusan Allah juga, luas pengetahuannya baik tentang agama maupun tentang dunia. Musa tidak akan mungkin bisa menjadi murid Khidir selama dia masih membawa pengetahuan yang pernah dia dapat. Pengetahuan Musa baik tentang agama maupu tentang dunia menjadi penghambat baginya dalam berjalan menuju kepada Hakikat Ilmu.

KAUM SUFI

Sebagaimana yang disampaikan Abul Qasim Al-Qusyairy an-Naisabury, seorang Ulama Sufi abad ke-4 Hijriyah: “Kaum Sufi, Allah benar-benar telah menjadikan kaum ini sebagai kelompok Para Waliyullah terpilih; mengutamakan mereka atas semua hambaNya setelah para Rasul dan Nabi-Nya. Semoga Allah memberi shalawat dan salam kepada mereka. Allah menjadikan hati mereka tambang berbagai rahasiaNya; dan mengkhususkan mereka lebih dari umatNya yang lain dengan pantulan cahayaNya. Mereka bagai hujan bagi mahlukNya yang selalu berputar dan berkeliling bersama Al-Haqq dengan kehakikatanNya ditengah “keumuman” tingkah laku manusia.

RAHASIA KEKUATAN TAUHID

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Wahai engkau yang mengabdi dengan tulus kepada Tuhan, tanpa melakukan kemusyrikan terhadap-Nya, engkau harus mendekati pintu Tuhanmu dan mengambil posisimu di sebelah-Nya. Engkau tidak boleh mencoba lari manakala datang nasib yang malang. Apabila engkau telah mengambil posisimu di pintu-Nya, dan malapetaka mengancam untuk menyusulmu dari belakangmu, engkau harus berpegang kuat-kuat pada pintu itu, sebab dengan demikian malapetaka itu akan terusir darimu oleh kekukuhan tauhidmu dan sifat benarmu yang menggetarkan.

KISAH SEORANG ZAHID

Ada kisah kesufian yang diceritakan oleh Ibnu Athaillah As Sakandary tentang seorang Sufi yang hidup kaya raya namun hartanya yang berlimpah ruah itu tidak menghalangya untuk menjadikan dia seorang Zahid. Dalam kisahnya itu Ibn Atha'illah berkata: “Seorang Guruku pernah bercerita, bahawa di Maghribi ada seorang Sufi yang hidupnya zuhud terhadap duniawi dan bersungguh sungguh dalam ibadahnya. Sumber hidupnya hanya apa yang diperolehi daripada memancing. Pada suatu hari, salah seorang murid sufi ini hendak pergi ke salah sebuah kota. Maka, berkatalah Sufi tersebut, “Jika kamu sampai di kota, maka temuilah Saudaraku, sampaikan salamku padanya dan mintalah doa. Sesungguhnya dia adalah seorang Wali Allah.

TAKUTLAH DARI TERHIJABNYA DARIPADA ALLAH

Ketahuilah, bahawa sebesar2 bencana batin iaitu terlindungnya diri daripada Allah taala. Barangsiapa terkena bencana ini bertimpa2lah bencana yang lain keatasnya. Seperti orang yang asyik mahsyuk bercinta yang senantisa diulit mabuk (hilang fikiran), maka dia tidak akan merasa kepedihan bencana yang sedang menimpanya ketika sedang dalam keadaan mabuknya. Tetapi setelah tersedar dia akan merasa kepedihan itu.

PESAKA RASULULLAH SAW

Seseorang hamba itu apabila dia sentiasa kekal melakukan ketaatan dengan jiwa yang ikhlas dan patuh kepada Allah, kemudian sentiasa berada di dalam kebersihan lahir batin – taharah – dan sentiasa pula mengingati Allah nescaya akan tumbuh di dalam dirinya sifat kehambaan dan keagungan penciptanya Allah Rabbul Jalil. Kehidupannya dilingkari dengan amalan-amalan bertawajjuh dan amalan kerohanian. Para Sahabat dan Para Tabien (Pengikut-Pengikut Sahabat) menjalani amalan sedemikian yang menghasilkan sakinah (ketenangan rohani) dengan cara-cara yang tidak sedikitpun bertentangan dengan Syariat. Kita boleh bahagikan amalan-amalan mereka seperti berikut: