Ketahuilah, bahawa sebesar2 bencana batin iaitu terlindungnya diri daripada Allah taala. Barangsiapa terkena bencana ini bertimpa2lah bencana yang lain keatasnya. Seperti orang yang asyik mahsyuk bercinta yang senantisa diulit mabuk (hilang fikiran), maka dia tidak akan merasa kepedihan bencana yang sedang menimpanya ketika sedang dalam keadaan mabuknya. Tetapi setelah tersedar dia akan merasa kepedihan itu.
Seperti juga dengan hati yang terbiar, tidak dijagai dan tidak dibersihkan akan menjadi laksana tanah yang ditumbuhi lalang, gersang, bersemak dan bersarang padanya segala binatang2 buas., lalu berkaratlah dia (hati) disebabkan kekotoran yang terdapat padanya. Maka terhindarlah ia untuk disimpankan padanya rahsia2 Allah dan terhijablah ia dari pandangan Allah Taala. Hatinya akan mudah terisi dengan pengaruh syaitan dan akan bersarangnya syaitan dan kuncu2nya lalu terbelenggulah hati itu dengan kehendak syaitan yang mencetusnya daripadanya segala amal2 yang buruk dan jadilah dia manusia yang jahat perilakunya.
و من يكن الشيطا ن له قر ينا فساء قرينا
(An-Nisa’: 38)
“Dan barangsiapa yang mengambil syaitan menjadi temannya, maka buruklah teman yang dipilihnya itu”.
Dan ancaman Allah dalam Al Quran lagi:
بل ر ا ن على قلو بهم ما كا نو ا يكسبو نكلا
(Al-Muthaffifin: 14)
“Bahkan, apa yang mereka usahakan itu menjadi karat di dalam hati mereka”.
Berapa ramai yang merasai ketaatan pada Tuhan tapi sebenarnya mereka tidak taat padaNya! Betapa banyak kenikmatan yang memutuskan pertalian tuannya daripada Tuhan yang memberi nikmat! Betapa ramai yang terlalai diberikan Allah akan nikmat tersedar dari kelalaiannya. Dan betapa ramai pula terlalai sesudah diberikan kenikmatan dan kesedaran yang panjang! Betapa ramai yang jahat dan berdosa diberikan Allah kurnia sehingga menjadi orang pilihanNya sehingga mencapai tingkatan tinggi kaum Abrar. Sebaliknya betapa ramai juga Zahid gugur dari pangkatnya lalu membawa diri ke jalan para kaum yang jahat dan berdosa.Dan betapa ramai yang terjauh daripada Allah, padahal dia merasa dirinya sudah sampai kepada Allah dan berada disisiNya dan itulah seburuk2 balasan ke atas hamba iaitu terjauh dan terlindung daripada Allah swt.
Diceritakan bahawa seorang Abid (orang yang banyak beribadah) berkata: "Ya Allah! Sampai berapa banyak kali aku berbuat maksiat kepadaMu, namun Engkau tidak menyiksaku?! Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi zamannya supaya memberitahunya dengan kata2 ini: "Katakanlah kepadanya! Sampai berapa banyak kali Aku telah menyiksamu, padahal engkau tidak sedar?! Bukankah Aku telah melindungimu daripada kelembutan kemesraanKu! Bukankah Aku telah mengeluarkan kemanisan munajatmu kepadaKu daripada hatimu?!"
Sesungguhnya terlindungnya hati daripada mengenal Allah dengan hakikat pengenalan merupakan penyiksaan yang paling berat ditimpakan Allah ke atas orang Mukmin kerana dia telah terhalang daripada merasai kemanisan zikir dan munajatnya kepada Allah sehingga dia tiada mengenali kemesraan daripada dan kepada Allah. Hatinya telah terpalit kekotoran dan kekaratan. Imam Ahmad Ar-Rifai telah membahagikan manusia itu kepada empat:
1) Seorang lelaki yang dijadikan Allah hatinya celek, yang dengannya dapat melihat dengan cahaya keyakinan kepada kelembutan ciptaan Allah dengan penuh kudratNya.
2) Seorang lelaki yang dijadikan Allah akalnya cerdas, yang dengannya dapat memandang dengan cahaya kecerdasan itu kepada janji2 dan ancaman2 Allah taala.
3) Seorang lelaki yang dijadikan Allah terang rahsianya (kebatinannya), yang dengannya dapat melihat setiap masa dan detik dengan cahaya makrifat kepada Allah taala.
4) Seorang lelaki yang dijadikan Allah buta matanya (mata hatinya), yang dengannya ia tidak dapat melihat apa pun.
و من كا ن في هذ ه أعمى فهو في ا لاخر ة اعمى و أضل سبيلا
(Al-Isra’:72)
“Dan siapa yang di sini (didunia) buta matanya, maka di akhirat pula buta juga, dan lebih sesat jalannya”.
Kaum kafir terlindung oleh kegelapan sesat daripada cahaya petunjuk. Ahli makrifat terlindung oleh kegelapan lalai daripada cahaya taqwa. Ahli Taat terlindung oleh kegelapan pandangan taatnya daripada cahaya taufik dan inayah yakni penjagaan Tuhan yang Maha Berkuasa. Maka apabila tersingkapnya tabir2 cahaya itu maka ketika itu nanti mereka akan terlindung daripada yang lainnya dengan cahaya itu. Tegasnya sesiapa yang memandang kepada gerak-geriknya dan perbuatannya dalam hal2 mentaati Allah, akan menjadi terlindunglah ia dari Tuhannya dan jadilah ia sebagai seorang yang muflis. Begitu juga, sesiapa yang memandang kepada penggerak amal ibadat itu, akan menjadi terlindunglah ia dengannya daripada pemandangan amal ibadat itu.
Berkata An-Nassaj rahu taala: "Sesiapa yang memandang dirinya ketika berbuat ketaatan, tidak akan terlepas dia daripada ketakjuban diri. Siapa yang memandang kepada manusia, tidak akan terlepas daripada sifat riyak. Sesiapa yang memandang kepada ketaatan, tidak akan terlepas daripada ghurur (terpedaya), dan siapa yang memandang kepada pahala, tidak akan terlepas daripada hijab (tabir dan dinding).”
Tetapi, siapa yang memandang hanya kepada Tuhan Maha Tinggi, maka itulah yang dikatakan di tempat duduk kebenaran di sisi Raja Maha Berkuasa! Semua amalan yang dibuat kerana Allah, untuk Allah adalah tenaga penggeraknya bersumber daripada kurnia Allah taala sendiri, yang tanpa tenaga dan takdir itu niscaya manusia tidak akan sanggup membuatnya. Manusia hendaklah sentiasa mensyukuri atas segala nikmat besar itu, iaitu nikmat yang membolehkan dia menjalankan ketaatan dan kebaikannya kepada Tuhannya.
Kemudian amalan yang ditujukan kepada TuhanNya mestilah disertai dengan penuh kejujuran dan keikhlasan tidak dicampuri niat sampingan lain. Dengan kata lain dia tidak memandang kepada amalan itu samaada susah atau senangnya, kerana keikhlasan hanya pada RabbuNya tidak pula diharapkan balasan daripadaNya, laksana pekerja yang mengharapkan upah gajinya di akhir bulan. Nabi saw bersabda:
ر ب حسنة يعملها ا لر جل لايكون له سيئة أضر عليه منها. ورب سيئة يعملها لا يكون له حسنة أنفع له منها
“Betapa banyak kebajikan yang diamalkan orang, tidak ada suatu kejahatan baginya yang lebih merbahaya ke atas dirinya daripada kebajikan itu. Dan betapa banyak kejahatan yang dibuat orang, tidak ada suatu kebajikan baginya yang lebih bermanafaat daripada kejahatan itu”.
No comments:
Post a Comment