Saturday, January 16, 2016

HADRAT OWAIS QARNI R.A

Somebody offered Hadrat Owais Qarnî رضي الله عنه some coins. He refused to accept them saying that he has two dirhams, and that was enough. The donor said, “But how long will that trifling sum serve you?” He replied, “Assure me that I shall of a necessity live longer than this moment (duration of life being so uncertain) and I shall accept your gift.” The man became silent.

PAK IMAM BERIMAMKAN SIAPA?

Sebelum menunaikan fardhu solat, sama ada selaku Pak Imam atau selaku makmum atau semasa mengerjakan solat bersendirian, terlebih dahulu hendaklah kita faham 3 perkara;

1) Siapakah sembahyang sebelum solat?

2) Siapakah solat didalam sebahyang?

3) Siapakah solat sesudah solat?.

Siapakah yang mendahului solat sebelum kita solat? (solat sebelum solat).

MENGENALI AHLI SUFI

Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat? Pendahuluan. Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. 

BERDOA HANYA KEPADA ALLAH SEMATA

Alhamdulillah. Allah S.w.t dekat dengan para hamba-Nya. Allah mengetahui kedudukan mereka, mengabulkan permohonan mereka dan tidak ada sedikitpun urusan mereka yang tidak Dia ketahui. "Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit." (QS. Ali Imran : 5). Hanya Allah semata yang menciptakan kita dan memberi rezeki kepada kita. Di tangan-Nya jua-lah kekuasaan, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Firman Allah: "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. Al-Maa-idah : 120)

HUBUNGAN ZIKIR DENGAN HATI

At Tirmidzi, seorang Sufi dari Termez, Uzbekistan, sebagaimana dikutip oleh Abu Nu'aim Al Ashfahani dalam Kitab Hilyab al-Auliya menggambarkan hubungan zikir dengan ketenteraman hati sebagai berikut:

NUR SIFAT ALLAH SWT MENERANGI RAHSIA HATI

DiterangiNya yang zahir dengan cahaya athar dan diterangiNya rahsia hati dengan Bur Sifat-Nya. Oleh sebab itu terbenam cahaya terang yang zahir tetapi tidak terbenam cahaya kalbu dan sirr (hati dan rahsia hati). Berkata orang bijak pandai: “Matahari siang terbenam pada waktu malam tetapi matahari hati tidak akan pernah terbenam”. 

SYARAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadap nya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. 

RASULULLAH SAW PALING ZUHUD?

Aisyah r.a. berkata, “Selama empat puluh malam di rumah Rasulullah SAW, lampu ataupun api tidak pernah dinyalakan”. Dikatakan, selama tiga hari sejak tiba di Madinah, Rasulullah SAW belum pernah kenyang dengan roti gandum. Aisyah r.a, kata Abu Dzar, pernah mengeluarkan pakaian yang bertambal-tambal dan sarung kasar, lalu dia berkata: “Rasulullah SAW bertahan dengan dua jenis pakaian ini.”

PESAN SANG GURU

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah. Wahai saudaraku, Setelah engkau memiliki ilmu tiada lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual didunia ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga siapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiada kemenangan yang hakiki melainkan berada dalam taman keridhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahasiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

TAKDIR ALLAH

Keimanan seorang mukmin yang benar harus mencakup enam rukun. Yang terakhir adalah beriman terhadap takdir Allah, baik takdir yang baik maupun takdir yang buruk. Kesalahan dalam memahami keimanan terhadap takdir dapat berakibat fatal, menyebabkan batalnya seluruh keimanan seseorang. Semoga paparan ringkas ini dapat membantu kita untuk memahami keimanan yang benar terhadap takdir Allah. Empat Prinsip Keimanan kepada Takdir.