Friday, February 12, 2016

JALAN KESELAMATAN AQIDAH

Tahap 1 - Memahami ilmu perbahasan metode Asya'irah dan al-Maturidiah seperti perbahasan Sifat 20 agar dapat menolak akidah yang batil.

Tahap 2 - Mengamalkan doa-doa bagi peringkat awal untuk melatih diri agar sentiasa ingat pada Allah dalam segala tindakan. Ia bertujuan melepaskan diri dari fahaman Qadariah yakni kuasi diri atau makhluk.

SOLAT ADALAH PENYAKSIAN

Apabila kita solat, wajib memiliki ihsan yakni panyaksian ketuhanan pada mata hati. Jika tiada memilikinya, solat kita tiada hakikat, ia hanya perlakuan syariat. Solat itu sah pada hukum tetapi tiada nilai di sisi Allah. Selagi tiada disaksikan Allah, maka mereka menyaksi sifat dirinya yang berkuasa dalam ibadah dan mudah terjatuh dalam syirik. Ia juga mudah diselinap iblis sehingga merasa bangga dengan amalnya.

MUSAFIR ZUN NUN AL-MISRI

Zun Nun al-Misri r.a berkata: "Aku pernah musafir sebanyak tiga kali. Kali pertama aku diterima oleh orang awam dan orang khawas. Pada kali kedua, aku diterima oleh orang khawas tetapi ditolak oleh orang awam. Pada kali ketiga pula, aku ditolak oleh orang khawas dan orang awam."

AKAL YANG SEMPURNA LAHIR DARI QALBUN SALIM

Hai anakku! Tidaklah seseorang hamba Allah itu memiliki sesuatu yang lebih baik dari akal fikirannya. Tidak akan sempurna akal fikiran seseorang itu, sehinggalah dia memiliki sepuluh sifat ini: Terselamat dari sifat bongkak, mengharap petunjuk, mengambil bekalan dari dunia, lebih suka menderma, sifat tawadhu' (merendah diri) lebih disukai dari kemuliaan. Dia juga tidak jemu dengan orang yang menuntut kefahaman (darinya) sepanjang hayatnya, tidak mengeluh dengan orang yang meminta-minta keperluan dari pihaknya. Bahkan, dia memperbanyakkan dari dirinya.

WUJUDNYA ALLAH

Sebuah kitab fardu ain yang dihuraikan mengikut bahasa dan isyarat kaum sufi yang ditulis oleh al 'arif billah Ahmad bin Mustafa 'Ilwayh al mustaghonimi (wafat 1353H).

KELEBIHAN IBNU MUJAHID ASY-SYIBLI

Dikisahkan bahawa pada suatu hari, Abu Bakar asy-Syibli datang kepada Ibnu Mujahid. Tiba-tiba Ibnu Mujahid merangkul dan mencium keningnya. Ketika ditanya mengapa, dia menjawab, “Aku telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w mencium asy-Syibli. Lalu, aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat demikian kepada asy-Syibli?’ Rasulullah s.a.w pun menjawab, ‘Ya, kerana tidaklah ia mengerjakan sholat fardhu, melainkan sesudahnya ia membaca dua ayat berikut:

MENGENAL AIB

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat menempuh empat jalan berikut:

1. Duduk dihadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan berbagai bahaya yang tersembunyi didalamnya. Kemudian ia memasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Sang guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara pengobatannya, tapi di zaman ini guru semacam ini langka.

TANGISAN NABI DAUD A.S

Ihya Ulumuddin: Diriwayatkan bahwa Nabi Daud as sudah lama menangis hingga melampaui batas, maka dadanya terasa sempit dan diselubungi oleh kesedihan yang mendalam. Beliau berkata: “Wahai Tuhanku, tidakkah Engkau kasihan dengan tangisanku ini?” Maka Allah swt mewahyukan: “Wahai Daud, apakah engkau lupa dengan dosamu dan ingat dengan tangisanmu?” 

JAMINAN REZEKI DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA

Berikut kutipan Ceramah yang pernah disampaikan oleh Syaikh Mutawalli Sya’rawi rah. tentang jaminan rezeki dari Allahu swt kepada hamba2Nya. Tuhan kita telah menjamin rezeki bagi kita, lalu mengapa kita masih saja resah dengan urusan rezeki? Hingga banyak dari kita lupa dengan Tuhan kita, Allahu ‘azza wa jalla! 

SEMBUHKAN HATI DENGAN TAUBAT

Hati yang baik tidak dilalaikan dari Allah oleh sesuatu yang baik. Jika ingin sembuhkan hatimu, keluarlah menuju medan taubat. Ubahlah keadaanmu dari sebelumnya jauh dari Allah menjadi dekat kepada hadirat-Nya. Kenakan pakaian kerendahan dan kehinaan. Ketahuilah, hati dapat disembuhkan dari segala penyakitnya. Namun, kau terus memenuhi perutmu dan membanggakan kegemukanmu. Kau tak ubahnya biri-biri yang digemukkan untuk disembelih. Tidak sedarkah sesungguhnya kau telah menyembelih dirimu sendiri? (Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari).