Apabila kita solat, wajib memiliki ihsan yakni panyaksian ketuhanan pada mata hati. Jika tiada memilikinya, solat kita tiada hakikat, ia hanya perlakuan syariat. Solat itu sah pada hukum tetapi tiada nilai di sisi Allah. Selagi tiada disaksikan Allah, maka mereka menyaksi sifat dirinya yang berkuasa dalam ibadah dan mudah terjatuh dalam syirik. Ia juga mudah diselinap iblis sehingga merasa bangga dengan amalnya.
Lebih bahaya lagi ia bergantung pada amalnya itu boleh menyelamatkannya di akhirat, sehingga kurang harapan dan tiada bergantung lagi pada rahmat Allah. Mereka ini golongan yang jahil dengan hakikat ilmu ketuhanan sehingga ibadahnya tambah menebalkan lagi kesyirikan dalam dirinya.
Ihsan adalah kesempurnaan tauhid ASWJ. Ia menghancurkan kesyirikan ketuhanan diri dan akal. Ihsan adalah iman yang mencapai rasa dan pandangan sehingga mereka layak dipanggil ahli tauhid yang sempurna.
Mereka yang tiada memiliki ihsan, tiada akan mencapai khusyuk dalam solat kerana hati tiada pandangan pada Allah. Mereka hanya sempurna pada hukum fe'li dan qauli tapi tiada sempurna pada hukum qalbi. Mereka hanya bersyariat tanpa berhakikat, ibarat badan yang tiada rohnya. Wallahua’lam.
Aslm... Hadith Jibril AS saperti yang diriwayatkan olih Saidina Umar Ada 4 soalan yang ditanya olih Jibril kepada Rasullah SAW.
ReplyDeletea) APA ITU Islam, b) APA ITU Iman, c) APA ITU Ihsan dan d) Bila Hari Qiamat.
Yang relevant disini ialah Ihsan.
Didalam beribadah saolah2 Kita melihat ALLAH SWT TAPI Allah melihat Kita. Kita senantiasa diawasi 24 kali 7 olih Allah SWT.
Olih kerana di jaga dan diawasi olih Allah maka akan timbul satu perasaan dan sikap keberadaan Allah didalam diri Kita yakni Allah Awareness/Consciousness.
Olih kerana perasaan serta sikap ini, setiap APA yang Kita akan lakukan adalah yang Terbaik, Terpuji dan Berkualiti Tinggi.