Hai anakku! Tidaklah seseorang hamba Allah itu memiliki sesuatu yang lebih baik dari akal fikirannya. Tidak akan sempurna akal fikiran seseorang itu, sehinggalah dia memiliki sepuluh sifat ini: Terselamat dari sifat bongkak, mengharap petunjuk, mengambil bekalan dari dunia, lebih suka menderma, sifat tawadhu' (merendah diri) lebih disukai dari kemuliaan. Dia juga tidak jemu dengan orang yang menuntut kefahaman (darinya) sepanjang hayatnya, tidak mengeluh dengan orang yang meminta-minta keperluan dari pihaknya. Bahkan, dia memperbanyakkan dari dirinya.
Sementara sifat yang kesepuluh, iaitu sifat yang paling mulia dan tinggi kedudukannya, dia melihat sekalian manusia itu lebih baik darinya dan dia yang paling jahat di antara mereka.
Dan dikalangan manusia itu terdapat dua jenis lelaki: Seorang lelaki yang lebih baik dan mulia darinya sementara seorang lagi, lebih jahat dan rendah (hina) darinya. Maka, orang yang berakal akan bersikap tawadhu' dengan kedua-dua lelaki itu. Apabila dia melihat orang yang lebih baik dan lebih mulia darinya, maka dia akan berharap agar dapat mengikut sepertinya dan sekiranya dia melihat orang yang lebih jahat dan hina darinya, maka dia akan berkata, "Mungkin orang ini akan terselamat, sedangkan aku binasa. Dan mungkin juga orang ini batinnya baik, cuma tidak dizahirkan dan yang demikian adalah terlebih baik baginya, sedangkan aku zahirnya baik dan yang demikian adalah buruk bagiku.”
Maka, dengan sifat-sifat inilah akal menjadi sempurna dan dapat memimpin orang di zamannya.
(Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya).
No comments:
Post a Comment