Friday, February 12, 2016

JALAN KESELAMATAN AQIDAH

Tahap 1 - Memahami ilmu perbahasan metode Asya'irah dan al-Maturidiah seperti perbahasan Sifat 20 agar dapat menolak akidah yang batil.

Tahap 2 - Mengamalkan doa-doa bagi peringkat awal untuk melatih diri agar sentiasa ingat pada Allah dalam segala tindakan. Ia bertujuan melepaskan diri dari fahaman Qadariah yakni kuasi diri atau makhluk.

Tahap 3 - Bersalik yakni melatih diri agar sentiasa ingat pada Allah dalam apa jua keadaan dan pada setiap apa yang dilakukan, agar terselamt daripada aqidah Qadariah yang merasai sifatnya adalah miliknya yang berpisah dengan Allah. Bersalik adalah wajib bagi mereka yang belum mencapai Ihsan.

Tahap 4 - Mencapai Ihsan Muraqabah (dzauk), merasa bersama Allah dalam segala kelakuan.

Tahap 5 - Mencapai Ihsan Musyahadah (pandangan mata hati), seolah melihat Allah sehingga mencapai fana diri dalam Sifat Allah.

Zikir khususiah bagi para Salik Sufi bukannya untuk mencari pahala, tetapi ia adalah untuk melepaskan diri daripada kuasa diri dan akal bagi mencapai kesempurnaan ASWJ. Ia menepati sifat para sahabat r.a.

Hakikat zikir ialah sentiasa mentauhidkan Allah dalam apa jua keadaan sebagaimana dalam firman-Nya:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (QS. Ali 'Imran: Ayat 191). Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment