Saturday, February 6, 2016

SIAPAKAH MUHAMMAD YANG TERPUJI ITU

Kiriman dari seorang teman: Menanyakan ungkapan sufi inI, “Tidak ada apapun yang keluar dari "Mim"-nya Muhammad dan tidak ada yang masuk ke "Ha"-nya. Adapun "Ha"-nya seperti "Mim"-nya yang kedua, sedangkan "Dal"-nya seperti "Mim"-nya yang pertama. "Mim"-nya yang pertama adalah peringkat (maqam)-nya, serta "Ha"-nya adalah keadaan hal spiritualnya sebagaimana "Mim"-nya yang kedua.”

HAKIKAT JISIM MANUSIA

Jisim adalah tubuh yang batin, hakekat sifat jisim harus selalu tunduk pada Qudrat Iradat Allah kerana sesungguhnya jisim adalah bentuk kekuasaan yang berdiri antara alam dunia dan hakikat sifat Allah. Jisim diri bertumpu pada penyatuan sifat Baqa dengan HaqNya. Jisim alam juga terdapat dalam diri manusia, jisim alam diri manusia memiliki hubungan dengan jisim makhluk dan seluruh alam ini. Segenap makhluk memiliki jisim termasuk juga alam semesta, flora dan fauna. Jisim diri adalah keseluruhan alam ini, dimana ruh sejati insan berada dibalik rab alam tersebut. Jisim alam merupakan himpunan kemufakatan antara Qudrat Iradat dengan Rasa. Rangkaian Dasar jisim manusia itu adalah tujuh sifat yang dititipkan bagi kita dari sifat duapuluh.

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH MENGENAL ALLAH MAKSUDNYA MENGENAL DIRI

Berkata arifbillah: Awaluddin Makrifatullah, Awal awal agama ialah Mengenal Allah. Firman Allah: Al insanu sirri wa ana sirruhu. Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya… Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sunnguh ia telah mengenal Tuhannya. Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya. Apakah yang dikatakan DIRI itu ? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan? Ketahuilah saudaraku bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Qudsi dan juga Hadith yang membawa kepada faham dalam perkara perkara yang cangan menjadi pokok utama perbincangan kita. Antaranya ialah Allah lebih hampir kepada manusia itu daripada urat leher manusia itu.

SENTIASA ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ITU ADALAH ALLAH

96. Surah Al-`Alaq (Ayat 1)

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Mengakulah bahawa melihat, mendengar dan berkata-kata yang ternyata keatas badan dirimu sendiri itu. Sebenarnya adalah

ASAL TUBUH MANUSIA

Asal tubuh manusia terdiri dari empat dasar yaitu Tanah, Air, Angin dan Api. Kesemuanya itu dari pada Nur Muhammad juga adanya. Adapun asal kejadian diri terdiri dari tiga perkara, Bapak, Ibu, Tuhan. Urat besar, Rambut, Penglihatan.  Urat kecil, Kulit, Pendengaran, Tulang, Daging, Pengrasan, Otak, Darah, Penciuman, Nyawa. Jadi kesemuanya ini berjumlah 13 (tiga belas) perkara dan terhimpun dalam rukun solat 13 (tiga belas) perkara.

HAKIKAT KENABIAN PADA MANUSIA

1. Nabi Adam pangkatnya adalah Khalifatullahu 
2. Nabi Nuh pangkatnya adalah Habibullahi 
3. Nabi Ibrahim pangkatnya adalah Khalillullahu 
4. Nabi Musa pangkatnya adalah Kalamullahu 
5. Nabi Isa pangkatnya adalah Ruhullahi. 
6. Nabi Muhammad pangkatnya Muhammad Rasulullah s.a.w, tapi sekarang sudah wafat semua sudah sirna, sudah tidak ada, jadi sekarang Allah Ta’ala, sudah tidak ada utusannya, semuanya sudah lestari, ini adalah suatu pemahaman yang keliru.

CARA MEMFANA DIRI

Bagaimana caranya untuk menfana'kan diri didalam afa'al, nama, sifat dan zat Allah sepertimana yang dkehendaki oleh Allah?

76.Surah Al-'Insān (Ayat 29) 

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

HAKIKAT RUKUN 13 SOLAT ORANG SUFI MENURUT IMAM GHAZALI

NIAT itu ialah MAQAM MI'RAJ ertinya NAIK MENDAPAT CAHAYA Allah TAALA

TAKBIR itu ialah MAQAM MUNAJAT ertinya BERBETULAN / BERTEPATAN DGN Allah.

QIYAM itu ialah TAWAKKAL ertinya MENYERAHKAN DIRI KPD Allah

FATIHAHA itu ialah BERKATA2 DGN Allah

SAMADA AKU TUHAN SELAIN DARI ALLAH ATAU AKU ALLAH

21. Surah Al-'Anbyā' (Ayat 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

PEMBIMBING JALAN HAKIKI

Tidak bercita-cita seorang salik untuk berhenti ketika terjadi kasyaf (terbuka perkara ghaib) melainkan suara hakiki berseru kepadanya: “Apa yang kamu cari masih jauh di hadapan (oleh itu jangan kamu berhenti)!” dan tidak terbuka baginya alam maya melainkan diperingatkan oleh hakikat alam itu: “Sesungguhnya kami adalah ujian, kerana itu janganlah kamu kufur!”

Latihan penyucian hati membawa rohani Si Salik meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi. Kekuatan rohaninya bertambah dan pada masa yang sama juga pengaruh serta kesedaran inderawinya berkurangan. Dalam keadaan seperti ini rohaninya mampu menjadi penasihat kepada dirinya sendiri. Bila terlintas dalam hatinya untuk melakukan kesalahan akan tercetuslah perasaan membantah perbuatan tersebut, seolah-olah ada orang yang menasihatinya. Apabila sampai kepada satu peringkat kesucian hati akan terbuanglah dari hatinya lintasan-lintasan yang bersifat duniawi, syaitani dan nafsi. Lintasan duniawi mengheret kepada kelalaian, keseronokan dan kesenangan harta benda. Lintasan syaitani mengheret kepada melakukan syirik dan bidaah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Lintasan nafsi pula mendorong kepada maksiat dan kemungkaran. Bila hati sudah terdinding daripada lintasan-lintasan jahat maka hati akan didatangi oleh lintasan malaki (malaikat) dan Rahmani (Tuhan).

Lintasan malaki mengajak kepada berbuat taat kepada Allah s.w.t dan meninggalkan tegahan-Nya. Lintasan Rahmani pula adalah tarikan langsung daripada Tuhan. Dalam lintasan-lintasan duniawi, syaitani, nafsi dan malaki, manusia mempunyai pilihan untuk menerima ataupun menolak cetusan atau rangsangan yang diterimanya itu. Akal dan imannya boleh memikir dan menimbang akan sebab dan akibat jika dia mengikuti sesuatu rangsangan itu. Tetapi, dalam lintasan Rahmani hamba tidak ada pilihan, tidak ada hukum sebab musabab yang boleh mencegahnya dan tidak ada hukum logik yang boleh menghuraikannya. 

Misalnya, seorang yang tidak pernah turun ke laut, tiba-tiba pada satu hari tanpa boleh ditahan-tahan dia pergi ke laut dan mandi, lalu mati lemas. Soalnya, tidak dapat diterangkan mengapa dengan tiba-tiba dia mahu mandi di laut dan dia tidak dapat melawan keinginan yang timbul dalam hatinya itu. Kuasa yang menariknya ke laut dan mandi lalu mati di situ dinamakan lintasan Rahmani atau tarikan ketuhanan. Dalam perjalanan kerohanian mungkin seorang Salik itu menerima lintasan Rahmani yang mengheretnya melakukan sesuatu yang kelihatan aneh, tidak masuk akal dan dia sendiri tidak dapat memberi penjelasan tentang tindak tanduknya walaupun dia masih dapat melihat perbuatan yang dilakukan oleh dirinya sendiri itu.

Semasa pengembaraannya ke dalam alam kerohanian Si Salik mungkin memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Dia dapat melihat apa yang tersembunyi. Dia mungkin dapat melihat kepada peristiwa yang akan berlaku, dan yang telah berlaku. Mungkin juga dia dikurniakan kekeramatan seperti ‘mulut masin’, berjalan di atas air, menyembuhkan penyakit dan lain-lain. Dia juga mungkin dapat melihat dengan mata hatinya keadaan Alam Barzakh, Syurga dan neraka. Penemuan perkara-perkara yang ganjil, ajaib dan indah-indah boleh mempesonakan Si Salik dan boleh menyebabkan dia menjadi keliru dengan merasakan dia sudah sampai ke puncak, lalu dia berhenti di situ. Lebih membahayakan lagi jika Si Salik tidak mendapat bimbingan Guru atau Guru yang membimbingnya tidak memahami tentang selok-belok alam kerohanian. Si Guru tidak dapat menjelaskan pengalaman aneh yang dialami oleh murid lalu si murid tidak ada pilihan kecuali membuat tafsirannya sendiri. Oleh sebab pengalaman tersebut adalah berkenaan perkara ghaib maka murid tadi mudah menyangkakan segala yang ghaib itu adalah aspek ketuhanan.

Di sini timbullah berbagai-bagai anggapan tentang Tuhan, kerana dia menyangkakan yang dia telah melihat zat Tuhan. Timbullah sangkaan yang Tuhan adalah nur dengan warna yang tertentu. Ada pula yang beranggapan Tuhan itu rupanya tegak seperti huruf alif. Ada pula yang mengatakan Tuhan adalah cahaya yang sangat halus. Bermacam-macam lagi anggapan tentang Tuhan muncul akibat kejahilan mengenai alam ghaib. Prasangka yang meletakkan Zat Allah s.w.t di dalam ruang dan berbentuk adalah kekufuran. Bahaya penyelewengan akidah kepada orang yang belajar Ilmu Hakikat kepada yang bukan Mursyid adalah besar. Orang yang belajar Ilmu Hakikat cara demikian membahaskan Zat Ilahiat dengan menggunakan akalnya sedangkan akal tidak ada pengetahuan tentang zat.

Murid atau Salik yang mendapat bimbingan daripada Guru yang mursyid dan beroleh rahmat, taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t akan dapat melalui fitnah yang tersebut di atas dengan selamat. Salik yang masuk ke dalam tarikan ketuhanan akan berjalan terus walau apa pun yang ditemuinya di tengah jalan, sekalipun dia ditawarkan dengan Syurga. Tarikan ketuhanan yang memimpin Salik itu dinamakan Petunjuk Ilmu, Perintah Batin, Petunjuk Laduni atau Suara Hakiki atau Pembimbing Hakiki. Ia adalah tarikan langsung daripada Allah s.w.t agar hamba yang Allah s.w.t mahu temui itu selamat sampai kepada-Nya. Salik menafikan semua yang ditemuinya. Selagi boleh disaksikan ia adalah sifat bukan zat. 

Sepanjang perjalanannya Salik melihat bekas gubahan Tuhan, pengungkapan hikmat kebijaksanaan-Nya dan tanda-tanda yang memberi pemahaman tentang Dia. Zat Ilahiat tetap tinggal tertutup rapat oleh nur di balik nur dan tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun dan penglihatan yang bagaimana pun. Jika nur yang disaksikan, maka nur adalah salah satu daripada tanda-tanda-Nya dan juga salah satu daripada Nama-Nama-Nya. Setelah habis yang dinafikan Salik sampai kepada puncak kedunguannya iaitu pengakuan tentang kelemahannya mengenai Zat Ilahiat. Inilah puncak pencapaian dan orang yang sampai kepada hakikat ini dinamakan orang yang bermakrifat atau orang yang mengenal Allah s.w.t. Dia mencapai hakikat maksud:"Tidak ada sesuatu apa pun menyerupai-Nya.”

Tidak ada yang menyerupai-Nya dan menyamai-Nya, mana mungkin ada gambaran tentang-Nya yang boleh ditangkap oleh penglihatan? Kebodohan dan kedunguan adalah hijab yang asli dan tidak mungkin tersingkap ditentang Zat Ilahiat kecuali pada hari akhirat apabila seseorang hamba diizinkan memandang dengan pandangan mata. Sebelum itu tidak mungkin melihat Allah s.w.t dengan terang-terang. Apa yang diistilahkan sebagai melihat Allah s.w.t ialah menyaksikan Allah s.w.t pada sesuatu yang didalamnya terdapat bekas penciptaan-Nya, tanda-tanda-Nya, hikmat-Nya dan tadbir-Nya. Ia merupakan penglihatan akal serta mata hati atau melihat Nur-Nya iaitu melihat Rahsia Allah s.w.t yang tersembunyi pada sekalian kejadian-Nya. Zat Ilahiat tetap tinggal tertutup oleh keghaiban yang mutlak (Ghaibul Ghuyub).

Orang Sufi selalu mengatakan mereka melihat Allah s.w.t. Apa yang mereka maksudkan ialah penglihatan ilmu dan penglihatan hati nurani, penglihatan yang mengandungi rasa kecintaan yang sangat mendalam terhadap Allah s.w.t, dan kerinduan yang membara di dalam hati mereka. Itulah penglihatan mereka yang gilakan Allah s.w.t. Jangan ditafsirkan ucapan mereka secara lafaz tetapi selami hati mereka untuk memahami keasyikan dan kemabukan yang mereka alami. (Al Hikam).