Saturday, February 6, 2016

CARA MEMFANA DIRI

Bagaimana caranya untuk menfana'kan diri didalam afa'al, nama, sifat dan zat Allah sepertimana yang dkehendaki oleh Allah?

76.Surah Al-'Insān (Ayat 29) 

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Ayat 30) 

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Apa yang dibicarakan diatas ialah berkaitan dengan pegangan atau iktiqad tauhid.Kita kembali kepada AlQuran, apakah yang telah difirmankan oleh Allah berkaitan dengan bagaimana hendak menetapkan iktiqad tauhid.

Firman Allah

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 89) 

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

78.Surah An-Naba' (Ayat 39)

ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya!

Untuk menetapkan iktiqad tauhid sepertimana yang telah diterangkan oleh Tuan Al Faqir Fikri seperti diatas, Allah telah memperjelaskan dengan pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan. Salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang telah diperjelaskan oleh Allah ialah dengan cara seseorang itu bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik. Bagaimanakah cara untuk bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik sepeerti yang telah Allah perjelaskan didalam Al-Quran?

Firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Ayat 54)

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:  "Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

2.Surah Al-Baqarah (Ayat 55)

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

2.Surah Al-Baqarah (Ayat 56)

ثُمَّ بَعَثْنَاكُم مِّن بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. Apakah pula yang telah diberikan jaminan oleh Allah kepada mereka-mereka yang telah melakukan perbuatan bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik sepertimana yang telah Allah perjelaskan didalam Al-Quran tersebut?

Firman Allah

4.Surah An-Nisā' (Ayat 63)

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

4.Surah An-Nisā' (Ayat 64)

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

4.Surah An-Nisā' (Ayat 65)

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

4.Surah An-Nisā' (Ayat 66)

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):  "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU, NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' (Ayat 67)

وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Ayat 68)

وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji

30.Surah Ar-Rūm (Ayat 6) 

وَعْدَ اللَّهِۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus (Ayat 44) 

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَٰكِنَّ النَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Lagi jaminan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang telah dibersihkan daripada segala perbuatan syirik ...

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 39)

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 40)

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Ayat 41)

قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"

Jadi persoalannya sekarang ini ialah bagaimana kita semua hendak melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" yang telah ikut diperjelaskan didalam perintah tersebut dengan menerangkan

"NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA"

Inilah juga yang menyebabkan walaupun Allah telah memperjelaskan didalam Al-Quran dengan pelbagai jalan dan cara untuk mrnetapkan iktiqad tauhid tang boleh dilakukan tetapi sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Allah juga "NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA" yang menyebabkan walaupun Allah telah menerangkan dengan pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid didalam Al-Quran tetapi kebanyakan manusia tidak melakukannya menyebabkan penerangan tang telah Allah jelaskan itu menjadikan mereka semakin liar

17.Surah Al-'Isrā' (Ayat 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Cuba kita semua muhasabah diri "sudahkah kita melakukan jalan dan cara tersebut" jika sudah bagaimana cara yang telah dilakukannya. Jalan dan cara yang telah dilakukan sendiri ini perlu diperjelaskan supaya apa yang diperkatakan dapat dibuktikan ianya bukan merupakan sangka-sangkaan kita terhadap ilmu pengetahuan yang diketahui sahaja tetapi kita tidak melakukan sepertimana yang telah diperkatakan tersebut. Jika kita tidak dapat membuktikan bahawa apa yang telah diperkatakan itu bukan yang terhasil dariada sangka-sangkaan kita sahaja, Allah juga telah memperjelaskan bahawa apa tang telah diperkatakan tersebut termasuk didalam perbuatan dusta.

6.Surah Al-'An`ām (Ayat 148)

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن شَيْءٍۚ كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَاۗ قُلْ هَلْ عِندَكُم مِّنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَاۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

6.Surah Al-'An`ām (Ayat 149) 

قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُۖ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya”.

No comments:

Post a Comment