Saturday, February 6, 2016

SAMADA AKU TUHAN SELAIN DARI ALLAH ATAU AKU ALLAH

21. Surah Al-'Anbyā' (Ayat 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Sedang merasai ada diri kita sendiri membawa makna kepada kita sedang berkata sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah. Secara tidak disedari kita sedang menjadikan keberadaan diri kita (hawa nafsu) sebagai Tuhan selain dari Allah. Kita tahu “ADA” adalah sifat Allah, selain dari Allah bersifat dengan sifat “TIADA”. Apabila kita merasa ADA bermakna kita sedang merasai sifat Allah/Tuhan (ADA) adalah sebagai sifat diri kita sendiri. Oleh kerana sifat ADA itu sebenarnya sifat Allah/Tuhan, maka sedang merasa ADA diri sendiri bermakna kita sedang meletakkan sifat Allah/Tuhan kepada diri sendiri (yang sebenarnya bersifat dengan sifat tiada).

Jadi, bagaimana kita nak menjaga supaya tidak menjadikan Aku diri sendiri sebagai tuhan? Supaya tercapai seperti firman Allah:

20. Surah Taha (Ayat 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku".

No comments:

Post a Comment