Subhanallah! Sembang-sembang dengan Dr Manzoor, Amir jemaah Masturat Pakistan yang juga merupakan Syura Pakistan dan Amir Kasymir yang sedang tasykil di KK, Sabah sambil berkongsi pengalaman dengan beliau. Beliau telah mengembara lebih dari 50 buah negara dalam kembara dakwahnya:
Wednesday, January 28, 2015
BAYAN MAULANA TARIQ JAMIL (KEDUDUKAN WANITA DLM ISLAM)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ فَجَعَلَهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَنَا مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلَنَا شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ أَكْرَمَهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ
أشهدُ أن لا إله إلاّ الله وحدَه لا شريكَ له ، إلهاً واحداً أحداً صمداً ، لم يتَّخِذْ صاحبةً ولا ولداً
وأشهد أنسيدنا ومولانا محمداً عبده ورسوله أما بعد
قال تعالى: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
قال صلى الله عليه وسلم: إذَا صَلَّت المرأةُ خَمْسَها و صامت شهرها و أطاعت بَعلَها فلتدخل من أي أبواب الجنة شاءت
Hadirin-hadirat yang mulia, cukup banyak masturah yang hadir, tempat sempit dan udara panas. Pahala pasti didapatkan. Maka hendaknya bayan didengar niat untuk diamalkan dan merubah arah kehidupan. Sehingga pertemuan kita ini bukan sekedar pertemuan kemudian bubar, tapi bagaimana kita sampai pada apa yang disampaikan dan didengar dalam majlis.
BAYAN MASTURAT MAULANA DAUD
(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 09/09/97). Allah s.w.t menjadikan lelaki dan wanita untuk mengamalkan agama. Satu orang atau 50 orang jika ada dalam sesuatu tempat ia perlu amalkan agama. Ini semua kerana semua kita akan mengalami kematian. Maulana Daud menceritakan bagaimana kisah kerja masturat di Nizamuddin. Kerja ini bermula apbi seorg perempuan di New Delhi telah mengesyorkan kpd Maulana Daud bahawa Maulana Ilyas telah menghantar jemaah lelaki mengapa jemaah masturat tidak dikeluarkan ke jln Allah.
BAYAN MASTURAT OLEH USTAZ ALI
Ibu2 & bapak2 yg dimuliakan Allah. Allah s.w.t adalah pencipta kita. Allah s.w.t adalah pemelihara kita. apa sahaja keadaan yg berlaku di depan mata dan di belakang mata kita berlaku dgn kehendak Allah. Allah s.w.t berkuasa mutlak atas makhluknya. Semua makhluk tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. apa sahaja yg berlaku di dunia ini berlaku dgn kehendak Allah. makhluk langsung tak ada kuasa. Menafaat, mudharat, sihat, sakit, untung, rugi, hidup, mati, apa sahaja yg berlaku dari Allah. Allah buat apa shj yg Dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd makhluk. Allah maha kaya. Manusia yg kaya tetap berhajat, berhajat pd makan, minum, udara, lagi kaya manusia lagi banyak hajat dia. Allah maha kaya langsung tak berhajat pd sesiapa. Semua makhluk di langit dan di bumi adalah fakir, berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. Allah buat semua perkara serentak.
MUZAKARAH TAKLIM MINGGUAN MASTURAT
(Mesyuarat Malaysia: 01/11/2015).Muzakarah menghidupkan taklim mingguan masturat di setiap mohala. Mahram ialah org yg boleh mengawal masturat. Taklim adalah mingguan. Setiap minggu sekali. Taklim t/jwb jemaah masjid. Bukan halaqah. Putus melalui jemaah masjid sendiri.
USAHA MASTURAT OLEH BHAI MUSTAQ
(mesyuarat malaysia - 11/10/2015).Dari hari pertama lagi nabi s.a.w telah bawa kaum wanita bersama baginda dlm usaha ini. org yg mula2 dpt kemuliaan utk bersama baginda ialah wanita. Org pertama yg belanjakan harta utk usaha nabi ialah wanita. Yg mula2 sekali dpt kemuliaan utk susah payah utk agama ialah wanita. Yg mula2 dpt kemuliaan utk bagi nyawa utk agama ialah wanita. Yg pertama ucap kalimah ialah wanita, khatijah r.ha. dia seorang kaya di mekah. Di rumah beliau ada emas dan perak. Dia telah kata pd nabi semua harta saya dan diri saya adalah utk agama. Tuan belanjalah utk kehendak tuan. Khatijah juga bersama nabi susah payah selama 3 thn. Wanita pertama bagi nyawa utk agama ialah sumayyah r.ha. wanita adalah org pertama yg buat kerja agama bersama nabi. Bila nabi terima wahyu pertama dari jibrail a.s, nabi jadi takut dan susah hati.
MUZAKARAH TAKLIM MINGGUAN MASTURAT OLEH HAJI HAMSIN
(27/05/2015 – sri petaling). Di KL/selangor ada 113 halaqah, rumah taklim mingguan masturat baru ada 77. banyak lagi halaqah yg belum ada taklim mingguan. kehendak elders ialah sekurang2nya setiap mahallah ada taklim mingguan. lagi bagus setiap lorong atau setiap blok flat ada taklim mingguan. penting wujudkan taklim mingguan masturat. semua wanita boleh dtg. syarat utk taklim mingguan ialah, mahallah ada 5 amal, ada sekurang2 nya 3 org dah keluar 10H masturat, hari dan masa ditetapkan oleh org mahallah. ikut kesesuaian org yg nak dtg. Kebanyakan yg ada di KL/selangor buat hari sabtu/ahad, 2 rumah buat hari sabtu & 75 rumah buat hari ahad (11am sampai 12.30tgh), nak buat hari lain pun boleh. Rumah yg simple, kurang hiasan, Tuan rumah mesti ada hati yg luas. Apa pun yg jadi dlm rumah masa taklim jgn komplain.
TAGHRIB MASTURAT
TAGHRIB JORD MASTURAT OLEH CIKGU IDRIS
Umat nabi terdiri drp lelaki dan wanita. nisbah lelaki wanita 1:40. penting usaha atas wanita supaya wanita pun ada fikir alami. org malaysia ada kemampuan - beli rumah sampai 300K, beli kereta 100K. tak kan belanja utk masturat tak boleh. jemaah masturat ke brazil belanja 25K. jemaah masturat ke surinam belanja 20K. hantar harta kita ke akhirat. bentuk jemaah masturat dan bergerak ke seluruh dunia. Ada 500 wanita di KL yg dah keluar 40H/2B. Semua layak utk pergi negara jauh. walaupun suami dah keluar negara jauh–masih boleh keluar negara jauh jemaah masturat. 1st time 40H masturat ke IPB - thn berikutnya dah boleh ke negara jauh. 3 thn sekali keluar 40H/2B.
JOR KARKUN 4B: BAYAN ASAR WASIFUL ISLAM MASTURAT
(04/04/2015 - sri petaling). Tuan-tuan yg mulia. Allah s.w.t tak pernah letak kejayaan manusia dlm wang ringgit, pangkat, kedudukan, ijazah, dlm mana2 kebendaan. Sebaliknya Allah s.w.t letak kejayaan manusia dlm mentaati hukum hakam Allah dan iqtibak sunnah nabi s.a.w. Sesiapa shj yg taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w maka pasti dia akan berjaya. Lelaki, wanita, kaya, miskin, terpelajar, buta huruf yg taat perintah Allah dan ikut cara nabi s.a.w maka pasti akan berjaya. Perintah Allah dan sunnah nabi inilah yg dikatakan sbg agama. Agama adalah keperluan yg besar bagi setiap org. Tanpa agama kehidupan dunia tiada ketenangan dan kehidupan akhirat tiada kelepasan. Ambia a.s dtg buat usaha agama atas manusia. Mereka sendiri taat sepenuhnya pd agama dan usaha bawa manusia kpd agama. Nabi s.a.w telah dtg sebagai nabi yg terakhir. Baginda ajar umat agama dan pd masa yg sama ajar umat usaha atas agama.
MUZAKARAH USAHA MASTURAT
(05/01/2013 - sri petaling). Apa usaha utk menyempurnakan syarat utk hidupkan taklim mingguan di marhallah yg potensi? Syarat bukan utk menyusahkan. Syarat–masjid ada 5 amal dan ada 2/3 org pernah keluar 10/15H. Bentangkan takazah masturat dlm mesyuarat halaqah bulanan–ni takazah yg berterusan. Bentuk fikir-berapa rumah nak dihidupkan. Penglibatan org tempatan? Usaha masturat bukan iklan. Kena buat iklani tashkil. Bentuk jemaah pintu ke pintu. Macam taklimi gasht. Rumah perlu dihidupkan sebagai mana masjid di hidupkan dgn amalan masjid nabawi zaman nabi s.a.w. Taklim masturat–hak marhallah–hubungkan org kampung.
Subscribe to:
Posts (Atom)