Wednesday, January 28, 2015

MUZAKARAH TAKLIM MINGGUAN MASTURAT OLEH HAJI HAMSIN

(27/05/2015 – sri petaling). Di KL/selangor ada 113 halaqah, rumah taklim mingguan masturat baru ada 77. banyak lagi halaqah yg belum ada taklim mingguan. kehendak elders ialah sekurang2nya setiap mahallah ada taklim mingguan. lagi bagus setiap lorong atau setiap blok flat ada taklim mingguan. penting wujudkan taklim mingguan masturat. semua wanita boleh dtg. syarat utk taklim mingguan ialah, mahallah ada 5 amal, ada sekurang2 nya 3 org dah keluar 10H masturat, hari dan masa ditetapkan oleh org mahallah. ikut kesesuaian org yg nak dtg. Kebanyakan yg ada di KL/selangor buat hari sabtu/ahad, 2 rumah buat hari sabtu & 75 rumah buat hari ahad (11am sampai 12.30tgh), nak buat hari lain pun boleh. Rumah yg simple, kurang hiasan, Tuan rumah mesti ada hati yg luas. Apa pun yg jadi dlm rumah masa taklim jgn komplain.

Program taklim yg dimesyuarat oleh jemaah masjid :
zumindar
taklim kitabi
muzakarah 6 perkara
istiqbal
fadilat majlis tak perlu dimesyuaratkan. Kalau nak buat, pembaca taklim boleh bagi sedikit fadilat majlis. (boleh buat sekali-sekala)

Pembaca taklim dan muzakarah mestilah dibuat oleh ahlia yg dah keluar jemaah. Yg belum keluar jgn bagi baca taklim walaupun dia seorang alimah. Boleh baca semua kitab: fadilat amal, muntakhab, fadilat sedekah, fadilat ramadan, fadilat haji.

Org yg bagi muzakarah 6 perkara- dia yg tashkil

Kalau 1 bahasa – buat 1 halaqah sahaja
Kalau ada bahasa lain – boleh buat halaqah bahasa tersebut
Kalau ramai yg hadir dan suara tak sampai ke belakang – boleh duduk atas stool (yg tak ada penyandar).

2-3 bulan sekali ada bayan lelaki.

Tiada makan/minum. Boleh sediakan air kosong sahaja dgn jug dan cawan plastik.
Tiada jual/beli. Habis taklim, suami terus jemput. Jgn biar isteri tunggu lama  - ganggu tuan rumah.

No comments:

Post a Comment