Wednesday, January 28, 2015

JEMAAH TABLIGH MENAKLUK SATU DUNIA

Subhanallah! Sembang-sembang dengan Dr Manzoor, Amir jemaah Masturat Pakistan yang juga merupakan Syura Pakistan dan Amir Kasymir yang sedang tasykil di KK, Sabah sambil berkongsi pengalaman dengan beliau. Beliau telah mengembara lebih dari 50 buah negara dalam kembara dakwahnya:

1) 1961, England hanya ada 2 masjid, kini melebihi 3,500 buah masjid.

2) 1962, France hanya ada 1 masjid, kini melebihi 5,000 buah masjid.

3) 1988, Ketika beliau di Perancis, Dr Wisab, syura Peranchis diziarahi oleh Naib Menteri Kementerian Dalam Negeri Perancis. Beliau mengemukakan beberapa soalan mengenai Jemaah Tabligh:

A) Siapa Presiden Tabligh.
B) Di mana pejabat-pejabat Tabligh.
C) Bagaimana kewangan Tabligh.
D) Apa misi Tabligh.

Jawapan beliau:

A) Presiden kami ialah Nabi Muhammad s.a.w, semua arahannya kami turuti.
B) Semua masjid-masjid dan surau-surau di seluruh dunia.
C) Duit setiap ahli jemaah adalah duit jemaah dan mereka membelanjakan mengikut perbelanjaan masing-masing ke mana mereka akan pergi.
D) 6 sifat unggul Sahabat Nabi saw untuk semua orang Islam.

Jawab Naib Menteri KDN Perancis tersebut, kalau beginilah caranya sistem Jemaah Tabligh berjalan, tiada siapa yang dapat menahan dari jemaah ini bergerak ke seluruh dunia.

4) 260 negara seluruh dunia, semuanya ada ahli jemaah Tabligh. Sebanyak 50 negara mampu mengendalikan usaha Tabligh dengan sendiri dengan mengadakan Ijtimak-ijtimak dan mengeluarkan ratusan jemaah sendiri.

5) Sebuah pepatah mutiara dalam bahasa Urdu, "Ilyas ni Yas ko As mé Badaldia” Terjemahannya, "Ilyas telah mengubah 'putus harapan' kepada 'ada harapan’. Maksudnya Maulana Ilyas r.ah telah mengubah dunia Islam kepada tiada harapan untuk bangun semula dari kejatuhan Islam kepada bermulanya kebangkitan Islam.

6) Peristiwa 11 September ialah perancangan kuffar untuk menjatuhkan Islam secara besar-besaran tetapi lihatlah apa yang berlaku disebalik perancangan mereka:

2002, seramai 40,000 orang memeluk Islam di USA.
2003, seramai 30,000 orang memeluk Islam di USA.
2004, seramai 35,000 orang memeluk Islam di USA.

Kemasukkan Islam yang mendadak selepas peristiwa 11 September pengeboman NYWTC.

Kuffar telah menyempurnakan teknologi mereka tetapi kebingungan sebab tiada penyelesaian untuk menjatuhkan Islam dengan teknologi mereka.

7) IRAN - Beliau pernah safar di Iran. Usaha dakwah berjalan dengan lancar di seluruh Iran walaupun Tehran adalah Pusat Kefahaman Syiah. Kerajaan Iran tak tahu nak ambil tindakan tatatertib ke atas Muslim Sunni yang menjalankan usaha Dakwah & Tabligh kerana perjalanan mereka langsung tidak mengganggu urusan kerajaan dan tiada rekod pengganas. Terdapat 15 markas-markas Tabligh yang besar di Iran dan usaha dakwah bergerak maju di Iran.

8) Beliau pernah bersafar dengan Maulana Jamshed Raiwindy selama 10 hari di England. Maulana hanya tidur sekitar 10 minit sepanjang malam dan beberapa ketika di siang hari.

Dicatit oleh, Ustaz Lokman Shazly Bin Dato' Seri Azlanii Zaharin.

No comments:

Post a Comment