Thursday, January 29, 2015

SITUASI DAN TIPS IJTIMAK TABLIGH SEDUNIA

Lokasi di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Sesi Pertama dari 13 hingga 15 Januari 2017. Sesi Kedua 20 hingga 22hb Januari 2017. Sesiapa yang berminat boleh beli flight Malindo, Airasia, Mas, Biman, Thai Airways (harga sekitar RM800-1200 pergi balik) KL-Dhaka bersesuaian dgn tarikh yang ada. Satu-satunya perhimpunan raksaksa yang aman oleh umat Islam sejagat selepas Haji walaupun berbagai mazhab.

Setiap kali solat berjemaah, saf bertebar sepanjang 3km dari kanan imam ke kirinya, dan dari saf depan hingga akhir pun lebih kurang satu kilometer jauhnya. Jemaah dianggarkan seramai 4 juta orang. Dua sesi ijtimak terpaksa dibuat kerana tidak mampu menampung lebih dari 4juta. Servis volunteery yang diberi sangat bagus,  Setibanya di airport Dhaka, ada kaunter khas untuk Ijtimak sahaja. Apa-apa masaalah ada ahli jemaah tempatan yang akan bantu. Boleh beli simcard di airport.  Boleh tukar duit di airport atau di medan ijtimak. 

Bagi yang tiada duit atau bukan kaki shopping, tak perlu pun bawa duit. Satu sen pun tak perlu belanja sampai balik ke airport semula. Keluar dari airport, kenderaan sudah disediakan secara percuma terus ke medan ijtima’. Di Ijtima' diminta lapor diri untuk simpan passport dan duit di Simpanah Amanah, boleh ambil bila-bila masa dengan menunjukkan kad yang diberi. Perlu bawa bedding sendiri, tapi beli di medan pun ada harga dalam RM30-50 mengikut kualiti dan ketebalan.

Teh O atau Teh Susu disediakan 24 jam di Tea Corner secara percuma sepanjang ijtima’. Makan pagi, tengahari dan malam disediakan percuma di dewan makan. Sama ada menu Asia atau menu Arab. Makan dalam talam. Sederhana tetapi sedap InsyaAllah. Beratus-ratus anak-anak pelajar-pelajar universiti dan kolej akan serving makan.

Selepas makan, orang tempatan beratur untuk beri khidmat lidi cungkel gigi, ajaib! Cuaca musim sejuk, perlukan baju sejuk tetapi dalam khemah panas selesa. Ribuan bilik air dan bilik mandi disediakan. Tekanan air bagus dan suam! Khemah hanya berlapikkan tikar dan berbumbungkan zink bagi foreigner tetapi untuk local, rumput dan kain guni. Tiada kawalan ketat oleh polis, ahli jemaah yang mengawal kesesakan. Alhamdulillah semuanya bersemangat tolong menolong, tiada suasana pertengkaran atau tengking menengking. Orang local sangat menghormati tetamu-tetamu luar negara. Mereka sebolehnya ingin bersalam dengan anda.

Sejam sebelum subuh, akan kedengaran Chai Chai Chai! (teh) untuk diminum. Ada khemah-khemah besar yang menampung tetamu-tetamu luar negara yang mencecah 30-40 ribu orang. Setiap kawasan ditentukan nama negara-negara seluruh dunia.  Anda merasakan dari negara ke negara dengan beberapa langkah sahaja!

Jika anda pergi ke dapur, anda akan lihat beratus-ratus kawah. Ada khemah khas untuk para masyaikh dan syura-syura negara-negara seluruh dunia. Anda juga akan kagum melihat orang-orang arab di sini dengan sikap yang sangat merendah diri. Dengan semangat dakwah yang ada, mereka hebat mirip para sahabah! Raja-raja Arab juga ada yang mengambil bahagian. Mereka sangat bersederhana dan menikmati kesederhanaan yang ada. Jemaah berkenal-kenalan dengan rakan-rakan dari pelbagai negara. Saksikan sendiri keajaiban dan keindahan persaudaraan dalam ijtimak ini walaupun tak faham bahasa.

Pada hari Ahad, doa ijtimak akan berlangsung. Akan kedengaran ratusan ribuan suara-suara tangisan, terasa rahmat Ilahi menyelubungi. Bertuahlah mayat yang berkesempatan untuk disolatkan jenazahnya. Setakat ini saya pernah menyediakan jenazah seorang pakcik Melayu, arwah Abu Bakar Mansur yang meninggal di medan Ijtimak beberapa tahun yang lepas. Jenazahnya disolatkan oleh jutaan manusia. Cemburunya! Selepas doa ijtimak, sama ada nak pulang ke negara asal atau nak tambah masa keluar belajar bertabligh. Terpulang!

Yang pasti akan akan gembira dengan layanan yang diberi InsyaAllah. Disediakan oleh, Ustaz Lokman Shazly Zaharin. Yang pasti akan akan gembira dengan layanan yang diberi InsyaAllah. Disediakan oleh, Ustaz Lokman Shazly Zaharin.

No comments:

Post a Comment