Malfuzat 35. Pada suatu hari, setelah solat subuh, ramai karkun lama berkumpul untuk khuruj di Masjid Nizamuddin. Maulana Ilyas R.a.h sangat lemah dan terbaring sakit. Beliau tidak larat bercakap maka dengan berbisik kepada khadamnya yang khusus, beliau telah beri Bayan Hidayat kepada mereka:
“Perjuangan dan usaha ini akan menjadi sia-sia jika tidak dijalin dengan ilmu dan zikir (seperti dua sayap burung yang tanpanya ia tidak boleh terbang). Malah menjadi satu bahaya dan sangat membimbangkan. Jika tidak disertai dua perkara ini, usaha ini akan menbuka pintu fitnah dan pintu kegelapan yang baru. Tanpa ilmu, Iman dan Islam itu hanya sekadar adat dan nama sahaja. Ilmu tanpa zikir hanyalah zulmat. Banyak Zikrullah tanpa ilmu, adalah bahaya.
Nur Ilmu akan datang melalui Nur zikirullah. Dan Zikrullah tanpa Ilmu agama, tidak akan mencapai natijah yang hakiki. Bahkan ahli sufi ( zikirin) yang jahil dijadikan syaitan sebagai alatnya. Untuk ilmu dan zikir sangat penting menjalin usaha ini, tidak diabaikan dan harus diberi perhatian khusus. Jika tidak, kerja tabligh hanyalah satu kembara sahaja dan kamu akan kerugian besar. Semoga Allah melindungi kita”.
Maksud nasihat Maulana Ilyas rah agar karkun tidak menganggap hanya usaha, susah payah, safar, hijrah serta pengorbanan dan berkorban untuk orang lain sebagai kerja asal, seperti yang banyak difahami secara umum sekarang ini. Hendaklah ingat bahawa bersungguh-sungguh menjalankan Taklim Wa Taklum, Zikrullah dan hubungan diri dengan Allah harus dijadikan sifat asli dalam diri kita dan kewajipan kita yang penting. Dengan lain perkataan, bukan sahaja menjadi tentera agama tetapi atau mubaligh tetapi menjadi penuntut ilmu agama dan hamba yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. (Maulana Muhammad Manzur Numani).
No comments:
Post a Comment