1) Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
Saturday, August 6, 2016
MUSYAHADAH (MENYAKSIKAN ALLAH TAALA)
Kata melihat disebut dengan berbagai versi dalam bahasa Arab, dan Al-Qur'an. Melihat berarti dengan mata kita. Sedangkan mata kita ada tiga. Mata kepala, mata analisa fikiran, mata hati. Dalam konteks hubungan dengan "Melihat Allah" dan "Seakan-akan melihat Allah", maka ada sejumlah ayat, misalnya ketika Nabi Musa as, berhasrat ingin melihat Allah. "Musa as berkata: Ya Tuhan, tampakkan diri-Mu padaku, aku ingin memandang-Mu." Allah menjawab, "Kamu tidak bisa melihatKu." (QS. Al-A'raf 143).
HUBUNGAN ISTIGHFAR DENGAN SELAWAT
Mengapa dalam praktik sufi, senantiasa ada zikir Istighfar dan Selawat Nabi Saw dlm setiap wirid2nya Hubungan Istighfar dan selawat, ibarat dua keping mata uang. Sbb org yg berselawat, mengakui dirinya sbg hamba yg lebur dlm wahana Sunnah Nabi Saw. Leburnya kehambaan itulah yg identik dgn kefanaan hamba ketika beristighfar. Selawat Nabi, merupakan syariat sekaligus mengandung hakikat. Disebut syariat krn Allah swt, memerintahkan kpd para hambaNya yg beriman, agar memohonkan Selawat dan Salam kpd Nabi Saw. Dlm FirmanNya: "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya sentiasa berselawat kpd Nabi. Wahai org2 beriman, berselawatlah kpd Nabi dan mohonkan salam baginya." (QS. 33:56)
ADAB BERMAKRIFAT DAN BERHAKIKAT
Kata Abu Hafshin r.a.; Bermula Tasauf itu sekelian adab; dan bagi tiap-tiap waktu adab; dan bagi tiap-tiap hal adab; dan bagi tiap-tiap Maqam adab. Maka barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal; dan barangsiapa mensia-siakan adab, maka iaitu jauhlah daripada sekira-kira menyangka Qarbun; dan tertolaklah daripada sekira-kira menyangka Qabul.
RAHSIA POTENSI DIRI MENEMBUS DIMENSI MAKRIFAT KETUHANAN
oleh IMAM AL GHAZALI
PASAL PEMBUKAAN: Bismillahirrahmanirrahim. Segala puja puji kepada Allah Swt yang telah mengangkat jiwa org2 yang suci dengan mujahadah, yang telah membahagiakan hati para wali dengan musyahadah, yang telah menghiasi lisan orang-orang mukmin dengan zikir, yang telah mengagungkan bisikan hati org2 Arif (berpengetahuan pada Allah) dengan berfikir, yg telah menjaga khalayak hamba dari kerusakan, yg telah menahan segala kesulitan dari para ahli zuhud, yang telah menghindarkan org2 yg bertaqwa dari bayang2 syahwat, yang telah mensucikan ruh org2 yakin dari gelapnya keraguan, yang telah menerima semua amal perbuatan para manusia terpilih melalui do’a-do’a dan yg telah menguatkan tali kaum merdeka dgn ikatan yg kokoh.
MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN
(Sikap/Cara Hidup Org Makrifat Yg Sebenar)
Makrifat itu, bukan sahaja bertujuan untuk mempelajari pelajaran pokok, pelajaran bunga pun perlu juga diambil berat!. Kita selalu terlepas pandang perkara2 kecil!. Sedangkan sekecil2 perkara itulah yang nantinya yang akan menjadi perkara besar!. Sekiranya kita tidak pelihara atau tidak menjaga perkara2 kecil, tuan-tuan tidak akan dapat sampai kepada perkara2 besar (makrifat).
RAHSIA ZIKIR UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
Ibn Abbas r.a. menuturkan, “Ketika Allah Swt. menciptakan ‘Arasy, maka Allah memerintahkan para malaikat pemikul Arasy agar memikul Arasy tersebut. Lalu mereka merasa berat memikulnya, maka Allah Swt. berfirman, ‘Bacalah, subhanallah.’ Para malaikat itu pun membaca, ‘subhanallah’ hingga mereka merasa ringan memikul Arasy.
JADIKAN AKU BERSYUKUR
Pada suatu masa, terjadi percakapan antara Allah swt dengan Nabi Musa a.s: "Wahai Allah, sungguh aku telah membaca pada kitab Taurat itu terdapat satu nama yg sgt kau cintai yaitu “Ahmad (Nabi Muhammad saw)”. Nabi terakhir yg Kau utus ke dunia ini. Aku juga membaca, bahwa nanti akan ada umat yg apabila dia baru sekadar berniat baik maka Kau sudah mencatat baginya satu pahala dan apb niat itu dikerja kannya maka kau akan memberikan baginya 10 pahala. Maka Jadikanlah mereka ini menjadi umat ku.”
PERJALANAN KESUFIAN
Berjalanlah dirimu kepada Allah swt dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah.
RASA MAKRIFAT DARI KITAB HIKAM
“Tidaklah disebut sebagai orang ahli ma’rifat orang yang memberi petunjuk (isyarah sesuatu) yang menjadi rahasia Allah yang haq, ia dapat menemukan dirinya lebih dekat kepada Allah daripada isyarahnya sendiri. Akan tetapi yang disebut ahli makrifat ialah orang yang tidak melihat dirinya mempunyai isyarah tertentu, karena kesirnaannya (fana’) dalam wujudnya Allah dan terbalutnya kenyataan diri dalam menyaksikan Allah.” (Al Hikam)
Subscribe to:
Posts (Atom)