Saturday, August 6, 2016

ADAB BERMAKRIFAT DAN BERHAKIKAT

Kata Abu Hafshin r.a.;  Bermula Tasauf itu sekelian adab; dan bagi tiap-tiap waktu adab; dan bagi tiap-tiap hal adab; dan bagi tiap-tiap Maqam adab. Maka barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal; dan barangsiapa mensia-siakan adab, maka iaitu jauhlah daripada sekira-kira menyangka Qarbun; dan tertolaklah daripada sekira-kira menyangka Qabul.

Keterangan tokoh sufi di atas bolehlah dijadikan asas panduan bagi seseorang yg masih keliru dan nanar dgn apakah yg dimaksudkan dgn Tasauf. Menurut beliau seorg pengamal tasauf yg tulen ialah seorang memenuhi dan melengkapi diri mereka dgn budi pekerti yg baik dan mulia yg terjelma dari baik adabnya. Dan adalah adab seorang ahli tasauf ini pula mencakupi setiap juzuk dan dimensi kehidupannya. Tidak hairanlah kerana hanya seorang benar2 berpakaian dgn adab2 kehambaan dan bermakrifat dgn adab2 Ketuhanan sahaja yg layak untuk mencapai kehampiran dgn Allah Taala.  

Sekelian adab bermaksud menjaga adab sama ada yang zahir atau pun yang batin. Tujuh anggota yg zahir seperti tangan, kaki, telinga, mulut, hidung, perut dan faraj beradab dan adab-adab yang digariskan oleh hukum ilmu syarak. Contohnya tangan....maka tangan yang beradab adalah tangan yang TAHU akan hukum takhlif yang lima (wajib, haram, makruh, sunat dan harus) dalam melakukan dan menjauhkan sesuatu amal perbuatan. Bagaimana mungkin seorang yang jahil dengan hukum syariat seperti di manakah sunat diletakkan kedua-dua tangan selepas takbiratul ihram boleh mencapai kesempurnaan adab dalam sholat; jauh sekali maqam munajat dengan Allah. Demikian juga; Qiyaslah dengan segala perbuatan dan amalan yang lain 

Tegasnya perkara asas atau dasar kepada tasauf ini ialah beradab dengan adab syariat. Untuk itu wajib bagi seorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengikut tasauf, membereskan sekurang2nya ilmu fardu ain dan sebaiknya mendalaminya hingga ke fardu kifayah.  Demikin pula halnya dengan I'tiqad atau pegangan hati. Dalam menetap dan memegang sesuatu i'tiqad, wajib bagi seorang yang beradab dapat membezakan manakah I'tiqad yang benar dengan yang salah. Manakah wajah-wajah kepercayaan atau pegangan hati Ahli Sunnah Wal Jamaah, Muktizilah, Qadariah, Jabariah dan lain-lainnya? 

Manakah beza antara hukum-hukum kehambaan dan hukum-hukum Ketuhanan? Manakah bezanya sifat-sifat Iftiqor dan Istigna' dalam Ketuhanan? Untuk itu, bagi melengkapi adab seorang hamba dengan adab i'toqad atau pegangan yang shohih, mereka wajib mendalami Ilmu Usuluddin sehingga mampu beradab dengan pegangan yang meyakinkan.  dan bagi tiap-tiap waktu adab bermaksud seorang pengamal tasauf yang tulen akan menjaga dengan baik adab setiap waktu atau nafasnya. Mereka akan mengikat diri mereka dengan hak hukum waktu yang semestinya dilaksanakan oleh seorang hamba yang beradab dalam Ubudiyahnya. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah: 

- Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
- Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
- Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya.
- Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat.

Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat seorang ahli sufi yang beradab tidak bisa lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja, malah pada setiap ketika, waktu keadaan dan situasi. dan bagi tiap-tiap hal adab bermaksud adalah wajib bagi seseorang yang dianugerahkan hal-ahwal yang tertentu seperti  Al-Qabd dan Al-Basith, Al-Jami' dan Al-Farq, Al-Fana dan Al-Baqa, Al-Shohwu dan Al-Syakr, Al-Mahw dan al-Isbat, Al-Tamkin dan lain-lain lagi. Menjaga hal-ahwal ini sebagaimana yang semestinya. 

Umpama seorang yang pertama kali mendapat pengalaman keruhanian dengan dikurniakan zauk pandangan mata hatinya untuk melihat kesatuan wujud, tidak seharusnya mengeluarkan rahsia keruhanian tersebut di kalangan yang tidak ahli. Dan adalah amat tidak beradab sekali seseorang yang baru berada dalam maqam mengenal ilmu yakin, mengeluarkan kata-kata yang orang-orang yang Syakr(mabuk) atau fana seperti "Aku lihat Allah di kebun" semata-mata kerana ingin memperagakan kebolehannya mentafsirkan hakikat maknanya. Sesungguhnya mereka ini adalah sejahil-jahil hamba yang tidak tahu adab dan tatasusila ilmu keruhanian. 

Adalah mereka yang benar-benar mendapat pengalaman keruhanian ini akan meenyembunyikan rahsia dan amanah Allah sebagaimana kata-kata orang Arif; "Bermula segala hati orang yang telah suci itu tempat menanam segala rahsia".  dan bagi tiap-tiap Maqam adab bermaksud bagi setiap perhentian atau kedudukan Maqam yang ditempatkan pada seseorang yang Salik itu ada adab-adabnya yang tersendiri. Dan adalah adab-adabnya berbeza-beza mengikut maqam-maqam atau kedudukannya di sisi Allah. 

Umpamanya seeorang yang berada pada Maqam asbab perlu tetap pada kedudukannya dengan bekerja dan berusaha untuk menguruskan kehidupan lahiriahnya. Meninggalkan ikhtiar dan usaha dengan tujuan untuk menumpukan seluruh waktu kepada zikir-zikir dan wirid-wirid sebagaimana yang dilaksanakan oleh mereka yang berada pada Maqam Tajrid adalah menunjukkan pelanggaran adab, malah didorong oleh syahwat yang tersembunyi; yang mengheret mereka kepada tidak redho dengan ketetapan Allah. 

Jika difahami perbincangan dan bahasan di atas, maka bagi mereka ya tahu dan tetap hemahnya dlm menjaga adab2nya dlm segala waktu dan ketika, akan berjaya sampai ke destinasi terakhirnya iaitu Wasil ilallah(sampai kpd Allah) iaitu satu maqam yg khusus utk lelaki yang sebenar atau Maqam Al-Rijal. Inilah yg boleh dikutip dari keterangan Abu Hafshin r.a yg berikutnya; Maka barangsiapa menetapkan adab kpd segala waktu, maka sampailah ia kpd Maqam Al-Rijal; sebaliknya bagi mereka yg melanggar adab2 di atas, akan dibalakan dgn dilontar jauh dari Allah sedangkan mereka menyangka dekat dan hampir dgn Allah. Semata2 memiliki ilmu atau pengetahuan atau cakap2 yg tinggi dan halus ttg tasauf mereka adalah sangkaan dan khayalan cuma. Doa mereka sebenarnya ditolak oleh Allah. Harapan dan maksud hati mereka sebenarnya ditolak oleh Allah. Mereka adalah golongan yg tertolak dan jauh dari Allah. 

Inilah apa yang dimaksudkan oleh Abu Hafshin r.a dengan katanya; dan barangsiapa mensia-siakan adab, maka iaitu jauhlah dpd sekira-kira menyangka Qarbun(hampir dengan Allah); dan tertolaklah daripada sekira-kira menyangka Qabul(diterima oleh Allah). Dan kata Abdullah bin Khofif;  Telah berkata Ruwaim bagiku; "Hai anakku...jadikan olehmu akan amalmu garam dan adabmu tepung." Melanjutkan bahasan dan perbincangan mengenai adab2 dlm ilmu keruhanian ini, Mushonif selanjutkan mendatangkan petikan kata-kata dari Ahli Sufi di atas. 

Maksud jadikan amalmu garam adalah sbg nisbah antara amal dan adab. Biarlah amal yg dikerjakan itu sedikit sahaja, tetapi hendaklah diperbanyakkan atau dilebihkan tumpuan kepada usaha untuk menyempurnakan adab-adab dalam setiap amalan yang dikerjakan; sebagaimana banyaknya sukatan tepung berbanding dengan sedikitnya garam dalam sesuatu masakan.  Dan kata setengah mereka itu(ahli tasauf);  Lazimkan olehmu akan adab pada zahir dan batin. Maka tiada menjahatkan seorang akan adab pada batin melainkan dibalas pada batin; dan tiada menjahatkan akan adab pada zhohir melainkan dibalas pada zhohir. 

Dan kata Zinnun Al-Misri r.a;  Apabila keluar murid daripada had al-Adab, maka bahawasanya kembali ia daripada sekira-kira datangnya.  Kata-kata Zinnun di atas sebagai satu peringatan yang ditujukan kepada mereka yang telah melanggar dan merobohkan had adab. Orang yang sebegini akan dibalas dengan dilontar kembali kepada tempat asalnya sewaktu jahil dan tidak mengerti dengan perjalanan keruhanian ini. Umpamanya seorang salik yang telah bersusah payah bermujahadah dalam perjalanannya menuju kehampiran dengan Allah, dan telah berjaya merasai beberapa pengalaman "hal" dan mendaki beberapa "maqam", dan tiba satu masa mereka telah melanggar had adab "hal" atau maqam tersebut; seperti membuka rahsia-rahsia keruhanian yang khusus untuknya; maka balasannya adalah dilontarkan kembali kepada keadaan sebelum yang jahil sebagaimana yang sebelumnya. Lebih jelas lagi ialah seumpama seorang yang berjawatan tinggi telah dilucutkan jawatannya menjadi seorang penganggur sebagaimana sebelumnya. Kesalahannya adalah kerana tidak amanah atau membocorkan rahsia-rahsia. 

Dan kata Thauri al-Saqti r.a.; Barangsiapa tiada beradab bagi waktu, maka waktunya binasa. Yang tidak tahu menjaga dan mengisi waktunya dgn adab-adab yg sepatutnya, maka sia-sialah waktu tersebut. Di waktu taat ttpi tidak memandang anugerah kurnia Allah, maka binasalah dan sia-sialah waktu yg dihabis kan dlm mengerjakan amal-ibadat itu; Di waktu maksiat tetapi tidak terus meminta ampun dan bertaubat kpd Allah, maka sia-sialah peluang utk bertaqarrub dan merasai hakikat kefakiran dan kelemahan seorang hamba dgn TuhanNya; Di waktu bala tetapi tidak sabar dgn musibahnya, maka terlepaslah peluang waktu itu untuk mendapat maqam redho dgn Allah Di waktu nikmat tetapi lupa utk bersyukur kpd Allah, maka sia-sia dan binasalah waktu tersebut utk mendapat peluang bagi mengikat dan mengheret kurnia seterusnya dan anugerah yg lebih besar dari Allah. Dan kata Ibnu al-Mubaraq r.a.;  

Adalah kami kpd sedikit dpd adab terlebih berkehendak kpd kami dpd banyak amal.  Kata-kata di atas dgn jelas sekali menunjukkan betapa para pengamal ilmu tasauf lebih mengutamakan ketelitian dan menjaga adab2 dpd banyak amal, tetapi merobekkannya kelebihannya dgn melakukan jahat adab.  Dikata org bagi setengah mereka itu; “Hai yang jahat adab”. Maka dikata: “Tiadaku jahat adab”. Maka dikata baginya: "Apa adabmu?” Maka kata: “Sufiah”. Hanya mereka yang memahami dan mengamalkan adab-adab dan thoriq perjalanan ilmu Tasauf yang tulen sahaja yang tahu beradab. Mereka amat teliti dengan adab-adab yang menjadi dasar bagi setiap hal-ahwal atau maqam mereka. Tidak sesekali mereka akan melanggar adab-adab tersebut, walaupun di sisi orang awam menganggapnya sebagai sesuatu yang kecil atau remeh sahaja. 

Pada mereka, sama sahaja kecil atau besar, zohir atau batin; kerana di dalam setiap waktu itu ada adab-adabnya yang khusus dan saling mengikat antara satu sama lain. Kefahaman berkaitan dengan ini boleh didapati dari keterangan Tok Pulau Manis yang berikut; Dan adab yang lazim bagi murid itu melengkapi pada zhohirnya dan batinnnya; dan adab zhohir itu mengikat bagi adab batin itu iaitu berpakaian dengan segala yang membaiki perangai. Dan tersebut dalam hadis daripada Rasulullah SAW. bahawa sabdaNya; "Telah beradabkan Tuhanku akan daku; maka aku membaiki akan adabku. Maka menyuruh akan daku dengan membaiki perangai dengan firmanNya; "Kerjakan olehmu(Muhammad) pada yang telah Ma'ruf dan palingkan olehmu daripada yang jahil."  

Umum telah memaklumkan bahawa Rasulullah SAW. adalah merupakan seorang yang paling mulia dan tinggi akhlaknya di kalangan hamba2 yg lain. Tidak hairanlah baginda adalah seorang yg paling sempurna adabnya sebagaimana maksud hadis di atas. Firman Allah di atas adalah dari Surah Al-Ahzab: 190. Utk itu, sbg seorg yg punya kecenderungan utk meniti jalan2 keruhanian ini, maka adalah sewajarnya kita melakukan apa jua kebaikan dan dan menjaga adab-adab dlm kebaikan tersebut sebagaimana yg dibincangkan sepanjang pengajian ini di samping menjauhkan kejahilan yakni jahat adab dlm tiap-tiap waktu, hal, maqam dan keadaan mana jua.  Dan adalah tiada hasil demikian itu melainkan dgn Riyadhoh dan Mujahadah serta dgn Taufiq Allah dan InayahNya. 

Sbg merumuskan perbincangan di atas, maka kenyataan di atas menegaskan bahwa tidak akan berhasil pembaikan dan kesempurnaan akhlak dan adab2 tersebut melainkan dengan;  Riyadhoh yakni latihan secara sedikit demi sedikit ke arah pembaikan adab; Mujahadah yakni bersungguh2 melawan runtunan nafsu syahwat dan pembebasan dari sifat2 syathoniyah, kebinatangan dan basyariyah. Dan yg paling utamanya adalah dgn limpah kurnia Taufiq dan Inayah dari Allah Taala. Wallahu A'lam. Allah jua Yang Mengetahui Hakikat Yang Sebenarnya. Tidak diberikan kpd hamba2Nya melainkan sedikit . (Tok Ku Pulau Manis Shaykh Abd Malik bin Abdullah al-Bagdadi via Shia Hizbun Annabi wa AaliBaitihi  wa Ashabihi).

No comments:

Post a Comment