Thursday, January 8, 2015

BAYAN MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia 1994). Dlm diri kita ada kelebihan yg berbeza antara satu dgn lain. Segalanya adalah utk tunaikan tggjwb kita iaitu tgggjwb agama. Apakah anugerah kelebihan yg Allah s.w.t beri itu? Ia adalah kebolehan dan kekuatan. Maksud hadith: “Setiap insan ada nilai seperti nilai emas dan perak dlm tanah”. Ini adalah satu amanah dari Allah s.w.t. Utk tunaikan amanah itu Al-Quran diturunkan. Ia merupakan satu panduan utk menggunakan amanah tersebut. Bagaimana dan di mana amanah itu boleh digunakan? Ia juga ceritakan kudrat dan kebesaran Allah s.w.t. Bagaimana utk dptkan bantuan Allah s.w.t ? Ia mestilah mengorbankan keinginan kita. Yakin atas kudrat Allah s.w.t itu fardhu. Untuk zahirkan kudrat Allah s.w.t kadang kala Dia gagalkan asbab dunia. Nabi Isa a.s hidupkan org mati. Agar manusia dpt keyakinan kudratNya. 

BAYAN MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - Nizamuddin - 06/09/97). Maulana menyatakan bahawa utk kejayaan manusia, Allah s.w.t telah menurunkan agama yg sempurna. Utk mengamalkan agama, usaha atas agama perlu dibuat dan usaha itu perlu dibuat dgn pengorbanan. Utk manusia mengamalkan agama dikatakan berat. Inilah menunjukkan bahawa perkara ini adalah hak. Apb manusia menunaikan tggjwb agama dgn susah payah maka Allah s.w.t akan menurunkan bantuan. Di samping itu ia akan membuka pintu2 hidayatNya dan kebolehan bagi manusia mengamalkan agama. Seseorg itu boleh mengamalkan agama dan membuat usaha agama bukan di atas kebolehannya ttpi semata2 hidayat taufiq dari Allah s.w.t. Hidayat Allah tersebar apb adanya kerja agama dilaksanakan secara ummumiyat, dgn ini org awam akan faham kepentingan amal agama. Seseorg da’i/karkun dlm membuat usaha agama memerlukan beberapa sifat:

NASIHAT MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 11/09/98). Agama maksudnya dengar dan taat. Sebanyak mana kita dapat wujudkan ketaatan dalam diri kita maka sebanyak itu kita akan dpt hidayat.  100% taat maka 100% Allah s.w.t beri hidayat. Sahabat telah berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w akan dengar dan taat. Dlm hati tidak suka atau sebaliknya sahabat akan taat, dalam miskin atau kaya sahabat akan taat. Sebanyak mana sifat taat pada diri orang Islam, sejauh itu ia akan dijadikan asbab hidayat.  Perlu wujudkan dalam diri agar dalam setiap keadaan kita sentiasa taat.  

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat Malaysia - nizamuddin - 10/09/98). Amalan seseorg adalah bergantung kpd niat. Niat seseorg itu Allah mengetahui. Allah swt akan membuat keputusan atas niat seseorg. Semua kerja di dunia tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah. Dunia adalah tempat memikul tggjwb, seorg anak yg bertggjwb akan disukai oleh keluarga. Dunia ini Allah s.w.t jadikan utk org rajin bukannya malas. Apakah sifat tggjwb manusia kpd Allah. Tggjwb pertama ialah tggjwb diri iaitu mentaati perintah Allah s.w.t. Sesesiapa yg menunaikan tggjwb kpd Allah s.w.t akan di angkat dari segala dukacita hidup di dunia ini. Amanah manusia ialah jasadnya dan rohnya. Kekuatan kesihatan kepada jasad, Allah s.w.t akan tanya dlm kehidupan akhirat. Apa yg ada pada kita adalah hak Allah s.w.t dan bukan kita punya. Ia adalah amanah. Org yg banyak menerima nikmat biasanya banyak yg lupa kpd Allah swt. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/98). Peredaran musim spt panas, sejuk, hujan memberi kesan kepada suasana.Begitu juga suasana agama memberi kesan kpd kehidupan manusia. Agama akan mati jika tidak ada suasana agama.  Oleh itu Allah s.w.t menghantar nabi dan memberi usaha agama kpa nabi-nabi. Melalui usaha agama itu suasana akan terbentuk.  Allah s.w.t memberi usaha agama kpd nabi2 dan usaha itu bukan sekadar utk menyampaikan tetapi bagaimana supaya ia memberi kesan kpd hati-hati manusia. Oleh itu masa yg lama digunakan utk membuat usaha agama spt Nabi Nuh membuat usaha agama selama 950 tahun. Usaha para nabi ialah usaha ummumiyat iaitu usaha yang dibuat kepada semua lapisan masyarakat. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA IBRAHIM

(nizamuddin -  07/09/98). Agama yg diturunkan oleh Allah s.w.t adalah amanah. Ia perlu dipelihara dan ditunaikan haknya.  Apabila kita menunaikan hak agama maka Allah s.w.t akan menunaikan janji2Nya.  Allah s.w.t akan penuhi keperluan manusia apabila seseorg itu amal agama.  Apabila seseorg amal agama, kepentingan agama akan wujud di hati mereka. Apabila seseorg tidak mengamal agama, nilai keagongan agama akan Allah tarik dari hati-hati manusia. Ini adalah satu hukuman Allah s.w.t.  Oleh itu kita perlu buat usaha agama dgn penuh hati-hati dan penuh fikir. Contohnya Muhammad bin Salam r.a, suatu hari Rasulullah s.a.w telah memberi takazah agama kepada beliau. Sahabat tadi apabila diberi tggjwb agama ia tidak makan minum kerana risau samada ia dpt menunaikan takazah itu atau tidak. Rasulullah targhib sahabat tadi dan menyatakan bahawa kamu boleh usaha sahaja dan natijahnya serahlah kpd Allah s.w.t. Agama bukan permainan. Ia adalah amanah besar dari Allah s.w.t. 

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(nizamuddin - 07/09/98). Maksud kita membuat usaha agama ialah bagaimana kita dapat menghayati amalan agama dan hati kita condong kpd Allah. Seperti doa Baginda Rasulullah s.a.w, “Ya Allah condongkan/tundukkan hati saya kpd agama”. Sebenarnya hari ini kita telah bnyk mendengar bayan, ttpi masih tidak dpt mengamalkan kerana apa yg didengar tidak dimasukkan dlm hati, dan tidak menyediakan org lain untuk membuat usaha ini. Sesungguhnya Allah menetapkan tidak ada kejayaan tanpa mengamalkan agama. Walaupun seseorg itu mempunyai pangkat, takhta, kuasa ttpi ia tidak mengamalkan agama ia tidak akan mendapat kejayaan.  Keyakinan ini perlu kita tanamkan dlm sanubari kita. Apabila agama ada dalam kehidupan seseorg, Allah s.w.t akan membaiki dunia seseorg ttpi apabila ia tidak amal agama kesusahan dan penderitaan akan berlaku ke atas dirinya. 

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/1999). Kata-kata Jornawala : Sahabat telah duduk rapat2. Ada 2 faedah. Pertama, Allah s.w.t pelihara kita. Kedua, Allah s.w.t satukan hati kita. Kalau kita duduk dalam satu majlis, duduk rapat2, Allah s.w.t akan pelihara kita. Sesiapa yang duduk jauh-jauh, dia tidak akan dipelihara, macam kambing yang terkeluar daripada kumpulannya, maka serigala akan makan kambing tersebut. Serigala kita adalah syaitan. Kita kena anggap seluruh majlis ini adalah majlis orang-orang baik. Kalau saya duduk dengan mereka, kerana kebolehan mereka, maka Allah s.w.t akan muliakan saya. Saya tidak ada apa-apa, mereka mulia, saya duduk dengan mereka, maka Allah s.w.t muliakan saya. Ada satu org duduk jauh, ttpi kerana keberkatan majlis itu, dia pun Allah s.w.t akan ampunkan. Samada 5 minit atau 5 jam, jika ia adalah majlis agama, maka kita semua kena belajar untuk duduk dan Allah s.w.t akan ampunkan kita. 

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/1999). Kehidupan manusia, ia menerima kesan dan suasana sepertimana pakaian, setelah dipakai ia akan jadi buruk dan koyak. Apb pakaian telah jadi buruk dan kita hendakkan ia jadi baru, mmg tidak boleh kecuali kalau kita beli yg lain. Begitu juga dgn kehidupan manusia, bila Allah s.w.t letakkan kematian, maka dia akan mati. Bila Allah s.w.t letakkan kesakitan, maka dia akan sakit. Bila sakit, dia sendiri tidak boleh hendak wujudkan kesihatan. Bila Allah s.w.t tahan hujan, maka bumi akan jadi kering dan kemarau. Kita tidak boleh menolak kerana ini adalah keputusan dpd Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t turunkan hujan, maka bumi akan jadi subur, tanah jadi lembap dan peladang2 akan gembira. Kehidupan manusia itu sendiri dan asbab yang ada disisi mereka tidak boleh mencipta keadaan dan suasana. Mereka hanya boleh menerima keadaan dan suasana yg diputuskan oleh Allah s.w.t. Kita kena faham betul2l perkara ini. Ini adalah percakapan iman. 

BAYAN NASIHAT MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 06/09/2000). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t jadikan nabiNya sbg seorg yg lemah lembut dan sbg seorg yg membawa rahmat. Dgn sifat ini nabi diutuskan utk buat usaha agama di atas muka bumi ini. Oleh itu, org2 yg buat usaha agama kena ambil berat tentang perkara ini supaya tingkah laku mereka dgn org lain adalah lemah lembut. Menafaat yang dapat dihasilkan melalui sifat lemah lembut tidak akan dapat dihasilkan melalui sifat marah kita. Kita kena merahmati orang, berbuat baik kepada orang, sentiasa berbuat baik dengan mereka dalam setiap urusan dan tingkah laku kita dengan mereka. Kita harus fikir, macam mana kalau saya berada di tempat dia, bagaimana saya mahu supaya diri saya dilayani. Dengan cara itulah kita layan orang lain. Baginda s.a.w dijadikan sebagai rahmat utk seluruh alam, untuk setiap makhluk, manusia, jin, semua makhluk di atas muka bumi ini, semua dapat merasai bahagian2 rahmat yang datang kepada mereka. Seberapa banyak kita dapat miripkan diri kita dengan corak dan cara Baginda s.a.w, seberapa banyak kita dapat bawakan sifat2 Baginda s.a.w, maka sebanyak itulah kita akan dpt buat usaha agama.