(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 11/09/98). Agama maksudnya dengar dan taat. Sebanyak mana kita dapat wujudkan ketaatan dalam diri kita maka sebanyak itu kita akan dpt hidayat. 100% taat maka 100% Allah s.w.t beri hidayat. Sahabat telah berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w akan dengar dan taat. Dlm hati tidak suka atau sebaliknya sahabat akan taat, dalam miskin atau kaya sahabat akan taat. Sebanyak mana sifat taat pada diri orang Islam, sejauh itu ia akan dijadikan asbab hidayat. Perlu wujudkan dalam diri agar dalam setiap keadaan kita sentiasa taat.
Taat ada 3 kategori:
1. Taat kepada Allah
2. Taat kepada Rasulullah
3. Taat kepada zumidar/orang tanggungjawab
Utk sampai ke peringkat tertinggi kita perlu taat kpd zumidar kerana melaluinya ia akan dpt taat kpd Rasul dan Allah. Tggjwb itu adalah berbagai, kalau kita anak, ibubapa kita adalah zumidar, jika kita penuntut kita taat kepada guru. Beginilah kehidupan Islam akan terhasil sifat ketaatan. Usaha agama sebagai latihan agar kita taat dlm berbagai bidang hidup. Jika sekiranya tidak tahu dlm melakukan sesuatu amal ia boleh tanya dahulu. Dlm satu majlis Baginda Rasulullah meminta semua duduk, Abdullah bin Masud r.a ada di pintu ia terus duduk. Rasulullah nampak Abdullah dan arahkan ia dtg ke hadapan mimbar. Abdullah Rawahah yg tinggal di rumah Bani Ghanam di sebelah masjid Nabawi yg dengar khutbah Rasulullah juga dtg dan ia pun terus duduk. Ia adalah contoh ketaatan yg ditunjukkan oleh sahabat2.
No comments:
Post a Comment