Thursday, January 8, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/1999). Kata-kata Jornawala : Sahabat telah duduk rapat2. Ada 2 faedah. Pertama, Allah s.w.t pelihara kita. Kedua, Allah s.w.t satukan hati kita. Kalau kita duduk dalam satu majlis, duduk rapat2, Allah s.w.t akan pelihara kita. Sesiapa yang duduk jauh-jauh, dia tidak akan dipelihara, macam kambing yang terkeluar daripada kumpulannya, maka serigala akan makan kambing tersebut. Serigala kita adalah syaitan. Kita kena anggap seluruh majlis ini adalah majlis orang-orang baik. Kalau saya duduk dengan mereka, kerana kebolehan mereka, maka Allah s.w.t akan muliakan saya. Saya tidak ada apa-apa, mereka mulia, saya duduk dengan mereka, maka Allah s.w.t muliakan saya. Ada satu org duduk jauh, ttpi kerana keberkatan majlis itu, dia pun Allah s.w.t akan ampunkan. Samada 5 minit atau 5 jam, jika ia adalah majlis agama, maka kita semua kena belajar untuk duduk dan Allah s.w.t akan ampunkan kita. 

Jangan kita rasa kita lebih baik daripada orang lain. Macam mangga elok dengan mangga busuk, kalau mangga elok duduk dengan mangga busuk, harganya masih sama. Jadi, kita kena anggap kita ini mangga yang busuk, kena duduk dengan mangga yang baik-baik. Jangan kita rasa kita ini mangga yang elok dan orang lain mangga busuk dan kita tidak mahu duduk dengan mereka. Semoga Allah s.w.t pelihara kita daripada sifat ini. Kadang-kadang kita kata dengan mulut sahaja, “Saya tidak ada apa-apa”, tetapi dalam hati kita rasa kitalah yang baik. Kita rasa kita kecil, kita cakap kita kecil, tetapi dalam hati rasa besar. Jangan luar lain, dalam lain. Duduklah sehingga akhir dan niat untuk masukkan ke dalam kehidupan kita dan juga doa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, apa yg diperkatakan disini, berilah taufiq pada saya utk amal”. Duduk rapat2, tuan-tuan.

Bayan : Tuntutan diri kita, tuntutan hati kita ini, sangat penting. Kalau tidak, manusia akan lalai. Kita kena pelihara diri kita daripada kelalaian. Jgn kita biarkan diri kita atas keadaan kita. Manusia rosak skrg ini kerana mereka macam binatang dalam hutan, tidak ada disiplin, tidak ada peraturan. Manusia jadi rosak krn mereka tidak mendisiplinkan diri mereka. Allah s.w.t tidak jadikan kita spt itu. Kita kena mendisiplinkan diri kita sendiri. Islam ini ialah kita kena sentiasa ikut perintah Allah. Kalau kita tidak taat, tidak ikut, maka tidak ada langsung agama dlm diri kita. Dimana kita hendak belanjakan harta, diri dan masa kita? Inilah yang dikatakan agama. Kalau kita bebas dlm membelanjakan harta kita, kita ikut kehendak kita, fikiran kita, maka macamana agama hendak kekal. Tidak belajar, tidak mengajar, tidak mendisiplinkan diri, maka macamana hendak hidupkan agama. Agama kita faham sbg bukan agama dan bukan agama kita faham sbg agama. Masing2 ikut mrk punya fikiran sendiri. Mrk tidak tahu apa itu agama. Dua-dua telah dicampur adukkan jadi mcm bubur. Oleh itu, kenalah belajar agama. Penting belajar agama. Tanpa kita belajar agama, kehidupan kita tidak akan suci, amal tidak suci, niat tidak suci. Melalui agama kesucian akan dtg.

Tuan-tuan faham atau tuan-tuan tidur? Kita bawa agama dalam setiap perkara. Kalau tidak, tidak ada kesucian langsung, tidak ada satu benda pun yang suci tanpa agama. Oleh itu kena bawa agama dalam kehidupan. Kena buat usaha supaya kita keluar daripada segala kekotoran, supaya agama ini sucikan kita daripada segala kekotoran. Sepertimana air hujan itu bersih, dan ia bersihkan semua. Begitu juga agama datang daripada langit, masuk ke dalam kehidupan kita dan kehidupan kita akan jadi suci tetapi dengan syarat kita kena masuk ke dalam kehidupan kita. Apa kita kena buat? Masuk dalam diri kita, barulah kita akan dapat kesucian. Kalau agama di luar, macam mana kita hendak suci. Untuk masukkan ke dalam diri kita, kena ada usaha, usaha perlu dibuat. Apa sahaja amalan yg manusia buat, akan memberi kesan pada hati. Ini adalah peraturan, kaedah. Apa sahaja amal, gerak-geri, perbuatan yg kita buat akan memberi kesan pada hati. Oleh itu, kita kena sentiasa mengawasi gerak-geri dan perbuatan kita. Kalau bumbung bocor, lantai akan basah. Walaupun bumbung itu tinggi tetapi kerana air daripada atas, menitis sedikit-sedikit akhirnya lantai akan basah dan tidak boleh digunakan. Begitu juga, kalau kita pasang dapur dalam rumah, maka segala dinding rumah akan menjadi hitam. 

Dalam satu tempoh, semua akan jadi gelap kerana asap dari dapur tersebut. Semua terkesan dengan dapur yang kita nyalakan. Begitu juga, 24 jam perbuatan kita akan memberi kesan pada hati kita dan perkara ini akan berterusan sehingga hati kita rosak. Kalau manusia sentiasa buat amalan, perbuatan yang buruk, akhirnya seluruh hati dia akan jadi hitam, kotor. Oleh itu, kalau kita punya kehidupan 24 jam ikut disiplin, maka hati akan terkesan dan akan jadi orang yang bertaqwa, org yg takut. Kerana apa? Kerana 24 jam amal perbuatannya ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Kehidupan iman, di mana ada usaha atas iman, maka hati kita sentiasa akan terkesan dengan keimanan. Kalau tidak, orang yang berada atas usaha harta dan benda, hati mereka terkesan dengan harta dan tamak harta. Bila manusia jadi tamak kepada harta, maka dia tidak akan belas kasihan pada orang lain. Dia tidak akan simpati pada orang lain. Org yg sedang hendak mati pun akan dibunuh kerana harta. Org yg telah jatuh dpd kereta, dia ada duit dalam poket, maka org akan keluarkan duit itu dan mereka akan bunuh dia. Mereka tidak fikir utk bagi dia minum atau unk selamatkan dia. Mereka akan pukul dia lagi dan ambil harta dia. Kalau wanita pakai barang kemas di badannya, kalau dia jatuh, maka org akan ambil barang kemas tersebut dan bukan utk selamatkan dia. Mereka akan keluarkan segala barang2 kemas yg dia pakai. Inilah maksudnya org yg mati pun akan dibunuh.

Mana datangnya jasbah ini? Ia datang daripada dalam. Kerana apa? Kerana setiap hari buat amal perbuatan yang buruk, maka orang yang mati pun akan dibunuh. Tiap-tiap hari usaha atas harta, maka hati dia terkesan dengan harta. Dia tidak mahu apa-apa melainkan harta. Oleh itu, kita kena sentiasa mengawasi perbuatan kita. Inilah yang dikatakan islah. Bukan hanya kita kata, keluar untuk islah. Kalau hanya dengan kita keluar tidak boleh islah. Tanpa mendisiplinkan diri kita, lagi banyak kita akan rosak walaupun kita keluar. Di bandar kita ada satu bazar, disini kita lihat 50 bazar. Keluar ke jalan Allah s.w.t, pergi bandar ke bandar, bukan sekadar pusing-pusing bandar, itu bukan maksud kita. Usaha adalah maksud kita. Bukan hanya bergerak dari bandar ke bandar. Apakah usaha? Usaha yang kita akan dapat melalui ta’alim. Kalau kita keluar ke bazar pun, kita kena belajar macam mana hendak berjalan di bazar. Kita kena belajar. Apakah cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita berjalan di bazar? Apa yang patut kita buat bila kita lalu di bandar? Apa yang patut kita buat bila kita pergi ke masjid? Macam mana cara Nabi s.a.w tunjukkan pada kita. Rasulullah s.a.w dijadikan sebagai mua’llim, org yg memberi ta’alim. Rasulullah s.a.w dijadikan da’i, mengajak manusia kepada Allah s.w.t, datang kepada Allah s.w.t. Orang yang datang, diberi ta’alim kepada mereka, mereka diajar. Adakah Rasulullah s.a.w panggil mereka dan biarkan? Panggil orang untuk makan dan kemudian biarkan mereka, adakah macam itu?  Itu bukan dakwah, itu perli/mengejek namanya. Kita panggil orang ke rumah kita untuk makan tetapi kita tidak bagi makan. Kita kena silakan dia duduk dan kemudian bagi makan, itu baru betul. Kita dakwah orang, orang datang, kita kena ajar mereka. Rasulullah s.a.w bukan hanya da’i, panggil orang dan kemudian lepaskan. 

Adakah mcm itu tuan2? Rasulullah s.a.w akan ajar mereka. Isteri2 nabi juga mengajar. Mereka buat halaqah ta’alim dirumah. Org yg dtg ke rumah, kita kena usaha atas mereka. Jgn kita tertipu iaitu hanya dgn kita bergerak kita akan jadi baik. Kita bergerak tanpa disiplin, tanpa usaha, maka kita akan lebih rosak lagi. Kalau kita tidak mendisiplinkan diri kita dgn peraturan2 semasa kita keluar, lagi banyak kita akan rosak. Rasulullah s.a.w adalah dai dan muallim. Org yg mengajar dan org yg memberi dakwah. Rasulullah s.a.w adalah hamba Allah dan org yg beribadat. Dakwah, ta’alim, ibadat, ini semua kita kena bawa dlm diri kita semasa kita keluar maka barulah keluar kita akan memberi kesan dlm diri kita. Tidak ada masa lapang utk kita bercakap sia-sia atau buat perkara yg sia-sia. Begitu banyak kerja agama yg perlu kita buat. Oleh kerana itu, selagi kegunaan diri dan harta kita tidak betul, maka amalan tidak akan terbentuk. Setiap perkara yg kita buat kena ada ilmu dan zikir. Kita kena ada ilmu bagaimana hendak pakai kasut. Macamana hendak pakai, macamana hendak buka, macamana hendak pegang, dgn tangan kiri atau tangan kanan? Kita pegang kasut dgn tangan kiri. Jgn kita pegang kasut dgn tangan kanan. Aishah r.ha kata, “Perkara2 yg kotor, Rasulullah s.a.w akan gunakan tangan kiri dan utk perkara2 yg baik, Rasulullah s.a.w akan gunakan tangan kanan”. Rasulullah s.a.w adalah mua’lim, iaitu yg mengajar. Kejayaan dgn perintah Allah s.w.t dan cara Rasulullah s.a.w. Jgn kita lupa perkara ini, barulah hati kita akan terkesan. 

Dgn gerak kita tiap2 hari, hati kita akan terkesan. Makanan bagi kesan dlm diri kita. Kelazatan hanya setakat di leher sahaja ttpi cara makan kita akan sampai ke hati. Kalau kita dpt makanan yg lazat sahaja, kita akan pandang rendah dengan makanan2 biasa. Org yg sentiasa makan makanan yang sedap-sedap, maka takabbur akan dtg dlm diri dia. Makanan yg biasa tidak rasa sedap. Dia anggap makanan biasa itu rendah. Kalau kita anggap nikmat Allah s.w.t itu rendah, itu takabbur namanya. Macamana dpt perkara ini? Kerana kita selalu suka makan makanan yg lazat, makanan yg sedap2, makanan yg baik2 sahaja. Jadi, hati terkesan, maka makanan yang biasa rasa tidak sedap. Dgn org biasa, org miskin dian rasa hina. Dia pandang rendah org biasa, orang miskin. Penyakit sudah bermula. Hati terkesan. Tuan2 kena ingat. Kerja ini mudah. Tiap-tiap hari kita kena sibukkan diri kita dengan kerja yang kita diberi tggjwb, maka hati kita akan terkesan. Hati akan kata, “Inilah tggjb saya. Ini amanah, ini tanggungjawab. Saya tidak boleh buat perkara yang bertentangan dengan ini”. Cara itulah kita akan islah dan kita akan maju. Semoga Allah s.w.t bagi pada kita. Jalan ini adalah jalan yang sangat tinggi dan sangat besar. Ini bukan jalan hanya untuk kita berpusing2. Kita kena bergerak. Macam mana kita bergerak? Kita kena bergerak sepertimana biji2an berpusing dalam batu kisar, macam itulah juga kita kena berpusing. Biji2an akan dihancurkan.

Bijian yg tidak kena batu itu, ia tidak akan hancur dan ia tidak dpt digunakan utk apa-apa kerja pun. Benda yg tidak dihancurkan, ia akan jadi makanan utk kambing. Tidak hancur, maka ia tidak boleh digunakan utk buat kuih. Yg hancur, ia punya faedah akan meningkat dan bertambah. Ini adalah contoh mujahadah. Kita kena bergerak dan hancurkan diri kita mcm bijian tersebut. Skrg ini, kita keluar di jalan Allah s.w.t dan tidak buat apa2 pun, tidak buat kerja, tidak ada mujahadah. Mereka ini adalah sbg ahli seumur hidup sahaja. Ini kata2 Maulana Ilyas rah. Mereka kata mereka takut ttpi mereka tidak buat apa-apa pun. Biji2an yg dibawah kisar batu tadi, tidak semuanya hancur, kadang2 ia terbelah 2 sahaja. Ia akan jadi dal. Ia masih berguna juga. Bila pusing lagi, jadi empat bahagian, maka nilai ia akan bertambah. Lagi kita pusing kisar itu, maka lagi ia hancur dan akan jadi tepung/atar. Harga akan meningkat dan jadi mahal. Ia bukan sahaja dal ttpi sudah jadi tepung dan boleh buat bermacam2 kuih. Lagi hancur, lagi halus, lagi banyak faedah.

Org Islam kena letak diri dibawah batu kisar. Kita tidak bebas. Kita akan lihat macam mana nur dibentuk dalam 4 bulan. 4 bulan punya nur akan jadikan org itu takut pada akhirat. Ia tidak akan jadi org yg bebas. Bila dia balik, dia akan takut. Takut ini adalah tanda kita ada nur. Kalau kita tidak ada nur, maka kita tidak takut. Kita ada nur amal dalam hati kita, ini akan menakutkan kita pada Allah s.w.t. Org yg takut pada Allah s.w.t, maka dialah yg akan maju. Org yg maju akan sampai pada matlamatnya. Org yg takut, akan mula2 sampai. Dia takut bas terlepas, maka dia akan mula-mula sampai di bus-stand. Dia takut keretapi terlepas, maka dia akan mula2 sampai di stesen keretapi. Dia takut solat akan habis, maka dia akan mula2 sampai di masjid. Org yg takut terlepas solat, maka dialah mula2 akan sampai di masjid. Org yg tidak takut, kadang2 solat akan jadi qadha’, kadang2 tinggal terus. 

Kerana apa? Kerana dia tidak takut, oleh kerana itu solat jadi qadha’. Inilah cara utk menggerakkan kita. Inilah islah. Dgn cara inilah kita akan islahkan diri kita. Kita kena fikir atas diri kita sebagai mana org sakit fikir atas diri dia. Org sakit akan fikir bagaimana dia akan cepat sembuh. Dia akan fikir ttg apa ubat yg dia perlu makan. Dia mahu makan ubat, dia mahu jadi baik dan dia mahu cepat sembuh. Dia sendiri akan cakap, “Bawa saya pergi hospital, bawa saya jumpa doktor, kalau saya tidak ada duit, jual barang2 emas saya”.  Dia akan jual barang2 untuk dapat kesihatan kerana dia faham barang adalah milik dia dan kesihatan adalah utk diri sendiri juga. Bila sihat semula, maka apa yg telah dijual boleh dicari lagi. Kalau tidak, badan sakit, maka tidak dpt hendak menggunakan emas tersebut dan akan ditinggalkan begitu sahaja. Dia faham kesihatan adalah perkara yg besar. Org yg tahu nilai kesihatan, sanggup jual emas untuk dapatkan kesihatan. Org yg tahu nilai hidayat, apa yang dia akan buat? Kalau dia tahu nilai hidayat, maka dia akan jual emas untuk dapat hidayat. 

Satu ketika, jemaah dari Madagascar dtg, ada satu org muda, umur 20 tahun, satu cerita yg mengagum kan, 20 hari berada di India kemudian meninggal dunia kerana sakit. Satu orang ahli syura beritahu, dia bawa dua tempat tidur. Dia jual tempat tidur itu untuk keluar di jalan Allah s.w.t, dia tidak ada harta. Emak dia bagi tempat tidur, dia pun jual. Dia telah keluar di jln Allah s.w.t dan dpt agama. Org yg mahu kesihatan akan jual barang2nya untuk dapat kesihatan. Org yg mahu hidayat akan jual barang-barangnya untuk dapat hidayat. Kalau dia tidak ada fikir, maka dia akan selamatkan barang2nya, dia tidak akan jual. Bila satu orang tahu benda itu bernilai, maka orang itu akan bergerak utk dptkan benda yg bernilai tersebut. Kalau dia tidak tahu nilai, maka dia tidak akan bergerak, dia tidak akan buat usaha utk mendptkannya. Org yg tidak tahu nilai agama, maka dia akan lupakan agama. Agamalah yg dia mula2 sekali akan lepaskan. Ini adalah jln yg sangat tinggi yg Allah s.w.t bagi pada kita. Kita akan dpt perkara ini dgn menghancurkan diri kita. Kalau tidak, kita tidak akan dapat. Allah s.w.t telah buat keputusan, apa yang kita usahakan, maka itulah yang kita akan dapat. Manusia akan dapat perkara yang dia usahakan dgn cara yg betul. Kalau dia hanya bergerak sahaja, tanpa buat usaha yang betul, dia tidak akan dapat hasil. Di ladang, dia bergerak, pusing2 ladang, tanpa buat usaha, lepas itu dia balik, maka dia tidak akan dpt apa2 faedah. Bila dia buat usaha barulah dia akan dapat harta. Dia buat usaha dgn betul, maka barulah dia akan dpa hasil. Kita dibawa ke dlm satu usaha, dpd usaha ini, Allah s.w.t akan buka pintu lagi. Sptmana usaha atas ladang, pintu akan dibuka. Dpt apa? Dpt biji2an, dpt buah2an, macam2 hasil akan dpt bila buat usaha dgn betul.

Adakah dgn berpusing2 sahaja akan dpt hasil atau dgn usaha akan dpt hasil? Oleh kerana itu, org sanggup berhutang utk buat pertanian. Selepas dpt hasil, mrk akan selesaikan hutang tersebut. Oleh itu, kita kena korban utk dptkan agama. Bila dpt agama, barulah mata kita akan sejuk, ada keberkatan. Bila kita korban dan dpt agama, maka akan dtg keberkatan di mana mata kita akan sejuk. Allah s.w.t akan bagi begitu banyak berkat. Sptmana kita tanam pokok, 12 bulan kemudian, kita akan dpt teduh. Selepas itu kita akan dpt buah2an ikut musimnya. Begitu juga berkat agama, seumur hidup akan dpt. Allah s.w.t akan bagi ganjarannya selepas maut. Mula2 akan dpt berkat, selepas itu dpt ganjaran. Bila maut dtg, kita gembira kerana akan dpt ganjaran. Rasulullah s.a.w telah bawa satu cara hidup yg mana orang yang mati akan gembira. 

Satu jemaah Madras, jemaah tersebut telah pergi ke Malaysia dan balik selepas buat usaha agama. Ada satu org tua dlm jemaah itu, sakit kencing manis. Dia sakit dlm keretapi. Dia bangun utk ambil wudhuk dan tahajjud, ttpi dia sakit. Dia beritahu amer sab, “Keadaan saya telah berubah”. Dia tidak dpt solat, dia baring dan mengucap kalimah. Dia tanya, “Dahi saya berpeluh atau tidak? Dengar kalimah saya”. Dia mengucap kalimah dan meninggal. Meninggal atas keretapi dan dibawa ke Nizamuddin. Maulana lihat, wajah dia tersenyum kerana dia gembira. Tuan2 tahukah mcm mana gembira? Bila kita dapat berita bahawa money order 1000 ringgit telah dihantar, maka kita akan gembira. Dpt berita sahaja pun kita sudah gembira. Kita pun tunggu money order tersebut. Bila sampai sahaja money order tersebut, apa akan berlaku? Hari yg ditunggu2 sudah sampai, benda yg ditunggu2 pun sampai, maka sudah tentu kita akan gembira. Bila maksud tercapai, maka akan gembira. Bila tidak dpt maksud, kita akan kecewa.

Macam itulah juga org2 mukmin, Allah dan Rasul telah beritahu apa yang kita akan dapat. Org mukmin yakin perkara ini. Dia akan menunggu apa yg telah dijanjikan oleh Allah dan rasul. Masa mati, akan ditunjuk apa yg dia akan dapat. Oleh itu, dia akan begitu gembira dan kegembiraan itu tidak akan habis. Kalau maksud tidak tercapai, maka dia akan menyesal dan penyesalan itu tidak akan berakhir. Org zalim akan menyesal dan akan makan tangan mereka sendiri. Harta sia-sia, masa sia-sia, segala2nya adalah sia-sia. Semuanya telah rosak, apa pun tidak dapat. Mereka akan menyesal. Penyesalan ya paling kemuncak. Semoga Allah s.w.t pelihara kita. Harapan telah habis, segala asbab telah digunakan, masih tidak dpt apa2 pun. Usaha Rasulullah s.a.w sebagai rahmat untuk semua manusia. Rasulullah s.a.w dihantar sebagai rahmat supaya manusia dpt mencapai maksud mereka. Jika kita bangunkan kehidupan kita atas usaha ini, maka kita akan sampai kepada maksud kita. 

Oleh kerana itu, mereka akan gembira kerana seluruh hidup dihabiskan dengan harapan, “Saya telah buat kerja, maka Allah s.w.t akan beri ganjaran pada saya”. Orang mukmin sentiasa ada mukhtasib, maknanya ada harapan yang penuh bahawa dia akan dapat dia punya catitan amalan. Dia sentiasa berharap. Dia akan dapat apa yang telah dijanjkan. Dia akan dapat pahala. Hisab org mukmin masih lagi berbaki, maknanya Allah s.w.t akan bagi dia. Satu huruf Quran yg dibaca, Allah s.w.t akan bagi 10 pahala. Maulana kata, “Saya cakapmengenai hisab/kira-kira”. Kalau baca dgn wudhuk dapat 25 pahala. Kalau baca dalam solat dapat 100 pahala setiap huruf. Nilai akan meningkat. Ini hisab yang kita akan dapat. Ini semua pahala-pahala yang kita akan dpt. Mukhtasib maknanya berharap utk dapat sesuatu. Mereka sentiasa ada harapan. Berharap dgn ganjaran yg Allah s.w.t akan bagi. Kerana harapan ini, maka dia akan buat banyak lagi, tambah lagi. Sekali kita baca surah Yassin, kita akan dpt pahala 10 kali khatam Quran. Ini kita kata ihtisab, harapan kpd ganjaran.

Usaha kita bukan usaha yg sia-sia. Kita kena buat dan suruh org lain buat. Kita belajar dan suruh org lain belajar. Kita akan dpt apabila kita buat. Asas agama ialah pengorbanan. Asas kerosakan ialah bila kita tidak ikut perintah Allah s.w.t, kita tidak mendisiplinkan diri kita. Kita rosak, agama pun rosak. Ini berlaku krn manusia tidak taat. Agama akan berkekalan bila ada pengorbanan. Agama bangun atas pengorbanan. Apa-apa yg kita cinta, kita kena korbankan. Kalau kita suka tidur, korbankan tidur. Korbankan rehat atas peintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w kata, “Rehat itu satu nikmat daripada Allah s.w.t.”  Kalau kita rosakkan nikmat, itu tidak syukur namanya ttpi kalau kita korbankan rehat kerana agama, itu akan jadi pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Korbankan rehat, kita bagun, kita solat, kita zikir, kita sempurnakan takazah. Itu akan jadi ibadat. Rehat adalah nikmat, jangan kita sia2kannya. Rehat adalah penting. Dgn rehat, kita boleh buat kerja ttpi bila ada takazah agama, kena korbankan rehat, barulah ia akan jadi kerja. Org yg dapat rehat ialah org yg rehat selepas buat kerja. Org yg rehat tanpa kerja ialah org yg lalai, org malas. Org yg buat usaha agama dgn mujahadah, dunia pun akan jadi kelazatan bagi mereka yakni dalam dunia pun mereka dapat kelazatan. Dlm nikmat2 dunia pun mereka dpt kelazatan kerana mereka buat usaha dgn pengorbanan dan mujahadah. Org yg berpuasa, bila dia buka puasa, semua makanan jadi sedap kerana sepanjang hari tidak makan. Kalau dia tidak puasa, sentiasa makan, dia tidak akan rasa kelazatan dlm makanan. Org yag bermujahadah adalah spt hempedu, pahit. Mmg mujahadah itu pahit ttpi kepahitan itu akan hilangkan penyakit kita sepertimana ubat adalah pahit, tetapi ubat itu akan hilangkan sakit kita.

Agama ini bangun atas mujahadah dan pengorbanan, rasa pahit ttpi penyakit akan sembuh. Setiap saat dia akan jaga, mcm jam, sentiasa buat kerja, walaupun org tidur, ttpi dia terus buat kerja. Jam berterusan berjln, ia tidak tidur. Jam ada disiplin, sentiasa bergerak. Org Islam kena disiplinkan diri. Dgn melihat kehidupan org Islam, maka org bukan Islam pun akan mendisiplinkan diri mrk. Spt jam, ada disiplin, org tengok jam pun akan mendisiplinkan diri mereka. Kalau jam rosak, maka semua kerja jadi rosak, terganggu. Org Islam yg tidak mendisiplinkan diri, maka kerosakan akan berlaku di seluruh dunia. Bila jam rosak, semua jadual dan rancangan jadi kucar-kacir. Jadi, setiap perkara yg kita buat sgt bernilai. Kita kena faham. Kita kena tahu nilai, barulah kita akan bergerak utk mencapai perkara itu. Kalau kita tidak tahu nilai sesuatu barang, maka kita tidak akan buat usaha utk dptkan perkara itu. Satu org letak satu pinggan halwa/manisan, dia tahu itu halwa, maka tangan dia akan bergerak. Tangan akan ambil dan makan halwa itu. Kalau org jahil, tidak tahu apa itu halwa, maka dia tidak akan makan. Bila kita tahu ilmu sesuatu perkara dlm hati kita, maka hati kita akan bergerak ke arah itu dan ia akan jadi amal. Kita kena tahu apa yg dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Mula2 kena tahu apa ganjaran yg Allah s.w.t akan bagi, barulah kita akan begerak. Sekali kita baca surah Yassin, dpt pahala 10 kali khatam Quran, maka serta merta kita akan bergerak, kita akan berusaha utu baca Yassin kerana kita tahu nilainya. Setiap huruf Allah s.w.t akan bagi ganjaran. Kalau kita tahu nilai, kita akan ambil wudhuk dan baca Quran, bibir kita akan sentiasa bergerak. Kita tidak akan cakap yang sia-sia. Kita diberi berita ttg perkara2 agama supaya kita bergerak utk mendptkannya. Kalau kita tidak tahu, maka kita tidak akan bergerak, kita tidak akan ada keinginan langsung.

Inilah musibah kerana kita sudah jadi jahil. Kita tidak tahu, oleh itu kita tidak bergerak. Kalau bergerak pun adalah dengan pergerakan yang salah. Kita fikir untuk balik rumah seperti leher diikat dengan tali, kita sentiasa ditarik kesana, hati kita sentiasa ada hubungan dengan rumah, dengan kerja kita. Kita diperintah untuk jaga mata, pandangan kita. Bila kita lihat sesuatu perkara, maka perkara itu akan tarik kita ke arahnya. Satu hari, Maulana buat gasht, satu orang tetamu dari luar datang, bulan puasa, sebelum Asar buat gasht, selepas Asar bayan. “Saya bukan cakap untuk tuan2 ketawa”. Dia orang luar, dia tengok ada satu tengah masak makanan, bila dia tengok itu, bila balik dia mahu makan benda itu, jagung goreng. Oleh itu, kena jaga mata. Bila tengok, hati terus terkesan. Agama adalah pengorbanan, dgn disiplinkan diri. Bila kita disiplinkan diri, maka hati akan terbuka. Mata tutup, telinga tutup, mulut tutup, bila semua tutup, maka hati akan terbuka. Atas kena tutup, barulah dalam akan terbuka. Bila dalam sudah terbuka, barulah akan masuk. Maulana baca syair, “Kalau dalam diri saya tidak ada kebesaran Allah s.w.t, ludah atas saya”. Maknanya ialah dia katkan diri kepada syariat, disiplinkan diri ikut syariat. Mata lihat apa yang disuruh, telinga dengar apa yang disuruh, lidah cakap apa yang disuruh, bila sudah disiplin, barulah dalam hati akan ada nur. Semua ditutup mengikut syariat. Bila mata terbuka, segala kekotoran,debu akan masuk sepertimana kita buka pintu rumah, segala kekotoran dan debu akan masuk ke dalam rumah. Bila buka mata, tidak jaga mata, semua kekotoran luar akan masuk ke dalam hati.

Agama ialah mendisiplinkan diri. Kalau kita telah mendisiplinkan diri kita, maka kita akan dapat nur dan nur ini akan pandu kita. Org yg telah selamatkan mata dia daripada melihat perkara2 yg haram, maka Allah s.w.t akan bagi dia kemanisan dalam ibadat. Dia akan dapat nur dalam diri dia. Dia akan dapat kelazatan dan kemanisan dalam ibadat. Ini adalah usul Allah s.w.t. Kalau semua terbuka, apa akan jadi? Semua akan rosak dan kotor. Dalam zaman yang tidak ada malu sekarang ini, semua terbuka. Apa yang dapat? Tidak dapat hasilkan apa-apa. Asas agama ialah pengorbanan dan taat, dengan itulah kita akan dapat yakin, iaitu bila kita korbankan kemahuan kita atas perintah Allah s.w.t. Bila kita korbankan benda yang kita cinta/suka, kerana perintah Allah s.w.t, maka yakin/cinta pada benda itu akan keluar daripada hati kita. Kita korbankan harta kita untuk perintah Allah s.w.t, maka kebesaran harta akan keluar, yakin kepada harta akan keluar dan kebesaran perintah Allah s.w.t akan dtg. Bila belanja harta akan gembira. Ini kegembiraan iman. 

Dia gembira kerana buat kebaikan dan rasa risau/bimbang kerana dosa, barulah dia dikatakan org beriman,orang mukmin. Kalau tidak, dia adalah binatang/haiwan, tidak gembira bila buat perkara baik dan tidak risau bila buat dosa. Ini bukan mukmin, ini haiwan. Tanda iman ialah bila dapat peluang untuk buat kebaikan, maka dia akan gembira, “Ya Allah, atas ihsan Engkau, saya dapat buat amalan ini”. Dia akan gembira. Rasulullah s.a.w bersabda, “Tanda iman ialah bila dia buat kebaikan, dia akan rasa gembira dan bila buat perkara yang tida baik, dia akan rasa risau”. Inilah tanda bahawa dia telah beriman, dia telah jadi orang mukmin. Ia tidak datang begitu sahaja tetapi dgn pengorbanan, dengan kita mendisiplinkan diri kita, maka lama-kelamaan kita akan dapat benda itu. Seperti org makan sireh, satu hari tidak dapat sireh, maka bila dapat sahaja dia akan rasa gembira. Begitu juga dengan orang yang biasa minum teh, bila dapat teh akan rasa gembira, kalau tidak fikiran dia akan rasa berat, lepas dapat teh maka fikiran dia akan rasa ringan. Mereka ada hubungan dengan teh/sireh. Bila ditanya, “Sudah makan?” Dia jawab, “Sudah, tetapi belum makan sireh lagi”. Sudah kenyang tetapi tempat sireh masih kosong lagi.

Bila buat sesuatu kerja, maka akan ada tempat dlm hati untuk kerja itu. Hari ini tidak buat gasht, tidak buat taalim, tidak buat tasbih, tidak buat tahajjud, sptmana rasa sedih tidak makan sireh, maka mcm itulah juga akan rasa sedih bila tidak buat amalan2 tersebut. Setiap amalan ada tempat dlm hati. Hati jadi macam lombong. Tiap2 hari ia akan minta, sepertimana hati minta sireh, macam itulah juga org yg selalu tasbih, bila tertinggal tasbih, dia akan rasa risau. Kalau org yg tidak pernah tasbih, maka dia tidak akan risau langsung samada dia buat ataupun tidak. Org yg selalu bangun tahajjud, kalau dia tertinggal tahajjud, dia akan risau. Bila Rasulullah s.a.w terlepas tahajjud, maka pada siang harinya beliau akan solat 12 rakaat utk ganti tahajjud yg tertinggal. Kerana apa? Kerana ada tempat kosong yg perlu diisikan. Agama bukan permainan. Agama ada tuntutan, tuntutan luar dan dlm. Ada takazah dlm dan ada takazah luar. Bila agama sudah masuk ke dlm, maka dia akan ada takazah/tuntutan/keinginan. Takazah luar, kita fikir negara itu, kaum itu, kabilah itu, benda itu, mahul itu. Kalau org tidak buat apa2, maka yg didlm akan tertutup dan dia tidak akan ada kemahuan. Tidak ada apa2 takazah di dlm hati dia. Dia akan hanya fikir utk makan-minum sahaja. Tidak fikir ttg keperluan2 lain kerana didlm sudah tertutup. Segala kekotoran telah masuk.

Manusia akan dapat apa yang dia usahakan, apa yang dia susah payahkan. Itulah yang dia akan dapat. Kalau tidak, pintu akan tertutup. Dia akan rasa berat bila hendak buat sesuatu. Dia akan lari balik rumah kerana rasa beban dan susah. Dia tinggalkan amalan kerana hati dia sudah tertutup dan berkarat. Bila tidak buat usaha, maka tidak ada tggjwb. Tggjwb agama. Allah s.w.t letak kejayaan dlm tggjwb agama. Lagi banyak kita sempurnakan tggjwb agama, maka lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita. Bantuan Allah s.w.t akan dtg. Bantuan Allah s.w.t adalah ghaib. Bila kita buat usaha, sempurnakan kerja, bantuan ghaib akan dtg. Buah yg ada di pokok dtg dpd ghaib, bukannya dtg dpd bumi, datang daripada kudrat Allah s.w.t. Dari biji benih, tumbuh pokok, keluar bunga, keluar buah, lepas itu buah masak. Kalau kita gali dlm bumi, tidak ada apa-apa. Kalau kita belah pokok pun tidak ada apa2. Buah dtg dpd ghaib. Bila buat usaha dgn betul, maka pokok akan mengeluarkan buah dan ladang akan memberi hasil. Dtg dpd mana? Dtg dpd ghaib. Biji2an tidak ada dlm bumi. Kalau tidak, orang boleh gali dan keluarkan biji2an, air dsbnya. Ia datang dpd ghaib. Alla s.w.t tanya, “Kamu buat usaha pertanian, siapa yg keluarkan hasil?” “Kamu atau Allah?”. Allah s.w.t yg mengeluarkan hasil. Buat usaha di ladang, lembu/kerbau digunakan utk gemburkan tanah, tetapi Allah s.w.t yg mengeluarkan hasil. Hasil pertanian dtg dpd ghaib.

Allah s.w.t mempunyai nizam yg ghaib. Ini semua dtg dpd khazanah Allah s.w.t. Bantuan Allah s.w.t dtg dpd ghaib. Tidak ada apa-apa asbab. Rasulullah s.a.w kata, “Bantuan Allah s.w.t adalah hak/benar tetapi dlm ghaib”. Bukan ada dihadapan kita. Kita kena yakin bantuan Allah s.w.t dtg dpd ghaib. Jadi, kita kena ikut usul. Bila kita buat pertanian dgn cara yg betul, maka akan dtgkan hasil. Kalau buat dgn cara yang tidak betul, tidak akan dpt hasil. Begitu juga dgn usaha agama, bila dibuat dgn cara yg betul, ikut usul, maka janji2 Allah s.w.t akan disempurnakan. Bantuan Allah s.w.t akan dtg. Kaifiat pun ada. Apa itu kaifiat? Agama akan jadi mudah. Sekarang ini, agama jadi berat. Kenapa? Kerana agama tidak datang dgn usul. Kalau agama datang dengan cara yang betul, maka akan jadi mudah. Hasil agama pun akan dapat. Maulana baca ayat Quran, “Siapa yang belanja atas agama Allah s.w.t, dia takut dan yakin, maka Allah s.w.t aka jadikan syariat mudah untuk dia”. Setiap amalan agama akan jadi mudah untuk dia. Ini adalah iklan daripada Allah s.w.t. Tuan2 faham? Org kata agama susah. Sebenarnya tidak susah. Agama jadi susah kerana ia tidak datang dgn jln agama. 

Ladang, ada cara dan usaha yg tertentu, barulah akan dapat hasil. Bantuan Allah s.w.t adalah hasil daripada usaha agama. Agama akan jadi mudah dan natijah pun akan jadi mudah. Bila usaha tidak dibuat atau usaha dibuat dengan cara yg salah, maka agama akan jadi susah. Agama tidak susah tetapi org Islam skrg ini telah putus asa dan mengatakan agama susah. Kalau dia sendiri rasa susah, macam mana dia hendak dakwah orang lain kepada agama. Kita telah rosakkan usaha kita, sebab itulah agama jadi susah untuk kita. Seluruh dunia, orang kata, “Apa ada dalam agama kamu? Kamu bergaduh antara kamu”. Agama bukan untuk kita bergaduh. Agama adalah utk menyatukan kita dan menjadikan kita saudara. Org2 Madinah telah ambil agama, mereka telah sempurnakan takazah agama, selepas itu mereka telah menjadi seperti adik-beradik kerana mereka buat usaha agama dgn betul. Dahulu mereka bergaduh, ttpi skrg mereka bersatu. 

Agama bukannya bawa kerosakan tetapi sebaliknya agama membetulkan. Oleh kerana tertib tidak betul, maka kita rasa agama merosakkan. Kalau roti dimasak dgn cara yg betul, ia akan ada wangi, ia akan rasa lazat bila dimakan dan ia akan memberi menafaat. Kalau roti dimasak tidak betul, maka kelazatan akan hilang dan badan jadi tidak sihat. Skrg ini agama sudah rosak kerana kita tidak buat usaha dgn cara yg betul. Oleh itu, kita kena betulkan tertib kita. Iman perlu dibetulkan kerana ia akan membangunkan manusia atas perintah2 Allah s.w.t dan menyelamat kan manusia dpd apa yg dilarang oleh Allah s.w.t. Bila iman dibentuk, maka manusia akan tunaikan perintah Allah s.w.t, apa yg difardhukan atas diri dan hartanya, maka akan ditunaikan. Oleh itu iman akan bangunkan perkara yg fardhu, tinggalkan apa yg dilarang dan dpt menyelamakan manusia dpd neraka. 

Ini semua daripada hadith, bukan Maulana saja-saja cakap. Iman akan selamatkan manusia daripada perkara yang haram. Kalau iman lemah, maka tidak dapat selamatkan dia daripada perkara yang haram. Adakah orang yang lemah boleh bantu orang lain? Tidak boleh. Begitu juga bila iman lemah, ia tidak dapat membantu org lain dan tidak dapat menyelamatkan dia daripada perkara yang haram, solat ditinggalkan, zakat ditinggalkan, puasa ditinggalkan, kebenaran ditinggalkan, keadilan ditinggalkan, semua ditinggalkan. Kenapa? Kerana iman lemah. Iman lemah atau iman tidak ada, maka semua yang fardhu ditinggalkan. Bila fardhu ditinggalkan maka macam mana hendak bawa orang lain kepada yg fardhu? Mereka akan lihat kelemahan kita. Oleh kerana itu, kita diajar usaha atas iman. Dgn mahul kita skrg ini, iman tidak terbentuk, maka kita kena tukar mahul, pergi ke mahul yg lain. Kalau kita tidak dapat sembuhkan penyakit kita di tempat kita, maka kita pergi ke tempat lain, mungkin di sana ada ubat dan boleh sembuh. Kalau suasana kita tidak membenarkan kita untuk membina iman, kita tinggalkan mahul itu. Ini adalah kaedah. Tinggalkan tempat itu dan pergi ke tempat lain. Satu org hendak jual barang, tidak ada org hendak beli, maka dia kena pergi ke tempat lain, pergi ke tempat ijtimak, di sana ada banyak org, barang akan laku. Begitu juga iman ini, dgn cara Nabi s.a.w, utk membina iman kena hijrah. Hijrah maknanya, tinggalkan tempat kita dan pergi ke tempat lain. Rasulullah s.a.w telah suruh para sahabat membuat hijrah yg betul dan sungguh2.

Para sahabt telah keluar daripada rumah, mereka hijrah dan tidak balik-balik ke rumah. Inilah hijrah yang betul. Rumah mereka di Mekah, bandar yang penuh dengan berkat, bandar yang mulia, bukan macam bandar-bandar yang lain, penuh dengan fitnah. Rasulullah s.a.w telah hijrahkan sahabat dengan cara yang betul dan sungguh2. Sampai bila-bila pun mereka tidak akan balik ke Mekah. Siapa mereka ini? Orang yang benar-benar beriman, orang muhajir. Tidak ada sesiapapun yang boleh dibandingkan dgn mereka. Merekalah org2 yg telah berhijrah dengan cara yang betul. Abdullah b. Umar r.a kata, “Bila balik ke Mekah, dia tidak pergi tengok pun rumah dia”. Dia tidak mahu tengok rumah yang dia telah tinggalkan kerana Allah s.w.t. Inlah hijrah yg betul. Adakah iman boleh dibentuk dgn hanya duduk di rumah? Kalau kita boleh bentuk iman dengan hanya duduk di rumah, sudah tentu sahabat2 akan duduk di rumah. Kenapa mereka hijrah? Untuk membina dan membina mahul iman. Iman yg benar2 iman. Rasulullah s.a.w beritahu, “Org2 yang hijrah inilah, mereka yang benarg beriman”. 

Oleh itu, kita disuruh, semua org2 Islam disuruh bersama2lah dengan org2 yang beriman. Siapa org2 yg benar? Org2 muhajirin. Org2 muhajirin telah bina iman. Mereka telah bina mahul iman. Mereka tidak ada langsung keinginan untuk balik ke rumah mereka. Allah s.w.t kata, “Merekalah yang benar2 beriman”. Org2 muhajirinlah yang mempunyai iman yang paling mukhlis iaitu yg paling benar dan yang paling banyak ikhlas. Oleh itu, Allah s.w.t suruh semua orang Islam di seluruh dunia bersama2 mereka. Rasulullah s.a.w beritahu orang Madinah supaya jangan lantik amer lain. Allah s.w.t perintah kamu untuk bersama kami. Abu Bakar r.a kata, “Beritahu orang Ansar, kamu jangan lantik amer lain, ikut kami kerana Allah s.w.t perintahkan kamu semua ikut orang yang benar iaitu orang muhajirin. Rasulullah s.a.w pun muhajir. Rasulullah s.a.w telah tiada, maka ikut kami”.

Dalam kerja Nabi s.a.w ada hijrah. Selepas hijrah, satu orang badwi telah datang jumpa Rasulullah s.a.w. Orang badwi, gembala kambing, hidup dipadang pasir, dia telah berbai’at di tangan Rasulullah s.a.w. Dia kata, “Saya akan bersama-sama dengan tuan”. Orang-orang yang telah hijrah ke Madinah, mereka semua telah sakit. Dalam agama, kadang2 sakit, kadang-kadang ada penentangan, emak tidak suka, bapa tidak suka, adik-beradik tidak suka, mereka akan menentang, ini memang akan berlaku. Kalau tidak berlaku, ini satu perkara yg menakjubkan, luar biasa. Jangan takut, sakit akan datang, kesusahan akan dtg, hutang akan datang. Rasulullah s.a.w sendiri pun banyak hutang tetapi bukan pinjam duit untuk bina rumah. Nabi s.a.w pinjam duit utk agama. Kerana usaha agama, kadang2 kita berhutang. Jgn takut. Semua kesusahan ini akan jadi pengorbanan. Semasa di jalan Allah s.w.t, kita sakit, kita berhutang, duit dicuri. Shuib Mudi r.a, semua duitnya telah dicuri orang, dirumah tidak ada duit, dalam poket pun tidak ada duit. Ini berlaku di jalan Allah s.w.t. Segala hartanya telah habis. Org badwi tadi telah jatuh sakit. Semua sahabat2 pun telah jatuh sakit. 

Dia telah pergi berjumpa dgn Rasulullah s.a.w, dia org kampung, kurang faham. Dia beritahu, “Saya sudah bai’at dengan tuan tetapi sekarang saya telah sakit, sekarang saya mahu putuskan bai’at itu, saya mahu balik” . Org badwi itu pun balik dan tinggalkan Madinah. Tidak ada satu org muhajir pun kata, “Saya mahu ambil balik bai’at, saya mahu balik rumah kerana saya sakit”. Tiada siapa pun balik, hanya orang badwi itu shj. Madinah ini mcm dapur, bila emas diletakkan diatasnya, maka segala kekotoran akan dikeluarkan. Jadi, org badwi itu adalah kekotoran, dia dikeluarkan dpd Madinah. Bilal r.a menangis ttpi dia tidak ada keinginan utk balik. Kerana pengorbanan mereka, maka selepas itu Allah s.w.t telah selamatkan Madinah dpd wabak utk selama2nya. Pengorbanan mrk telah membawa berkat. Sebelum hijrah, suasana Madinah tidak berapa bagus, selalu ada penyakit. Selepas hijrah, selepas bermujahadah, Allah s.w.t bersihkan Madinah. Dgn hijrah, iman telah disediakan. Siapa yg buang wabak itu? Allah s.w.t yg buang. Mereka tidak makan apa-apa ubat pun. Mula2 di Madinah, keadaan miskin, lapar tetapi selepas itu Allah s.w.t bagi berkat. Orang2 muhajir telah jadi senang, duit banyak. Rumah dan tanah yg telah diberikan oleh orang2 Ansar pada mereka telah dipulangkan semula. Allah s.w.t bagi berkat dlm pendapatan mereka.

Bukan satu rumah, malah banyak rumah telah dipulangkan semula kpd org Ansar. Mereka tinggalkan satu rumah di Mekah, ttpi Allah s.w.t bagi banyak rumah pada mrk. Mereka hijrah. Ada sahabat yg ada rumah di Madinah, di Syam, di Iraq, di mana mrk sebarkan agama, di situ Allah s.w.t bagi rumah pada mrk. Allah s.w.t bagi berkat dlm hijrah. Dgn cara Nabi s.a.w ada hijrah. Kita kena tinggalkan benda2 kita utk bagi tmpt kpd agama, utk pelihara agama dan utk membina suasana agama. Bila suasana agama dibentuk,  24 jam suasana agama ada di Madinah. Utk iman kena hijrah, selepas hijrah ada hidayat. Ini adalah tertib Allah s.w.t. Tinggalkan rumah, tinggalkan suasana kita, tinggalkan kesenangan kita, maka barulah kita akan dpt iman, mijaz iman, mahul iman. Kita akan dapat iman dlm semua perkara. Dlm semua perkara ada kekuatan iman. Kita kena tengok, samada yg ditinggalkan lagi banyak atau yg dpt lagi banyak? Korban sedikit ttpi berkat banyak. Ini adalah kira2 Allah s.w.t. Apa yg kamu tinggalkan kerana agama adalah sedikit dan apa yg Allah s.w.t bagi adalah banyak. Allah s.w.t mahu buat perniagaan dgn kita. Allah s.w.t ambil sedikit dpd kita dan Allah s.w.t bagi banyak kpd kita. Ini kaedah Allah s.w.t. Hadzrat Zubair r.a, org miskin, menantu Abu Bakar r.a, dia kahwin dgn anak sulung Abu Bakar r.a, ttpi Allah s.w.t telah jauhkan kesempitan hidup dia krn dia hijrah, Allah s.w.t bagi berkat. Dia ada rumah di Madinah dan di Syam.

Agama bukan untuk letakkan kita dalam kehancuran. Allah s.w.t hendak bagi hidayat pada kita. Bila ada hidayat, Allah s.w.t akan bagi ganjaran. Kebaikan yang paling besar ialah syurga. Tidak akan habis-habis untuk selama-lamanya. Allah s.w.t akan bagi dengan penuh gembira. Allah s.w.t akan bagi kebaikan di dunia dan Allah s.w.t juga akan bagi syurga. Perkara yang Allah s.w.t bagi dgn gembira, perkara tersebut penuh kesenangan. Perkara yang Allah s.w.t bagi dengan kemurkaan, ia penuh dgn kesusahan. Bila Allah s.w.t muka, Allah s.w.t bagi juga tetapi dalam keadaan susah payah. Ini adalah usul Allah s.w.t. Sesiapa yang Allah s.w.t bagi dunia dengan keredhaan, maka kehidupan dunia dia dalam keadaan senang dan penuh berkat. Apa itu berkat? Berkat maknanya bertambah, bukan maknanya ada satu akan jadi 500. Berkat maknanya ialah segala keperluan2 duniawi akan jadi mudah. Segala takazah dunia akan jadi senang. Keperluan dunia dapat disempurna kan dan kehidupan akhirat pun dpt dibentuk. Dapat tunaikan keperluan dunia dan dpt bina akhirat. 

Bila keperluan ditunaikan, maka kehidupan jadi ringan dan bila akhirat dibentuk dpt kejayaan. Dunia yg Allah s.w.t bagi dgn suka, tidak akan membawa kerunsingan malah kita akan dpt ketenangan. Dunia jadi mudah dan takazah akhirat pun dpt disempurnakan. Sahabat pun kahwin juga, ada rumah dan semua takazah disempurnakan. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Mereka kahwin lebih dpd kita. Keperluan disempurnakan dan akhirat pun dibentuk. Kesempitan hidup mereka telah habis. Kenapa? Kerana mereka dapat dunia dgn keredhaan Allah s.w.t. Dalam keadaan murka pun Allah s.w.t boleh bagi, jgn kita tertipu. Siapa yang Allah s.w.t akan bagi dlm keadaan redha? Org yg ada agama. Org macam ini akan tunaikan hak. Maulana Ilyas rah. Kata, “Dunia ialah tempat utk sempurnakan hak dan akhirat adalah tempat utk kita dapat balasan”. Org yg dapat dunia, maka dia akan sempurnakan hak-hak dlm dunia. Infradi hak dan ijtimai hak. Org Islam ada banyak hak. Banyak hak dan banyak ganjaran. 75% dpd syariat adalah utk hak-hak hamba dan 25% syariat adalah hak Allah s.w.t. 

Ramai orang berhak atas harta dan diri kita. Sebenarnya kita kena sempurnakan banyak hak. Oleh kerana kita tidak tahu, maka kita jadi orang yang tidak ada agama. Kita jadi jahil terhadap agama. Kita tidak tahu. Hak Allah s.w.t sedikit sahaja atas kita. Mengenai hak Allah s.w.t, Allah s.w.t akan buka pintu keampunan. Allah s.w.t maha besar. Allah s.w.t belas kasihan atas hambaNya. Kita akan dituntut atas hak-hak yg lain. Harta dan diri kita ada tuntutan. Org Islam banyak hak iaitu seluruh alam punya hak. Kita kena bawa kalimah Allah s.w.t ke seluruh alam, sampaikan kepada semua manusia di seluruh alam. Ini adalah hak setiap orang Islam. Untuk pendapatan, makan-minum, pelajaran, kita sanggup pergi ke luar negeri tetapi untuk agama, utk kalimah kita tidak sanggup. Hak org Islam adalah utk sampaikan kalimah ke seluruh alam. Allah s.w.t bagi kita diri dan harta utk maksud ini. 

Org Islam ada hak atas org Islam yg lain. Hak Allah s.w.t ialah kita kena sempurnakan amalan kita, puasa zakat dsbnya. Kita kena sempurnakan, bukan buat lebih kurang sahaja. Hak orang Islam adalah untuk tunjukkan ihsan atas manusia2 yang lain. Bukannya kita hendak merugikan org lain. Kita diwujudkan/diciptakan untuk memberi ihsan, untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Kita bagi kebaikan pada orang lain dengan harta dan diri kita. Kita bagi makan-minum, pakaian pada orang lain kerana itu semua adalah hak atas kita. Kita bagi pakaian pada orang yang tidak ada pakaian, kita bagi makan-minum pada orang yang tidak ada makan-minum dan selepas itu ajar agama kepada mereka. Maulana Ilyas rah. kata, “Kita bagi makan-minum, pakain tetapi kita juga kena ingatkan mereka tentang agama, tentang Allah s.w.t supaya jangan mereka hanya makan-minum, lepas itu lupa pada Allah s.w.t”  Kita kena buat ihsan, kita kena buat kebaikan, bersama2 dgn itu kita bawa mereka kepada Allah s.w.t. Ini adalah hak atas kita. Kita bawa perkara ini melalui usaha agama ini, melalui tanggungjawab ini. Kita kena yakin. Kita kena kejutkan orang Islam yang tidur. Banyak hak atas mereka. Mereka kena minta ampun dari Allah s.w.t. Banyak hak tidak tertunai. Kita kena tertibkan kehidupan kita. Diri dan harta kita perlu ditertibkan supaya hak dapat ditunaikan.

Allah s.w.t akan bagi kita banyak ganjaran bila kita sempurnakan semua hak-hak ini. Para sahabat suka untuk buat usaha agama, mereka jalan kaki, kerana mereka suka akan janji2 Allah s.w.t dan balasan yang mereka akan dapat. Dalam keadaan susah payah buat usaha agama, maka Allah s.w.t akan bagi banyak ganjaran. Agama kita bukan batil. Agama kita bukan mahu tipu orang lain. Kita hendak bagi makan-minum pada orang lain, kita hendak belanja atas orang lain. Bukan kita hendak makan makanan orang lain atau ambil harta mereka. Kita hendak gunakan dan belanjakan harta kita. Agama ajar kita untuk memberi makan pada orang lain, bukan untuk memakan harta orang lain. Oleh itu, kita belajar. Dgn pengorbanan, maka agama akan naik. Bila ada pengorbanan, maka Allah s.w.t akan bagi berkat. Dalam keadaan itu, mata kita akan jadi sejuk. Kata Nabi s.a.w, “Saya tidak takut kamu menjadi miskin tetapi saya takut kamu akan tersangkut dalam dunia, kamu akan tinggalkan menunaikan hak org lain”. 

Kita kena bawa kehidupan kita atas usaha agama dan tertibkan supaya kalimah Allah s.w.t disebarkan ke seluruh alam dan agama datang dalam kehidupan kita, kita belajar untuk buat kebaikan kepada org lain, kepada makhluk2 yg lain. Kita tidak dibenarkan untuk membuat kejahatan kepada org lain. Allah s.w.t mempunyai nizam yang begitu luas. Semoga Allah s.w.t bagi kita faham di mana kita patut gunakan harta dan diri kita, orang Islam. Kita kena belajar dan kita kena faham. Untuk inilah usaha ini dijalankan. Bukan hanya untuk bergerak dan berpusing2 sahaja. Kita kena bergerak dan belajar supaya masuk dlm hati kita, supaya kita jadi orang yang khidmat, memberi kebaikan kepada org lain, supaya kita jadi org yg beribadat. Org lain juga akan bersama kita. Mahul/suasana memberi kesan. Kita hendak bawa diri kita  kpd itu. Utk itu, insyaAllah, tuan2 azam untuk buat. Iradah kita pun sudah mati. Kenapa? Kerana kita tidak tahu, oleh itu tidak ada iradah. Bila kita tahu barulah kita akan ada iradah. Allah dan Rasul telah beritahu kita ttg kejayaan, ttg kegagalan. Kita bergerak ke arah kejayaan dan jauhkan diri dpd kegagalan. Kalau kita tinggal dalam rumah kita dalam kelalaian, maka kita tidak akan dapat apa-apa. Oleh itu, kita kena beranikan diri, 4 bulan tunai.

No comments:

Post a Comment