Thursday, January 8, 2015

BAYAN NASIHAT MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 06/09/2000). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t jadikan nabiNya sbg seorg yg lemah lembut dan sbg seorg yg membawa rahmat. Dgn sifat ini nabi diutuskan utk buat usaha agama di atas muka bumi ini. Oleh itu, org2 yg buat usaha agama kena ambil berat tentang perkara ini supaya tingkah laku mereka dgn org lain adalah lemah lembut. Menafaat yang dapat dihasilkan melalui sifat lemah lembut tidak akan dapat dihasilkan melalui sifat marah kita. Kita kena merahmati orang, berbuat baik kepada orang, sentiasa berbuat baik dengan mereka dalam setiap urusan dan tingkah laku kita dengan mereka. Kita harus fikir, macam mana kalau saya berada di tempat dia, bagaimana saya mahu supaya diri saya dilayani. Dengan cara itulah kita layan orang lain. Baginda s.a.w dijadikan sebagai rahmat utk seluruh alam, untuk setiap makhluk, manusia, jin, semua makhluk di atas muka bumi ini, semua dapat merasai bahagian2 rahmat yang datang kepada mereka. Seberapa banyak kita dapat miripkan diri kita dengan corak dan cara Baginda s.a.w, seberapa banyak kita dapat bawakan sifat2 Baginda s.a.w, maka sebanyak itulah kita akan dpt buat usaha agama.

Dlm majlis Baginda s.a.w, tidak ada mana2 manusia pun yang akan putus asa, bahkan setiap org dtg dgn penuh harapan dan mereka akan kembali dgn harapan2 mereka tertunai. Org2 munafik pun telah ambil peluang dgn kerahmatan Baginda s.a.w dan salahgunakan kelembutan Baginda s.a.w. Baginda s.a.w tahu tingkah laku mereka. Mrk adalah org2 munafik, mereka mmg ada niat buruk. Baginda s.a.w tahu perkara ini ttpi masih Baginda s.a.w dpt bergaul dgn mereka dan masih dpt menerima mereka. Baginda s.a.w tahu segala rancangan2 buruk mereka ttpi Baginda s.a.w masih dpt menutup keaiban mereka dan tidak akan dedahkan rancangan buruk mrk. Perkara ini adalah pengajaran utk kita. Baginda s.a.w dpt mengendalikan org2 munafik, dpt berurusan dgn mrk, tidak bolehkah kita ini dpt mengendalikan kawan2 kita, supaya kita dpt bergerak dgn mrk dgn baik? Tuan2 faham? Org2 munafik sentiasa menentang keputusan mesyuarat Baginda s.a.w. Penentangan mrk begitu rupa, terang2an mrk beritahu, mrk akan kumpulkan kawan2 mereka org2 munafik dan kata, tuan tidak mahu ambil kami punya keputusan, tuan tidak mahu buat keputusan mengikut kehendak kami, jadi kami tidak berjanji utk bersama tuan atas perkara ini, kami tidak akan bersama2 tuan. Mereka pun pergi dari situ, meninggalkan majlis Baginda s.a.w. Baginda tetap sabar. 

Kenapa Baginda buat demikian? Kerana Baginda s.a.w yakin iaitu yakin atas zat dan sifat Allah s.w.t, apa juga urusan yang akan jadi baik atau buruk, adalah ditangan Allah, bukan ditangan mereka. Kerana sifat lemah lembut Baginda s.a.w, para sahabat dapat menafaat yang begitu banyak dan mereka dapat didikan yg terbaik sekali. Sekiranya kita pun jadikan diri kita lemah lembut, org ramai akan dpt menafaat dpd kita dan mereka akan dapat peluang untuk memahami kerja dengan betul dan mereka akan buat kerja dgn penuh kefahaman. Kerana sifat lemah lembut kita, mereka sanggup cakap kpd kita apa yg terkandung dlm hati mereka. Kerana sifat lemah lembut kita, nasihat2 kita mudah untuk mereka terima. Melalui cara inilah pintu2 kebaikan akan terbuka. Kalau org sanggup cakap kepada kita apa yang ada dalam hati2 mereka dan mrk sanggup terima nasihat yg kita beri kpd mrk, kalau wujud keadaan ini, anggaplah skrg bahawa pintu2 kebaikan, pintu2 khair akan dibuka. Apa yg ada dlm hati2 sahabat, sentiasa mrk bentangkan dihadapan Baginda s.a.w. Kerana dlm setiap urusan Baginda, mesyuarat Baginda, pengendalian Baginda, sentiasa Baginda punya ‘approach’ dgn lemah lembut. Banyak menafaat melalui tingkah laku tersebut. 

Bila jemaah bersama2 dengan Baginda s.a.w keluar ke medan Badar, ada satu tempat di mana Baginda s.a.w suruh mereka semua duduk di situ. Ada seorg sahabat tanya pada Baginda s.a.w, tuan suruh kami duduk disini, adakah ini perintah daripada Allah s.w.t atau tuan suruh kami kerana ini adalah pandangan tuan sendiri. Kata Baginda, ini pandangan saya. Sahabat itu kata, kalau begitu saya pun ada pandangan untuk diberitahu pada tuan. Pada pandangan saya, kita tidak harus bertapak disini, kita harus pergi ke sekian2 tempat, disitulah kita harus bertapak dan bermalam, saya cukup tahu keadaan padang dan medan disitu. Baginda s.a.w tinggalkan keputusan atau pandangan dia sendiri dan suruh kesemua sahabat yg ada ikut pandangan kawan itu dan pergi ke tempat yg disyorkan. Jika tingkah laku dan tindak-tanduk kita dgn cara ini, maka kawan2 kita sanggup cerita pada kita apa yg ada dlm hati mereka.

Oleh itu, salah satu daripada tujuan dan maksud mesyuarat ialah org ramai, kawan2 seusaha punya kemampuan, kebolehan dpt digunakan dgn baik untuk agama. Tujuan yg kedua dpd mesyuarat ialah selepas mesyuarat, kita semua dpt buat penambahan pengorbanan. Ini hanya akan wujud bila keadaan mesyuarat kita sepertimana diajar kpd kita oleh Baginda s.a.w. Kalau dlm perhubungan kita, kita keras, dan kita punya perwatakan panas baran, maka keadaan akan rosak. Oleh itu, kita dilarang daripada perwatakan spt itu. Jgn kamu jadi panas baran, jgn kamu jadi pemarah, kalau kamu buat demikian, keadaan kebencian akan wujud. Bila perasaan benci wujud dikalangan kawan2, kita tidak akan dpt syor yg baik dan juga tidak akan dapat penambahan pengorbanan mrk. Apa akan terjadi ialah melalui hati kita, kita sudah berjauhan antara satu sama lain. Hadzrat Muaz r.a jadi imam dan bacaan beliau dlm solat jadi panjang. Solat jadi lama. Seorg sahabat Ansar dtg dlm keadaan letih, selepas buat kerja di kebun, dan dia mengadu rakaat yg disolatkan tadi terlampau panjang. Dia mengadu pada Baginda s.a.w. Baginda pun panggil Muaz. 

Hadzrat Muaz adalah seorg sahabat yg begitu disayangi oleh Baginda s.a.w. Dia seorg cediakawan, baik, org yg dipercayai, tahu selok belok dlm tindakannya, org yg disukai dan disayangi oleh Baginda s.a.w ttpi masih Baginda s.a.w marah beliau, Wahai Muaz, dgn cara kamu ini, adakah kamu hendak wujudkan fitnah. Ulamak kata, maksud dpd fitnah ini ialah, adakah dgn cara kamu ini, kamu hendak wujudkan rasa benci antara satu sama lain. Oleh itu, antara kita punya usaha ialah kita kena usaha supaya melalui kita punya perwatakan dan melalui kita punya percakapan, usaha, jgnlah terwujud rasa benci dikalangan kawan2. Kita ambil usaha dgn penuh keseronokan dan keghairahan. Keseronokan dan keghairahan yg tersebar dan bukan rasa benci yg tersebar. Tuan2 yg mulia. Hadzratji Maulana Yusuf rah. menulis dlm hayatus sahabah iaitu org2 tggjwb/zumindar, yg tidak boleh cakap perkara2 yg baik kpd org2 bawahannya, maka tidak akan dpt wujudkan kebaikan dan sekiranya org2 bawahan pula, perkara baik tidak boleh dicakap dgn mrk, apa sahaja yg dicakap mereka tidak akan terima, kalau macam ini punya keadaan, maka tidak akan wujud apa-apa kebaikan. 

Apa juga kebaikan yg dicakap mrk tidak peduli, dpd mereka ini tidak akan dapat tersebar apa-apa kebaikan. Perhubungan antara kita ialah supaya setiap org boleh cakap perkara yg baik dgn org lain, seperti imam, bila buat silap maka makmum boleh tegur dia dan imam terima teguran tanpa apa2 keraguan. Begitu juga nasihat yg imam hendak bagi, makmum patut terima nasihatnya. Itulah keadaan yg kita kena wujudkan di mana setiap org, apa2 kebaikan boleh cakap dgn org lain, dan org itu boleh terima kebaikan itu tidak kira samada dia org tggjwb atau makmum. Begitu juga, org tggjwb sentiasa harus cakap perkara2 yg baik kpd kawan2nya dan kawan2 harus usahakan diri mereka supaya segala perkara yg baik yg disampaikan kpd mereka, mereka sanggup terima nasihat2 yg baik itu. Kalau kita wujudkan keadaan begini, kedua-dua pihak ini akan sentiasa dpt kebaikan. Tuan2 faham? Tuan2 harus balik dlm keadaan yg betul2 faham. Ini adalah muzakarah supaya salah silap kita dpt dikeluarkan dpd diri kita dan kita jadi org yg sentiasa dpt buat perkara2 yg baik.

Abu Bakar dan Umar r.a, bila mereka naik mimbar, mereka akan beritahu pada orang ramai sekiranya nampak apa-apa kesalahan dlm diri mereka, tolong beritahu mereka. Kalau ada apa-apa perkara yg perlu diberitahu, maka org ramai akan beritahu. Begitu juga, mereka punya tingkah laku, apa sahaja nasihat yg diberitahu oleh mereka akan diterima oleh org ramai. Keadaan ini akan wujud bila dlm hati kita ada kebersihan. Hati kita bersih di antara satu sama lain. Sepertimana solat, kita punya pakaian bersih, anggota badan kita bersih, tempat yg kita solat bersih, begitu juga utk buat usaha dakwah perlulah hati bersih antara satu sama lain. Allah s.w.t tidak jadikan kelima-lima jari ini dengan corak yg sama, ada yg kecil, ada yang besar. Begitu juga manusia, dari segi fahaman, ada yang cepat faham, ada yang lambat faham atau kurang faham. Bila hati kita bersih diantara satu sama lain, maka hati-hati kita dapat disatukan dengan mudah. Orang yang kurang faham, mereka akan dapat menafaat dpd org2 yg lebih faham dan org2 yg lebih faham akan sentiasa dapat beri kebaikan kepada org2 yang kurang faham. Sekiranya kita tidak wujudkan keadaan macam ini, iaitu setiap dpd kita mahu apa yag dicakap itu betul dan tekankan kehendak kita, kita punya fahaman ditekankan, kalau buat begini, maka keadaan kita akan mula rosak.

Ini akan jadi halangan yang begitu hebat, penahan yg begitu hebat utk masukkan perkara2 baik ke dalam hati kita. Nuh a.s menghadapi masalah besar ini. Nuh a.s mengadu pada Allah s.w.t, Ya Allah, kaum aku begitu degil, apa yg mereka cakap, mereka tekankan itu sahaja, mereka mahu itu sahaja dilaksanakan. Mereka sentiasa degil atas pendirian mereka dan apa juga kebaikan atau nasihat yang diberi oleh Nuh a.s, mereka tidak mahu terima. Mereka ada 2 penyakit. Pertama, mereka degil dan menekankan mereka punya syor/kehendak. Kedua, sifat takkabur. Selama 950 tahun usaha atas org2 macam ini. Satu orang pun tidak dapat menafaat. Kalau dalam satu tahun satu orang dapat hidayat, maka akan jadi 950 orang tetapi dalam 950 tahun hanya lebih kurang 80 orang sahaja dpt hidayat. 

Yang sedang buat usaha ialah seorang nabi, bukan seorang awam tetapi masih menafaat tidak dapat dihasilkan kerana mereka yang dengar degil atas apa yang mereka cakap, degil atas pendirian mereka. Oleh itu, kita semua kena selamatkan diri kita dpd sifat2 seperti ini. Kita harus jadikan diri kita sentiasa mencari perkara2 yg baik sepertimana seog yg haus, dia akan cari air, begitulah kita hendak jadikan diri kita sentiasa cari perkara2 yg hak, perkara2 yg benar. Bila kita cari yg hak, maka Allah s.w.t akan berikan hak kpd kita. Maulana Ilyas rah. beritahu, kita punya kerja tabligh ini sebenarnya tukar menukar atau jual beli kebaikan. Kita harus lihat kebaikan antara satu sama lain dan ambil menafaat dpd kebaikan itu. Perkara yg paling tinggi dalam usaha kita ialah sentiasa kita usaha supaya rakan2 kita maju ke hadapan, supaya rakan2 kita maju dalam usaha, mereka dpt dimuliakan, dapat dihormati dan usaha pun akan maju. Inilah cara/tarekat sahabat.

Abu Bakar anggap Umarlah org yg lebih besar dpd dia dan Umar anggap Abu Bakar lah yg lebih besar dpd dia. Abu Bakar kata, jgn jadikan aku amer, jadikan Abu Ubaidah sbg amer, dia lebih layak. Mereka usaha supaya org lain lebih besar dpd mereka. Bila kita beri nasihat kpd org2 zumindar dan beri nasihat pada kawan2 dan kalau mereka dpt terima nasihat2 itu, itulah suasana yg kita kena wujudkan dan dgn itulah kita akan maju. Sesiapa yg terima nasihat dan dia amal, maka dia akan maju. Dikalangan sahabat, mereka begitu berlemah lembut dan berkasih sayang. Mereka sentiasa usaha utk majukan antara satu sama lain. Baginda sendiri akan ceritakan kelebihan dan sifat2 baik sahabat2nya. Tuan2 sendiri pun sudah baca dlm kitab dimana kelebihan2 yg Baginda s.a.w sendiri ceritakan, kelebihan Abu Bakar, kelebihan Umar, kelebihan Abu Zar Ghifari dsbnya. Usaha kita ialah jual beli atau tukar menukar kebaikan. Allah s.w.t jadikan setiap ahli umat sbg org tggjwb. Setiap org Islam di atas muka bumi ialah karkun agama. Kita harus buat usaha dgn satu cara, dgn begitu rupa supaya setiap org Islam jadi karkun utk usaha agama Allah s.w.t. Utk itu, kita kena usaha dan wujudkan hubungan yg baik dgn mereka.

Ada seorang karkun lama, nama Mahmud, dia kata dgn 20 sen dia jadikan org amer. 20 sen punya amer. Org dengar dan tanya macam mana dengan 20 sen boleh jadi amer. Dia pun cerita. Saya duduk dalam kedai, ada orang lalu dihadapan kedai saya pada malam markaz. Jadi, saya panggil dia. Saya panggil, walaupun tidak kenal, dia datang juga. Saya suruh dia duduk. Lepas itu, saya suruh orang saya bawa teh. Masa itu, secawan teh hanya 20 sen. Satu teh untuk dia, satu teh untuk saya. Saya beri minum teh pada dia. Lepas minum, baru cakap dgn dia. Tanya dia, apa kamu buat, macamana perniagaan kamu, dsbnya. Macam2 cerita. Selepas tanya-menanya, saya kata, hari ini malam Jumaat, hari ini hari sabguzari kita, datanglah ke markaz, solat Asar di sana, dengar sedikit tentang agama dan usahakan supaya kamu dapat bermalam dengan kami di sana. Org ini datang solat Asar dan Maghrib dan dia bermalam. Minggu satu lagi, pada malam Jumaat, dia buat perkara yang sama juga, ingatkan kembali pada orang itu. 

Dia datang lagi. Kali kedua dia datang, beliau tashkil dia untuk keluar 3 hari. Alhamdulillah, dia keluar 3 hari. Beliau sediakan dia untuk ijtmak bandar itu pula supaya dia dapat keluar 40 hari. Dia pun sedia dan keluar 40 hari. Lepas 40 hari, dia balik. Skrg sudah jadi karkun. Lepas itu, dia bawa jemaah 3 hari keluar dijalan Allah. Lepas itu, dia keluar ke negara jauh. Dengan 20 sen punya investment, dia jadi amer. Pelaburan hanya 20 sen shj. Jadi amer jemaah 3 hari sehingga keluar ke negara jauh. Inilah cara buat usaha. Dgn lemah lembut, dgn kasih sayang, dan ikram, maka satu org dpt dilibatkan dlm usaha dan selepas itu dia tidak dilupakan, sentiasa ada follow-up dgn org itu. Alhamdulillah, Allah bagi dia fahaman dan Allah juga bagi dia sedikit harta. Dgn pelaburan 20 sen, sekarang dia telah belanja beribu2 ringgit utk keluar di jalan Allah ke negara2 yg berlainan. Berapa pelaburan? 20 sen shj. Allah s.w.t beri kemampuan dan kebolehan pada org itu. Dia buat usaha agama dgn kemampuan dan kebolehan dia. Oleh itu, tuan2 yang mulia, setiap dpd umat Baginda s.a.w begitu berharga. Oleh itu, dlm agama kita, kita diperintahkan iaitu kita harus ada sangka baik dgn setiap org. Begitu juga kita diperintahkan supaya kita sentiasa sangka baik dgn Allah s.w.t. Allah s.w.t sendiri beritahu, Aku punya tingkah laku terhadap hamba Aku adalah sptmana sangkaan dia terhadap Aku. Aku akan buat pada dia sebagaimana dia sangka Aku akan buat pada dia. 

Barangsiapa yang menyangka Allah s.w.t akan merahmati dia, insya’Allah, Allah akan merahmati dia. Sepertimana kita diperintahkan supaya kita harus ada sangka baik terhadap Allah s.w.t, begitu juga kita diperintahkan supaya kita sentiasa ada sangka baik antara satu sama lain. Kerja syaitan, ia akan menunjukkan pada kita kebaikan kita dan tunjukkan keburukan orang lain. Bila kita mula lihat keburukan orang, dengan tersendirinya kita akan terputus hubungan dgn org itu. Bila terputus hubungan dgn org, maka macam mana kita hendak gunakan dia untuk agama? Org yg melihat kebaikan org lain, maka orang itulah yang akan dapat melibatkan org lain dalam usaha agama Allah s.w.t. Satu perkara yang syaitan buat dikalangan orang yang beragama ialah syaitan akan usahakan supaya orang beragama ada perasaan sangka buruk antara satu sama lain. Bila dalam hati kita ada sifat sangka buruk, otomatik, hubungan kita dgn mereka akan berubah. Kita punya approach akan berubah. Bila pendekatan kita pada orang itu sudah berubah, maka sekarang kita akan lagi banyak nampak keburukan dia. Sebab apa? Dalam hati kita ada sangka buruk terhadap orang itu. Lepas itu, akan nampak semua keburukan orang itu. Bila keburukan itu dinampakkan oleh syaitan, maka skrg kita akan buat kajian atas keburukan itu. Kita akan cari-cari lagi keburukan, maka akan dapat lagi banyak keburukan. Setiap manusia ada keaiban dan sifat yg kurang baik. Bila kita cari keaiban dan keburukan org, memanglah kita akan dapat memperolehi nya. Selepas itu, bila sudah buat kajian, dapat banyak bahan keburukan orang, maka bahan2 itu akan diceritakan di hadapan org2 lain pula. Kita akan cerita keburukan org. 

Dgn cara ini, bila kita mula ceritakan, maka keburukan akan mula tersebar. Kita cerita pada 2 org, 2 org cerita pada 4 org, 4 org cerita pada org lain, maka muasyarah kita jadi rosak, padahal kita semua org Islam, di dlmnya keburukan sedang tersebar. Sifat mengumpat mula berleluasa. Maulana Yusuf kata, mengumpat ialah satu dosa yg mana akibatnya/balasannya, dpd Allah s.w.t akan dpt tunai. Apa hukuman tunai itu? Dimana hati antara dua org ini akan berpecah-belah dan hati mereka susah hendak dicantumkan semula. Tidak akan dtg titik pertemuan antara mereka. Susah hendak disatukan hati semula. Maksud syaitan sudah tercapai. Kehendak syaitan ialah supaya org beragama ini, jgnlah mereka ini pada bila2 masa pun bersatu hati atas kebenaran. Sbb, kalau mereka tidak bersatu hati atas kebenaran, maka bantuan Allah tidak akan dtg kpd mereka. Bantuan Allah s.w.t dtg pada jemaah. Apa itu jemaah? Jemaah ialah ada penyatuan hati, ada kasih sayang, satu fikir, itulah yg dikatakan jemaah dan atas jemaah spt ini, bantuan Allah akan dtg. Oleh itu, tuan2 yg mulia, kita semua kena usaha utk selamatkan diri kita, mahul kita, dpd perkara2 yg maulana ceritakan tadi.

Kita kena jaga dan selamatkan hati kita dpd sifat sangka buruk kerana ini ialah serangan dpd syaitan. Bila kita ada sangka buruk terhadap rakan2 kita, kita tidak akan dpt ambil menafaat dpd kemampuan dan kebolehan mrk. setiap org punya kemampuan dan kebolehan adalah amanah kpd kita. Kemampuan dan kebolehan mereka harus dpt digunakan utk agama. Jlnnya hanya satu sahaja, iaitu antara satu sama lain, kita ada sangka baik terhadap setiap org. Sekiranya wujud apa-apa perkara yg menyebabkan kita sangka buruk, mula2 kita kena pujuk hati kita, beritahu hati kita, mungkin apa yg kamu dengar itu tidak betul. Kita tidak boleh terus shj terima apa yg kita dengar. Tidak boleh terima keburukan itu walaupun ada keburukan yg dilakukan oleh mana2 kawan. Utk perkara ini, ada 2 cara bagaimana hendak mengendalikan diri kita. Satu, cara umum iaitu keburukan itu harus ditutup, jgn dedahkan dan org ramai tidak tahu. Supaya keaiban/keburukan org Islam ditutup dan jgn didedahkan, itu dtg sbg perintah dpd Allah s.w.t. Maksud dpd hadith, barangsiapa yg tidak mendedahkan keaiban mana2 org Islam, maka Allah s.w.t tidak akan dedahkan keaibannya. Menutup keaiban org ialah kerja kita kerana kita bersaudara antara satu sama lain. Dedahkan keaiban dan keburukan ialah kerja musuh. 

Hadrat Umar nasihat, kalau ada apa2 batil atau perkara buruk yg kamu dpt tahu, kamu jgn cerita, bila kamu tidak cerita keburukan, maka keburukan itu akan terkubur. Tapi hari ini, keadaan sudah berubah, dimana setiap perkara buruk, itulah yg akan dibesar2kan dan akan disebar2kan. Dgn mesin2 yg diwujudkan, dlm satu minit, satu keburukan dpt disebarkan satu dunia. Perkara yg buruk/batil, tersebar dgn begitu pantas, sehingga muasyarah kita, mahul kita rosak begitu cepat. Dlm keadaan ini, apa tarekat yg kita warisi kita? Apa2 keburukan, jgn kamu ceritakan, kamu diam, jgn kamu sebarkan, jgn cerita pada sesiapa pun. Ini adalah sifat. Pekara2 yg saya cakapkan pada tuan2, perkara ini semua adalah perkara yg penting, mustahak, yg kalau kita amalkan, Allah s.w.t akan selamatkan mahul kita, dan keselamatan akan wujud dlm muasyarah kita. Kita hanya boleh beribadat pada Allah dgn sangkaan baik terhadap Allah s.w.t. Begitu juga, kalau kita buat usaha dakwah dikalangan hamba2 Allah, kita boleh buat usaha dakwah dgn baik, hanya dgn kita ada sangka baik terhadap hamba2 Allah s.w.t.

Kita kena latihkan diri kita dan pujuk diri kita supaya dalam apa juga keadaan, kita punya perasaan sangka baik terhadap semua org dapat diwujudkan. Oleh itu, kita harus usaha sedaya upaya supaya org2 yang jauh dpd agama, mereka diusahakan supaya didekatkan dengan agama. Org yg jauh dpd agama, kita cuba dekatkan mereka dgn agama,dan rakan2 kita yang sedang buat usaha, kita dapat majukan mereka dlm usaha agama. Dga cara itu, kawan2 kita, insyaAllah, akan dapat buat kerja besar dlm usaha agama atau mereka dapat meningkatkan mereka punya hasil dalam usaha agama. Org ya jauh dpd agama akan datang dekat pada agama. Satu cara lagi untuk bersihkan hati kita ialah, kalau ada siapa2 yang buat salah silap dengan kita, kita terus maafkan dia. Dan sekiranya kita ada buat salah silap dengan orang, kita minta maaf pada ora itu. Oleh itu, kita kena ada satu keadaan di mana kita sanggup maafkan dan sanggup minta maaf. Kita kena wujudkan keadaan ini. Hati akan bersih. 

Apa yang kita sedang cerita sekarang ini ialah bagaimana kita boleh dpt selamatkan kesucian dan kebersihan muasyarah kita. Kita buat amal dan kita diajar niat yang ikhlas. Oleh itu, setiap amal yang kita buat, kita kena buat dengan satu fahaman di mana untuk setiap amal saya, saya bertggjwb kepada Allah s.w.t, saya akan disoal oleh Allah s.w.t. Oleh itu, setiap amal yang saya hendak buat, biarlah saya buat dengan satu cara supaya Allah s.w.t akan suka dan redha dengan amalan saya. Apa juga amalan yang kita buat, kita kena letak dihadapan kita menafaat di akhirat daripada amalan tersebut. Para sahabat ialah org2 akhirat. Mereka sanggup korbankan dunia mereka untuk akhirat dan mereka sentiasa usaha untuk majukan akhirat mereka. Kita kena jadi org2 yang akan dapat memperbaiki dan majukan akhirat kita. Org yang jadikan diri dia orang akhirat akan dapat selamatkan diri dia dpd fitnah dan musibah di dunia. Org yg tidak buat fikir akhirat sebagai fikir dia, maka dia dalam satu ancaman dan bahaya iaitu dia akan terlibat dalam fitnah2 dan musibah dalam dunia. 

Apa fitnah di dunia? Usaha agama dibuat utk kepentingan diri atau langsung tidak dibuat. Org yg buat usaha agama kerana ada kepentingan diri, dia tidak ada apa2 hubungan dgn Allah s.w.t. Allah kata, kamu buat kerja kamu dgn kepentingan diri utk perkara2 tertentu, kamu ambillah balasan dpd benda itu. Dlm hadith diberitahu, seluruh dunia ini akan dibawa dihadapan Allah s.w.t. Allah s.w.t akan beritahu apa yg dibuat utk Allah dan akan disimpan, yg lain semua akan dicampak dlm neraka. Oleh itu, tuntutan agama kita ialah dunia pun dijadikan agama dan bukannya agama dijadikan dunia. Oleh itu, kita kena latih diri kita dgn keikhlasan supaya kita punya makan, minum, pencarian, rezeki, segala2nya jadi agama. Segala2nya apa yang kita buat adalah perintah Allah s.w.t, makan, minum, tidur, bangun, buat kerana Allah, kerana perintah Allah. Untuk wujudkan ikhlas dalam diri, kita harus membelanjakan harta dan diri kita untuk agama Allah s.w.t. 

Sekiranya kita hanya korban harta, dan tidak korbankan diri untuk agama, maka ikhlas tidak akan wujud. Harta benda digunakan untuk agama, diri tidak digunakan, ikhlas tidak akan datang, sebaliknya bahaya akan datang, di mana sifat2 khibir akan datang kerana harta benda kita digunakan untuk agama. Sekiranya diri digunakan untuk agama, tetapi tidak guna harta, pun tidak akan wujud ikhlas. Ora yg gunakan diri ttpi tidak korbankan harta, maka sifat tamak akan dtg dalam diri mereka. Mereka akan terus buat kerja agama ttpi mata mereka sentiasa menunggu2 utk harta org lain. Kalau sifat tamak sudah wujud dlm hati manusia, maka yakin atas Allah s.w.t langsung akan lenyap. Pandangan mereka sentiasa atas selain dpd Allah iaitu ghairullah. Usaha agama akan dibuat ttpi pandangan mata atas ghairullah. Org macam ini tidak ada apa2 harga di sisi Allah s.w.t kerana mereka buat kerja utk kepentingan diri mereka.

Para ambiya a.s ajar pada kita, tenaga kita punya, diri kita punya, harta kita punya, dan kerja Allah punya. Oleh itu, sahabat r.a, mereka jadi buruh kasar utk hasilkan keperluan mereka utk belanja utk agama Allah s.w.t. Mereka buat kerja dikebun2, mereka dibayar dgn buah kurma, sebahagian kurma hantar ke rumah utk keperluan, sebahagian kurma mereka bawa utk agama Allah s.w.t. Bawa kpd Baginda s.a.w. Baginda akan terima pemberian mereka. Mereka kata, wahai rasulullah, separuh saya sudah hantar ke rumah, separuh saya bagi pada tuan. Baginda s.a.w akan muliakan pemberian mereka, ambil dan letak atas timbunan harta benda yg lain, letak atas sekali. Allah s.w.t puji dlm Quran, mereka dapat bawa apa yg mereka dpt hasilkan dgn susah payah mereka. Oleh itu, tuan2 yg mulia, tarekat dan cara Nabi buat usaha ialah kita kena buat usaha agama dgn tenaga, diri dan harta kita sendiri. 

Kita kena sentiasa ada harapan pada Allah s.w.t, iaitu melalui usaha yg kita buat ini, Allah s.w.t akan dapat betulkan keadaan kehidupan saya. Keadaan dlm dunia ini tidak pernah dibetulkan dgn dunia atau dgn harta benda dunia. Apa juga keadaan buruk dlm dunia ini sentiasa dpt diperbaiki kerana amalan2 agama. Kalau ahli2 dunia punya harta bertambah, adakah mereka punya keadaan akan bertambah baik? Tidak semestinya. Ttpi bila harta benda mereka banyak dan bersama2 itu ada agama dlm kehidupan mrk, maka kehidupan dunia mereka akan jadi baik. Begitu juga, dulu pun, Allah s.w.t buat melalui usaha Baginda s.a.w, keadaan dunia mereka dibaiki oleh Allah s.w.t. Mula2 Allah s.w.t baiki dan betulkan keadaan hati mereka. Keyakinan hati mereka dpt dibetulkan, semangat mereka dpt dibetulkan, lepas itu kehidupan harian mrk dpt dibetulkan. Cara pengendalian diri mereka bersih, suci, hati mereka bersih, suci, semangat mereka bersih, suci, keinginan mereka jadi bersih. Apa pendirian mereka skrg? Kalau saya buat baik pada org, Allah akan buat baik pada saya, kalau saya bagi menafaat pada org, Allah akan bagi menafaat pada saya.

Hati kita akan jadi bertambah baik, keyakinan akan dpt dibaiki. Begitulah, melalui kehidupan keagamaan, keseluruhan dunia ini akan dapat merasai keamanan. Kerana melalui imanlah aman akan dtg. Bila iman tersebar, aman akan dtg. Dlm iman ada sifat takut pada Allah s.w.t. Org yg takut pada Allah, tidak akan buat kerja yang tidak betul. Oleh itu, kita kena usaha untuk sebarkan iman di seluruh dunia dan iman akan tersebar melalui usaha ini sahaja. Sebenarnya org yg buat usaha atas iman, merekalah yg sedang buat usaha utk memperbaiki keadaan dunia ini. Baginda s.a.w sebarkan iman. Utk iman, Baginda buat usaha. Hati2 manusia dtg khauf/takut pada Allah, khauf pada akhirat dan antara mrk tidak ada sesiapa hendak buat penipuan dsbnya. Satu org perempuan beritahu pada anak perempuannya, waktu tengah malam, susu sudah berkurangan, campurkan air dlm susu. Anak perempuan kata, tidak boleh, susu tidak boleh dicampur dgn air. Amirul mukminin tegah amalan ini. Ibu kata, waktu tengah malam ini, amirul mukminin sedang tidur. Anak perempuan kata, amirul mukminin mungkin sedang tidur, ttpi Allah sedang jaga. Allah sedang melihat. Saya tidak akan campur air dlm susu. Kenapa ini berlaku? Krn iman sudah masuk dlm hati sanubari. Dlm rumah sendiri, seorg budak perempuan tidak sanggup hendak buat kerja yg salah.

Abdullah ibnu Umar sedang dalam safar/perjalanan bersama dengan rombongan beliau. Mereka memerlukan makanan pada waktu tengahari. Org2nya pun disuruh masak makanan. Mereka lihat ada seorang budak sedang mengembala kambing. Abdullah ibnu Umar pergi jumpa budak itu. Beliau minta supaya seekor kambing dijual pada mereka kerana rombongan beliau perlukan makanan. Budak itu kata, tuan punya kambing ada dibandar, kambing2 ini bukan saya punya. Saya hanya diarah untuk jaga kambing, oleh itu saya tidak boleh jual kambing ini pada tuan. Abdullah Umar hendak uji tahap keimanan budak itu, dia kata, itu bukan perkara yang susah, kalau tuan punya kambing datang dan kira, kambing kurang seekor, beritahu serigala sudah makan. Bila budak itu dengar sahaja, dia terus kata, di mana Allah? Allah sedang melihat sekarang ini. Saya tidak boleh bercakap bohong dgn tuan saya. Rombongan tersebut pun masaklah apa yang mereka ada dan menjemput budak tersebut untuk makan bersama, tetapi budak itu kata, saya sedang berpuasa. Abdullah Umar begitu hairan, di tengah padang pasir, tengah panas, masih kamu berpuasa? Budak itu baca ayat Quran. 

Dia kata, dalam kehidupan saya, saya sedang maju dan membentuk akhirat saya. Ini semua ialah berkat iman. Inilah berkat usaha iman, dapat kekal dalam sifat amanah, dpt kekal dalam sifat ibadah walau apa juga keadaan. Apa juga kebaikan yg wujud di atas muka bumi ini, hanya akan dpt diwujudkan melalui iman. Alhamdulillah, usaha dakwah yang kita buat ialah usaha iman. Usaha kita ialah supaya setiap org Islam, mrk dpt usahakan satu tahap iman, dimana mereka dapat gunakan harta-benda mereka untuk sukakan Allah s.w.t dan mrk punya keinginan untuk bawa kebaikan pada semua orang Islam. Tahun 1980, ijtimak pertama di Amerika. Jemaah saya dihantar ke sana selama satu tahun. Banyak jemaah2 dari seluruh dunia datang untuk buat usaha disana. Untuk ijimak itu, usaha dibuat selama dua tahun. Alhamdulillah, jemaah datang dari seluruh dunia, Arab, India, Pakistan dsbnya, juta2 wang dibelanja kan untuk buat usaha selama dua tahun. Inilah ijtimak pertama yg berpayungkan langit, tiada bumbung. Inilah ijtimak pertama yg dibuat dipadang sepertimana dibuat di negara kami disini, iaitu India. Rakan2 seusaha kita buat usaha dgn bersungguh2. Semua keperluan dan urusan ijtimak dikendalikan oleh rakan2 seusaha sendiri. Setiap jenis manusia yg buat usaha agama ada disitu, ada engineer, ada buruh, macam2 jenis org ada dlm ijtimak itu. Alhamdulillah, ijtimak itu berjaya. Lebih kurang 10 hingga 12 ribu org berhimpun. Org Amerika tidak pernah lihat org2 spt ini berkumpul di satu tempat. Polis pun dtg. Mereka tanya, berapa banyak polis tuan perlu, berapa banyak bantuan tuan perlu supaya tuan punya keselamatan dpt dijaga. 

Ahli mesyuarat kata, kami tidak perlu satu org polis pun. Sebaliknya ini negara tuan, apa-apa yg tuan hendak buat dgn sendirinya, hendak duduk, hendak lihat, hendak hantar siapa pun, kami tiada apa-apa halangan. 3 org polis dihantar utk jaga. Ahli syura bagi tempat utk mereka, makan-minum mereka juga disediakan. Mrk dengar dan lihat. Mereka lihat dlm ijtimak itu, ada org Amerika, ada org Afrika, ada org Arab, macam2 warna kulit, mcam2 bahasa, mrk duduk bersama, mrk dengar bersama, mrk makan bersama, mrk solat bersama dan mereka tidak rasa apa-apa bahaya pun. Kalau ada benda/barang yg hilang, iklan akan dibuat, ambil ditempat amanat. Semua polis itu bingung tengok keadaan ini. Beribu2 org ada disitu, macam mana mereka boleh mengendalikan kesemua ini dengan selesa tanpa huru hara, tiada apa-apa pergaduhan, tiada apa-apa yg diminta dan dilaporkan pada polis. Kenapa? Kerana usaha iman telah dibuat atas org2 ini. Suasana yg wujud ialah suasana iman. Semua yg dtg ke ijtimak itu dlm keadaan sedang buat usaha atas iman. Walaupun mereka dari negara berlainan, bangsa berlainan, warna kulit berlainan, bahasa berlainan, tiada apa-apa bahaya antara satu sama lain. Walaupun waktu mlm, dalam kegelapan mlm atau keterangan siang, tiada apa-apa bahaya, keadaan sama sahaja, aman sejahtera. Mahul/suasana mcm ini tidak ada pada org2 dunia. Mahul/suasana mcm ini hanya ada pada kita sahaja.

Disisi kita, hendak jaga amanah org, hendak cakap benar, hendak jaga harta benda org, hendak bagi menafaat pada org, itulah perkara yg utama. Oleh itu, diberitahu keadaan dunia ini akan jadi baik, keadaan dunia akan dpt dibaiki hanya bila usaha iman dibuat dan sifat iman dpt disebarkan. Kita tidak mahu apa-apa balasan dari org2 dunia. Orang yang memiliki negara, kita tidak mahu negara mereka. Orang yang memiliki kerajaan, kita tidak mahu kerajaan mereka. Orang yang memiliki harta benda, kita tidak mahu harta benda mereka. Oleh itu, kita boleh cakap dengan penuh berani iaitu usaha suci murni ini yang kita dapat dari Baginda s.a.w, usaha ini ialah rahmat utk seluruh alam. Manusia di dunia ini tidak ada perkara ini bersama mereka. Oleh itu, kemanusiaan dlm keadaan buta, buat segala2nya utk kepentingan diri. Allah kurnia pada kita nur iman. Allah beri pada kita cara suci murni baginda s.a.w. Alhamdulillah, kita tidak memerlukan dan tidak berhajat apa-apa benda pun dari ahli-ahli dunia. Para sahabat kata, Baginda s.a.w ambil janji daripada kami, bai’ah, iaitu kami akan buat usaha agama dalam apa juga keadaan dan tidak akan terima apa-apa dari org2 dunia atas usaha kami. Kami tidak akan terima apa-apa balasan pun. Tuan2 yang mulia, inilah tarekat dan cara kita, iaitu dalam mengendalikan kerja dan usaha kita, kita tidak akan minta apa-apa balasan dari sesiapa pun. Apa yang Allah s.w.t kurnia pada kita, itulah yang kita akan belanjakan untuk agama Allah s.w.t. Baginda s.a.w beritahu, kamu belanjakanlah untuk agama Allah, maka Allah akan belanjakan atas diri kamu. Oleh itu, berkat2 yang diterima oleh orang Islam, hasil daripada pengorbanan mereka untuk agama Allah s.w.t. Hamba2 Allah akan beri pengorbanan untuk agama Allah dan Allah s.w.t maha kaya, akan beri keberkatan dalam hidup mereka.

Sekiranya kita tidak beri pengorbanan untuk agama Allah, dan harta yang ada pada kita, kita israf, belanja boros dgn harta dan nyawa yg ada pada kita, maka Allah tidak akan beri berkat dalam hidup kita. Kerana sifat israf ini, sifat boros ini, sifat menggunakan harta dan diri atas pekara2 dengan cara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t, kita sendiri akan jadi org2 murtad, iaitu memerlukan bantuan orang lain pula. Kebuluran yg dtg pada kita dalam satu fesyen yang baru. Dulu, fesyen lama, kebuluran dan kefakiran, org miskin minta sedekah, tidak ada makanan, tidak ada pakaian, dsbnya. Kebuluran fesyen baru pula ialah dari segi luaran nampak begitu kaya raya, ttpi hakikatnya mereka berhutang, keadaan dunia macam inilah skrg. Dari segi zahir nampak kaya, tetapi hakikatnya hutang keliling pinggang kerana dlm hidup tidak ada keberkatan. Kenapa berkata tidak ada? Kerana pengorbanan utk agama tidak dibuat. Oleh itu, tuan2 yg mulia, niatlah utk buat pengorbanan. Allah s.w.t akan kurnia pada kita khair/kebaikan dunia dan akhirat. 

No comments:

Post a Comment