(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/1999). Kehidupan manusia, ia menerima kesan dan suasana sepertimana pakaian, setelah dipakai ia akan jadi buruk dan koyak. Apb pakaian telah jadi buruk dan kita hendakkan ia jadi baru, mmg tidak boleh kecuali kalau kita beli yg lain. Begitu juga dgn kehidupan manusia, bila Allah s.w.t letakkan kematian, maka dia akan mati. Bila Allah s.w.t letakkan kesakitan, maka dia akan sakit. Bila sakit, dia sendiri tidak boleh hendak wujudkan kesihatan. Bila Allah s.w.t tahan hujan, maka bumi akan jadi kering dan kemarau. Kita tidak boleh menolak kerana ini adalah keputusan dpd Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t turunkan hujan, maka bumi akan jadi subur, tanah jadi lembap dan peladang2 akan gembira. Kehidupan manusia itu sendiri dan asbab yang ada disisi mereka tidak boleh mencipta keadaan dan suasana. Mereka hanya boleh menerima keadaan dan suasana yg diputuskan oleh Allah s.w.t. Kita kena faham betul2l perkara ini. Ini adalah percakapan iman.
Apabila iman yang betul datang dalam hati kita, maka seberapa banyak keyakinan yg rosak akan keluar dpd hati kita. Dlm usaha dakwah inilah kita hendak masukkan kebesaran Allah s.w.t, keyakinan yg betul dan keluarkan yg selain daripadaNya. Selain dpd usaha ini, maka keyakinan yg rosak akan masuk dalam hati, dgn harta dapat itu, dgn wang dpt ini, dgn kedudukan dat itu dsbnya. Allah s.w.t yg meletakkan keadaan dan suasana ke atas sesuatu, bukan dgn harta, wang, kedudukan dsbnya. Kadang2 dgn wang juga akan menyebabkan nyawa hilang, kerana wang seseorg menjadi terdesak, kerana wang seseorg digantung. Pengajaran dpd Allah s.w.t bahawa kamu menganggap dgn wang kamu boleh hidup ttpi dgn wang Allah s.w.t jadikan sebab utk kematian kamu. Allah s.w.t telah tunjukkan perkara2 aneh di hadapan kita. Semoga Allah s.w.t beri keyakinan yg betul pada kita. Asbab2 dunia yg ada tidak boleh memberi kesan dan kadang2 ia juga gagal dlm memenuhi hajat2. Memang disitu tidak ada kejayaan. Bersama kita ada Allah s.w.t. Satu ketika, Rasulullah s.w.t balik dari satu peperangan dan berehat di bawah sepohon pokok yg rimbun. Baginda s.a.w gantung pedangnya di ranting kayu dan tidur.
Datang seorg org Badwi, hunuskan pedangnya ke arah Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w terkejut dan terjaga dari tidur. Org Badwi itu tahu Baginda s.a.w seorg sahaja dan tanya, “Siapa yg akan selamatkan kamu dari tangan saya?” Rasulullah s.a.w jawab, “Allah”. Terus dia gementar dan pedang yg dipegangnya jatuh. Rasulullah s.a.w pun ambil pedang itu dan hunus ke arah dia dan berkata, “Siapa yg akan selamatkan kamu dpd pedang ini?” Allah s.w.t bersama dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w boleh bunuh dia tetapi itu bukan kerja, bukan mansha kerja kita, mansha kerja kita ialah berlaku ihsan, berlaku baik terhadap orang lain. Dlm dunia hari ini, kalau satu org telah menakutkan satu org menteri atau satu org besar, adakah dia akan terlepas? Sudah tentu dia tidak akan terlepas kerana dia telah menakutkan dan menggugut satu org menteri. Bagaimanakah pula akhlak Nabi s.a.w? Allah s.w.t tidak bersama dgn org yg tidak beriman. Allah s.w.t tidak akan bantu mereka. Hubungan kita adalah dengan Allah s.w.t.
Semua masalah kita hubungkan dengan Allah s.w.t. Semua benda2 ada kena-mengena dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t yang menghidupkan, Allah s.w.t yang mematikan. Itulah dakwah kita, lailahaillallah. Inilah yang kita hendak belajar dan hendak masukkan ke dlm hati kita supaya kita terlepas dari tipu daya dunia. Seberapa banyak kegelapan, zulumat yan ada dalam hati kita, semoga Allah s.w.t lepaskan kita, keluar dpd kegelapan dan menuju kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t akan memimpin kita, akan menunjukkan jln kpd kita. Allah s.w.t beritahu, “Inilah jalan Ku, menyeru kpd Allah”. Jln kita adalah jalan iman, jln kebenaran, mendapatkan kebenaran iman dlm hati dan buat kerja dengan ikhlas. Maksud iman ialah utk menunaikan perintah yg Allah s.w.t berikan kpd kita dan kita bersedia utk mengorbankan diri dan harta kita dan membelakangkan tuntutan hawa nafsu kita. Kalau tidak, iman tidak akan menjadi sihat dan tidak akan jadi sedap. Ini satu kaedah. Selagi mana syahwat dan nafsu kita subur, maka selagi itulah iman kita akan berada dalam keadaan tidak subur. Syahwat dan nafsu jadi sedap kerana kita memenuhi tuntutan dan kehendaknya.
Bila akan terbentuk iman? Iman ini akan jadi apb krn perintah Allah s.w.t kita mengorbankan hawa nafsu kita. Ini adalah satu perkara yg kita kena latih setiap hari iaitu kita menekan nafsu kita, membelakangkan nafsu kita dan syahwat kita dan datang ke arah perintah Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan mujahadah. Daripada sinilah akan datang org yang mana hati dia, keinginan dia suka untuk berdoa dan anggaplah bahawa Allah s.w.t telah buka pintu penerimaan untuk dia. Orang yang mana terbuka bagi dia pintu doa, maka yakinlah telah terbuka pintu penerimaan daripada Allah s.w.t. Tetapi hari ini, pintu doa tertutup dan tidak ada penerimaan.
Mengapa tertutup? Kerana kita telah tutup pintu iman dan kita buka pintu hawa nafsu. Hukum dan doa ada hubungan yang sgt rapat. Kita tunaikan perintah Allah s.w.t dan doa. Sbb apa? “Iyyakanaq budu waiyyakanastain”, “Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami minta pertolongan”, dlm surah Fatihah. Hubungan yg rapat. Maulana kata, betulkan Fatihah kita yang kita baca dalam solat. Makna istilah, kita berikrar. Dari segi ilmu ma’ani, apabila diminta untuk berikrar “Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami minta pertolongan”, maka ia memberi makna bahawa ini satu hukum dpd Allah s.w.t bahawa sembah Allah s.w.t dan minta pertolongan dpd Allah s.w.t. Kita tidak faham. Kita nampak bahawa agama tidak memberi faedah. Hukum dan bantuan Allah s.w.t juga ada hubungan. Tinggalkan hawa nafsu kita dan dtg kpd hukum, maka bila dtg kepada hukum akan dpt bantuan Allah s.w.t. Inilah jln nabi2.
Usaha atas jalan hukum dan bila ada keperluan minta dpd Allah s.w.t. Baginda s.a.w bersabda, “Bila kamu minta pertolongan, mintalah dpd Allah s.w.t” Selain dpd Allah s.w.t, tidak ada pembantu dan penolong. Org yg tidak tahu hal kita , tidak tahu keadaan kita, maka dia tidak akan tolong dan bantu kita. Hanya orang yang tahu hal dan keadaan kita sahaja yang akan bantu kita. Siapa yang tahu hal kita? Allah s.w.t tahu segala2nya ttg hal kita. Org yg tidak tahu hal kita, maka macam mana dia hendak bantu kita, dia tidak ada simpati untuk kita. Bila kita pergi kepada doktor, dia tidak tahu hal kita dan sakit kita. Kita kena beritahu pada dia ttg sakit kita. Bila kita beritahu, maka dia akan tulis dan simpan dalam fail. Kalau tidak tulis, maka dia pun akan lupa. Dia tidak tahu hal kita, dia tidak boleh hendak bantu. Dia tidak boleh bagi ubat yang sesuai dengan sakit kita. Org yg tahu hal kita, maka dia akan bantu. Hanya Allah s.w.t yang tahu hal kita. Allah s.w.t tahu hal hati kita, hal zahir kita, hal batin kita dan Allah s.w.t tahu hamba berhajat kpdNya. Allah s.w.t tahu apa keperluan kita. Kata Nabi s.a.w, “Ya Allah, Engkau mengetahui amalanku yang tersembunyi dan yang nyata, dosa-dosa yang kita buat samada secara tersembunyi atau terang2an”. Satu org peniaga telah campur dlm barangan dia. Allah s.w.t tahu ttp pembeli tidak tahu. Pembeli akan beli dan bawa balik.
Pembeli akan beli dan bagi duit dan Allah s.w.t akan bagi azab utk org itu. Pembeli tidak tahu ttpi Allah s.w.t tahu segala2nya. Allah s.w.t akan memberi balasan kpdnya. Satu org telah menimbang dan dia telah beratkan sedikit beberapa gram. Bila pembeli beli barang tersebut, maka dia tidak akan bayar lebih utk satu atau dua gram yg lebih itu ttpi Allah s.w.t tahu dan Allah s.w.t akan beri ganjaran kpd penjual tersebut. Begitu juga dgn satu org yg kurangkan timbangan walaupun dgn beberapa gram. Pembeli akan membeli dgn harga penuh utk barangan harga sekilo ttpi yg kurang beberapa gram itu, maka Allah s.w.t akan bagi balasan pada penjual tersebut. “Ya Allah, Engkau mengetahui yg zahir ku dan yg batin ku, apa2 kesalahan ku, maka ampunkanlah”. Allah s.w.t mengetahui hal kita. Allah s.w.t besar, Allah s.w.t agong dan ilmu Allah s.w.t juga luas. Allah s.w.t tahu setiap zarah, setiap benda. Kudrat Allah s.w.t sangat besar. Allah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu. Setiap zarah yg ada di alam ini dlm kudrat Allah s.w.t. Utk iman, perlu kita mengetahui sifat2 Allah s.w.t. Allah s.w.t tahu keadaan kita. Allah s.w.t tahu hajat kita. Allah s.w.t akan bantu kita. Kita dpt selamat dari semua org tetapi kita tidak dapat melepaskan diri daripada Allah s.w.t. Bila satu org bercakap bohong maka dia akan terlepas dari sesuatu kesusahan tetapi dia tidak akan terlepas dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yg akan bantu dan Allah s.w.t juga yg akan tangkap atas segala amalan.
Kita kita terangkan kepada manusia tentang kebesaran Allah s.w.t. Apabila seseorang jadi ahlullah, maka Allah s.w.t akan memihak kepada dia. Bila dalam keadaan susah, maka akan dtg bantuan Allah s.w.t. Bukan maknanya bila dia jadi ahlullah, dia tidak sakit. Dia akan sakit juga tetapi ada bantuan dan nusrah dari Allah s.w.t. Dia hamba Allah, bukan anak raja. Kalau anak raja, dia akan jadi sombong dan angkuh. Dia hamba Allah s.w.t, maka dia dalam keadaan taat. Dia sakit, dia susah, dia ditimpa musibah, tetapi tetap taat dengan perintah Allah s.w.t. Hubungan kita yang sebenarnya ialah dengan Allah s.w.t. Kita kena keluar daripada tuntutan hawa nafsu dan pergi ke arah perintah Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan iman dan yakin. Bagaimana ia boleh masuk ke dlm hati kita dan hati seluruh manusia sehingga satu keimanan dan keyakinan dapat membawa kita untuk taat kpd perintah Allah s.w.t. Sehingga dia meyakini kalau aku taat perintah Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan bantu aku, sebaliknya kalau aku tinggalkan perintah Allah s.w.t maka tidak akan ada sesiapa yang akan bantu aku.
Allah s.w.t tidak redha, Allah s.w.t murka dengan kita, maka siapa lagi yg hendak bantu kita. Satu org yg hendak cuba bantu kita pun, natijahnya tidak akan dizahirkan kerana Allah s.w.t tidak berkehendak utk membantu kita kerana natijah sesuatu perkara itu ditangan Allah s.w.t. Rancangan dan bentuk ada ditangan manusia, tetapi natijah ditangan Allah s.w.t. Dlm semua keadaan, kita hendaklah kembali kepada Allah s.w.t. Semua berlaku dengan bantuan Allah s.w.t, dengan kudrat Allah s.w.t. Jalan unk mendapat faedah dari kudrat Allah s.w.t. Bagaimana perkara ini dapat masuk dalam kehidupan manusia iaitu meninggalkan tuntutan hawa nafsu dan datang kepada perintah Allah s.w.t ? Kita bukan hanya keluar dari rumah kita tetapi kita juga keluarkan hawa nafsu kita. Satu orang yang keluar dari rumah, dari kampung, dari negeri dia, itu bukan asas sebenarnya.
Asas ialah keluar daripada keinginan hawa nafsu kita kpd kehendak dan keinginan Allah s.w.t. Masukkan keimanan dan keyakinan, maka akan ada nur dalam hati. Usaha dengan amalan2 ini akan membentuk nur iman dalam hati. Amal akan menjadi nur apabila bertentangan dengan hawa nafsu. Maksudnya ialah kita telah mengorbankan hawa nafsu demi untuk menunaikan satu2 perintah Allah s.w.t dengan mujahadah, maka ini akan mewujudkan nur dalam hati dpd amalan tersebut seperti nur ta’alim, nur doa, nur dakwah, nur tahajjud. Nabi s.a.w bersabda, “Solat ialah nur dan nur solat sangat besar yg mana ia akan menerangi seluruh kehidupan kita”. Umar r.a pernah menulis surat kepada gabenornya di Syam, “Jaga solat betul2, kalau kamu jaga solat, maka yang lain pun kamu akan jaga juga tetapi kalau kamu sia-siakan solat, maka yang lain lagilah kamu tidak jaga”. Rasulullah s.a.w telah beritahu bahawa solat adalah nur dan dengan nur ini maka kamu akan nampak jln yg betul dan kita akan faham agama. Apabila seseorg melakukan sesuatu perkara yg salah, maka terus hatinya akan terdetik. Bila adanya nur dlm hati, sesuatu kegelapan yg dtg dpd dosa, kesilapan dan kesalahan, maka akan terdetik di hatinya, “Ini salah”. Seperti mana bila kita makan nasi, bila terkunyah batu, maka mulut akan beritahu, “Ini batu”. Allah s.w.t jadikan kita untuk mentaati perintah Allah s.w.t, maka bila kita lakukan satu dosa dan kerana nur dlm hati dia maka dia akan rasa, “Ada benda yang tidak kena ni”. Hati dia akan terus terdetik, akan terus berkata2.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Dosa ini ialah sesuatu yg mana rasa sesuatu yang tidak kena dalam hati dan kamu tidak suka orang nampak, orang tahu apa yg kamu buat”. Itu tanda dosa. Apb kita tersilap, tersalah, ikut hawa nafsu kita, lakukan sesuatu dosa dan maksiat kepada Allah s.w.t, terus hati kita akan beritahu. Bila datangya dosa, maka hilanglah ketenangan. Ketenangan hati akan hilang. Satu orang yang berusaha atas iman, maka dia tidak akan tetap atas dosa, dia akan usaha untuk tinggalkan dosa2 itu. Dari segi zahir, kita usaha, mujahadah dlm membentuk nur iman. Nur ini akan dtg apabila demi utk menunaikan perintah Allah s.w.t, kita telah mengenepikan, membelakang kan hawa nafsu kita maka org2 Islam akan menjadi org2 yg berdisiplin dlm menunaikan perintah2 Allah s.w.t kerana hidayat dlm hati mereka. Semua amal yg mereka buat akan mengikut tatatertib dan caranya yg betul dan bukan dgn cara sesuka hati shj. Ini akan memberi faedah pada semua tempat.
Di semua tempat, ia akan menunjukkan kita dan memberi kpd kita jalan hidayat. Berniaga dgn penuh keimanan, berladang dgn keimanan kerana dgn usaha agama, usaha atas iman, ia akan mendapat nur dlm hati, maka dgn ini apa shj kerja yg dia buat, bersama2 dgn kerja tersebut, ada keimanan. Kalau tidak, dia akan terkandas, dia akan campur air dalam susu. Pagi-pagi lagi dia akan pergi jual susu, solat pun tidak, campur air dalam susu, maka dia akan dapat duit haram. Dia punya kefardhuan sembahyang telah hilang dan dia telah terjebak ke dlm keharaman Allah s.w.t. Setelah itu tiap2 hari dia akan campur air dengan susu dan tiap2 hari dia tidak solat maka musibah yang sangat besar menimpa dia. Apa musibah itu? Cinta kpd maksiat akan masuk ke dalam hati dia. Dia telah cinta dgn dosa dan maksiat. Ulat tahi, suka dengan tahi sahaja dan ulat ini tidak pernah terfikir untuk keluar dpd najis tersebut. Mereka berpusing, bertindih atas satu sama lain dlm tahi itu kerana mereka telah suka dan cinta dgn najis tersebut. Inilah musibah yg sangat besar bagi dia. Dia telah cinta dgn maksiat, cinta dgn najis. Sebanyak mana cinta dia dgn benda tersebut maka sebanyak itulah susahnya dia hendak bertaubat.
Faham tuan2? Tuan2 yg mulia, bermacam2 cara kita boleh dapat duit. Seorg yg dapat duit, di dlmnya ada barah, maka tidak akan memberi apa-apa faedah pada dia. Duit dpt dan barah pun dpt juga, spt org tadi, dia suka dpt duit banyak ttpi dlm hati telah wujud barah iaitu cinta pada maksiat. Oleh kerana dia cinta pada maksiat, maka dia akan menentang perkara yg hak. Dia tidak akan memberi tawajjuh kpd dakwah iman, dia tidak akan memberi tawajjuh kpd percakapan yg hak. Sebaliknya dia akan membantu kebatilan. Dia akan membantu perkara yg tidak hak dan perkara2 yg bukan agama, perkara2 yg sia-sia. Dia akan menentang kebenaran dan penyakitnya akan menjadi serius dan kronik. Allah s.w.t akan mengubati penyakit ini dgn kudratnya bila kita setiap hari memberi dakwah kebesaran Allah s.w.t. Sesiapa pun yg rosak, yg menyimpang jauh dpd jln kebenaran, kembalilah kpd jln yg benar krn Allah s.w.t akan mengubati nya. Macamana rosak pun dtglah kpd jln Allah s.w.t, insyaAllah akan diperbaiki. Klinik bukan utk org ya sihat ttpi utk org yg sakit, maka sakit macamana pun pergilah ke klinik, insya’Allah akan diubati. Jln hidayat adalah utk orang yang sesat, Allah s.w.t akan tunjukkan jalan. Kamu sibukkan diri kamu dgn jln ini dan usaha ini maka Allah s.w.t akan perbaiki penyakit kamu. Semua akan dibantui oleh Allah s.w.t. Satu org yg pakaiannya kotor, maka dia akan pergi ke sungai dan basuh kotoran tersebut dan pakaian akan jadi bersih semula kerana air yg banyak dan kotor sedikit shj dan begitu juga dgn dosa kita yang sedikit ini dibandingkan dgn rahmat Allah s.w.t yg banyak, maka Allah s.w.t akan ampunkan semua dosa2 kita.
Oleh itu kita perlu melangkah keluar ke jln Allah s.w.t. Kita keluar dan usaha di jalan Allah s.w.t, kita dakwah, maka semua akan jadi bersih. Allah s.w.t ada ubatnya, Allah s.w.t ada bantuannya, Allah s.w.t ada kudratnya, maka kita tinggikan hemah kita, datang ke jalan Allah s.w.t, jalan dakwah illallah. Allah s.w.t sangat pemurah, walaupun kita tidak minta Allah s.w.t akan bagi. Untuk orang yang meminta maka lagi banyak Allah s.w.t akan bagi. Allah s.w.t telah iklankan untuk hambaNya supaya datang ke jalanNya. Bila dia datang ke jalan Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan bersihkan segala kesilapannya. Kalau tadi dia campur air dgn susu, maka skrg dia akan tinggalkan perbuatan itu, dia akan jadi seperti burung merpati, dia akan makan benda yg bersih sahaja, yg kotor dia tidak makan, maka rezekinya akan menjadi bersih. Siapa yg bagi rezeki? Allah s.w.t yg bagi. Tidak perlu lagi dia hendak campur susu dgn air utk mendapatkan wang. Allah s.w.t tidak mahu memberi makanan yang haram kepada kita. Allah s.w.t hendak memberi rezeki yang halal, yang bersih, yang baik untuk kita. Sptmana air hujan yg turun, semuanya bersih. Yg tumbuh dpd air tersebut, biji2an juga suci. Allah s.w.t memberi rezeki yg baik2 kpd kita. Bila kita sembelih binatang, terkeluar darah, maka darah itu najis, kerana ia najis, jgn makan, keluarkan ia, maka tinggal daging yg suci yang tidak ada darah di dlmnya. Kita usaha atas iman dan kita makan makanan yg bersih dan halal.
Hadrat Ali r.a pergi ke satu tempat dgn kudanya. Bila dia jumpa masjid, dia akan solat dua rakaat dahulu dan kemudian sambung perjalanannya. Semasa dia berhenti hendak solat maka dia perlukan seseorg utk jaga kudanya. Dia nampak satu org dan berkata, “Boleh tolong jaga kuda saya?”. Org itu kata boleh. Kemudian dia pun pergi solat dua rakaat. Selepas solat dia dapati kekang kuda telah tidak ada atas kuda. Dia pun pergi ke sebuah kedai yg berhampiran dan didapati kekang tersebut ada di kedai itu. Hadrat Ali r.a berkata, “Kekang ini saya punya”. Pekedai itu kata, “Mungkin, tadi ada satu org telah jual kpd saya dgn harga 2 dirham”. Sebenarnya selepas solat tadi, hadrat Ali r.a teringat dan kesian pada org itu dan hendak beri padanya 2 dirham kerana dia tolong tengokkan kudanya. Org berbudi, maka kita berbudilah kembali padanya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Org pernah berbuat budi pada aku dan aku telah bayar semuanya kecuali Abu Bakar r.a” .
Hadrat Ali r.a fikir hendak bagi 2 dirham pada org itu kerana tolong jaga kudanya. Nasib orang itu memang 2 dirham sahaja tetapi dia tidak sabar, kalau dia sabar sekejap sahaja lagi, maka dia akan dapat 2 dirham yg halal. Dia tidak sabar, dia mencuri dan jual kekang kuda dan dpt 2 dirham yg haram. Manusia ini, dgn niat dia yg buruk, dia akan makan benda yg haram, yg dtg sebenarnya banyak itu sahaja, tidak lebih. Sebab niat yg buruk, makan yang haram dan tinggalkan yang halal. Semasa hujan yang lebat, satu org ambil gelas yg ada najis dan tadah air hujan. Najis itu bukannya dtg dari air hujan ttp sebab gelas itu yg bernajis. Allah s.w.t tidak beri makanan yg haram pada kita. Allah s.w.t beri pada kita rezeki yg baik2 ttpi kerana kita tidak amanah, tidak sabar, maka kita makan yg haram. Perlu usaha agama supaya kita dpt makan makanan yg halal. Bukan shj dunia kita yg bersih ttp kita juga akan dpt makanan yg berkat. Kalau kita tidak ada agama, dunia akan dtg juga ttp susah. Kalau kita buat usaha atas agama, maka makanan jadi halal dan juga berkat. Bukan maknanya agama ini dpt diakhirat shj, bahkan di dunia juga akan jadi kehidupan yg baik, akhirat pun akan dapat balasan dan ganjaran dpd Allah s.w.t.
Oleh itu, kita kena menyeru semua peringkat manusia kpd agama Allah s.w.t. Org miskin, org kaya, org buta, raja, rakyat, semuanya kita panggil, menyeru mereka kpd Allah s.w.t. Dlm Quran beritahu, “Maka berlarilah kamu kpd Allah s.w.t” bukannya “berlari dpd Allah s.w.t.” Skrg ini, kita kena lari cepat2. Misalnya, satu org yg ada hubungan yg baik dgn satu org yg lain, hendak pergi melangkah ke rumah org itu rasa berat. Hari ini, rasa berat utk dtg ke masjid, kena tashkil baru hendak dtg. Bila satu org ada hubungan dgn Allah s.w.t, maka terus dia akan dtg kpd Allah s.w.t. Para sahabat r.a kata, “Kami belajar iman dahulu, kemudian kami belajar Quran”. Maka semua perintah2 Allah s.w.t yg ada dlm Quran, mrk dpt amal. Mrk tidak menyimpang dpd jln al-Quran. Org Islam sekali2 tidak akan ke neraka. Mrk akan sentiasa berusaha ke arah kehidupan syurga. Apb usaha atas iman, kita sedia utk mengamalkan semua perintah Allah s.w.t yg ada di dlm al-Quran. Allah s.w.t yg melakukan segala2nya. Jln cara yg macammana? Jln al-Quran. Al-Quran diturunkan pada Nabi s.a.w dan nabi telah mentaazimkan al-Quran, sahabat juga telah mentaazim kan al-Quran. Nabi s.a.w telah menyampaikan al-Quran, telah membentuk suasana al-Quran, telah amalkan atas al-Quran dan telah dakwah kpd al-Quran iaitu agama. Umat Nabi adalah umat yg terbaik.
Dikalangan umat yg terbaik, maka yg terbaik diantara mereka lagi ialah org yg belajar al-Quran dan mengajar al-Quran. Semuanya ada di dlm al-Quran, cukup utk kita. Jgn kita rosakkan yakin kita. Baca Quran dpt apa? Baca ilmu dlm Quran dpt apa? Jln lain banyak dpt rezeki. Satu org yg mana dia buat kerja akan dpt upah ttp khidmat tidak dpt apa2 pun. Kalau yakin tidak betul, maka dia tidak khidmat. Bila yakin tidak betul, maka dia akan cari jln lain. Org yg silap jln, kalau dia tidak betulkan, maka dia akan terus berada dlm kesilapan. Begitulah apb org Islam lupa tggjwb dia. Allah s.w.t mungkin buka pintu dunia. Utk apa? Utk bagi balasan pada mereka dan Allah s.w.t akan tangkap mereka dlm keadaan tanpa disedari. Semoga Allah s.w.t memelihara kita. Bila Allah s.w.t redha dgn kita, maka Allah s.w.t boleh bantu kita dgn ribuan cara. Utk mencari dan mencapai jln keredhaan Allah s.w.t ialah agama. “Aku telah redha Islam sbg agama kamu”.
Oleh itu tggjwb kita ialah menjadikan 24 jam kehidupan kita, kehidupan beragama. Dlm membentuk 24 jam kehidupan kita bertepatan dgn agama, maka apa2 kesusahan yg menimpa kita, jgn kita anggap kesusahan, jgn kita anggap musibah. Mmg akan dtg kesusahan, ttp ini bukan bala ttp satu rahmat dpd Allah s.w.t. Taat perintah Allah s.w.t dan dtg kesusahan, maka itu rahmat. Kesusahan yg dtg bila kita usaha amalkan agama, maka ini satu rahmat dpd Allah s.w.t. Ia akan jadi pengorbanan. Dgn pengorbanan dpt agama. Satu org sakit, dia akan pergi berubat. Dia akan rasa sakit semasa berubat tetapi dia telah sediakan dirinya dan kemudian dia bagi duit pada doktor. Sakit ditanggung dan duit pun bagi juga. Kenapa? Kerana dia sedang diubati, bila masa berubat habis, maka penyakit akan sembuh dan dia akan jadi sihat. Kesusahan yg kita capai semasa kita buat usaha agama, usaha utk membawa agama dlm kehidupan kita 24 jam, ini menjadi rahmat Allah s.w.t utk sekarang dan masa depan. Allah s.w.t hendak tengok kita dan syaitan pula hendak takutkan kita dgn perkara itu, iaitu amal agama.
Satu org dtg jumpa Maulana, dia sudah meninggal, dia tidak solat. Dia kata, “Bila saya ambil wuduk, mesti selsema, sbb itulah saya tidak solat”. Maulana kata, “Kalau mcm itu, semua org di sini kena selsemalah”. Perkara ini telah masuk ke dlm hati dia iaitu bila selalu wuduk dgn air yg sejuk akan kena selsema. Oleh itu, sepjg hidup dia tidak solat. Maulana kata, “Berpuluh2 ribu org ambil wuduk, tidak kena selsema pun”. Syaitan telah menggunakan kefahaman dia itu utk menyebabkan dia tinggalkan solat. Syaitan akan letak bermacam2 perkara dlm hati kita supaya kita jadi takut dan tinggalkan amal kita dan tawajjuh kita dari amal tersebut seumur hidup. Syaitan akan takutkan kita dgn kesusahan yg akan menimpa apb kita amal perintah Allah s.w.t. Sebaliknya syaitan tidak pula menakutkan kita ttg kesusahan yg menimpa sebab kita sibuk hendak cari dunia. Kalau hendak keluar ke jalan Allah s.w.t, syaitan akan kata, “Kalau jadi mcm ini, kalau jadi macam itu, kamu hendak buat macammana?” Kita pun terkejut. Kita pun tidak jadi hendak keluar. Dgn tinggalkan keluar ke jln Allah s.w.t, boleh jadi ubat ke? Sebenarnya dgn kita buat barulah akan jadi ubat. Jgn kita takut. Syaitan takutkan kita. Apa yg perlu kita takut? Perkara yg perlu kita takut ialah azab Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman bahawa azab Allah s.w.t adalah azab yg mana kalau kamu kena, kamu tidak akan terlepas.
Org yg berlapar dijln Allah, maka kelaparan dia akan menjadi rahmat, akan menjauhkan segala kelaparan seumur hidup dia. Kerana kesusahan ini akan menjadi pengorbanan dan dgn pengorbanan dtg keberkatan. Bukan saja2 hendak berlapar ttp berlapar krn keluar di jln Allah s.w.t yg mana kelaparan ini akan menjauhkan/menghilangkan kelaparan semua keturunan kamu. Org yg berlapar krn Allah s.w.t, krn sesuatu ujian, sesuatu kerja, sesuatu usaha, maka Allah s.w.t tidak akan laparkan anak-cucu dia. Pada masa dahulu, dlm usaha dakwah, mereka tidak ada wang yg banyak. Kadang2 bawa buah tamar, kadang2 bawa makanan yg lain, keluar ke jln Allah s.w.t sehingga makanan yg dibawa pun habis. Mereka tidak pernah mesyuarat utk balik rumah. Kalau tersilap, balik rumah pun, mereka akan jadi begitu malu sekali. Org yg keluar di jln Allah ini, semangat mereka macam org hendak kahwin. Pengantin lari kerana malu sgt. Tidak ada satu org pun yg lari krn hendak dinikahkan. Begitulah keadaan mereka keluar di jln Allah s.w.t, satu org pun tidak terfikir hendak balik, tidak terfikir hendak lari. Buat usaha tanpa makanan. Mereka fikir macam mana hendak teruskan usaha. Allah s.w.t telah sediakan makanan utk mereka. Bila dtg dahaga, mereka bersabar kerana Allah s.w.t, maka Allah s.w.t hilangkan kedahagaan mereka. Bila asbab tidak ada, Allah s.w.t akan bantu dgn jln ghaibNya. Bila satu org dpt rezeki dgn cara yg ghaib, maka betapa kuat imannya maka terus dia kata, “Allah yg bagi”, krn asbab semua tidak ada. Maka dgn sbb kemusibahan, ujian ini, akan menyebabkan iman menjadi kekal dan subur. Allah s.w.t menguat kan iman kita semasa kita berada di jln Allah s.w.t. Allah s.w.t yg bagi lapar dan dibantu dgn cara ghaib.
Maulana Syed Ahmad Khan kata, “Di Afrika, dlm hutan, semasa keluar di jln Allah s.w.t, satu org tlh dtg, siapa pun tidak kenal dia, dia telah bawa roti dpd bali dan juga burung merpati yg tlh dipanggang. Dia kata, “Saya bawa utk tuan2”. Pada masa itu, dlm hutan, tidak ada sesiapa pun yg hendak sambut jemaah, hendak ikram, hendak bagi makan, talipon dulu kata jemaah hendak dtg, semuanya tidak ada. Siapa pun tidak ada hendak tanya? Allah s.w.t tanya hal kita. Org tidak ambil tahu ttp Allah s.w.t ambil tahu. Allah s.w.t maha mengetahui. Iman kita akan naik, iman kita akan subur. Bantuan org mukmin dtg dgn jln ghaib. Kita rasa tidak ada jln langsung, buntu, ttp Allah s.w.t akan bantu. Dgn ini iman akan meningkat. Kesusahan di jln Allah s.w.t akan memperkuatkan iman kita.
Syaitan menakut2kan kita dgn perkara tersebut. Dia letakkan kita dlm kehidupan berfoya2 supaya kita terkeluar dpd kehidupan beragama. Nabi s.a.w telah memberi amaran bhw ujian yg berbentuk kesenangan lebih bahaya dpd ujian yg berbentuk kesusahan. Kita tengok diri kita dgn usaha agama supaya kita tidak jadi hamba kpd kesenangan, hamba kpd kehidupan mewah. Sebaliknya kita hendaklah sibuk dgn usaha agama dan sambut takazah agama. Ini satu perkara yg mana yakin sungguh2, Allah s.w.t akan bantu ttp dgn syarat kita buat kerja, selesaikan dan beritahu Allah. Kita jahit baju yg keras, siapa hendak beli? Ataupun kita beli kain tidak cukup dan bagi pada tukang jahit, siapa hendak jahit? Begitu juga dgn agama, bila kita buat tidak sempurna, maka natijah nya tidak zahir. Jadi, kita kena sempurnakan takazah. Bila sempurnakan takazah maka susah payah akan dtg kpd kita, musibah dtg pada kita. Kita kena sabar. Ini dipanggil mujahadah. Bila sempurna, kita jual, maka org akan beli. Begitu juga dgn usaha agama, kita buat dan sempurna dan beritahu pada Allah, maka Allah akan beli usaha itu. Allah sentiasa memberi. Dakwah kpd Allah utk berjaya, bukan utk gagal.
Agama Allah s.w.t utk berjaya ttp dgn syarat kita kena sediakan diri kita dgn tertib yg betul. Dgn agama, Allah s.w.t akan beri kejayaan, tanpa agama akan gagal. Bila kita bawa kehidupan beragama, maka akan sabit dihadapan org2 yg tidak ada agama bhw hanya sanya dgn agama akan memberi kejayaan. Bila kita jadi betul, maka org lain yg bukan Islam pun akan tinggalkan apa yg mereka buat tidak betul. Satu org pembeli akan beli dpd org2 Islam kerana dia tahu org ini tidak campur, org ini betul, org ini jujur. Oleh itu, demi utk mendpt pelanggan, org yg tidak beriman juga akan berlaku betul, supaya barang mereka juga akan laku. Kita kena jaga diri kita dgn sifat2 berbudi, ikhlas, taqwa, tawakkal.
Kita pergi ke masjid dgn iman dan taqwa. Kita pergi ke kedai juga dgn iman dan taqwa. Kita bawa iman ini supaya digerakkan amalan, digerakkan taqwa utk seluruh alam. Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini atas satu pergerak kan. Mereka bergerak ke seluruh pelusuk dunia dan menyampaikan agama kpd manusia. Sifat yg ada dlm kehidupan mereka telah disebarkan, ini keadilan. Manusia yg tidak suka kpd kezaliman telah dtg kpd keadilan. Kaedah yg pertama, kita kena tinggalkan tuntutan hawa nafsu kita dan dtg kpd perintah Allah s.w.t. Diri dan harta kita, kita jadikan contoh yg baik utk org lain. Kita kena sentiasa doa kpd Allah s.w.t. Bantuan yg akan dtg kpd kamu adalah seperti mana bantuan yg pernah dtg kpd nabi2. Kita kena belajar usaha ini, kita kena belajar mijaz usaha ini. Kita kena belajar seni usaha ini. Di mana kita buat, maka disitu ada bantuan Allah s.w.t. Nabi Yusuf a.s, walaupun dlm penjara, dia buat usaha dakwah, dia dakwah penghuni2 penjara, maka dtg nusrah dan bantuan Allah s.w.t kpd beliau dlm penjara. Siapa yg keluarkan beliau dari penjara? Allah s.w.t yg keluarkan beliau dari penjara, padahal kerajaan yg letakkan beliau dlm penjara. Allah s.w.t pula keluarkan beliau dari penjara.
Semasa beliau berada di istana raja, juga dpt bantuan Allah s.w.t. “Sesungguhnya Kami akan bantu rasul2 kami dan org2 mukmin”, ini janji Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata, “Aku mengganggap usaha ini ialah satu kerja nabi2”. Kita bukan nabi, Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir, ttp kerja yg kita buat ini ialah kerja kenabian, maka bantuan dan nusrah Allah s.w.t akan dtg sepertimana dtg kpd rasul dan nabi2. Kita kena sibukkan diri kita atas jln ini dan utk kerja ini. Oleh itu, kita kena zahirkan niat kita. Jgn niat yg kecil2, niat yg besar2. Utk kerja yg besar ini, hemah kita kena tinggi. Mula2 akan dtg kesusahan, lepas itu akan dtg kesenangan. Tukar niat kita yg kecil kpd niat yg besar2. Sediakan diri kita utk buat kerja. Allah s.w.t tidak perlu kpd asbab. Allah s.w.t yg berkuasa. Kita niat, langkah pertama, 4 bulan tunai.
No comments:
Post a Comment