(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 08/09/98). Peredaran musim spt panas, sejuk, hujan memberi kesan kepada suasana.Begitu juga suasana agama memberi kesan kpd kehidupan manusia. Agama akan mati jika tidak ada suasana agama. Oleh itu Allah s.w.t menghantar nabi dan memberi usaha agama kpa nabi-nabi. Melalui usaha agama itu suasana akan terbentuk. Allah s.w.t memberi usaha agama kpd nabi2 dan usaha itu bukan sekadar utk menyampaikan tetapi bagaimana supaya ia memberi kesan kpd hati-hati manusia. Oleh itu masa yg lama digunakan utk membuat usaha agama spt Nabi Nuh membuat usaha agama selama 950 tahun. Usaha para nabi ialah usaha ummumiyat iaitu usaha yang dibuat kepada semua lapisan masyarakat.
Begitu juga usaha agama yang kita lakukan ini perlu dibuat secara ummumiyat iaitu untuk semua manusia. Dgn ini barulah usaha itu akan memberi menafaat kpd manusia. Sptihujan yg turun ia diturunkan secara menyeluruh, bukit-bukau, lembah, kampung, bandar, lautan dan tasik menerima hujan. Apb kerja dakwah dibuat secara umumiyat ia akan melibatkan semua manusia dan barulah ia akan memberi menafaat atau kesan sebenar. Azan adalah dakwah. Apabila muazzin melaungkan azan, semua lapisan masyarakat akan mendengar dan mereka akan dtg. Begitu juga mizaj agama yg dibuat secara umumiyat akan menyebabkan agama tersebar kpd seluruh manusia. Begitu juga jemaah masjid yg membuat usaha tempatan, mereka mengadakan mesyuarat harian mengenai ehwal seluruh penduduk khariah. Mereka akan memikir dan membuat usaha menjumpai seluruh ahli khariah tempatan itu. Dgn itu apabila usaha agama dibuat secara umumiyat semua lapisan akan dapat dijumpai dan mereka akan memberi perhatian kpd agama.
Usaha agama jika dibuat secara ummumiyat ia akan hidup lama spt azan dilaungkan utk semua lapisan masyarakat, maka solat hidup lama. Dgn membuat usaha agama secara ummumiyat seluruh umat akan dtg kpd usaha agama Allah. Agama yg sempurna akan dizahirkan dgn sempurna apb semua lapisan masyarakat dtg mengamalkan agama. Dgn ini menafaat agama dpt dizahirkan spt hujan yg turun memberi menafaat kpd semua org. Tuntutan agama ialah semua org perlu mengamalkan agama, tidak kira samada ia org miskin atau kaya, samada yg tinggal di bandar, di kampung atau pinggir hutan. Imam Abu Hanifah telah menunaikan haji dan hendak mencukur rambut di Mina, beliau meminta seorg awam yg ada di situ utk menolong beliau mencukur rambutnya, org itu meminta Imam takbir, mengadap kiblat, cukur dari sebelah kanan dan mengutip rambut yg telah dicukur dan tanam.
Imam terkejut bagaimana seorg pencukur rambut dpt menegur seorg Imam yg mengalami 6 masalah masail dlm bercukur rambut. Beliau ialah Ata bin Abi Hurairah. Keadaan ini berlaku apabila usaha agama telah dibuat secara ummumiyat, semua org Islam mengetahui hukum-hakam agama. Seorg dtg kpd majlis Rasulullah s.a.w, org itu bertanya siapakah di antara kamu anak Abu Mutalib. Org itu tanya dgn keras, ia bersumpah adakah Allah s.w.t pilih kamu sbg Nabi, adakah Allah perintah mentauhidkanNya dan lain2 lagi. Ia seterusnya mem beritahu Rasulullah s.a.w ia berjanji apa yg ia tahu itu tanpa tokok tambah akan beritahu kpd kaumnya, kemudian ia meninggalkan majlis Rasulullah. Rasulullah seterusnya bersabda, jikalau ia membenar kan apa yg telah didengar dan faham, bahawa ia ahli syurga. Org tadi telah membuat usaha sungguh2 di kalangan kaum sehingga 100% org kampungnya menerima Islam dan 100% menunaikan solat. Ibnu Abbas mengatakan ia tidak pernah melihat seorg sahabat yg membuat usaha bersungguh2 spt beliau.
Usaha agama perlu dibuat bersungguh2 dan bukan untuk karkun sahaja. Usaha agama memakan masa lama pertumbuhannya, berbanding usaha batil berkembang dgn cepat spt juga pertumbuhan pokok ia tumbuh sedikit demi sedikit, apabila akar tunjang telah menjunam ke tanah maka pokok itu tidak akan tumbang. Begitu juga dgn pertumbuhan usaha agama ia akan meningkat sedikit demi sedikit dan akan tertanam dlm hati manusia sedikit demi sedikit dan lama kelamaan ia akan kukuh. Maksud hadith, “Tempat yg paling disukai Allah s.w.t ialah masjid dan tempat yg dibenci Allah s.w.t ialah bazar”. Tempat batil tersebar ialah bazar dan tempat amalan hak tersebar ialah dari masjid. Hari ini apabila usaha agama tidak dibuat secara ummumiyat maka amalan hak tidak tersebar ke rumah sebaliknya amalan batil telah masuk ke rumah.
Apabila amalan agama dibuat secara ummumiyat dari masjid maka amalan hak akan sampai ke rumah2 dan bazar2. Ali r.a ditanya apakah bazar bagi org mukmin. Bazar bagi org mukmin adalah tempat yg bersih, tidak menipu timbangan dan sbgnya. Apb usaha hak dibuat secara ummumiyat org2 di bazar juga akan terkesan dan mrk menjadi peniaga yg perniagaannya tidak melalaikan diri dari solat dan mengingati Allah s.w.t. Masjid adalah markaz atau pusat hidayat. Dari masjid usaha agama digerakkan dan jemaah2 dibentuk dan dikeluarkan ke jln Allah s.w.t. Maulana Yusuf rah. memberitahu, kamu dtg ke masjid dan dengar apa yg disampaikan dan memberitahu kpd org di rumah. Dgn ini fikir org di rumah terbentuk mengikut agama dan ia akan menjadi pembantu dalam melaksanakan usaha agama.
Halangan usaha agama berlaku, apb usaha agama tidak dibuat secara ummumiyat, sebaliknya org yg menghalang usaha agama akan dtg kpd kita utk belajar membuat usaha agama. Maulana Ibrahim teringat ketika ia keluar ke Amerika. Selepas bayan seorg tanya mengenai apa yg dibayan. Maulana tanya, mengapa kamu tanya. Ia mengatakan saya ingin mengesahkan apa yg saya faham bagi memudahkan saya menyampaikan kpd org rumah saya. Kisah ini Maulana teringat apa yg didengar dari Maulana Yusuf. Usaha agama perlu dibuat secara ummumiyat dan bukan khusus. Ini memudahkan org ramai dpt mengamalkannya. Kehendak nabi dlm membuat usaha agama ialah buat usaha agama secara ummumiyat. Rasulullah s.a.w telah membuat usaha bersungguh2 dari pagi hingga petang dlm keadaan org Arab tidak menerimanya. Sehingga baju dan badan Rasulullah penuh berdebu. Anak Rasulullah dtg mengelap muka Nabi dan ia menangis.
Rasulullah s.a.w mengatakan, akan tiba suatu masa nanti agama akan sampai ke setiap rumah di bandar atau di kampung, rumah besar atau rumah kecil. Dlm membuat usaha agama jgn sempitkan usaha ini dgn memikirkan cara dan tertib baru sehingga ia menyusahkan dan kerja akan terhenti dan batil akan mengatasi dan tersebar. Baginda Rasulullah s.a.w telah menyebarkan agama secara ummumiyat dan melalui sahabat menyebarkan meluas sehingga ada yang tidak kenal Nabi walaupun Nabi masih hidup. Dlm Haji Wida’ seorg perempuan bertanya Nabi, “Kamu siapa” ; “Akulah Nabi Allah”.
Kita hendaklah membuat kerja agama sehingga org tidak kenal kita ttpi ia mengambil agama dan membuat kerja agama. Jika kita membuat usaha agama secara ummumiyat, maka ramai org Islam akan menjadi pembantu agama Allah s.w.t. Hadzratji Maulana Inamul Hassan rah. memberitahu, usahalah sehingga seratus peratus org dtg kpd solat. Maulana Yusuf mengatakan agama akan dtg melalui ibadat dan terkeluar melalui muamalat. Dlm membuat usaha agama kita perlu buat secara ummumiyat dan diri kita tertibkan mengikut usul. Dgn ini kita akan dpt jaga tertib kerja. Tanpa usul tidak akan wujud ketaatan dan usaha tidak ada makbuliyat.
Kita hendaklah membuat kerja agama sehingga org tidak kenal kita ttpi ia mengambil agama dan membuat kerja agama. Jika kita membuat usaha agama secara ummumiyat, maka ramai org Islam akan menjadi pembantu agama Allah s.w.t. Hadzratji Maulana Inamul Hassan rah. memberitahu, usahalah sehingga seratus peratus org dtg kpd solat. Maulana Yusuf mengatakan agama akan dtg melalui ibadat dan terkeluar melalui muamalat. Dlm membuat usaha agama kita perlu buat secara ummumiyat dan diri kita tertibkan mengikut usul. Dgn ini kita akan dpt jaga tertib kerja. Tanpa usul tidak akan wujud ketaatan dan usaha tidak ada makbuliyat.
1. Usul pertama - Buat usaha agama dengan diri dan harta sendiri
2. Usul kedua - Buat kerja dengan mesyuarat.
3. Usul ketiga - Tertibkan diri dalam membuat kerja harian, bulanan dan tahunan.
No comments:
Post a Comment